Wednesday 30 April 2014

Kata-kata Semangat

Banyak entry dalam draft. Taip sikit, lepas tu dah malas. Malas nak transfer gambar, malas nak cerita. Idea cuma berlegar-legar dalam kepala je. Apa nak jadi la. Hihi. Salahkan pembawakan budak. Hahahaha.. Yaa... Ahmad akan jadi abang, soon insyaAllah.

Today mummy cuma nak beri kata-kata semangat kepada kawan-kawan senasib, terutamanya ibu-ibu baru yang melalui cerita yang sama dengan mummy *mode pakar motivasi* Mummy tau, ramai yang search tentang pierre robin akan jumpa blog ni. Mummy pun ibu baru juga. Baru setahun lebih bersama Ahmad. Ahmad belum melalui fasa pembedahan lagi. Ahmad masih ada banyak appointment di sini sana.

Tekadkan dalam hati, kita BOLEH melalui semua ini. Carilah kekuatan untuk melaluinya. Sibukkan diri, jauhkan daripada berfikir yang bukan-bukan. Memang, bercakap macam mudah je. Orang yang tak melalui tak akan memahami. Tetapi mummy bercakap kerana mummy telah melaluinya. Mummy mahu ibu-ibu semua boleh melaluinya.

Kawan-kawan yang join grup fb pierre robin, memang grup tu tak aktif langsung. Hahaha. Tapi grup itu menghimpunkan ibu-ibu yang mempunyai pengalaman yang sama. Boleh click, add friend mereka semua dan tanyalah apa-apa. Apa yang termampu, kita tolong. Ada ibu yang berpengalaman lebih lama handle anak pierre robin. Ada ibu anaknya lebih serius tahap masalahnya, ada yang kurang. Sama-sama la kita bertukar fikiran ye.

Tempoh yang paling kritikal adalah semasa berpantang. Mummy tau tu. Bayangkan, kita masih sakit, masih lemah. Masa mummy dulu, dedi pulak jauh. Tapi mujur ada family yang bantu sikit-sikit. Mummy berpantang seorang diri. Tokwan Ahmad masih bekerja waktu tu. Sebelum pergi kerja tokwan siap-siapkan memasak. Tengah hari tokwan balik awal, mandikan Ahmad. Selepas dua minggu mummy mandikan Ahmad sendiri, uruskan Ahmad sendiri semuanya.

Ahmad lepas lahir, 5 hari dalam wad SCN. Sepanjang waktu tu mummy ulang alik ke hospital, tak berurut, berbengkung berpantang macam orang lain. Minggu kedua, Ahmad ada banyak appointment. Minggu ketiga, barulah mummy berurut. Ah, nak kenang semula memang perit sangat. Tapi seriously mummy dah lupa perasaan keperitan tu, sebab apa yang mummy rasa sekarang adalah sangat bahagia dengan Ahmad walaupun kehidupan kami ada terkurang di sana sini.

Apabila suami tak ada di sisi, kita mudah rasa lemah semangat. Tetapi, yakinkan diri bahawa kita dipilih untuk menjadi pejuang. Pertama-tamanya, ingatlah kita ada Allah. Mengadu kepadaNya, berdoalah kepada Dia. Kedua, lihat wajah anak. Cekalkan hati demi anak. Lawan perasaan yang bukan-bukan tu. Mummy tau, dalam tempoh berpantang ni memang emosi kita tak stabil. Kadang-kadang kawan beri kata-kata semangat, tapi kita rasa nak marah dengar kata-kata dia sebab kita tau dia takkan faham apa yang kita rasa.

Mummy cuma beritahu tentang kelahiran Ahmad kepada orang lain termasuk kawan-kawan terdekat selepas sebulan Ahmad lahir. Mummy tahu, mummy memang taknak dengar kata-kata semangat. Sebab bagi mummy, simpati itu melemahkan kita. Itu mummy laaa... orang lain mungkin lain caranya. Selepas sebulan tu, kita pun dah habis pantang, dah boleh telan hakikat. Mummy rasa bangga bercerita tentang anak mummy, my little survivor.

Ketiga, eh tiba-tiba ketiga.. hehe.. sambung yang tadi ye. Ketiga, lihatlah orang yang lebih susah daripada kita. Tak payah jauh, masa kat hospital time appointment anak dengan pakar pediatrik tu, macam-macam kes kita boleh tengok. Tak tertumpah rasa simpati pada diri sendiri, malah rasa bersyukur sebab anak kita jauhhh lebih bertuah. Carilah kelebihan-kelebihan sendiri supaya kita dapat bersyukur. Jangan pandang kekurangan diri je, memang kita akan rasa kurang dan lemah.

Ingat ye pesan mummy:
Pertama; ingat Allah
Kedua; lihat muka anak
Ketiga; lihat orang yang lebih susah

InsyaAllah ibu-ibu semua boleh melaluinya. Jangan paksa diri untuk jadi yang terbaik kerana manusia ada limitation. Mummy tau memang banyak benda kita fikir, pasal breastfeed la, pasal perancangan tergendala, terkejar-kejar appointment la, pasal keluarga tak memahami, eh banyak la kalau nak senarai kan? Cuma buat sehabis baik untuk anak, dan berserahlah kepada Allah. Fahami dengan betul konsep redha, insyaAllah hati akan tenang untuk melalui ujian-ujian kecil ini.

Monday 7 April 2014

Kelainan Telinga Anak Pierre Robin

Rasanya untuk mengakui hakikat abnormality anak adalah sangat menyakitkan. Hanya ibu-ibu yang mengalami saja akan faham tentang ini. Tapi walau bagaimanapun, mummy tetap perlu menelan hakikat. Ahmad tak sama macam orang lain. Kalau mengikut perkembangan Ahmad sekarang, daripada segi perkembangan kognitif dan psycho motor, Alhamdulillah dia masih on track. Alhamdulillah Ahmad dah boleh bercakap perkataan-perkataan mudah. Sengau? Belum dapat dipastikan lagi. Hey, tapi bila dia boleh sebut "mummy" dengan jelas, memang berbunga-bunga rasa hati. Hee..

Tadi mummy bawak Ahmad pergi jumpa doktor. Sebenarnya beberapa hari kebelakangan ni mummy perasan dia asyik la garu-garu, korek-korek telinga. Tapi bila periksa takde apa-apa pun. Lepas tu, semalam, mummy nampak telinga dia ada darah. Sikit je. Check dalam telinga, nampak ada kudis dan macam dah bernanah. Adoi.. ape pulak ni.

Semalam klinik tutup. So hari ni baru jumpa doktor. Doktor cakap mungkin dia gatal, garu dan luka. Dan luka tu dah kena jangkitan. Sebab tu ada nanah. Luckily luka tu sebelah luar je. Tapi, doktor risau nanah tu pecah dan jangkitan melarat ke dalam telinga. Ok, itu memang tak best didengar. Macam biasa, dapat ubat luka dan antibiotik.

Kata doktor, struktur telinga Ahmad 'lain' sikit. Which is, I am already aware about that. Itu normal kot pada budak Pierre Robin. Untuk kes Ahmad, kelainan pada telinga dia menyebabkan sebarang lelehan, cairan, atau apa saja dari dalam telinga tidak dapat keluar secara normal ke cuping telinga. Kalau telinga normal, biasanya tahi telinga akan keluar sendiri dan itu sebabnya doktor selalu pesan jangan korek telinga. Tak ada keperluan pun untuk korek telinga.

Dalam kes Ahmad, memang tahi telinga dia akan berkumpul ke dalam. Memang tak de keluar pun tahi telinga dia. Jadi bila ada appointment kat ENT, memang Ahmad kena cuci telinga dulu. Sebesar alam la tahi telinga yang dah berkumpul kat dalam tu. Huhuhu.. Anak-anak yang ada cleft palate pulak memang mudah dapat jangkitan telinga sebab ada cairan bertakung kat dalam telinga. Kalau kerap selsema pun mudah juga dapat jangkitan dalam telinga.

So ibu-ibu semua, rajin-rajin belek telinga anak ok. Sama ada anak normal atau bermasalah, memang sebagai ibu kita kena teliti kelainan pada anak. Takkannya dia saja-saja garu telinga, korek telinga. Mesti dia gatal, sakit atau tak selesa. Bawa jumpa dengan doktor atau pakar untuk dapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

Ok, itu je nak cerita pun. Babai!

nampak telinga saya? ada lain sikit kan?
 
Alhamdulillah.. saya masih mampu mendengar, normal macam orang lain. Masalah sikit-sikit tu biasalah..


Yang penting, saya maintan HENSEM :p

Wednesday 2 April 2014

Bila Dekat Marah-Marah. Bila Jauh Rindu-Rindu.

Takde la jauh mana pun. Hahaha. Jauh dari office ke rumah je. Tapi rindu la. Korang macam tu tak? Biasanya bila mummy dah siap pakai baju nak gi kerja dalam pukul 7 macam tu, Ahmad akan bangun. Dia memang morning person. Bangun awal pagi. Kadang-kadang mummy dalam bilik air lagi dia dah bangun. Pastu nangis sebab takde sape teman dia kat katil T_T

Dulu-dulu kalau sempat, pagi-pagi mummy bawak Ahmad round naik basikal or main kejap kat taman. Tapi awal pagi sangat. Sejuk dan dia mudah dapat selsema. Petang-petang tu memang acara wajiblah bawak dia keluar. Ahmad ni memang suka keluar. Mummy nampak dia jenis outdoor dan aktif. Selagi boleh ada je akal dia nak ajak mummy keluar rumah. Hihi.

Eh. Lupa pulak nak cerita pasal bila dekat marah-marah tu. Haha. Bukan marah la, tapi bebel. Urghh.. kalau boleh memang tak mahu jadi mak yang suka bebel. Paling selalu bebel bab perangai Ahmad yang suka memanjat. Adoi tak tahan sakit jantung. Tiba-tiba je dia dah ada atas meja makan. Ko ni dah kenapa suka sangat memanjat ni? Tau la dedi dulu panjat gunung. Dulu la.. dulu.. Eh ke sebab mummy panjat Bukit Tinggi masa mengandung Ahmad aritu? Hihi :p

Oklah. Tu je nak story sebab tiba-tiba rindu Ahmad. Layan picca Ahmad main kat taman petang-petang. Favourite dia gelongsor tu. Feeling dah besar la tu :D

main jongkang jongket

favourite terbaru dia.. gelongsor..

dah tak minat sangat main buai.. tapi bila main takmo turun. hergh.

melawat ayam, lalat dan nyamuk T_T