Showing posts with label ahmad. Show all posts
Showing posts with label ahmad. Show all posts

Wednesday, 15 October 2014

BOOKU untuk Ahmad

Dalam membesarkan anak-anak, bagi mummy parents bertanggungjawab membantu meningkatkan perkembangan mereka. Ada banyak cara, terpulang kepada kaedah parenting yang kita selesa.

Ada parents suka anak-anak be free and explore their environtment. Ada yang banyak bergantung kepada flashcard, early development toys, atau menggalakkan outdoor activities, dan nak mudah, tak berkecah serta simple- ipad ;)

Tak kira kaedah apa pun, semuaaanya bagus. Tapi, ada tapinya. Penglibatan parents itu perlu. Bagilah dia mainan mahal or buku mahal sebanyak mana pun, without our presence it means nothing. Silap-silap anak buat hal nak dapatkan perhatian kita. Sebagai contoh, tengah-tengah main tiba-tiba dia campak permainan tu. Tu dah boring la tu main sorang-sorang. Ko bayangkan dia main kinetic sand lepas tu campak atas karpet. Nak salahkan dia ke nak salahkan diri sendiri sebab tak pantau dia main?

I am not a good mother either. Ada masanya letih, terlepas cakap, tapi kita cuba la nak jadi yang terbaik. Sebab tu la mummy malas nak nasihat orang. Anak baru satu je kottt... bukan banyak sangat pengalaman pun. Tapi mummy belajar benda baru setiap hari. Seronok ada anak, kan?

Macam Ahmad, sebab dia lahir dengan birth defect maka mummy memang extra care tentang development dia. Makna kata if ada sign of delay tu kita dah boleh detect awal-awal. Alhamdulillah semuanya normal.

Tak ramai yang tahu that mummy ada online business yang sendu iaitu BOOKU.. hahaha.. sendu sebab mummy tak dapat bagi komitmen sepenuhnya dan tak banyak modal untuk marketing. I keep holding all the planning tapi alhamdulillah BOOKU masih survive sehingga hari ini. Bermula dengan jadi ejen dropship je then mummy start amik barang secara wholesale. Sales tak banyak pun sebab mummy memang tak boleh bagi komitmen tapi mummy buat apa yang mummy suka jadi mummy rasa gembira. I am happy to share with others what makes my son happy.

BOOKU ni bermula atas minat mummy kepada perkembangan awal kanak-kanak. Asalnya mummy nak buat buku untuk budak-budak. Tulis dan lukis. Draft dah ada tapi masyaAllah malasnyaaaa la nak melukis tu. Then mummy daftar bisnes ni dengan SSM. Langkah mendaftar ni ialah supaya ko jadi serius sikit. hahaha... Dalam kepala ni nak buat board book la, softbook la, ebook la, macam-macam. Tapi tu la planning tak bergerak hahaha. Terfikir jugak nak publish sendiri memang kena ada modal then nak buat marketing lagi. Nak duduk under label publisher lain kena la rajin mencari peluang. Lagipun ini buku kanak-kanak, berbeza sikit kaedahnya.

Dalam pada mengumpul idea tu mummy rajin beli buku untuk Ahmad sebagai rujukan untuk mummy. Sambil-sambil membeli tu akhirnya menjual maka lahirlah BOOKU seperti hari ini. Ada buku kanak-kanak, softbook and development toys. Tapi masih sedikit. Harap dapat tambah produk lagi dan di masa akan datang harap BOOKU dapat kembali ke track sebenar dia nak buat buku tu. hehehhh... takpe, slow-slow kayuh.

Orang kata dalam bisnes ni kita jangan bertangguh. Rugi. Tapi pendekatan mummy buat masa ini ialah jangan gopoh. huhu.. Keutamaan tetap pada Ahmad dan adik Ahmad yang bakal lahir ni. Kita kumpul ilmu parenting banyak-banyak.

Alhamdulillah BOOKU berkembang seiring dengan Ahmad membesar. Ahmad jugak la yang untung sebab apa yang mummy jual semua dia boleh rasa dan main. Boleh tengok kat facebook BOOKU ada macam-macam benda kat sana. Kat sidebar blog ni ada fb BOOKU so sila like ye kawan-kawan ;)

Thanks untuk semua yang menyokong dari awal lagi. Ini gambar-gambar Ahmad bersama some of barang yang terjual di BOOKU. Last but not least, Ahmad love u all :D

Tuesday, 14 October 2014

Postpone Operation (Lagi)

Last time sepatutnya operation umbilical hernia Ahmad adalah pada 6/9 tapi atas request pakar bius, Ahmad dijadual semula untuk operate pada 30/9. Pakar bius mintak Ahmad bermalam di wad sehari sebelum operation untuk pemantauan.

Selain masalah Pierre Robin Syndrome, Ahmad juga baru-baru ni dah on ubat pencegah asthma untuk tempoh dua bulan tu kan.. so pakar bius nak kena pantau keadaan dia. Dua minggu sebelum tu pulak Ahmad kena selsema. Ingatkan memang tak dapat la operate kali ni sebab selsema tu.. tapi rupanya benda lain yang jadi penyebab.

Sebenarnya mummy letih sangat.. Mummy dah pregnant 7 bulan dan fasiliti dan wad memang tak membantu keadaan mummy. Mujur la nurse dan ibu-ibu kat wad memahami keadaan mummy. Ahmad pun boleh tahan lasak kat wad. Gile ah rasa nak nangis.. Dengan dedi Ahmad yang masih sakit tak dapat balik dan terikat dengan kerja. Mummy cuba faham dan telan hakikat berkeluarga dengan cara yang macam ni, mungkin ada hikmahnya. Nak kata kuat tu sebenarnya memang tak kuat tapi mummy takde pilihan. Nak merungut? Meratap? Takde sape nak dengar dan takkan boleh selesaikan masalah pun.

Satu-satunya pendorong adalah Ahmad sendiri. Sebab mummy nak tengok dia sihat. Mummy nak dia membesar macam orang lain. Mummy anggap waktu di wad tu sebagai peluang untuk spend time dengan Ahmad. Tapi kesian jugak pada dia sebab kudrat mummy sangat limited. Dia main lari-lari memang takde makna la mummy nak kejar.. hahaha..

29/9 kami admit di wad pembedahan kanak-kanak HTAA. Macam biasa lepas masuk wad akan ada doktor datang interview dan nurse ambil tekanan darah, bacaan oksigen dan suhu badan. Lepas tu kena pasang line la untuk masuk ubat or drip. Time nak pasang line tu ya ampunnnn doktor.. nape la sampai bengkak-bengkak tangan anak aku. Ibu bapa disuruh tunggu kat luar, tapi mummy jenguk-jenguk juga tengok Ahmad. Memang dia menangis mula dari mummy tinggalkan dia sampailah proses tu selesai. Mummy tau kudrat dia meronta-ronta tu memang kuat. Doktor cari urat tak jumpa kot.. dua-dua tangan ada bekas jarum.. ambil masa hampir 30 minit. Ahmad bukan sekali dua masuk wad. So mummy tau urat dia bukan jenis susah nak jumpa. Doktor atau nurse yang cekap memang takde masalah untuk pasang line pada dia. Takpelah.. bersangka baik yang itu adalah process of learning untuk doktor tu.

Petang tu pulak datang doktor bius tanya-tanya fasal Ahmad lagi. Tanya soalan yang sama tanpa baca report yang doktor sebelum tu dah buat. Lepas tu marah plak aku tak cerita Ahmad ada Pierre Robin Syndrome. Ah letih la nak layan korang ni... Baca la.. Semua maklumat ada dalam rekod tu. Urghhh... akukah yang tidak memahami tugas doktor?

Dah la takde sape inform apa treatment diorang nak bagi pada Ahmad. Tiba-tiba malam tu kena on nebuliser.. amik salbutamol. Ada kahak ke? Tadi doktor cakap clear.. or just sebagai pencegahan? Nurse blurrr je nak jawab.
Mummy rasa makin lengang sesebuah wad tu makin sambil lewa diorang ni buat kerja. Kalau kat wad pediatrik yang busy tu nurse-nursenya lebih cekap dan pantas.

Kebetulan ada bisul tengah naik kat tepi telinga Ahmad tapi kali ni dia takde demam. But still, doktor concern pasal bisul ni. Malam tu start pukul 2 Ahmad dah kena puasa. Pagi esoknya kena masuk drip untuk elakkan dehydrate. Ahmad patient ke 3 kot masuk dewan bedah.. lupa dah..

Pagi tu mula-mula doktor inform akan bedah pusat dia and buang nanah kat telinga. But then bila pakar datang, diorang decide untuk buang nanah je sebab nak elak jangkitan pada pusat. Next time diorang plan bagi tarikh baru untuk operate pusat dan buang sekali kantung bisul kat telinga tu. Sebabnya dah banyak kali juga jadi bisul kat tempat yang sama tu. Maybe liang peluh kat situ terlebih aktif kot. Selalu terjadi bila naik bisul tu Ahmad demam so elok la buang.

Oleh kerana operation tu dah bertukar tajuk maka proses yang perlu dilalui cuma membuang nanah je la. Tapi, nak buang nanah pun kena bius satu badan ok. Bius ni risiko sebenarnya. Sekejap je prosesnya pun.. Eh tapi geram sebab line yang buat semalam kat tangan kanan diorang tak guna sebab Ahmad cakap sakit. Diorang buat line baru kat tangan kiri lepas tu tak cabut pun line kat tangan kanan tu. Hoihhhh.. geram. Mummy teman Ahmad masuk dewan bedah sampailah doktor selesai bagi ubat bius dan Ahmad dah tido then mummy pon keluar. Tak sampai 15 minit mummy dah dipanggil semula sebab Ahmad dah ada kat recovery bay. Dia mamai-mamai je. Dah sedar dan ulang-ulang cakap mummy ada.. mummy ada... hihi. Pakar bius pun lebih confident bila dah tengok respond Ahmad dengan ubat bius tu.

Petang tu kitorang dah dibenarkan discharge. Esoknya kena buat dressing kat luka pembedahan tu. Alahai kecik je pun luka macam tak berbaloi bius satu badan. Dia tiga hari lepas tu bisul tu naik balik walaupun tengah on antibiotik.. grrr... stress pulak mummy. Last-last bisul tu pecah sendiri and mummy la yang jadi doktor keluarkan nanah-nanah tu. Menggelupur la Ahmad.. sorry takde ubat bius ok. Lepas tu baru la ok.

Rabu ni 15/10 Ahmad ada follow up. InsyaAllah akan dapat date baru untuk operation. Tapi rasanya mummy dah sarat benar nak menjaga dia kat wad. Kalo mintak tarikh lepad dah bersalin nanti ada baby kecik la pulak. So harapnya kali ni Ahmad tak perlu bermalam kat wad, masuk daycare je bole tak pleaseeee...

Mummy tak boleh nak harapkan dedi Ahmad lagi. Selain dia tak cukup fit nak jaga budak lasak ni, jadual kerja dia pun memang tak menentu so mummy tak nak menyusahkan dedi Ahmad dah.. Daripada janji tinggal janji lebih baik mummy pikul tanggungjawab ni sepenuhnya. Maka marilah kita menjadi supermom. huahahahahhh.. Ok, jom layan gambar ;)

Thursday, 7 August 2014

Cerita Operation Cleft Palate Ahmad

Assalamualaikum semua. Rasanya belum terlewat lagi nak ucapkan selamat hari raya. Selama sebulan lebih tak update blog ni memang macam-macam cerita yang jadi pada Ahmad. Sebenarnya mummy teringin sangat nak update tapi selain masa tak mengizinkan, internet takde pulak. Nak update via phone tak syiok ah kan.. hehe..

Straight to the story, alhamdulillah pada 9hb Julai yang lalu Ahmad telah selamat menjalani pembedahan pembetulan sumbing pada lelangitnya. How the doctors did that, I don't know hahaha yang penting anak mummy sihat dan selamat. Oklah mummy cerita dari awal masuk hospital lah ye..

Kalau ada yang memang mengikuti blog ni dari awal, mungkin tahu selama ni Ahmad follow up untuk masalah cleft dia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu di bawah seliaan Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif. Setelah ding dong ding dong selama setahun sepuluh bulan, akhirnya doktor berpuas hati dengan keadaan Ahmad dan mengaturkan tarikh pembedahan pada 9 Julai 2014.

Untuk masalah cleft palate, selalunya baby boleh operate seawal 9 bulan. Tetapi oleh kerana Ahmad ni ada pakej Pierre Robin Syndrome, doktor mintak tunggu lagi sehingga mereka betul-betul puas hati dengan perkembangan rahang bawah Ahmad yang boleh memberi kesan kepada laluan pernafasan semasa operation nanti.

Kami admit pada 7 Julai untuk pemeriksaan awal sebelum dibedah. Itupun doktor tak memberi harapan sebab untuk kes Ahmad, mereka perlu sediakan katil di wad PICU untuk sebarang kemungkinan semasa atau selepas pembedahan. Risiko paling besar bagi kes Ahmad adalah masalah dengan ubat bius dan pernafasannya ketika pembedahan. Oleh itu kalau takde katil kat PICU, memang mereka tak akan teruskan pembedahan. Kadang-kadang kita tak boleh jangka, sebab walaupun pihak hospital dah booked awal-awal katil di PICU, tapi kalau ada kecemasan yang lebih memerlukan maka mereka akan mendahului kes kecemasan tersebut.

Mummy ingin mengingatkan parents semua supaya bersabarlah menghadapi kerenah pihak hospital. Yakin dan percaya bahawa mereka juga ingin melakukan yang terbaik untuk semua pesakit. Kita cubalah memahami situasi dan keadaan mereka. Rasanya bersikap tenang lebih membantu daripada menjadi ibu bapa yang fussy dan kuat merungut, kan?

Mummy bersyukur sebab Allah permudahkan semuanya. Ahmad walaupun dua minggu sebelum tu terlantar di wad pediatrik HTAA sebab jangkitan paru-paru, tapi Allah takdirkan dia sihat sepenuhnya dan boleh dibedah. Mummy bersyukur juga sebab kami tak perlu menunda hari pembedahan sebab katil PICU takde. Semuanya dipermudahkan..

Sebelum masuk wad pada 7 Julai, kami ke Klinik Plastik dulu untuk pemeriksaan doktor. Kemudian, baru kami dibenarkan daftar masuk ke wad. Bangunan Klinik Plastik dan wad terletak di bangunan yang berbeza. Wad untuk pesakit-pesakit di bawah seliaan Klinik Plastik terletak di Bangunan Kaji Saraf, HKL. Selepas daftar masuk (daftar masuk wad kat bangunan lain ye.. kat area kecemasan tu), barulah kami pergi ke wad.

Wad Plastik ni menempatkan pesakit secara bercampur iaitu kanak-kanak dan dewasa lelaki dan perempuan. Pesakit-pesakit ini dipisahkan oleh bay. Bay di hadapan sekali menempatkan pesakit kanak-kanak. Kat wad ni cuma ada dua bilik first class. Walaupun Ahmad layak dapat first class tapi bilik penuh so kami stay kat wad 3rd class je la.

Kat wad ni, Ahmad dapat katil babycot. Parents yang menunggu anak memang takde pilihan, kena tidur kat kerusi je. Hehehh.. Perit ok sebab mummy tengah pregnant ni. Tapi pihak hospital ada sediakan kerusi malas. Selalunya malam before nak tidur kita rebut-rebut amik kerusi malas tu. Siapa cepat dia dapatlah. Hee.. Siang hari kerusi malas tu kena simpan baliklah. Kalau nak baring-baring sila baring dengan anak dalam babycot. Hee.. Untuk makluman, hanya seorang penjaga dibenarkan menjaga anak. Tapi kalau anak lepas operate tu biasanya diorang faham je kalau ibu dan ayah dua-dua nak stay kat wad. Itu atas budi bicara pihak hospital la.

Pada mulanya operation kami dijadualkan pada 8 Julai, tapi kemudian kembali pada tarikh asal iaitu 9 Julai. On 9 Julai tu, Ahmad dijadualkan sebagai patient pertama dibedah iaitu pada pukul 8 pagi. Tetapi atas sebab-sebab katil di PICU belum disediakan, Ahmad hanya dibawa ke bilik bedah pada pukul 12 tengah hari. Sebelum tu pada malamnya pukul 2 pagi Ahmad dah start berpuasa daripada makan dan minum susu. Selepas pukul 6 pagi hanya cecair jernih je dibenarkan.

Malam sebelum operation tu, memang mummy bagi Ahmad makan kenyang-kenyang. Minum susu puas-puas. Tapi budak ni still lapar dahaga. Hoihhh.. Kitorang memang berdoa je cepat la sikit masuk bilik bedah. Tak larat dengar dia berzikir nak air.. nak air.. nak air.. Hahaha. Lepas tu dalan pukul 11 lebih tu nurse suruh siap-siap untuk masuk bilik bedah. Bilik bedah tu nanti sejuk, so make sure anak pakai baju lengan panjang dan seluar panjang. Lepas bedah kena stay kat recovery bay yang sejukkkk jugak dalam 1-2 jam camtu.

Lepas dah siap-siap, Ahmad disorong atas troli untuk ke bilik bedah. Dalam hati mummy ni memang takde la nak steady-steady tapi buat muka cool je la. Bilik bedah terletak kat bangunan utama so jauh la jugak nak berjalan. Kalau nurse tu tanya larat tak nak dukung anak, ko jawab je tak larat. Jauh ok.. nak-nak kalau anak tu dah 11 kg mcm Ahmad... takde makna aku nak menapak dukung budak tu. hihi..

Ibu bapa akan berpisah dengan anak di bilik persediaan. Kat situ sebelum masuk ke dewan bedah, kita dimestikan memakai pakaian yang telah dikhaskan. Nanti kita kena tandatangan beberapa dokumen kat situ sebelum anak disorong ke bilik bedah. Seorang penjaga dibenarkan masuk bersama untuk menemani anak masa proses bius. Ok, time kat bilik persediaan tu mummy yang sign dokumen. Masa tu dah mengalir air mata dah. Arghh.. memang confirm la mummy tak teman Ahmad ye. hehe.. Sebabnya mummy fikir gini, kena bagi semangat kat anak. Kalau dia tengok kita nangis nanti dia pun jadi tak keruan. And I know my son very well, he can read me!! So better dedinya aje yang masuk temankan masa bius tu.

So di bilik persediaan tu la kami berpisah. Mummy cakap mummy nak pegi work, salam dan cium dahi Ahmad. K, bye. Dedinya masuk temankan dia, borak-borak and distract dia supaya Ahmad tetap tenang je dalam tu. Amazing jugak sebab he is such a good boy. Tak meragam pun walaupun memang tengah lapar tu. Lepas doktor bius bagi gas, Ahmad terus tidur. Dedi Ahmad dibenarkan menunggu di bilik menunggu. Mummy kena tunggu kat luar. Hanya seorang penjaga dibenarkan tunggu di bilik menunggu tu.

Bilik menunggu tu sejuk, so make sure bawak sweater siap-siap kalau tak tahan sejuk. Kata dedi, kat bilik menunggu tu semua perempuan, dia je lelaki. Hahahah. Sebelum tu pun akak-akak kat dewan bedah tu tanya, kenapa bukan emaknya yang masuk meneman.. hihi...

Mummy jenguk-jenguk dari luar je. Sebelum masuk kat bilik persediaan tadi, kita akan lalu kat ruang lobi. Kat situ ada kaunter dan board yang menempatkan nama pesakit dengan progress diorang sama ada masih under operation, recover, atau lain-lain lagi. Kat ruang lobi tu kita tak boleh tunggu jugak, kena tunggu kat luar. Tapi boleh masuk la ke ruang lobi tu untuk tengok progress anak. Ahmad under operation selama 3 jam. Bila mummy tengok kat board tu stated recover je.. alhamdulillah.. lega sangat-sangat perasaan mummy ni.

Ahmad ditempatkan di recovery bay untuk dipantau keadaannya sebelum dibenarkan kembali ke wad. Mummy lega sangat Ahmad tak perlu masuk PICU. Kat recovery bay tu, Ahmad tengah lalok-lalok lagi kesan ubat bius. Sesekali dia mengerang, then ngantuk-ngantuk tapi mummy tau dia memang separuh sedar. Dedinya dah tak larat nak temankan, terus mintak mummy tukar syif, temankan Ahmad kat dalam recovery bay tu. Ahmad pun dah sebut mummy.. mummy.. so marilah mummy masuk temankan.

Masuk je tengok Ahmad terbaring dengan topeng oksigen kat mulut. Darah keep keluar dari mulut bercampur air liur. Adoi sakitnya bila teringat balik. Mummy usap-usap Ahmad untuk tenangkan dia. Alahai memang kena kuat semangat ok. Tapi Alhamdulillah Ahmad tak menangis, meraung, meragam macam budak-budak lain. Kami tunggu troli sampai dari wad. Agak lama jugak la dalam dua jam macam tu baru troli sampai. So mak ayah semua, make sure dah solat siap-siap sebab tak boleh nak jangka masa di bilik bedah dan di recovery bay tu..

Okeylah.. nanti mummy sambung cerita lagi keadaan Ahmad lepas operation pulak ye. Gambar mummy letak kat next post sebab mummy dah letih ni menaip hahahaha padahal malas dah. K bye see u in next post :p


Thursday, 3 July 2014

Seminggu Lagi

InsyaAllah lagi seminggu Ahmad akan menjalani pembedahan membetulkan sumbing lelangitnya. 7/7 Ahmad akan admit dan 9/7 operation akan dijalankan sekiranya doktor berpuas hati dengan kesihatan Ahmad.

Pada masa sekarang ni mummy ada sikit fobia kalau Ahmad demam, selsema atau batuk. Memang mummy elakkan menyapu di depan dia, takut kena debu kang selsema pulak. Bedak pun diharamkan padahal dia bukan ada asthma pon.. hehe.. Lepas tu kalau dia bersin je mulalah risau padahal normal la dia bersin sebab makanan selalu tersangkut naik ke hidung. Malam-malam tak pasang kipas. Aircond pasang 28 deg ke 30 deg je. Ntah apa-apa je mak dia ni fobia.

Selain itu kesihatan sendiri pon kena jaga. Takut kalau tak sihat nanti jangkit pada Ahmad pulak. Mummy memang elakkan bawa Ahmad keluar ke crowd dan juga elak bawa dia kerap travel jauh. Punyalah takut. Ye la.. antibodi rendah memang tak boleh nak jangka. Tapi all in all semuanya bergantung pada ketentuan Allah akhirnya. Redha.

Kesihatan Ahmad walau bagaimanapun buat masa ini semakin baik, alhamdulillah..

Now mummy sibuk cari resepi untuk feeding Ahmad after operate. Selain susu, bubur lembut, jus, ingat nak bagi juga Ahmad makan puding ke..yang lembut-lembut. Telut boleh makan ke? Kang tak elok pulak untuk luka bedah tu kan. Untuk minggu pertama selepas bedah cuma boleh minum susu, jus dan aiskrim. Nanti kita tunggu nasihat doktor ye.. Sebab sebenarnya bergantung pada keadaan anak juga.

Puting dan botol memang diharamkan tapi sippy cup mummy tak sure. Tapi Ahmad dah boleh minum guna cawan so mummy tak risau sangat. Guna sudu pun ok. Cuma risau bab susu tengah malam je la srbab dia masih bangun dua tiga kali untuk minum susu. Tak tahulah dia ok tak kalau menyusu malam-malam pakai cawan. hukhuk.. kalau boleh guna sippycup lega sikit kot.

Plan nak gerak ke KL lebih awal sebab mummy dah start cuti pun. Tapi dedi Ahmad pulak masih ada kerja. Ermm.. tengok je la macam mana.

Sebenarnya tak sangka mummy akan melalui semua ni dalam hidup. Sebab selama ni hidup mummy smooth je. Tak pernah rasa susah. Mudah je semuanya. Dari zaman belajar semuanya senang. Habis susah pun lepas diploma tu nak dapat tempat semula nak sambung belajar tu je yang payah sikit. Tapi end up dapat je further study.

Sekarang ni memang terpaksa korbankan kerjaya. Sedih sebenarnya bila kawan-kawan semuanya maju dalam kerjaya masing-masing. Bukanlah tak redha tapi mummy memang jenis yang ada perancangan dan matlamat.

Namun sebaik-baik perancang tetaplah Allah taala.. Mummy terpaksa lupakan plan asal dan ubah plan ikut kesesuaian. hehe.. Matlamat hidup pun dah berubah bila kahwin kan.. Mestilah keluarga akan jadi priority. Omg.. tua sangat rasanya bila cakap macam ni. hehe..

Apapun mummy bersyukur kerana berpeluang merasai cabaran ini. Bukan semua orang dapat mengalaminya. Syukur Allah menguji sekadar dalam kemampuan mummy. Alhamdulillah..

Doakan semuanya dipermudahkan untuk Ahmad. Amin~

Wednesday, 28 May 2014

Bisul Tepi Telinga, Kahak Dalam Paru-paru. Macam-macamlah Ko Ni Ahmad...

Last entry ada cerita sikit pasal Ahmad kena bisul kan? Ni nak cerita lagi pasal bisul dia tu. Huhu. Macam mana boleh kena bisul? Biasanya bisul ni akan terjadi kat tempat-tempat yang mudah berpeluh, maksudnya ada liang aktif la kat situ. Mummy tak pernah kena bisul. Huhu..

Kat tepi telinga Ahmad ada macam liang jerawat. Dari semasa ke semasa, kadang-kadang keluar cairan nanah kat liang tu. Ala.. macam nanah jerawat tu. Kadang-kadang mummy geram so sengaja picit, which is, sepatutnya jangan picit ye tuan puan.. Jerawat kan tak elok picit, nanti ada jangkitan. haa.. camtu la konsepnya. Kadang-kadang Ahmad garu-garu pun terkeluar jugak nanah tu. Dia tak sakit pun.

Lepas dia dah baik demam tu, barulah nampak tepi telinga tu membengkak. Zass.. terus mummy bawak Ahmad gi Klinik Hidayah depan rumah. Dapat antibiotik kena consume selama 5 hari. Dah habis antibiotik, bengkak tepi telinga tu surut sikit tapi mata bisul tak keluar-keluar lagi. Mummy just bagi ubat surut bengkak, untuk kurangkan radang bisul tu. Alhamdulillah, Ahmad masih aktif walaupun kadang-kadang datang mengadu sakit.

Dalam masa yang sama, mummy tak sihat.. selsema batuk teruk dan ada sikit bleeding (huwaaa.. pehal la asyik bleeding je). Kebetulan mummy ada check up monthly kat klinik kesihatan, terus mengadu kat doktor dan mintak cuti sehari. Tapi doktor baik, bagi 2 hari. yahoo!!

Tapi tak yahoo sangatlah sebenarnya. Sebab 2 hari MC duduk rumah, Ahmad terus kena jangkit batuk selsema. Huwaaa.. Sian anak mummy. Ahmad ni mummy paling takut bila dia batuk selsema sebab kemungkinan untuk masuk wad tu ada. Memang cuak la.. dengan aku tengah tak sihat ni kalau warded rasanya memang mummy menangis. Hari jumaat tu batuk selsema Ahmad makin teruk. Mak dia ni pulak bajet anaknya dah dewasa sangat, gi bagi makan aiskrim. Ko dah kenapa Zura??? Bijak sangat ni kenapa??? Siapa ajar batuk selsema bagi makan aiskrim? Kalau tonsil lainlah citerr..

Lepas tu, Jumaat malam tu, Ahmad tido dengan batuk-batuk. Sebenarnya dia tak tidur pun. Bergolek-golek dengan mata terpejam je. Subuh tu mummy tengok nafas dia laju. Ini memang tak best. Hukhuk. Klinik dekat-dekat rumah semua bukak malam je on saturday. Mummy google2, mana klinik yang ok. Nak gi pakar kanak-kanak kat Beserah tu macam malas. So decide nak pergi Klinik 1 Malaysia UTC je. Hee..

Tapi tokki Ahmad tak bagi pergi berdua je dengan Ahmad. Tokki cakap dia nak join temankan. Ok bagus.. Tapi UTC tu macam jauh jugak, nak kena masuk bandar. So takpe, pegi klinik 24jam Putramedic kat Indera Mahkota. Hampeh la 24 jam nyerr.. hari sabtu kitorang pegi tu dia bukak pukul 6 petang. So, pegi Klinik 1 Malaysia kat Jln Sg. Lembing. Kat situ pun takleh dapat rawatan sebab dia tak open untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun yang batuk selsema. Sebabnya kat situ tak ada doktor, cuma ada MA je so diorang tak boleh rawat pesakit bawah 6 tahun. Acaneh tu??

Tukar plan, jom ikut plan asal gi UTC. Waktu tu dah pukul 12 dah. Untuk pengetahuan, klinik kat UTC ni akan lunch break pukul 1-2 ptg. Kitorang gamble je pergi sebab jauh jugak la dari Jln Sg. Lembing tu. Dalam pukul 12.20 kami sampai UTC, mummy terus bawak Ahmad gi register. Naseb kaunter blom tutup. Tunggu turn pun tak lama.. ada dua doktor hari tu. Masuk bilik doktor, Ahmad kena check then terus doktor suruh amik nebulizer untuk cairkan kahak kat paru-paru sebab dah penuh sangat pun. Tu yang nafas laju tu.

Alhamdulillah, kali ni amik nebulizer sangat smooth sebab Ahmad bagi kerjasama dengan baik. Kalau tak memang mengamuk la budak ni. Elok je Ahmad pegang neb tu. Cuma sesekali dia bukak sebab nak tengok asap keluar. Mak ko ni tahan muntah je bau asap. Huhu. Lepas tu jumpa doktor balik, check paru-paru dah agak ok dah. Doktor bagi ubat salbutamol untuk relief kahak kat paru-paru tu. Sebbaik tak demam.. kalau demam tu memang warded la jawabnya takut ada jangkitan kat paru-paru. Lepas tu dapat ubat sapu sekali untuk bisul kat telinga Ahmad tu.

Lain kali rasanya boleh consider Klinik 1 Malaysia UTC ni. Agak bagus service and environment kat sini. Satu sebab mummy prefer klinik ni sebab doktor-doktor dia adalah doktor yang practise kat GH jugak. Kalau doktor swasta ni, ada yang masih beri ubat batuk dan selsema kepada budak bawah 2 tahun. Ikut rules kementerian, memang dua ubat ni tak diberi kepada patient bawah 2 tahun. Lepas tu, mummy senang sikit kalau doktor gomen ni, senang apa-apa hal kalau kena refer ke hospital. So mummy tetap suka gi klinik kesihatan atau klinik gomen walaupun orang lain tak suka. Haha. Sebab Ahmad memang ada rekod kat HTAA, so senang..

Lepas sapu ubat bisul tu, baru la nanah dia membuak-buak membesar. Bengkak yang dah surut tu kembali membengkak dengan dipenuhi nanah. Seminggu jugak la tunggu lepas sapu ubat tu. Tapi mata bisul masih tak ada. Sedar-sedar je dah merening bengkak tu dan kuar nanah sikit. Nak pecahkan sendiri takut, so bawak gi klinik. Dua klinik, dua-dua doktor tak boleh nak buat. Diorang suruh pegi hospital. Masa pegi klinik tu hari Isnin malam. Ah leceh gile nak gi hospital, kena gi kat kecemasan la pulak malam-malam ni. Nak pecahkan bisul je punnnn..

Seriously, untuk budak kecik kalau nak pecahkan bisul, berbeza kaedahnya berbanding orang dewasa. Kami decide untuk pegi esoknya jelah. Tapi malam tu, bisul tu dah pecah naturally. Nanah tu keluar sikit-sikit sampailah bisul jadi kecut. Dah kecut tu, tak pergilah hospital dah. Sebab 29hb ni Ahmad memang ada appointment kat HTAA, nanti follow up sekaligus untuk luka bisul tu terus. Harap-harap dah keluar habis la nanah tu.

Camtu la ceritanya panjang lebar.. Hehe. Sian anak mummy. Mummy pun stress tapi takpelah, inilah pengalaman namanya.

masa baru baik demam.. baru nak ada selera makan. bengkak bisul tak timbul lagi..

muka belah kanan dah start bengkak. style gosok gigi skrg kena baring. ngade!

kat klinik UTC sebelum amik neb

tengok bisul kat telinga tu. sakit2 pun solat tetap wajib ditunaikan

dah besar habis dah.. ada nanah.. huuu serammm

kat klinik nak pecahkan nanah. hampeh doktor tak bole buat

dia pedulik hape sakit pun. tetap nak main susun-susun bangku tu

nanah keluar sikit-sikit. sakittt...

esoknya Ahmad dah cergas dah. main masak-mask :)




Monday, 7 April 2014

Kelainan Telinga Anak Pierre Robin

Rasanya untuk mengakui hakikat abnormality anak adalah sangat menyakitkan. Hanya ibu-ibu yang mengalami saja akan faham tentang ini. Tapi walau bagaimanapun, mummy tetap perlu menelan hakikat. Ahmad tak sama macam orang lain. Kalau mengikut perkembangan Ahmad sekarang, daripada segi perkembangan kognitif dan psycho motor, Alhamdulillah dia masih on track. Alhamdulillah Ahmad dah boleh bercakap perkataan-perkataan mudah. Sengau? Belum dapat dipastikan lagi. Hey, tapi bila dia boleh sebut "mummy" dengan jelas, memang berbunga-bunga rasa hati. Hee..

Tadi mummy bawak Ahmad pergi jumpa doktor. Sebenarnya beberapa hari kebelakangan ni mummy perasan dia asyik la garu-garu, korek-korek telinga. Tapi bila periksa takde apa-apa pun. Lepas tu, semalam, mummy nampak telinga dia ada darah. Sikit je. Check dalam telinga, nampak ada kudis dan macam dah bernanah. Adoi.. ape pulak ni.

Semalam klinik tutup. So hari ni baru jumpa doktor. Doktor cakap mungkin dia gatal, garu dan luka. Dan luka tu dah kena jangkitan. Sebab tu ada nanah. Luckily luka tu sebelah luar je. Tapi, doktor risau nanah tu pecah dan jangkitan melarat ke dalam telinga. Ok, itu memang tak best didengar. Macam biasa, dapat ubat luka dan antibiotik.

Kata doktor, struktur telinga Ahmad 'lain' sikit. Which is, I am already aware about that. Itu normal kot pada budak Pierre Robin. Untuk kes Ahmad, kelainan pada telinga dia menyebabkan sebarang lelehan, cairan, atau apa saja dari dalam telinga tidak dapat keluar secara normal ke cuping telinga. Kalau telinga normal, biasanya tahi telinga akan keluar sendiri dan itu sebabnya doktor selalu pesan jangan korek telinga. Tak ada keperluan pun untuk korek telinga.

Dalam kes Ahmad, memang tahi telinga dia akan berkumpul ke dalam. Memang tak de keluar pun tahi telinga dia. Jadi bila ada appointment kat ENT, memang Ahmad kena cuci telinga dulu. Sebesar alam la tahi telinga yang dah berkumpul kat dalam tu. Huhuhu.. Anak-anak yang ada cleft palate pulak memang mudah dapat jangkitan telinga sebab ada cairan bertakung kat dalam telinga. Kalau kerap selsema pun mudah juga dapat jangkitan dalam telinga.

So ibu-ibu semua, rajin-rajin belek telinga anak ok. Sama ada anak normal atau bermasalah, memang sebagai ibu kita kena teliti kelainan pada anak. Takkannya dia saja-saja garu telinga, korek telinga. Mesti dia gatal, sakit atau tak selesa. Bawa jumpa dengan doktor atau pakar untuk dapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

Ok, itu je nak cerita pun. Babai!

nampak telinga saya? ada lain sikit kan?
 
Alhamdulillah.. saya masih mampu mendengar, normal macam orang lain. Masalah sikit-sikit tu biasalah..


Yang penting, saya maintan HENSEM :p

Wednesday, 2 April 2014

Bila Dekat Marah-Marah. Bila Jauh Rindu-Rindu.

Takde la jauh mana pun. Hahaha. Jauh dari office ke rumah je. Tapi rindu la. Korang macam tu tak? Biasanya bila mummy dah siap pakai baju nak gi kerja dalam pukul 7 macam tu, Ahmad akan bangun. Dia memang morning person. Bangun awal pagi. Kadang-kadang mummy dalam bilik air lagi dia dah bangun. Pastu nangis sebab takde sape teman dia kat katil T_T

Dulu-dulu kalau sempat, pagi-pagi mummy bawak Ahmad round naik basikal or main kejap kat taman. Tapi awal pagi sangat. Sejuk dan dia mudah dapat selsema. Petang-petang tu memang acara wajiblah bawak dia keluar. Ahmad ni memang suka keluar. Mummy nampak dia jenis outdoor dan aktif. Selagi boleh ada je akal dia nak ajak mummy keluar rumah. Hihi.

Eh. Lupa pulak nak cerita pasal bila dekat marah-marah tu. Haha. Bukan marah la, tapi bebel. Urghh.. kalau boleh memang tak mahu jadi mak yang suka bebel. Paling selalu bebel bab perangai Ahmad yang suka memanjat. Adoi tak tahan sakit jantung. Tiba-tiba je dia dah ada atas meja makan. Ko ni dah kenapa suka sangat memanjat ni? Tau la dedi dulu panjat gunung. Dulu la.. dulu.. Eh ke sebab mummy panjat Bukit Tinggi masa mengandung Ahmad aritu? Hihi :p

Oklah. Tu je nak story sebab tiba-tiba rindu Ahmad. Layan picca Ahmad main kat taman petang-petang. Favourite dia gelongsor tu. Feeling dah besar la tu :D

main jongkang jongket

favourite terbaru dia.. gelongsor..

dah tak minat sangat main buai.. tapi bila main takmo turun. hergh.

melawat ayam, lalat dan nyamuk T_T

Thursday, 20 March 2014

Ulser Tekak Memang Menyakitkan

Akhirnya dah tahu jugak sebab Ahmad demam.. Balik keje semalam terus check mulut Ahmad.. Still tak nampak apa-apa dengan dia duk bergelut menangis la ape. Mummy terus bawak keluar rumah, duduk tepi longkang bawah pokok tu, tengok dalam mulut dia. Nangis ke meraung ke lantakkan.. Akhirnya nampak jugak nun hujung di kiri kanan anak tekak yang terbelah tu ada bintik-bintik putih. Confirm ulser..

Mesti sakit kan. Patutlah air liur asyik meleleh je. Ingatkan mula-mula tu sebab nak tumbuh gigi sebab Ahmad memang tangah tumbuh empat batang gigi taring dia atas dan bawah. Alahai kesian anak mummy. Macam mana rasa ulser tu ye? Mummy tak pernah pun kena. Tapi Ahmad memang tak mahu makan, tak mahu minum dan badmoodddddd je.

Tidur malam pun tak berapa lena. Dedi la paling gigih melayan Ahmad tengah-tengah malam tu. Mummy? Urmmm.. no komen. Huuu..

So bermula la penggooglelan mummy cari petua. Hee.. kalau boleh kita cuba natural remedy dulu kan untuk baby ni. Tapi nan hado. Ada la satu tu terbaca pasal buah belimbing. Cuba bagi budak kemam2 buah tu atau bagi jus belimbing tu. Petua lain bagi minum air kelapa untuk kurangkan panas dalam. Antara punca ulser ni sebab kurang minum air so badan jadi panas. Ada banyak la punca-punca lain. Tapi kes Ahmad ni rasanya sebab cuaca panas kat KL hari tu.

Oh oh.. kalau agak-agak mulut anak ada ulser, cuba periksa juga tangan dan kaki anak ada ruam tak. Sebab mungkin kena penyakit tangan, kaki dan mulut tu. Alhamdulillah Ahmad takde. Tapi dia dah pernah kena dah penyakit tu dalam sebulan yang lepas. Kesian betul sebulan sekali mesti sakit. Mudah betul berjangkit dia ni.

Sebenarnya dulu masa umur 6 bulan Ahmad pernah kena ulser tekak, pakej dengan fungus dan jangkitan paru-paru. memang warded la masa tu. Mummy teringat doktor pernah bagi mouth spray untuk kurangkan kesakitan tu. Kalau google boleh jumpa brand Aloclair, Difflam dan Gengigel. Itu antara jenama mouth spray yang biasa guna untuk ulser. Dulu doktor beri yang jenama Gengigel tu. So malam tadi gigih la mencari jenama tu kat farmasi. Takde pun.. kalau ada pun dah habis pulak. Banyaknya yang jenis ubat kumur or ubat sapu tu. Pergi kat Farmasi Avanti kat Taman Tas, Kuantan.. baru je habis. Haishh.. Lepas tu ke Farmasi Nur, diorang cakap takde. Tapi dia ada jual ubat minum aloe vera. Hmm.. ok la try la incase tak jumpa spray mouth. Lagipun RM10 kira ok la nak beli.

Lepas beli Ahmad terus makan ubat tu. Suka pulak dia. Lepas tu terus boleh minum susu kotak dutch lady for kids tu. Then kitorang cari lagi spray mouth sampai ke farmasi kat Sungai Isap. Ala tak ingat pulak nama farmasi tu. Situ ada jual spray mouth. Fuh lega.. Jenama Difflam dalam RM27. And mujur diorang ada jugak jenama Gengigel tu.. RM41. Gulp! Boleh tahan jugak. Tapi sebab Ahmad pernah guna Gengigel so beli Gengigel je la..

penyelamat kami.. alhamdulillah dlm sehari je pastu Ahmad dah boleh makan

Malam tu Ahmad tidur memang tak selesa. Kejap-kejap sembur Gengigel tu bila dia terbangun nak menyusu. Tapi memang mengamuk la dia dua tiga kali terjaga tidur. Kesian anak mummy.. Huhu..

Kalau anak kena ulser just banyakkan minum air. Budak-budak dengan cleft palate memang mudah dapat jangkitan. Ni kata-kata paed kat KMC tu la. Takpe.. marilah kita bersabar. Walaupun cara Ahmad nak kurangkan kesakitan dia tu pelik sikit.. boleh dia nak gigit tangan or jari kitorang. hahaha.. sabar je la mummy and daddy tahan kena gigit.. Huhu..

Ngamuk-ngamuk, gigit-gigit pun mummy sayang jugak Ahmad tau. Semua ibu pun macam ni, kan?

Friday, 18 October 2013

Do Not Underestimate Your Baby

Kalau ikutkan, banyak yang nak kena update. Tapi tu la.. tangguh-tangguh lepas tu jadi malas pulak nak cerita. Appointment Ahmad dengan unit Audiologi dan klinik ENT mummy tak cerita pun. Apa result dan perkembangan pendengaran Ahmad? Adakan ia terjejas atas sebab masalah cleft palate dia tu?

Itu nanti la mummy cerita ya. Sebab tengah malas lagi (tak habis-habis malas). Eh lagipun tengah excited ni. So mummy cerita benda exciting ni dulu la ye. Huhu...

Pernah tak minum guna straw yang berlubang? Boleh sedut tak melalui straw tu? Kalau boleh sedut pun mesti tak lancar kan? Hah, macam tu la kebanyakan budak yang sumbing lelangit. Bila lelangit terbelah atau berlubang memang keupayaan menyedut jadi kurang. Lagi pulak kalau nak sedut air guna straw.. double impossible la jawabnya.

Kebanyakan kes selalunya cleft baby memang tak mampu sedut. Tapi lepas dah buat palate repair, insyaAllah boleh. Tapi ada juga cleft baby yang boleh sedut walaupun belum buat repair. Dan salah seorang baby bertuah itu tentunya my miracle Ahmad!! Yeay.. alhamdulillah. Syukur ya Allah.. :D

Personally, i found this is really amazing. Dan kemudian mummy terfikir yang mungkin jika mummy betul-betul mencuba dulu...ada kebarangkalian Ahmad boleh direct breastfeed. Tapi tak apalah benda dah lepas kan..

Sebelum ini mummy memang rasa Ahmad takkan mampu minum guna straw. Dah cuba bagi tapi Ahmad tak boleh sedut. Tapi Ahmad ni jenis yang suka mencuba benda baru. Dia dah boring guna sippy cup. Setiap kali minum dia nak guna straw lagi-lagi kalau nampak orang tengah minum air kotak ke atau air manis yg pakai straw.

So menjadi tugas mummy la fill air dalam straw tu dan transfer ke mulut Ahmad berkali-kali.. tak dapat sedut pun tak apa janji kena guna straw. But slowly rupanya Ahmad belajar menyedut dari situ. And amazingly he manage to suck! At last! 

Betapa hebatnya kuasa Allah. Yela kalau ikut pada pembacaan dan kajian memang la cleft baby tak boleh buat itu ini tapi kita tak tahu keupayaan sebenar anak kita sebelum kita mencuba. Peristiwa ini memang mengajar mummy untuk tidak memandang rendah dan meletakkan setiap perkara secara sama rata. Ada keadaannya kuasa Allah akan menjadikannya berbeza.

Untuk anak mummy, tahniah sayang. Ada banyak lagi perkara untuk kita explore and discover bersama-sama. Mummy bantu Ahmad untuk Ahmad bantu mummy. Lately perkembangan Ahmad agak bagus. Walaupun dah setahun dan masih belum berjalan sendiri, tapi untuk perkara-perkara yang memerlukan kemahiran motor halus dan ketelitian, pencapaiannya agak membanggakan. 

Alhamdulillah for this beautiful journey. Till then, nanti mummy update lagi ok :)

dah besar dah Ahmad.. panjang kan dia? hehe
si comot hensem sekarang pegi Taman Bandar bawak basikal.. stroller2 tak main ah! ngade sangatt
dah boleh main permainan toddler
and yes, dah boleh sedut strawww!!!! akhirnya.. alhamdulillah :)