Tuesday, 29 October 2013

Update On Bilateral Subependymal Cyst

Taktau la eja tu betul ke salah. Huhu.. tapi saja nak update sikitlah. Actually banyak je entry dalam draft tapi tak publish2 lagi haihhh.. mummy is busy ok :p
Pasal brain cyst Ahmad ni.. last time mummy ada tanya doktor. Sebab mummy plan nak amik takaful untuk Ahmad so kena make sure dia dah bebas daripada cyst ni. Anyhow doktor cuma cakap benda tu boleh dissolve. Tu je. Takde nak confirmkan dengan scan ke apa ke..
Lagipun development track Ahmad cantik je so they assume takde masalah la. Gitu. Tapi takde pulak diorang nak buat surat pengesahan ke apa walaupun mummy dah mintak. Yelah next time mummy try mintak lagilah. Yelah, maybe leceh kot sebab takkan boleh sahkan gitu-gitu je kan, of course la kena ada proof.
Lagipun follow up Ahmad kat paediatrik sekarang ni under pakar paru-paru so they concentrate on that matter je la. Pasal development dia tu doktor muda je yang track, bukan pakar. Takpelah.. kita buat satu-satu, mummy pun tak pening nak pikir. Sekarang ni fokus nak prepare untuk cleft repair je dulu. Pasal takaful tu takpe la. Darjah satu nanti la kot mummy apply. Hoh.
So.. mummy pegang kata-kata doktor and I assume the cyst has dissolve. Camtu boleh? Nak gi scan kat swasta macam malas la pulak sebab of course diorang nak tau rekod Ahmad sebelum ni. Malasnyaaaa nak cerita all over again.
Oh Ahmad sekarang sedang aktif walaupun masih berkahak dah sebulan kot. Aisehhh kalau berkahak selalu sangat nanti diorang taknak operate nak.. cepat-cepat la sihat. I wish boleh cuti sebulan concentrate bagi dia makan ubat or apa-apa treatment la untuk pulihkan kahak dia tu. Batuk dah takde dah. Alhamdulillah.
Oh. Tapi dia tengah chikenpox pulak. Huhu.. takpe Mad, kena kecik-kecik senang hilang parut. Cuma kesian tengok dia gelisah menggaru. Sabar la ye Mad.
Layan pics Ahmad dengan partner in crime. Iye.. jangkit chikenpox dengan budak ni la. Dah tu korang main tukar-tukar botol susu, memang confirm la berjangkit. Oh by the way, Izzah ni sepupu n adik susuan Ahmad. Anak mummy jugak la ni. Hehe. Sayang you both ketat-ketat! :D

Friday, 18 October 2013

Do Not Underestimate Your Baby

Kalau ikutkan, banyak yang nak kena update. Tapi tu la.. tangguh-tangguh lepas tu jadi malas pulak nak cerita. Appointment Ahmad dengan unit Audiologi dan klinik ENT mummy tak cerita pun. Apa result dan perkembangan pendengaran Ahmad? Adakan ia terjejas atas sebab masalah cleft palate dia tu?

Itu nanti la mummy cerita ya. Sebab tengah malas lagi (tak habis-habis malas). Eh lagipun tengah excited ni. So mummy cerita benda exciting ni dulu la ye. Huhu...

Pernah tak minum guna straw yang berlubang? Boleh sedut tak melalui straw tu? Kalau boleh sedut pun mesti tak lancar kan? Hah, macam tu la kebanyakan budak yang sumbing lelangit. Bila lelangit terbelah atau berlubang memang keupayaan menyedut jadi kurang. Lagi pulak kalau nak sedut air guna straw.. double impossible la jawabnya.

Kebanyakan kes selalunya cleft baby memang tak mampu sedut. Tapi lepas dah buat palate repair, insyaAllah boleh. Tapi ada juga cleft baby yang boleh sedut walaupun belum buat repair. Dan salah seorang baby bertuah itu tentunya my miracle Ahmad!! Yeay.. alhamdulillah. Syukur ya Allah.. :D

Personally, i found this is really amazing. Dan kemudian mummy terfikir yang mungkin jika mummy betul-betul mencuba dulu...ada kebarangkalian Ahmad boleh direct breastfeed. Tapi tak apalah benda dah lepas kan..

Sebelum ini mummy memang rasa Ahmad takkan mampu minum guna straw. Dah cuba bagi tapi Ahmad tak boleh sedut. Tapi Ahmad ni jenis yang suka mencuba benda baru. Dia dah boring guna sippy cup. Setiap kali minum dia nak guna straw lagi-lagi kalau nampak orang tengah minum air kotak ke atau air manis yg pakai straw.

So menjadi tugas mummy la fill air dalam straw tu dan transfer ke mulut Ahmad berkali-kali.. tak dapat sedut pun tak apa janji kena guna straw. But slowly rupanya Ahmad belajar menyedut dari situ. And amazingly he manage to suck! At last! 

Betapa hebatnya kuasa Allah. Yela kalau ikut pada pembacaan dan kajian memang la cleft baby tak boleh buat itu ini tapi kita tak tahu keupayaan sebenar anak kita sebelum kita mencuba. Peristiwa ini memang mengajar mummy untuk tidak memandang rendah dan meletakkan setiap perkara secara sama rata. Ada keadaannya kuasa Allah akan menjadikannya berbeza.

Untuk anak mummy, tahniah sayang. Ada banyak lagi perkara untuk kita explore and discover bersama-sama. Mummy bantu Ahmad untuk Ahmad bantu mummy. Lately perkembangan Ahmad agak bagus. Walaupun dah setahun dan masih belum berjalan sendiri, tapi untuk perkara-perkara yang memerlukan kemahiran motor halus dan ketelitian, pencapaiannya agak membanggakan. 

Alhamdulillah for this beautiful journey. Till then, nanti mummy update lagi ok :)

dah besar dah Ahmad.. panjang kan dia? hehe
si comot hensem sekarang pegi Taman Bandar bawak basikal.. stroller2 tak main ah! ngade sangatt
dah boleh main permainan toddler
and yes, dah boleh sedut strawww!!!! akhirnya.. alhamdulillah :)

Tuesday, 3 September 2013

Sama Macam Dedi

Sejujurnya mummy tak pernah suka binatang. Tak suka bukan bermakna benci tau.. tapi hee.. takut sebenarnya. Hahaha. Contohnya, takut kucing sebab dia ada kuku tajam. Takut anjing sebab nanti dia kejar. Binatang besar lain lagilah takut. Macam ayam tu takut kena patuk sebab kecik-kecik dulu pernah kena okeyy.. Apa yang tak pernah kena? Kucing cakar, ayam patuk, itik sudu, haishhh..

Tapi budak Ahmad ni memang awesome! Agaknya sama macam dedi sebab dedi Ahmad adalah pencinta binatang sejati. Kalau duduk serumah ni mesti mummy kalah sebab majoriti umat suka dan nak bela binatang.

Mummy okey je. Tapiiiiiiiiiiiii... taik dia, kencing dia, muntah dia, makanan dia, bersihkan tempat dia, SILA BUAT SENDIRI. Jangan suruh mummy okey! Dannnn.. kena pastikan rumah sentiasa berbau wangi. Tak suka ada bau kencing la, berak la.. lepas tu ada bulu2 kat sofa, kat dapur, itu memang kepantangan mummy. So ingat tu Ahmad... Ah, Ahmad besar pun sekali. Ingat tu.

Mummy ada bawak Ahmad ke Bukit Tinggi, Bentong last time.. saja nak tengok keberanian dia dengan binatang. Boleh tahan.. Next time boleh pergi lagi tapi kena make sure dedi ikut sekalilah sebab mummy memang tak reti dengan binatang-binatang ni. Hahaha.

So jom layan gambar ;)

mula-mula sampai tengok guinea pig dalam sangkar
hee.. suka sampai meleleh air liur pun tak sedar
try bagi makan.. wah berani...
sepanjang masa dedi je la yang layan dia kat sini..huhu..
seronok betul.. binatang pun jinak-jinak
binatang ni pun suka kat Ahmad.. hihi..
ok now jom tengok rabbit pulak.. excited!
boleh pegang-pegang bagi makan.. jinak pulak tu..
Ahmad jangan pijak rabbit tu!!
so cute, kan? tapi ampun la mummy takottt..
bagi makan rabbit pulak
ok mummy cuba dekat tapi Ahmad jadi perisai.. hahahaha..
suka pic ni :)
tengok la dedinya melayan anak rusa ni..
garu-garukan kepala.. bagi makan.. haishh..
"aku tumbuk muka ko kang" hahaha
manja... nak makanan manja la. bila makanan abes terus buat tak layan~
pegi kat dongkey pulak.. terus nak pegang
heishh.. seram mummy
tapi Ahmad tak takut pun.. nak cucuk mata donkey tu pulak..
donkey pulak baik je...
pasrah je muka donkey tu kan?
comel :)