Thursday, 31 January 2013

22 Haribulan Itu..

Ini cerita last week. Mummy ni dah gigih amik cuti untuk pergi check up Ahmad dengan pakar kat HKL. Dedi pun turun kuantan amik kami. Biasa la ada anak kecik terkocoh-kocoh jugak nak berkemas. Sambil-sambil kemas borak-borak la dengan dedi pastu check buku temmujanji Ahmad nak make sure temujanji dia pukul berapa. Pastu mata tengok tarikh temujanji untuk HKL 22 haribulan, sekali...
"Eh.. 22 haribulan 2.." duhhh..biru jap muka mummy. Ko bayangkan la untuk kami ni duduk berjauhan. Nak kena plan cuti semua tu setiap kali check up Ahmad..sekali dah silap tarikh cenggitu aiyooo.. dedi maafkan la mummy plishhhh.. heee.. Lagi best sebab dedi datang dari KL dengan Auntie Munie.. if kami tak jadi pegi KL takkan perempuan tu nak balik sorang-sorang dah la menyusahkan dia hahaha.. ampun munie...
So kami decide untuk pegi KL  jugak.. takpe la kiranya menziarah atuk and opah Ahmad la kan. Pastu alang-alang dah kat sana tu 21 haribulan kami lajak pulak ke seremban, ziarah paati and pooti Ahmad kat sana. Dedi tak sihat pulak badan bisa-bisa and naik dot dot merah. Balik dari seremban cik noorul doctor in the house tengok terus sahkan dedi kena kayap. Sobs.. bertabahlah dedi we love you.
Hehe.. jadi marilah kita melayan gambar je.. :D

with uncle baby n uncle boy
 
dua pupu Ahmad, handsome Abhi ;)
  
mummy n kids
  
Ahmad with pooti (moyang)
  
sesi kaunseling bersama pooti
  
Ahmad ucuk acammm
  
see Ahmad.. ahaha dia ketawa tengok tv kat depan tu
  
with lovely auntie girlie

Sunday, 27 January 2013

Setiap Kali Terasa Nak Give Up..

Kelmarin check up Ahmad empat bulan. Still, berat badan masih belum memuaskan.. dah panjang anak mummy, 65cm dah tapi berat tak naik banyak so bmi pun tak cantiklah..

Hari ini mummy bersyukur, diam tak diam sudah empat bulan mummy berjaya fully breastfeed Ahmad. Tak sangka betul dengan masalah cleft dia mummy masih gigih perah susu untuk Ahmad.

Masa kat klinik tadi mummy sedar antara sebab berat Ahmad kurang naik adalah kerana masalah feeding dia. Lately, production susu makin kurang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan apa yang ada je..haha.. Sedih betul sebab bila susu takde, projek scalded milk pun tergendala la.. so now dalam fridge ada la berapa ketul je stock susu. Kadang-kadang terpaksa catu bagi susu pada Ahmad..hehe.. Dia ni bagi 1oz pun senyap je.. tapi takde la mummy kejam sangat bagi anak 1oz je kan..

Bila anak tak direct feeding memang breast akan kurang dapat stimulasi. Waktu pumping pun bukan konsisten sangat sejak dah masuk kerja ni. Dulu masa dalam pantang sekali perah paling kurang 6oz.. mmg banyak la sebab Ahmad tak direct feeding kan. Dia minum pun cuma 1.5oz je masa tu jadi memang gigih buat frozen milk. Unfortunately Ahmad reject frozen milk tu..terkilannya stok banyak dah buat. Mujurlah cousin dia tak reject so stock banyak-banyak tu bagi pada dia je.

Lepas habis pantang tak lama tu terus period so susu drop to 4oz setiap kali perahan. Entah kenapa tak terfikir nak tingkatkan semula production susu tu..my bad... Ahmad cuma consume 2.5oz masa tu so balance yang ada mummy memang rajin buat scalded milk. Lepas dah masuk kerja susu drop lagi ke 3oz je and Ahmad consume ngam-ngam 3oz jugak... hmmm..  itu yang mengais hari-hari tu... hohho..

Walau bagaimanapun tetaplah bersyukur kerana susu memang tak meriah tapi Ahmad belum pernah lagi menangis tak cukup susu. Mummy memang cekalkan hati.. pujuk hati jangan stress. Frankly speaking benda ni tak mudah untuk mummy. Mummy tak dapat konsisten untuk pam susu sebab sambil mengepam kadang-kadang Ahmad menangis kat tepi terpaksa stop dulu. Takkan la tiap kali mengepam nak mintak orang lain tengokkan, diorang pun ada kerja. Masa-masa begitu memang teringat sangat kat dedi Ahmad.. alangkah bestnya kalau dia dapat main dengan Ahmad sementara mummy pam susu. Huhuuuu...

Tapi yang menguatkan semangat mummy adalah Ahmad sendiri.. Kalau siapa-siapa pernah jumpa Ahmad mesti perasan dia hisap susu berdecit-decit. Actually itu adalah kerana mekanisma menghisap dia berbeza dengan cara hisapan yang normal. How genius.. he found his own way to suck :)

Oleh itu mummy terfikir.. Jika Ahmad terpaksa struggle to suck, why not I struggle to pump? Dia minum pun kan bukan tak minum.. jadi keluhan mummy berhenti di situ...

Friday, 18 January 2013

Bermain Angin dan Cahaya

Tajuk macam romantik je kan? Hehe.. Last tuesday dedi Ahmad ada kat Kuantan sebab mummy paksa dia balik, temankan Ahmad pergi buat brain scan dia tu. Mula-mula mummy tak rasa nak cuti semata-mata untuk temujanji Ahmad ni, tapi bila fikir-fikir balik, tak bagus la kan.. takut lama pulak kat hospital nanti. Maka mummy pun bercutilah dan hari itu kami sekeluarga ke HTAA untuk temujanji di Unit Pengimejan dan Diagnostik.

Pagi-pagi mummy dah kalut pam susu sebagai bekal Ahmad kat hospital nanti. Mummy sekarang ni kalau outing dah malas nak bawak chilled milk. Sebelum keluar mummy akan pastikan Ahmad dah kenyang minum susu. Then, mummy akan panaskan chilled milk dalam 2oz sebagai Ahmad punya snack feeding kalau-kalau dia mengamuk kita sumbat saja hahaha. Then mummy akan bawak bekal susu perahan yang fresh tahan la dalam 4-6 jam kan untuk feeding Ahmad yang seterusnya. So lepas packed barang-barang Ahmad semua, kitorang bergerak la ke hospital tu.. lewat sampai daripada waktu temujanji yang sebenar, pulak tu susah benar nak cari parking..

Masa mula-mula smpai kat unit diagnostik tuh mak aihhh.. ramainya umat. Takde space pun mummy nak duduk. Kemudian bangun la sorang pakcik yang pakai baju hospital, dia tengah tunggu turn untuk scan jugak.. then dia offer mummy and Ahmad duduk kat tempat dia tadi. Huhu..tapi mummy kesian kat dia sebab dia kan sakit, so mummy rela berdiri je. Semoga Allah membalas niat baik pakcik tu dan mengurniakannya kesihatan yang baik. Tapi muka pakcik tu macam kecewa je.. mungkin sebab mummy tolak pelawaan dia kot and rasa kesian kat dia. Sanggup lepas dia offer tu, dia tak duduk-duduk dah kat tempat tu balik.. Hurmmm, tiba-tiba mummy macam rasa patutnya mummy duduk je kat tempat tu. Sebab mummy pernah terfikir yang rasa kasihan daripada orang lain akan melemahkan kita. Agaknya pakcik tu fikir, mentang-mentang dia sakit, orang tak beri peluang untuk dia rasa macam orang sihat. hehe.. mummy agak je la. Patut la orang tua selalu taknak stay kat wad kan, sebab indenial yang diorang memang tengah sakit. Huhhuuu..

Sementara tunggu turn, Ahmad sempat berak dulu tu grrr.. dah la hospital ni takde tempat nursing baby and salin lampin. Tak friendly betul~ Kalau nak, kena pergi ke Pediatrik, which is kat bangunan sebelah jauh nak menapak tak kuasa la kan nak pegi. Terpaksa la salin lampin Ahmad di khalayak ramai..hahahhh.. Kemudian turn Ahmad pun sampai, kami masuk dalam untuk scan. Hmmphh..ultrasound scan macam kat pediatrik hari tu jerrr.. Nape tak buat kat pediatrik je kan? tak paham mummy.. Lepas tu sonographer tu scan la Ahmad. Bole pulak ko melalak kat situ wahai anak...padahal dah minum susu, dah salin lampin.. takut lettewwww~ Then sonographer tu cite la sikit-sikit apa dia nampak.. katanya ventricle takde bengkak, dan cyst tu still ada kat situ :( Mummy pun tak tahu nak tanya apa.. saiz cyst tu pun lupa nak tanya sebab melayan Ahmad menangis. Hm, result scan cuma boleh tahu on next appointment dengan pediatric which is lagi dua bulan kot? Ahhh lamanya nak tungguuuuu...

Lepas scan tu, mummy rasa tak berapa happy, maybe sebab cyst tu still remain tapi kuasa Allah apa la yang boleh dibuat pun kan. So mummy ajak dedi pegi Taman Gelora untuk meredakan gelora hatiku gitewww.. hahaha. Konon nak pam susu kat sana tapi kalut-kalut pagi tadi bole pulak tertinggal corong pam. pffttttt.... Jadi kami jalan-jalan je la amik gambar. Dan bos kecik ni bole pulak tido je, nak balik baru bangun. Hey kecik, tak fun la you ni!! Dalam pukul 2 lebih sampai rumah Ahmad and Dedi dua-dua terbongkang tido sampai kul 6. Syabas beta! Mummy takleh tido, kena pump susu..hukhuk..

Ok la, jom layan gambar!

taman gelora... sejuk je mata memandang kan~

seronok la mummy bole jalan-jalan tapi Ahmad dah mula buat perangai
 
tukar lampin dulu
da tukar lampin hepi sket :)
 
Ahmad xmo bagi kerjasama untuk camwhore.. kekwat sgt~

tengok tu.. muka kekwat bersedia untuk tido..

tada.. dah tido. tak menikmati alam la dia ni.. huhu

dah bangun dah.. bulat sket matanya :)


  dengan dedi pulak tapi Ahmad tak senyum pon. kihkih..



susu time

cambest la konon pegang sendiri.. heee.. :D


Wednesday, 9 January 2013

Cerita Januari

Alhamdulillah.Mummy telah kembali ke meja pejabat pada 2 Januari tempoh hari. So far ok ok je di pejabat, belum ada kerja lagi cuma ada mesyuarat pengurusan je la. I love this job so much, but since I got Ahmad, my priority has changed. A bit worried sebab mungkin mummy terpaksa korbankan komitmen pada kerja ni, and skip a lot of my personal future planning. When people around me encourage me to continue study, took part 3 and bla bla bla, i just can smile dan menelan air liur sahaja. No, this Ahmad of course tidak menyusahkan. Bagi mummy, Ahmadlah perangsang mummy cuma dalam masa terdekat ini mummy perlu beri perhatian penuh untuk kesihatan Ahmad.

Mummy rasa sedih kerana tidak dapat menjadi ibu yang baik mahupun pekerja yang baik. I have to left Ahmad at home, and also could not perform the best for my job. Ada hari-hari tertentu mummy terpaksa tinggalkan waktu pejabat untuk bawa Ahmad ke hospital. Bulan januari ni saja Ahmad ada lima temujanji dengan klinik..huhu..

2 Januari 2013 : Hari pertama kembali bekerja. Mummy masuk pejabat kejap je, then keluar balik untuk bawa Ahmad ke hospital. Kali ini temujanji dengan Pakar Kanak-Kanak HTAA. Sebelum-sebelum ni Ahmad jumpa Dr. Diana yang comel, kali ini tukar pulak jumpa Dr. Azlina yang rajin tersenyum dan keibuan sangat. Mummy rasa lega sebab doktor berpuas hati dengan perkembangan Ahmad. Cuma bab berat badan tu je la, masih menjadi isu. Takpe, mummy akan work things out cuba buat yang terbaik untuk Ahmad. Ukur lilit kepala juga normal, dan kepala Ahmad proportionate la dengan badan dia. Yang ini memang melegakan, maknanya cyst tu tidak mengganggu bahagian ependyma yang memberi risiko terjadinya hydrocephalus iaitu satu keadaan di mana kepala menjadi besar kerana bendalir otak tersekat (water on the brain). Untuk masalah Pierre Robin Syndrome pulak agak terkawal dan tak mengganggu pernafasan serta feeding Ahmad pun, alhamdulillah~

10 Januari 2013: Esok mummy kena ponteng kerja jugak hukhuk. Pukul 11 Ahmad ada appointment dengan Klinik Bedah Mulut HTAA. Yang ini adalah untuk pemantauan kesihatan pergigian Ahmad iaitu berkaitan rapat dengan masalah cleft dia. Pegi klinik ni mummy suka sebab doktor dia super nice dan klinik pun tak ramai orang so tak payah tunggu lama-lama. Dedi won't be with us tapi tokki berbesar hati nak temankan mummy dan Ahmad. Mummy terhutang budi banyakkkkkkk sangat-sangat pada tokki ah tak nak cite la mesti mummy sedih bila terkenang pengorbanan my parents and how mummy sebagai anak belum mampu memberi yang terbaik kepada mereka. Ahmad, jadi anak yang baik tau..jangan jadi macam mummy hukhuk :(

15 Januari 2013: Mummy akan bawa Ahmad ke Unit Diagnostik HTAA untuk brain scan Ahmad yang pertama. I'm not sure yet what kind of scan, sebab sebelum-sebelum ini pakar kanak-kanak cuma buat ultrasond scan saja. With this scan, insyaAllah kita akan dapat tahu lebih detail perkembangan cyst Ahmad tu. For this, I'm begging all my readers please doakan Ahmad. Jauh di sudut hari mummy tidaklah rasa berdebar sangat sebab mummy sentiasa sematkan dalam hati mummy yang Ahmad adalah baik-baik sahaja.. but..hm, maybe I'm just indenial? Entahlah~

22 Januari 2013: Ahmad akan ke HKL untuk monthly checkup dia dengan Pakar Bedah Plastik. Ini adalah untuk pembetulan cleft Ahmad. Mummy akan bercuti empat hari untuk settlekan hal-hal Ahmad dan luangkan masa dengan dedi jugak :)

24 Januari 2013: Kenduri akikah Ahmad dan adik beradik susuannya, Zulfa dan Izzah. Jemput datang rumah tokki ye semua..

25 Januari 2013: Monthly checkup di Klinik Kesihatan Jaya Gading untuk imunisasi dan pemantauan tumbesaran Ahmad.

How exhausted..hihhi.. especially dedi Ahmad yang terpaksa berulang-alik JB-KL-Kuantan. Takpe lah, semoga mummy dan dedi dikurniakan kesihatan yang baik untuk kami menunaikan amanah dari Allah ini. In shaa Allah..

Walaupun mummy terpaksa korbankan waktu pejabat mummy, mummy berdoa semoga Allah tetap memberkati rezeki mummy melalui pekerjaan ini. Honestly terasa amat bersalah tinggalkan waktu pejabat tapi mummy terpaksa. If ambik cuti sekalipun, belum sampai separuh tahun mesti cuti dah habis semata-mata pergi temujanji je..hehehh.. Ketua jabatan dan kawan-kawan kerja mungkin boleh memahami, tapi yang cakap-cakap di belakang kita tak tahu la kan. Oh, maka oleh itu bagi pembayar cukai sekalian, terima kasih untuk gaji yang diperolehi ini dan saya minta maaf jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan sebaik-baiknya :(

KbainakmakanaiskrimsebabstresstakcukuptidoAhmadbajetstudentarkitek :p

Friday, 28 December 2012

Check Up 3 Bulan dan Perkembangan Si Budak Kurus

Alhamdulillah, Ahmad dah tiga bulan dan perkembangannya bagi mummy amat memuaskan kecuali bab ini ; berat badan!! Nampaknya misi mummy telah gagal. Belum lagi kategori underweight tapi BMI Ahmad kembali turun. Last time berat dia 4.6kg dengan tinggi 57cm. Now berat baru 4.8kg dan tinggi 61cm. Kurusnya anakkkk...

Sedihlah mummy. Of course la anak kurus mummy yang akan disalahkan, sebab mummy yang jaga makan minum Ahmad kan?  Doktor pulak nak tengok berat Ahmad naik untuk next check up nanti. Ah, stress betul mummy. Stress sebab nak menurunkan berat badan sendiri dan stress nak menaikkan berat badan Ahmad, boleh gitu? Orang lain mungkin tak kisah sangat anak gemuk ke kurus kan, janji sihat. Tapi bagi mummy bab berat badan Ahmad adalah isu penting sebab menentukan tarikh pembetulan cleft Ahmad di HKL nanti. Kalau boleh biarlah pembedahan tu dibuat sebelum Ahmad boleh bercakap. Sebab kalau buat lewat-lewat nanti Ahmad terbiasa dengan pertuturan yang kurang jelas akibat masalah cleft dia tu. *mummy nak Ahmad jadik arkitek, so presentation kena jelas dan bagus. ini adalah paksaan ye Ahmad :p*

Kali ini pergi check up without dedi. Tokki drop mummy kat klinik dan bertapa la mummy dengan Ahmad tunggu giliran kat klinik tu. Betul-betul rasa macam supermom sebab berdua je dan boleh handle Ahmad dengan baik. Bawak Ahmad dalam carrier kat depan, beg galas kat belakang, botol susu kat tepi and guess what, mummy berdiri je sepanjang menunggu sebab Ahmad rasa tak selesa sepanjang duduk dalam carrier tu. Bagus anak, bagi mummy peluang untuk kurus sobsob.. Masa kena inject nangis kejap je, sumbat susu terus diam sambung tido. Tapi check up kali ni mummy letih sikit sebab lama, lepas jumpa nurse, doktor pulak nak jumpa lepas tu jumpa nurse balik. Hujan pulak tu kesian anak mummy sejuk. Masa tengah tunggu jumpa doktor, ada sorang nenek ni ajak mummy borak. Biasa la nenek-nenek ni mesti la cerita pasal anak dia kan.. dapat rezeki itu la ini la ada orang dengki la ah stress mummy sebab mummy tak dapat dengar pun apa nenek tu cerita tahap membisik-bisik. Klinik tu dah la bising, bunyi hujan lagi, mummy plak ada masalah pendengaran. Last-last mummy a'ah kan aje apa nenek tu cakap..huhu.. tak reti nak respon macam mana sebab tak dengar. hahaha. Eh, sebenarnya nak cerita perkembangan Ahmad, merepek sudaaa..

Perkembangan lain memang memuaskan. Ahmad dah boleh meniarap tapi punya lah malas nak angkat kepala dia tu. Mungkin kepala dia berat kot dan tangan kurus dia tu tak kuat nak bertahan. Pastu tak larat angkat kepala, dia pegi angkat bontot pulak.. Salah konsep betul la budak nih~ Ahmad dah mula nak pegang botol susu sendiri tapi cengkaman jari dia tak lama so selalu terlepas je apa-apa yang dia pegang. Tapi kalo pegang jari orang lain memang kuat dan kejap. Ahmad suka duduk sekarang ni, tapi duduk atas riba mummy SAHAJA. Orang lain kalo nak pegang dia kena dukung. Hahahaha.

Penglihatan dan pendengaran juga bagus buat masa ni. Cuma mummy memang bimbang pada pendengaran dia sebab kebiasaannya anak-anak yang ada cleft palate akan menghadapi masalah pendengaran later. Tapi boleh diperbaiki masalah tu. No worries. Dulu-dulu pun mummy pernah buat minor surgery untuk masalah pendengaran mummy. Sama je surgery tu if Ahmad ada masalah pendengaran jugak. Masalah tu berlaku sebab takungan air pada telinga tengah dia, jadi doktor akan masukkan tiub untuk memastikan telinga tengah tu kering. Sakit tak? Time tebuk gegendang ko tu tak sakit, tapi time dia rodok tiub tu dalam telinga wahhhhh sakit ok. Hukhuk. Ah, tapi sekarang mummy tak berapa dengar balik. Ahmad sila jangan jadi macam mummy ye.. hihi.. nanti dedi yang sakit ati nak bercakap kuat-kuat.. hoho..

Sejak pakar bedah plastik dia tu suggest untuk minum guna botol softplus bersudu tu, Ahmad jadi malas nak hisap puting pulak.. Apa yang mummy buat mula-mula ialah bergilir-gilir gunakan sudu dan puting. So that Ahmad dapat minum amount yang sepatutnya dan dalam masa yang sama dia still guna puting untuk latih otot-otot mulut dia. Tapi lama-lama daya sucking Ahmad makin lemah pulak. Geram jugak hati mummy, 1oz susu satu jam baru habis. Membazir tenaga betul anak ni, lagi la kamu makin kurus sayanggg..

So now mummy hentikan dulu penggunaan sudu. Buat masa ini keutamaan mummy ialah naikkan berat badan Ahmad dulu. Nanti bila Ahmad dah start makanan pejal baru mummy latih semula penggunaan sudu sepenuhnya. Jadi apa yang mummy buat sekarang ialah guna botol softplus tu tapi tak pakai sudu, mummy ganti dengan puting orthodontik. Hasilnya, yeahhh.. 3oz susu alhamdulillah habis dalam masa 30 minit, dan daya sucking Ahmad juga semakin baik. Sambil Ahmad hisap, mummy akan picit botol untuk bantu aliran susu yang dihisap keluar lebih banyak. Nanti bila jumpa pediatrician Ahmad mummy nak tanya dulu pendapat dia. Kalau berat Ahmad ok, baru mummy tukar modus operandi iaitu susukan pakai botol pada waktu siang, dan malam berlatih pakai sudu. Lagipun pakai botol mungkin lebih mudah untuk sesiapa yang jaga Ahmad bila mummy dah start kerja nanti.

Ah. Sebut pasal start kerja. Yes 2 Januari ni mummy kembali bekerja dan hoihhhhh mummy tengah pening ni sape la nak jaga Ahmad yang special ni. Takut orang tak sanggup je melayan feeding dia. Rasanya yang lain-lain tak ada masalah, cuma feeding kena betul-betul jaga dan after feed tu kena perhatikan takut susu keluar ikut hidung. Oh, kadang-kadang dia kumpul air liur dalam mulut jugak pastu lost control terkeluar ikut hidung, melalak sebab pedih ke sesak nafas ke mummy pun tak tau. Sian betul anak mummy ni..

Takpelah. Sekarang ni berdoa je, usaha mencari pengasuh belum start lagi pun hahaha. Risau. Risau. Semoga Ahmad dapat pengasuh yang penyayang, cekap dan teliti mengendalikan special needs child macam Ahmad. Mummy and dedi always love you sayang~ muah muah muah masamnya..


Wednesday, 19 December 2012

Eksperimen Mummy : Scalded Milk

I am exclusive pumping mother, Ahmad is special needs and I have lipase. Hohhohoii cabaran barganda~

Seperti yang telah mummy cerita dalam entry ini, Ahmad memang totally reject frozen milk mummy. Sedih tak sedih, letih tak letih, mummy perlu mencari cara supaya Ahmad tetap mempunyai bekalan susu pada waktu-waktu terdesak ataupun ketika mummy pergi outstation contohnya. Setelah di google google kat website dan forum, mummy decide untuk cuba scalding technique untuk meneutralkan enzim lipase yang menyebabkan susu berbau metalic dan berubah rasa sabun. Serius, i've tasted it, memang rasa sabun. Kalau rasa masam tu maknanya susu basi atau tercemar tapi ini rasa sabun ok. Kelassss tak susu mummy? Serupa sabun shokobutsu.. haha tak kelakar :p

Mummy buat eksperimen ini sebagai rujukan diri sendiri dan juga mommies out there yang mempunyai masalah sama macam mummy. Jadi jangan mengalah bila anak reject susu kita dan terus la bagi formula milk pada anak. Kalau kasih, kasihankanlah anak itu. Cuba yang terbaik.. kalau gagal pun kita gagal bermaruah kannn.. Sekurang-kurangnya kita target 6 bulan untuk exclusive breastfeed ni iaitu sehingga perut dan usus anak betul-betul matang sebelum terima benda-benda lain selain susu ibu.

Ok here, mempersembahkan teknik scalding. Oh ya, mummy tak pasti frozen scalded milk tahan berapa lama dalam freezer, tapi mummy target paling lama dua minggu jelah. Memang dah kurang khasiat pun susu ni tapi still better than formula milk.

Alatan yang diperlukan adalah alatan mengepam susu, botol plastik atau kaca, warmer dan juga air sejuk atau ais. Actually jika tak ada warmer boleh masak susu atas stove sahaja cuma renyah aihh setakat 3oz nak masak atas stove. hihi.. Mummy prefer botol kaca sebab kita akan panaskan susu sehingga 80-90 darjah Celsius, kalau guna plastik kerap-kerap kali botol tu dipanaskan nanti tak elok keluar chemical apanama mummy pon tak tau malas nak google tapi tak elok la kan. Hee..


dari kiri: breastpump, botol kaca, warmer dan air sejuk. abaikan sterilizer dan kettle kat belakang tuh. huhu..
Mula-mula of course la kena pam susu dulu. Langkah seterusnya lepas pam susu, masukkan susu ke dalam botol kaca cepat-cepat macam kat gambar bawah ni. Untuk ibu-ibu bekerja, yes anda masih boleh simpan dulu susu dalam cooler bag dan scald susu tu kat rumah. Tapi tak advisable ye sebab nanti susu berubah suhu banyak-banyak kali tak bagus. Sebaik-baiknya lepas pam terus scald.

susu telah bersedia di dalam botol kaca sebelum masuk ke dalam warmer
Susu yang sedia di dalam botol kemudian dimasukkan ke dalam warmer. Mummy pakai warmer little bean je, mudah sebab kita boleh setkan suhu ikut kesesuaian dan best sebab boleh pakai di rumah dan juga dalam kereta. Untuk teknik scalding, setkan kepanasan pada suhu 80-90 darjah Celsius. Pakai warmer ni senang, bila dah capai suhu yang disetkan tu nanti lampu oren tu terpadam sendiri.

Kalau nak scald susu atas stove, boleh guna teknik double boiler. Untuk memastikan dapat suhu yang betul terpaksa la guna termometer atau kalau takde termometer boleh berpandukan apabila air sudah mula merenih dan mengeluarkan buih-buih kecil, api boleh la dipadamkan. Teknik scalding ini biasa digunakan untuk membuat kek dan resepi-resepi lain. Tapi untuk scald susu bagi anak minum, sila jangan guna microwave ye..

susu sedang dipanaskan pada suhu 80-90 darjah Celsius
Selepas dipanaskan, letakkan segera susu ke dalam air sejuk ataupun ais. Botol kaca yang mummy guna adalah tahan pada perubahan suhu. Kalau tak yakin, transfer dulu susu daripada botol kaca ke botol plastik untuk disejukkan.

sejukkan susu jap

Selepas susu menjadi suam, bolehlah masukkan ke dalam plastik atau bekas bersesuaian untuk disejukbekukan. Mudah tak mudah sangat, renyah tak renyah sangat..kan?

dah ready nak masuk dalam peti sejuk. yeay!
Bagaimana hasilnya? Cubaan pertama mummy tak sempat nak guna haha.. sebab adik ipar mummy rembat bagi anak dia minum. Cubaan kedua mula-mula mummy thaw dulu scalded frozen milk tu. Pastu try cium-cium bau-bau..wow.. macam fresh jeh. Then bagi Ahmad minum, Alhamdulillah dia tak reject dah.

So now gigih la mummy buat projek ni hari-hari untuk bekalan Ahmad time-time terdesak. Bagus ko nak, kejap mummy berangan jadi doktor, kejap mummy berangan jadi saintis, kejap mummy berangan jadi penyanyi masa nak dodoikan Ahmad. Hahaha.. Takleh blah~

Ok peeps. Happy breastfeeding!

Saturday, 15 December 2012

Perkongsian Sabtu: Keratan Akhbar



p/s: keratan akhbar taken from blog orang lain but i lost the link. sorry tuan punya blog. later if jumpa balik i letak credit k ;)