Friday 21 June 2013

Update Ahmad (tajuk macam tak ikhlas je nak nak update..hahaha)

Lama tak update blog. Huhuhu.. Agak busy di ofis lately. Mummy tak sempat buat entry check up Ahmad last month pada 29 dan 30 May 2013. Seperti biasa dedi balik untuk teman mummy dan Ahmad setiap kali ada check up di pediatrik HTAA.

29 May 2012, check up di pediatrik, follow up untuk airway assesment hari tu. Jadi kali ini kami direct jumpa pakar paru-paru kanak-kanak, Dr. Fadzil. Secara keseluruhannya Ahmad ok. Wahaha, gile malas terus jump to conclusion.. Nak cerita detail pun bukan reti. Tapi doktor kurang puas hati bacaan oximeter haritu, sebab tak mencapai bacaan yang normal. Tapi.. hurm, mummy rasa bacaan tu tak accurate sangat sebab oximeter tu berapa kali jugak tercabut dari ibu jari kaki Ahmad. Budak ni tidur masyaAllah memang lasak ok. Dr. Fadzil juga tanya Ahmad ada berdengkur masa tidur atau tak.

Di kalangan baby Pierre Robin Syndrome (PRS) memang biasa ada masalah pernafasan, sebab itu kebanyakannya akan berdengkur waktu tidur. Baby with PRS akan dinasihatkan supaya ditidurkan secara meniarap supaya lidah mereka tidak menghalang salur pernafasan ketika tidur. Selama ini memang mummy tidurkan Ahmad secara mengiring. Tapi sejak dia boleh berpusing, Ahmad tidur secara meniarap, mungkin itu posisi tidur yang paling selesa untuk Ahmad.

Of course, mummy sentiasa buat observation gaya tidur Ahmad. Amazingly, walaupun Ahmad tidur terlentang, memang tak ada dengkuran pun. Unless dia tidur dalam buai, which is maybe kedudukan dia jadi melengkung, so memang ada sikit dengkur masa tidur. Kalau tidur dalam buai memang dia senang terjaga, terbatuk like pernafasan dia terganggu.

So, doktor di HTAA dah buat yang termampu untuk reply surat dari doktor HKL. Selepas ini terserah pada pihak HKL untuk menilai keadaan Ahmad, either he is ready for operation or not. Next week kami akan ke HKL untuk follow up dengan doktor kat sana. Mummy harap this time kami akan dapat tarikh operation. Mummy sedang prepare spiritually, mentally and physically untuk menghadapi hari pembedahan tu. Mummy ni memang macam ni, kena buat research untuk setting mindset. Bak kata orang, hope for the best, ready for the worst. Of course setiap pembedahan ada risiko kan?

Pada 30 May keesokannya pula appointment Ahmad dengan Klinik Pembedahan HTAA untuk masalah umbilical hernia dia. Hernia masih ada, meaning that otot perut dia masih belum kuat sepenuhnya. Should be ruang yang terbuka tu akan tertutup sendiri nanti, tapi tengok pada keadaan jugak. Sekejap je jumpa doktor pun.. mummy kena monitor sendiri selama setahun. Next year pulak baru ada follow up untuk masalah Ahmad ni.

Oh.. then 5 Jun Ahmad ada appointment dengan ENT, dirujuk daripada Klinik Pediatrik sebab last 2 month mummy ada mengadu pasal discharge dari telinga Ahmad tu kan. Jadi kami pergi ke ENT, untuk buat penilaian pendengaran Ahmad. Since Ahmad ada selsema sikit, telinga kiri dia problem sikit. Ada air kat belakang telinga tu. Later akan buat semula hearing test tu. Mummy sangat bersyukur, sebab selalunya cleft baby memang akan ada masalah jangkitan telinga. Tapi perkembangan Ahmad pada mummy sangat baik. Daripada pembacaan mummy, salah satu cara untuk elakkan jangkita telinga adalah dengan memberi susu ibu. Sebab tu mummy gagahkan jugak perah susu untuk Ahmad.

Kalau ikutkan, sejak Ahmad start solid food, dia start minum formula juga.. sebab mummy dah tak boleh produce up to his demand. Tapi kurus jugak budak ni.. badan tak naik-naik pun.. Hahaha. Awal-awal dulu Ahmad minum Anmum. Now dah bertukar kepada Karihome, susu kambing. Ahmad dulu masa minum Anmum selalu tak habiskan susu. Tak sedap la kot. Karihome ni nampaknya dia suka. Tapi still mom's milk is the best. Setiap kali minum memang habis licin yumyumyum. Mummy masih beri susu ibu untuk Ahmad, campur-campur dengan Karihome tu. Setiap kali rasa give up nak mengepam, setiap kali tu jugak la dok teringat yang I have to give my very best to Ahmad. Mummy akan bagi selagi masih ada susu. Semoga murahlah rezeki Ahmad, amin..

Hari ini Ahmad dah genap 9 bulan. 9 month journey.. tak mudah dan tak susah. Love u boy till end of my breath. Ahahh.. lirik lagu sangat ayat tu kan?

*senyum*