Thursday, 20 March 2014

Ulser Tekak Memang Menyakitkan

Akhirnya dah tahu jugak sebab Ahmad demam.. Balik keje semalam terus check mulut Ahmad.. Still tak nampak apa-apa dengan dia duk bergelut menangis la ape. Mummy terus bawak keluar rumah, duduk tepi longkang bawah pokok tu, tengok dalam mulut dia. Nangis ke meraung ke lantakkan.. Akhirnya nampak jugak nun hujung di kiri kanan anak tekak yang terbelah tu ada bintik-bintik putih. Confirm ulser..

Mesti sakit kan. Patutlah air liur asyik meleleh je. Ingatkan mula-mula tu sebab nak tumbuh gigi sebab Ahmad memang tangah tumbuh empat batang gigi taring dia atas dan bawah. Alahai kesian anak mummy. Macam mana rasa ulser tu ye? Mummy tak pernah pun kena. Tapi Ahmad memang tak mahu makan, tak mahu minum dan badmoodddddd je.

Tidur malam pun tak berapa lena. Dedi la paling gigih melayan Ahmad tengah-tengah malam tu. Mummy? Urmmm.. no komen. Huuu..

So bermula la penggooglelan mummy cari petua. Hee.. kalau boleh kita cuba natural remedy dulu kan untuk baby ni. Tapi nan hado. Ada la satu tu terbaca pasal buah belimbing. Cuba bagi budak kemam2 buah tu atau bagi jus belimbing tu. Petua lain bagi minum air kelapa untuk kurangkan panas dalam. Antara punca ulser ni sebab kurang minum air so badan jadi panas. Ada banyak la punca-punca lain. Tapi kes Ahmad ni rasanya sebab cuaca panas kat KL hari tu.

Oh oh.. kalau agak-agak mulut anak ada ulser, cuba periksa juga tangan dan kaki anak ada ruam tak. Sebab mungkin kena penyakit tangan, kaki dan mulut tu. Alhamdulillah Ahmad takde. Tapi dia dah pernah kena dah penyakit tu dalam sebulan yang lepas. Kesian betul sebulan sekali mesti sakit. Mudah betul berjangkit dia ni.

Sebenarnya dulu masa umur 6 bulan Ahmad pernah kena ulser tekak, pakej dengan fungus dan jangkitan paru-paru. memang warded la masa tu. Mummy teringat doktor pernah bagi mouth spray untuk kurangkan kesakitan tu. Kalau google boleh jumpa brand Aloclair, Difflam dan Gengigel. Itu antara jenama mouth spray yang biasa guna untuk ulser. Dulu doktor beri yang jenama Gengigel tu. So malam tadi gigih la mencari jenama tu kat farmasi. Takde pun.. kalau ada pun dah habis pulak. Banyaknya yang jenis ubat kumur or ubat sapu tu. Pergi kat Farmasi Avanti kat Taman Tas, Kuantan.. baru je habis. Haishh.. Lepas tu ke Farmasi Nur, diorang cakap takde. Tapi dia ada jual ubat minum aloe vera. Hmm.. ok la try la incase tak jumpa spray mouth. Lagipun RM10 kira ok la nak beli.

Lepas beli Ahmad terus makan ubat tu. Suka pulak dia. Lepas tu terus boleh minum susu kotak dutch lady for kids tu. Then kitorang cari lagi spray mouth sampai ke farmasi kat Sungai Isap. Ala tak ingat pulak nama farmasi tu. Situ ada jual spray mouth. Fuh lega.. Jenama Difflam dalam RM27. And mujur diorang ada jugak jenama Gengigel tu.. RM41. Gulp! Boleh tahan jugak. Tapi sebab Ahmad pernah guna Gengigel so beli Gengigel je la..

penyelamat kami.. alhamdulillah dlm sehari je pastu Ahmad dah boleh makan

Malam tu Ahmad tidur memang tak selesa. Kejap-kejap sembur Gengigel tu bila dia terbangun nak menyusu. Tapi memang mengamuk la dia dua tiga kali terjaga tidur. Kesian anak mummy.. Huhu..

Kalau anak kena ulser just banyakkan minum air. Budak-budak dengan cleft palate memang mudah dapat jangkitan. Ni kata-kata paed kat KMC tu la. Takpe.. marilah kita bersabar. Walaupun cara Ahmad nak kurangkan kesakitan dia tu pelik sikit.. boleh dia nak gigit tangan or jari kitorang. hahaha.. sabar je la mummy and daddy tahan kena gigit.. Huhu..

Ngamuk-ngamuk, gigit-gigit pun mummy sayang jugak Ahmad tau. Semua ibu pun macam ni, kan?

Wednesday, 19 March 2014

From HKL to HTAA dan Pakej Demam

Last week 14/03/14 Ahmad ada follow up kat HKL. Follow up dengan doktor plastic surgery untuk palate repair dia. Macam biasa la soalan-soalan doktor tetaplah soalan-soalan yang berulang, tidur berdengkur tak, makan dan susu ok tak.. huhu.. Menunggu tak lama dan jumpa doktor pun tak lama kali ni. Doktor pun dah tengok report pakar bius dan puas hati, terus bagi tarikh untuk operation. Vavava sangatlah berdebar nak buat persediaan mental ni.

Sebabnya? Sebabnya operation kat HKL ya Allah.. bersusunnnnnn kau. Mula-mula doktor letak bulan Mei. Tetiba ada pulak doktor tak bagi letak date bulan Mei tu. Last-last dapatlah tarikh awal bulan Julai. Insya Allah Ahmad akan admit 7 Julai dan kalau kesihatan dia memuaskan, doktor akan proceed terus dengan surgery.

Oh. Bulan Julai tu bulan puasa okkkk... Cemana tu.. mencabar pulak rasanya. Lepas tu raya pulak. Time raya tu Ahmad still kena berpantang. Harap-harap semuanya ok la.. Harap-harap Ahmad sihat dan fit untuk operation tu nanti.

Balik dari KL, Ahmad demam la pulakk.. Ye la, KL tengah kemarau dan berjerebu. Mummy pun sakit tekak dibuatnya. Kali ni dia Ahmad demam tak la melepek lembik tu tapi still manja. Tapi dia dah suka makan ubat, so tak susah dah bab makan ubat ni. Tapi dia dok tunjuk-tunjuk dagu dia.. Alamak tak faham la.. maybe sakit kat situ kot.. Bila periksa takde apa-apa pun. Kesian anak mummy. Makan tak mau, minum susu dalam botol pun tak mau. Nasib baik Ahmad nak minum susu kotak. Agaknya sedut guna straw tu less pain kot. Hmm.. mula la mummy rasa macam nak stop kan susu botol dia tu. Tapi yang susahnya malam-malam dia still nak susu sebab tak cukup intake waktu siang. Makan pun tak berapa sangat dah kebelakangan ni. Macam mana tu... huu..

Kat KL haritu sempat la bawak jalan-jalan KLCC, pegi Aquaria je pun.. Berlari-lari la Ahmad kat dalam tu sebab excited dan nak lawan rasa mengantuk dia. Dia memang macam tu, lagi mengantuk lagi aktif jadinya.. Dah tu dia lebih excited tengok air daripada tengok ikan. Sabar je la..

Today 19/03/14 Ahmad ada follow up dengan pakar pediatrik HTAA pulak. Follow up biasa je nak tengok perkembangan dia. So far doktor puas hati dan diorang decide untuk jumpa semula lepas operation nanti.. Baiklah doktor..

Masa kat HTAA tadi mummy berkesempatan bertemu dengan ibu yang ada anak Pierre Robin jugak. Mula-mula tak perasan. Anak dia aktif ya Rabbi.. berlari-lariiii je. Tak lama tu baru perasan and mummy try tegur ibu tu. Tapi tak dapat borak lama sebab nama Ahmad dah kena panggil. Anak dia nama apa pun tak sempat tanya, tapi umurnya dah 5 tahun. Dagunya kecik, lebih kecik dan ke dalam daripada dagu Ahmad. Tapi dia takde cleft palate pun. Haa.. ini first time mummy jumpa yang macam ni. Selalunya PRS mesti pakej dengan cleft kan?

Masalah anak dia lebih kepada masalah pernafasan. Tidur berdengkur. Makan pun limited choices la. Tadi budak tu makan roti, nampak ok je. Pertuturan dia mummy tak perasan pulak sebab masa mummy dengar dia bercakap tu mulut penuh dengan roti. Comel betul la budak ni.

Sebab terjumpa ibu ni la mummy tergerak nak buat group kat facebook tu. Mommies out there with same problems boleh request untuk join group http://www.facebook.com/groups/pierrerobinmalaysia/ ni ye.. nanti mummy approve.

Ok guys. Got to go. Thanks for reading.. Layan pics Ahmad kat KLCC hari tu ya! Daa..

gi KLCC naik lrt je. sibuk dia nak jadik pilot..




gigih betul pilot kecik ni. nangis tu nak jugak duduk kat depan ni




tu sibuk nak celup tangan dalam air.. haishhh..




with dedi depan KLCC

















nak lepas bebas je.. cuaca tak elok sangat kat KL. ni baru lepas hujan so kita chill la kat luar

sejak jadi toddler ni tak mesra camera dah.. mummy je yg lebih2. hukhuk.. T_T

Pierre Robin Sequence Malaysia

Salam kawan-kawan.. Mummy tau blog ni tak aktif sangat. Huhu.. Tapi sepanjang buat blog Cerita Tentang Ahmad ni, ada ramai ibu-ibu yang approach mummy untuk bertanyakan tentang Pierre Robin ni, which is, ape la sangat pengalaman dan ilmu yang mummy ada pon.. hukhuk..

Setelah berfikir semasak-masaknya, mummy decide untuk buat grup kat facebook so that mummy-mummy semua bolehlah bertukar-tukar fikiran dan pengalaman tentang anak-anak masing-masing. Mummy faham teramatlah susahnya nak cari info yang senang difahami tentang sindrom ni, berbeza dengan sindrom-sindrom lain yang kita dah biasa dengar, kan?

Dulu awal-awal dapat Ahmad memang la ada terasa nak buat group ni tapi macam syok sendiri sangat hahaha.. Since dah ada blog ni dan ada yang bertanya, rasanya mummy tak keseorangan ada anak Pierre Robin. So marilah kita buat group, boleh support each other.. ye dok? Takpe la kita tak ramai pun. Kuantiti tak penting, yang penting kualiti.. kan?

Mummy minta maaf sebab ada yang tinggalkan message kat blog ni mahupun kat facebook mummy yang mummy terlepas pandang. Dah tu ada message tapi takde contact or email so tak dapat la mummy nak follow up semula.

So jom mummy-mummy or daddy-daddy join group http://www.facebook.com/groups/pierrerobinmalaysia/ Ini close group tau.. just ask to join je nanti mummy approve ok!

Selamat berkongsi ilmu!

Wednesday, 12 March 2014

Check Up Audiologi 12 Mac 2014.. nangis ye Mad..

Ahmad ni perangai dia setiap kali ada follow up kat klinik ke, hospital ke, mesti nak buat drama lebih-lebih. Macamkan treatment tu sakit sangat padahal kadang-kadang doktor letak stethoscope kat dada je. Ngade betul.

Last time masa admit kat HTAA tu kena bagi neb pada dia. Adoila tersiksa sungguh mummy ni nak bagi dia neb. Tersiksa sebab mummy kena jaga dia sorang-sorang je, dedi takleh tolong. Kalau bernasib baik, nurse akan tolong. Tapi ko tau la hospital gomen, tak terkejar nurse tu nak attend semua orang. Jadi rasanya mummy la ibu paling ganas masa bagi anak makan ubat. Ko tak tengok cemana budak ni meronta-ronta sampai nurse pun letih. Kuat kudrat Ahmad ni. lepas tu tak mengaku kalah pulak tu. Dia akan tetap meronta-ronta sampailah kita lepaskan dia.

Sebenarnya bukan Ahmad takut pada doktor ke, sakit ke hape.. cuma dia tak suka kena lock. Tak suka kena pegang, tak suka sebab tak dapat bergerak bebas. Huhuhu.. perangai sape la ni.. ish2..

Tadi follow up Ahmad kat unit Audio untuk check pendengaran dia. Seperti biasa, audiologist tu teropong dulu dalam telinga Ahmad. Tak cantik, ada tahi telinga banyak. Menternak ke hape dia ni.. Terus kena masuk bilik rawatan untuk buang tahi telinga. Tahi telinga Ahmad ni jenis kering dan keras. Mungkin sebab tu la mudah berkumpul kat dalam telinga and tak keluar-keluar.

Ini kali kedua Ahmad menjalani benda ni. Untuk baby dan budak-budak, pembantu perubatan akan balut dulu badan budak-budak ni dengan selimut. Then mari semua orang lock budak tu jangan kasi gerak. Hehehe. MA akan keluarkan tahi telinga tu dengan berhati-hati. Of course la guna bantuan teleskop. Huiii banyakkkkknyeee tahi telinga Ahmad tadi. Eww...

Macam biasa, nangis macam time dia kena potong rambut jugak. Tapi lagi sadis la. haha.. siap pakej tersedu-sedu. Lepas siap tu mula la tak nak berenggang dengan mummy. Nak dukungggg je. Dah 10 kilo lebih dah dia ni hoi beratt.. Tektik sangat Ahmad ni nak dukung kan. Huhu..

Lepas selesai prosedur tu, lepas Ahmad dah tenang, terus buat ujian pendengaran. Alhamdulillah normal, masih boleh respond kepada bunyi. Tapi Audilogist tu tak dapat nak buat detail sebab Ahmad refuse to wear the headphone. macam-macam la Ahmad ni. Bila buat ujian tekanan dalam telinga tu (maaf la ada nama ujian dia tapi mummy lupa.. hee..) resultnya tak cantik sangat. Kedua-dua belah telinga Ahmad ada cecair di belakang gegendang. Tapi keadaan ni boleh terjadi jugak if selsema. Memang Ahmad selsema pun.

So itu je la cerita. Next check up dengan audiologist lagi 3 bulan. InsyaAllah harap-harap Ahmad sihat dan dapat result normal la ye. Dah tu je. bai. Gambar memang takde sebab malas (again).

Lama Tak Update Kan? Lepas Ni Mummy Rajin Ok Sebab Nak Masuk Episod Penting Dah.

(motif tajuk nak panjang-panjang?)

Sebenarnya dalam hati ni memang rasa nak update sangat-sangat. Banyak yang dah berlaku pada Ahmad yang mummy tak update. Alahai ruginya bila fikir-fikir balik. Sejak tarikh last update tu, Ahmad ada admit hospital dua kali. First tu sebab buat airway assessment untuk kali kedua. Then second time admit tu sebab demam.. biasa la dia bila demam mudah sangat kena jangkitan paru-paru. haishh.. T_T

Mummy sebenarnya dah buat entry tapi bila publish je hilang. Agaknya sebab internet siput sedut. Adoi la stress betul. Dah tu buat entry pakai galaxy camera memang sakit jiwa. Sia-sia je kegigihan mummy tu. Lalalalala..

Ahmad juga attend beberapa appointment dengan pakar pediatrik, audiologist, klinik ENT, dental, pakar bedah plastik dan pakar bius. Mummy akan buat ringkasan je la ye tentang condition Ahmad. Sebab cerita Ahmad ni dah nak masuk fasa kemuncak dah. Wakakaka.. pandai-pandai je buat drama kat sini. Takdelah.. maksud mummy, insyaAllah dalam tahun ni Ahmad akan buat cleft repair.

Pakar pediatrik secara umumnya berpuas hati dengan perkembangan Ahmad. Around October 2013, pakar pediatrik paru-paru dah buat airway assessment kali ke-2 pada Ahmad. Alhamdulillah result kali ni memang cantik. Doktor kata Ahmad dah boleh ready untuk pembedahan tapi apa-apa pun terpulang pada pakar bedah plastik HKL.

Perkembangan pendengaran Ahmad, Ahmad ada problem sikit dengan pendengaran dia. Very mild. Tapi masa buat test audio tu Ahmad tengah selsema so audiologist tu bagi masa supaya selsema Ahmad pulih then kita re-test. Jumpa dengan pakar ENT, doktor cuma bagi ubat selsema untuk keringkan air kat dalam telinga tu. Lepas tu kena jumpa audiologist balik. Last time jumpa audiologist, boleh pulak budak Ahmad ni mengamuk dalam bilik ujian tu.. ngantuk kot.. Ni esok nak jumpa audiologist semula tapi Ahmad selsema lagi!!! Huuu.. cemana tu~

Ahmad jumpa dentist jugak kat HTAA. Gigi cantik, teratur alhamdulillah. Cuma ada potensi rosak sikit, since Ahmad masih attach dengan susu botol. Huwaaa... susah ni task ni. Nak kena ajar dia tak minum susu botol dah. Dah la Ahmad still bangun 2 kali time tidur malam, nak susu. Mummy bagi air masak pun dia takmau, tunjuk susu jugak. Ni sekarang mummy buat dia betul-betul kenyang sebelum tidur dengan harapan dia dah tak terbangun malam dah. Kita cuba dulu untuk tempoh seminggu ye. Hehe..

Lepas airway assessment hari tu, mummy and dedi bawak Ahmad ke HKL untuk jumpa pakar plastik. Doktor tu suruh tunggu lagi. Dia takmo bagi date lagi untuk pembedahan. Fine... Lepas tu dia suruh rujuk ke pakar bius untuk penilaian. Pakar bius kata proceed, boleh bedah. Dia pun cerita la tentang keperluan bius dan risiko-risikonya which make us rasa waaaa... takyah bedah boleh tak? Stress. Siap mummy and dedi bertolak-tolak siapa nak sign surat kebenaran tu. Sabar je la. Mesti la dedi kan.. Ngade dia tu.

So, itu je la ringkasan yang tak ringkas sangat. Check up Ahmad bulan Mac ni tersangatla banyaknya.

12 Mac 2014 - Audio HTAA
14 Mac 2014 - Plastic HKL
19 Mac 2014 - Paed HTAA
21 Mac 2014 - Klinik Kesihatan

Ahmad dah setahun 6 bulan pada 21 Mac ni. Alhamdulillah. Dah takde masalah berat badan dah. Yeayy!!
Ok. Will update soon. Doakan supaya mummy tak malas dah. Hee..

p/s: pray4MH370

p/s/s: jemput 'like' my fb page BOOKU . Ada cloth books, Islamic Softbooks, children's books, educational toys, Kinetic Sand, Bubber, art and craft supplies for children's activities, eh banyak lagi lah!! Click link ni , 'like', then selamat membeli-belah!!

anak saya.. dah besar, kacak, gigi dah banyak, dah boleh berjalan dan pandai menunggang kuda belang.. hihi

Tuesday, 29 October 2013

Update On Bilateral Subependymal Cyst

Taktau la eja tu betul ke salah. Huhu.. tapi saja nak update sikitlah. Actually banyak je entry dalam draft tapi tak publish2 lagi haihhh.. mummy is busy ok :p
Pasal brain cyst Ahmad ni.. last time mummy ada tanya doktor. Sebab mummy plan nak amik takaful untuk Ahmad so kena make sure dia dah bebas daripada cyst ni. Anyhow doktor cuma cakap benda tu boleh dissolve. Tu je. Takde nak confirmkan dengan scan ke apa ke..
Lagipun development track Ahmad cantik je so they assume takde masalah la. Gitu. Tapi takde pulak diorang nak buat surat pengesahan ke apa walaupun mummy dah mintak. Yelah next time mummy try mintak lagilah. Yelah, maybe leceh kot sebab takkan boleh sahkan gitu-gitu je kan, of course la kena ada proof.
Lagipun follow up Ahmad kat paediatrik sekarang ni under pakar paru-paru so they concentrate on that matter je la. Pasal development dia tu doktor muda je yang track, bukan pakar. Takpelah.. kita buat satu-satu, mummy pun tak pening nak pikir. Sekarang ni fokus nak prepare untuk cleft repair je dulu. Pasal takaful tu takpe la. Darjah satu nanti la kot mummy apply. Hoh.
So.. mummy pegang kata-kata doktor and I assume the cyst has dissolve. Camtu boleh? Nak gi scan kat swasta macam malas la pulak sebab of course diorang nak tau rekod Ahmad sebelum ni. Malasnyaaaa nak cerita all over again.
Oh Ahmad sekarang sedang aktif walaupun masih berkahak dah sebulan kot. Aisehhh kalau berkahak selalu sangat nanti diorang taknak operate nak.. cepat-cepat la sihat. I wish boleh cuti sebulan concentrate bagi dia makan ubat or apa-apa treatment la untuk pulihkan kahak dia tu. Batuk dah takde dah. Alhamdulillah.
Oh. Tapi dia tengah chikenpox pulak. Huhu.. takpe Mad, kena kecik-kecik senang hilang parut. Cuma kesian tengok dia gelisah menggaru. Sabar la ye Mad.
Layan pics Ahmad dengan partner in crime. Iye.. jangkit chikenpox dengan budak ni la. Dah tu korang main tukar-tukar botol susu, memang confirm la berjangkit. Oh by the way, Izzah ni sepupu n adik susuan Ahmad. Anak mummy jugak la ni. Hehe. Sayang you both ketat-ketat! :D

Friday, 18 October 2013

Do Not Underestimate Your Baby

Kalau ikutkan, banyak yang nak kena update. Tapi tu la.. tangguh-tangguh lepas tu jadi malas pulak nak cerita. Appointment Ahmad dengan unit Audiologi dan klinik ENT mummy tak cerita pun. Apa result dan perkembangan pendengaran Ahmad? Adakan ia terjejas atas sebab masalah cleft palate dia tu?

Itu nanti la mummy cerita ya. Sebab tengah malas lagi (tak habis-habis malas). Eh lagipun tengah excited ni. So mummy cerita benda exciting ni dulu la ye. Huhu...

Pernah tak minum guna straw yang berlubang? Boleh sedut tak melalui straw tu? Kalau boleh sedut pun mesti tak lancar kan? Hah, macam tu la kebanyakan budak yang sumbing lelangit. Bila lelangit terbelah atau berlubang memang keupayaan menyedut jadi kurang. Lagi pulak kalau nak sedut air guna straw.. double impossible la jawabnya.

Kebanyakan kes selalunya cleft baby memang tak mampu sedut. Tapi lepas dah buat palate repair, insyaAllah boleh. Tapi ada juga cleft baby yang boleh sedut walaupun belum buat repair. Dan salah seorang baby bertuah itu tentunya my miracle Ahmad!! Yeay.. alhamdulillah. Syukur ya Allah.. :D

Personally, i found this is really amazing. Dan kemudian mummy terfikir yang mungkin jika mummy betul-betul mencuba dulu...ada kebarangkalian Ahmad boleh direct breastfeed. Tapi tak apalah benda dah lepas kan..

Sebelum ini mummy memang rasa Ahmad takkan mampu minum guna straw. Dah cuba bagi tapi Ahmad tak boleh sedut. Tapi Ahmad ni jenis yang suka mencuba benda baru. Dia dah boring guna sippy cup. Setiap kali minum dia nak guna straw lagi-lagi kalau nampak orang tengah minum air kotak ke atau air manis yg pakai straw.

So menjadi tugas mummy la fill air dalam straw tu dan transfer ke mulut Ahmad berkali-kali.. tak dapat sedut pun tak apa janji kena guna straw. But slowly rupanya Ahmad belajar menyedut dari situ. And amazingly he manage to suck! At last! 

Betapa hebatnya kuasa Allah. Yela kalau ikut pada pembacaan dan kajian memang la cleft baby tak boleh buat itu ini tapi kita tak tahu keupayaan sebenar anak kita sebelum kita mencuba. Peristiwa ini memang mengajar mummy untuk tidak memandang rendah dan meletakkan setiap perkara secara sama rata. Ada keadaannya kuasa Allah akan menjadikannya berbeza.

Untuk anak mummy, tahniah sayang. Ada banyak lagi perkara untuk kita explore and discover bersama-sama. Mummy bantu Ahmad untuk Ahmad bantu mummy. Lately perkembangan Ahmad agak bagus. Walaupun dah setahun dan masih belum berjalan sendiri, tapi untuk perkara-perkara yang memerlukan kemahiran motor halus dan ketelitian, pencapaiannya agak membanggakan. 

Alhamdulillah for this beautiful journey. Till then, nanti mummy update lagi ok :)

dah besar dah Ahmad.. panjang kan dia? hehe
si comot hensem sekarang pegi Taman Bandar bawak basikal.. stroller2 tak main ah! ngade sangatt
dah boleh main permainan toddler
and yes, dah boleh sedut strawww!!!! akhirnya.. alhamdulillah :)