Tuesday 3 September 2013

Sama Macam Dedi

Sejujurnya mummy tak pernah suka binatang. Tak suka bukan bermakna benci tau.. tapi hee.. takut sebenarnya. Hahaha. Contohnya, takut kucing sebab dia ada kuku tajam. Takut anjing sebab nanti dia kejar. Binatang besar lain lagilah takut. Macam ayam tu takut kena patuk sebab kecik-kecik dulu pernah kena okeyy.. Apa yang tak pernah kena? Kucing cakar, ayam patuk, itik sudu, haishhh..

Tapi budak Ahmad ni memang awesome! Agaknya sama macam dedi sebab dedi Ahmad adalah pencinta binatang sejati. Kalau duduk serumah ni mesti mummy kalah sebab majoriti umat suka dan nak bela binatang.

Mummy okey je. Tapiiiiiiiiiiiii... taik dia, kencing dia, muntah dia, makanan dia, bersihkan tempat dia, SILA BUAT SENDIRI. Jangan suruh mummy okey! Dannnn.. kena pastikan rumah sentiasa berbau wangi. Tak suka ada bau kencing la, berak la.. lepas tu ada bulu2 kat sofa, kat dapur, itu memang kepantangan mummy. So ingat tu Ahmad... Ah, Ahmad besar pun sekali. Ingat tu.

Mummy ada bawak Ahmad ke Bukit Tinggi, Bentong last time.. saja nak tengok keberanian dia dengan binatang. Boleh tahan.. Next time boleh pergi lagi tapi kena make sure dedi ikut sekalilah sebab mummy memang tak reti dengan binatang-binatang ni. Hahaha.

So jom layan gambar ;)

mula-mula sampai tengok guinea pig dalam sangkar
hee.. suka sampai meleleh air liur pun tak sedar
try bagi makan.. wah berani...
sepanjang masa dedi je la yang layan dia kat sini..huhu..
seronok betul.. binatang pun jinak-jinak
binatang ni pun suka kat Ahmad.. hihi..
ok now jom tengok rabbit pulak.. excited!
boleh pegang-pegang bagi makan.. jinak pulak tu..
Ahmad jangan pijak rabbit tu!!
so cute, kan? tapi ampun la mummy takottt..
bagi makan rabbit pulak
ok mummy cuba dekat tapi Ahmad jadi perisai.. hahahaha..
suka pic ni :)
tengok la dedinya melayan anak rusa ni..
garu-garukan kepala.. bagi makan.. haishh..
"aku tumbuk muka ko kang" hahaha
manja... nak makanan manja la. bila makanan abes terus buat tak layan~
pegi kat dongkey pulak.. terus nak pegang
heishh.. seram mummy
tapi Ahmad tak takut pun.. nak cucuk mata donkey tu pulak..
donkey pulak baik je...
pasrah je muka donkey tu kan?
comel :)