Friday 30 November 2012

Checkup Dua Bulan dan Perjalanan Jauh Kali Pertama Ahmad!!

Over sangat kan tajuk entry nak panjang-panjang. Hari selasa baru-baru ni Ahmad pergi checkup dua bulan dengan mummy dan dedi. Dapat la satu lagi suntikan kat peha Ahmad. Ouch! Tapi Ahmad tak nangis pun masa kena cucuk jarum tu.. bila nurse suntik ubat baru la Ahmad uwaaa!! terus mummy sumbat susu, Ahmad pun diam.. Goodboy lah Ahmad!

Mummy sebenarnya tak sihat sangat sekarang, sebab peranakan mummy masih lagi terasa sakit. Dah dua bulan lebih tak elok-elok lagi.. Jadi mummy memang tak larat nak dukung Ahmad lama-lama. Mujur la ada dedi Ahmad bantu mummy kat sini. Lama dedi cuti untuk spend time dengan Ahmad. best!! Mummy ambil kesempatan untuk berurut betulkan peranakan tu, macam dah terkehel sikit hehehhh.. now still rasa senak tu :( Apapun mummy gagahkan juga untuk Ahmad. Mummy dan Ahmad buat pertama kalinya berjalan jauh selepas habis pantang. Of course la dedi yang drive :)

Kami telah melalui perjalanan daripada Kuantan ke Selayang. Ahmad sangat behave dalam kereta, kecuali bila lapar mula la dia hilang sabar, serius macam mummy..hihi... Alhamdulillah, stok susu segar chilled cukup-cukup untuk Ahmad sepanjang perjalanan tu. In syaa Allah kami akan travel ke Johor pulak lepas Ahmad selesai checkup di HKL.

Sekarang Ahmad, mummy and dedi ada di Selayang. Esok kami akan ke HKL untuk appointment dengan pakar bedah mulut. Maaf kawan-kawan di KL, mana-mana yang tak sempat nak inform dan jumpa sebab kami agak rushing. Lagipun Ahmad nak spend time dengan atok dan opah kat rumah.. Happy sangat diorang sebab Ahmad ada kat sini. Siap belikan tilam dan tempat mandi. Hehe. Thank you atok and opah!

Later mummy akan cerita pasal appointment di HKL tu ye. Takde apa nak update sangat ni. Tajuk je panjang..entry pendek jerrrr.. Huhu..nite!

muka hepi lepas dapat suntikan. haha.. kembangnya rambut ko nakk~

Friday 23 November 2012

Cabaran Breastfeeding Ahmad



Hari ini kita cerita pasal breastfeed lagi..hehhe.. Mummy ingat, cabaran breastfeeding mummy cuma setakat tak boleh direct breastfeed je. Rupa-rupanya Ahmad boleh tahan cerewet jugak budaknya. Mummy syak anak mummy ni terlebih bijak. Cerewet + bijak = mak kau yang pening.

Ceritanya Ahmad ni rupa-rupanya reject frozen breastmilk. Sekarang mummy bukan setakat pening, tapi dah menggelabah. Yelah, mummy ni bersemangat la buat stok susu start masa awal berpantang haritu. Nak kata banyak tak banyak jugaklah.. Ada la dalam 30 paket kot. 30 paket x 5oz = 150 oz. Oishh.. kenyang tu 150 oz. Tapi budak Ahmad ni tak mahu pulak susu frozen ni. Menggelabah la mummy, nanti mummy naik kerja buatnya kena pergi kursus ke, outstation ke, camno Ahmad? Mu nok minung susu mende?

Mujur jugak la mummy tak beli deep freezer lagi. Selamat duit mummy hew hew.. Hebat juga Allah gerakkan hati mummy untuk test frozen milk tu awal-awal. Mummy guna stok yang paling awal, susu pun yellowish lagi bercampur kolostrum penuh khasiat huhu.. Tapi fuh, Ahmad punya drama serupa mummy bagi anak sendiri makan cili je. Melalak tak hengat dia. Puas mummy cari apa yang tak kena, rupa-rupanya anak mummy marah susu tak sedap. Ewah-ewah pandai tu marah mummy.

So mummy cuba la nak trick Ahmad ni. Bagi susu frozen yang dah dicampur susu chilled. Nisbahnya 1:10 alhamdulillah, dia tak reject. Tapi tak ekonomi la kan buat macam tu. Susu frozen dah la banyak, mana sempat mummy nak produce freshmilk banyak-banyak. *cis, produce tu.. tiba-tiba rasa macam diri ini lembu plak*

Mummy pun cuba la ubah nisbah susu tu 1:2. Mummy ambik stok yang baru-baru sket. Ingatkan waktu tu Ahmad tak suka stok lama yang yellowish tu. Rupanya takdenye der. Dia menangis jugak. Memang reject habislah frozen milk tu. Grrr.. kenapanya ni? Nasib baiklah mummy berkawan rapat dengan pakcik google. Mummy pun cuba la cari sebab kenapa baby reject susu yang dah dibekukan ni. 

Ya, ada bayi memang cerewet tak mahu susu yang disimpan. Nak yang terbaik dari ladang je. Aiseh, mummy dah la tak boleh bagi direct, kena perah selalu, tapi tak boleh simpan lama-lama pulak hasil perahan tu. Melalui pembacaan mummy, fahamlah mummy susu frozen tu memang ada bau sikit. Sebenarnya bau tu adalah normal apabila susu yang telah dibekukan dicairkan semula. Untuk sesetengah ibu, bau susu tersebut mungkin agak kuat malah rasa susu pun berubah.

Keadaan ini adalah disebabkan kehadiran enzim lipase di dalam susu, yang berfungsi untuk menceraikan lemak agar mudah dihadamkan bayi. Kadar enzim lipase yang tinggi boleh menyebabkan susu berbau seperti besi (metalic), malah rasanya juga boleh berubah masam dan rasa macam sabun (soapy). Tapi tak tergamak la pulak aku nak rasa susu sendiri. Bau je dah tak selera lagi pulak nak rasa. Patut la Ahmad reject.. hahaha..
Tapi dalam kes Ahmad ni, tak tahulah sama ada memang susu mummy ni terlebih enzim lipase atau Ahmad je yang cerewet susu bau pelik sikit dah tak mahu. Mummy tengok sepupu-sepupu Ahmad steady je minum frozen milk. Hah, nanti mummy cuba test guna stok frozen milk sepupu dia. Reject ke tidak.. hehe..

Tapi mummy fikir-fikir balik, mungkin Allah nak mummy bagi yang terbaik untuk Ahmad. Atau sekurang-kurangnya berusaha untuk memberi yang terbaik untuk Ahmad. Mummy akan cuba la beri freshmilk atau chilled milk untuk Ahmad. Yelah, kita pun kalau bagi lauk yang dah seminggu dalam peti kau panaskan balik, kau lalu nak makan? Itu seminggu. Cuba kalau sebulan? Tiga bulan? Enam bulan? Kau mampu telan?

Frozen milk ni kandungan khasiat dia dah kurang berbanding chilled milk atau fresh milk, tapi still better than formula milk. Untuk kebaikan tumbesaran Ahmad mungkin mummy kena beralah untuk tidak memaksa dan mengajar Ahmad minum frozen milk. Lagipun apa lagi nikmat yang dia boleh dapat, nikmat direct breasfeed dah tak dapat.. Nikmat dijaga sepenuh masa pun mummy tak dapat beri bila dah masuk kerja nanti. Tapi mummy terpaksa juga buat stok susu beku untuk emergency. Mummy dah google dah camane nak hilangkan bau susu tu iaitu menggunakan teknik scalding.

Nanti mummy buat eksperimen scalding technic ni, tengok berjaya ke tidak. Wah, macam buat tesis plak ada kajian-kajian bagai.. Adakah Ahmad akan reject scalded milk mummy? Sama-sama kita tunggu finding nya pada episod akan datang :p 

*next week first time travel jauh untuk checkup Ahmad di HKL. Mummy nervous takut tak cukup susu*

Thursday 22 November 2012

Kisah Umbilical Hernia La Pulakkkk

Betul, anak selsema pun kita dah cukup sedih dan kesian kan.. apatah lagi bila dikesan dengan abnormaliti yang lain. Mummy and dedi are both new parents. Baru first time dapat anak. Tukar pampers baby pun terkial-kial..lagi pulak nak menghadapi macam-macam benda yang tak ada pada baby biasa. Awal-awal dulu mummy sangat tertekan. Mujur jugak tinggal dengan parents jadi mummy bolehlah kawal perasaan tu. Nangis masa time sorang-sorang je sebab malu nangis depan orang. hikhik..

Umbilical hernia adalah masalah biasa ye di kalangan bayi baru lahir, biasanya ia tak kritikal.. tapi boleh menjadi gangguan. Apa-apa pun, mestilah sebagai ibu mummy akan gelabah tengok anak sendiri tak serupa orang lain. Hernia tu kita selalu kaitkan dengan angin pasang kan? Sebenarnya hernia tu ada banyak jenis. Umbilical hernia tu dalam bahasa melayunya ialah hernia pusat.

Masa Ahmad mula-mula lahir dulu, mummy memang tak perasan keadaan pusat Ahmad yang berbeza tu. Dalam dua minggu tali pusat Ahmad masih belum tertanggal dan kelihatan sedikit kembung. Selepas tali pusat Ahmad tertanggal, keadaan pusatnya masih basah dan mummy perasan pusatnya semakin tersembul terutamanya semasa dia menangis, menggeliat dan meneran. Masa checkup Ahmad satu bulan haritu mummy ajukan masalah ni pada doktor. Doktor klinik kesihatan tu rujuk masalah Ahmad ke Unit Pembedahan HTAA.

camgini la pusat Ahmad tapi kecik sket hernianya.. gambar nak mat saleh jerr kihkih

Daripada hasil pembacaan mummy dan penerangan doktor, masalah hernia ini terjadi akibat kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Semalam mummy dan dedi telahpun membawa Ahmad berjumpa dengan pakar di unit surgery. Mula-mula ada masalah sikit pasal appointment tu. Grr.. Mungkin masalah komunikasi antara klinik kesihatan yang merujuk masalah ini kepada hospital, temujanji Ahmad tiada dalam rekod hospital. Mummy ni dah la penat mula la nak menyinga. Mujur dedi Ahmad cool-cool je. hehe.. Kami datang semula pada waktu petang untuk berjumpa doktor.

Menurut doktor, hernia ini tidaklah menyakitkan bayi. Menurut doktor lagi, kebiasaannya 90 peratus kes hernia pusat tidak memerlukan rawatan dan pembedahan. Keadaan Ahmad akan dipantau sehingga usianya dua tahun untuk memastikan hernia itu pulih dengan sendirinya. Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya keadaan pusat itu masih tersembul keluar dan tidak dapat ditolak masuk ke dalam dinding otot kembali.

umbilical hernia.. usus memasuki ruang di antara otot abdomen yang lemah menyebabkan pusat tersembul

Doktor menyarankan beberapa langkah penjagaan. Selain daripada memastikan keadaan pusat sentiasa bersih untuk mengelak jangkitan kuman, pastikan juga hernia tidak membesar dan menjadi keras. Pastikan juga hernia dapat dimasukkan semula selepas ditekan. Sekiranya anak sakit perut dan muntah-muntah berterusan dengan keadaan pusatnya tetap tersembul walaupun setelah ditekan, rujuk doktor dengan segera. Ini kerana kemungkinan usus terperangkap dan tersepit dalam hernia dan keadaan begini akan memerlukan pembetulan melalui pembedahan.

So far, Ahmad nampak ok. Cuma sekali haritu hernia dia berdarah dan mummy bawa ke klinik tapi doktor cuma bagi ubat cuci sahaja. Semalam mummy lupa pulak nak cerita pada doktor pakar yang hernia tu pernah sekali berdarah. Yela, dalam mindset asyik kata my son is ok..my son is ok.. so terlupa anak ada masalah. Doktor pun kata keadaan Ahmad ok saja dan tak bagi apa-apa ubat. Dalam masa enam bulan lagi doktor mahu melihat perkembangan Ahmad semula.

Mummy cuba juga google petua-petua untuk mengubati masalah hernia ni. Ada yang suruh tuam dengan tungku bayi berisi jintan dan lada hitam. Tak kurang juga yang suruh letakkan duit syiling pada pusat dan selotapekan untuk mengelakkan hernia tu daripada tersembul keluar. Dua-dua pun mummy pernah cuba. Tapi bila dah tahu punca sebenar masalah tu, mummy tak rasa dengan cara menuam dan menekan dengan syiling tu akan menguatkan otot perut bayi kan..secara logiknya lah kan.. hehe.. Lagipun pusat yang tersembul tu bukan disebabkan angin, tapi usus yang memasuki ruang hernia tu. Cuma kalau rasa seram nak tengok pusat tu tersembul dan bergesel dengan pampers mungkin boleh barutkan je la kot.

Apapun, Alhamdulillah Ahmad ok-ok saja. Dia pun sekarang dah pandai tersenyum dan menegur orang. Semalam elok pulak dia well behave masa jumpa doktor, siap tersenyum-senyum dan beri respon bila diagah. Oh ye, semalam juga genaplah umur anak mummy ini dua bulan. Nurse di hospital kata dia besar, hehehhh.. Mummy harap Ahmad baik-baik saja dan semoga otot perut Ahmad cepat kuat dan hernia Ahmad akan pulih :)

mak dan anak took an afternoon nap sementara tunggu pegi hospital semula, huhu,,penatttt~





Tuesday 20 November 2012

Ahmad Anak Dedi *jeles*



Yes. Dedi Ahmad is at home! Kali ini dedi spend time lama sikit untuk mummy dan Ahmad. Terima kasih dedi! Mummy pasti Ahmad merasa sangat gembira bila dedi ada dekat dengan Ahmad. Sebab selama ni hanya mummy je yang melayan kerenah Ahmad kan, but bila dedi ada mummy perasan Ahmad macam lain sikit.. tak macam selalu-selalu macam bila dengan mummy je.

Dedi balik kali ni adalah untuk menemani checkup Ahmad yang seterusnya. Itu kita cerita di lain entry ye. Memang bulan ini boleh kata tiap-tiap minggu Ahmad ada checkup. Lepas checkup dengan dental, Ahmad ada temujanji dengan paed. Lepas tu dengan unit surgery pula. Lepas tu checkup biasa di klinik kesihatan, lepas tu ada lagi checkup dengan dental lagi tapi di HKL pulak. Wahhh, tiap-tiap minggu ada appointment. Kecik-kecik dah busy.. Mummy kena jadi escort, dedi kena jadi driver. Bukan main lagi tuan kecik kita ni.

Seriously mummy tak boleh handle sorang-sorang untuk hadir di setiap temujanji Ahmad ni. Yelah, mana nak pegang Ahmad, mana nak pegang barang-barang lagi, nak pump susu, nak bagi susu... Bolehlah berdikari kalau dah terdesak sangat kan. Tapi bila dedi Ahmad ada, the situation will be much better. Paling penting adalah sokongan moral dan emosi. Bila ada dedi, mummy akan rasa lebih kuat semangat bila doctor menyampaikan berita-berita atau kemungkinan-kemungkinan yang tak best.

Okey. Dedi dah pun ada di rumah. Mummy perasan Ahmad ni mungkin anak dedi. Kalau mummy yang dodoikan dia memang ada sesi mengamuk dulu sebelum dia betul-betul tidur. Wah, dengan dedi mudah je dia lelap..jelesnya mummy!!! Nampaknya kat rumah ni ada dua orang je yang boleh buat Ahmad tenang iaitu tokwan dan dedi. Hee..makin geram mummy kat Ahmad ni.

Dedi pandai dodoikan dan pujuk-pujuk Ahmad. Kalau dengan dedi, Ahmad sangat mudah tersenyum dan ketawa. Yela, dedi rajin buat lawak dengan dia. Mummy pun rasa senang hati je bila dedi ada kat rumah. Lepas tu, Ahmad kalau tengok dedi, renungan dia tu macam penuh perasaan adore pada dedinya. Like.. my daddy is my hero lah! Kalau Ahmad renung mummy pulak, renungannya penuh manja atau sometimes merenung sebab pelik. Hehe.. yela, sebab mummy memang suka buli Ahmad. Geram!! Masa dedi ada juga Ahmad lebih rajin bercakap dan tunjuk respon bila bermain.. bercakap bahasa baby la~

Apapun, terima kasih dedi sebab ada di samping kami. Menjadi kekuatan untuk Ahmad dan mummy setiap hari terutamanya masa ada appointment doctor..hehe.. Ahmad mesti rindukan lullaby dedi. Lullaby mummy tak best kot, mesti dia cranky before sleep. Semoga suatu hari nanti kami akan dapat bersama sebagai sebuah keluarga yang normal. Sekarang perlu berjauhan dulu.. its ok. Apa-apa pun hati mesti kuat!


*sweet*


*esok ada checkup dengan unit surgery. doakan Ahmad!*

Saturday 17 November 2012

Cerita Breastfeeding Ahmad

Antara perkara yang paling ralat mummy rasakan sepanjang menjadi ibu Ahmad adalah mummy tak dapat direct breastfeed untuk Ahmad. Awal-awal dulu perkara inilah yang selalu buat mummy menangis. Sekarang mummy tak nangis dah tapi mummy selalu rasa jealous bila baca blog atau forum ibu-ibu berkenaan breastfeed neh. Hey, jealousnyerrrr!! hee..


Pada firasat mummy sepatutnya Ahmad boleh direct breastfeed. Tapi mummy dah give up nak bersilat dengan Ahmad. Sejak lahir lagi Ahmad dipisahkan dengan mummy masa kat hospital. Lahir-lahir je dia terus kena kuarantin sebab doktor nak tengok cara feeding yang sesuai untuk dia. Mula-mula pakai puting biasa dia tak pandai. So diorang decide pakaikan feeding tube pada dia, minum susu formula pulak tu. Grr.. sian anak mummy. Lepas tu doktor gigi suruh cuba orthodontic teat tu. Eventhough daya hisapan dia sangat lemah tapi itu dah cukup bagus la untuk dia.

Kekurangan Ahmad untuk direct breastfeed adalah kerana dagu dia yang kecil tu menyukarkan dia untuk latching. Breastfeeding sebenarnya memerlukan kemahiran bayi untuk melekapkan mulut pada breast ibu, daya hisapan yang baik serta kawalan pernafasan yang betul. Oleh kerana Ahmad ada cleft, so lagi susah untuk dia sebab daya hisapannya sangat lemah dan dia tak dapat balance pernafasan dengan baik. So, oleh kerana mummy dan Ahmad tak dapat berlatih dengan kerap, dan doktor juga lebih prefer mummy perah susu je maka tak pandailah Ahmad breastfeed sampai sekarang. Lagipun budak ni dah keliru puting dah. Kesian Ahmad, setiap kali masa menyusu mesti dia tercungap-cungap keletihan. Tapi sekarang dah ada improvement la. Satu sesi penyusuan dah tak lama macam awal-awal dulu. Tapi kalau nak lumba dengan baby-baby lain Ahmad still kalah la kan. Takpe, kalah pun mummy sayang je.. hee..

Mummy memang berazam untuk bagi susu ibu kepada Ahmad selama yang mummy mampu. Cabarannya bukan kecil. Mummy kena perah susu siap-siap dan alert dengan stock susu yang ada. Mummy kena sentiasa ready, tak boleh impromptu breastfeed di mana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu, outing dan travelling memang agak payah untuk mummy tapi sebab mummy memang suka jalan-jalan mummy kena la rancang sesi penyusuan dan pengepaman dengan teliti. Haih, banyak barang nak kena bawak.. Sama jugak time tidur, tak dapek la mummy selamba sua bila anak melalak. Jelesnya tengok orang lain boleh bagi susu sambil baring-baring. Mummy kena duduk hokeyyy..

Takpelah.. demi kasih pada anak mummy akan buat selagi mampu. Oleh itu bersyukurlah anda yang mempunyai kelebihan menyusukan anak secara normal. Banyak kelebihan direct breastfeed berbanding yang pumping ni. Bila direct, bayi akan dapat hisapan susu awal dan susu akhir yang berlemak tu. Bonding antara anak dan ibu juga semestinya lebih erat gitu. Tapi walaupun bottlefeed Ahmad, mummy make sure akan belai-belai Ahmad, pandang mata dia dan cium-cium dia. Hehe.. Eh, kalo sambil breastfeed anak boleh cium-cium dia tak? Ke tak sampai? Huhhu..

Ahmad, ketahuilah mummy akan berusaha untuk Ahmad. Susah senang kita akan tetap bersama selamanya cheeewah. Kihkih. Poyo. Okbai~

minum susu pun nak kacak bergaya ;)

Monday 12 November 2012

Cemana Boleh Sumbing?

Ada jawapan ke untuk soalan tu? Tiada jawapan yang khusus dan pasti pun. Daripada segi perubatan ada beberapa kemungkinan seperti ibu tidak mendapat zat secukupnya ketika hamil, merokok, jangkitan virus rubella dan juga gangguan kromosom yang melibatkan baka ibu dan ayah. Secara spesifiknya apakah yang menyebabkan Ahmad dilahirkan sebagai bayi cleft, tiada siapa yang boleh memberi jawapannya.

Bagi mummy untuk mengetahui tentang punca sudah tidak penting lagi. For sure semua ibu melakukan yang terbaik untuk bayi mereka sepanjang kehamilan yang sembilan bulan itu. Kita makan ubat, supplement, minum susu, berada dalam persekitaran yang bersih serta mengurangkan stress. Tapi kun fayakun, apalah daya kita untuk menolaknya. Yang penting sekarang adalah memberi perubatan dan rawatan terbaik untuk bayi-bayi cleft ini.

Walaupun zaman dah moden, masih ada mulut-mulut nakal yang cuba bermain dengan api. Hehe.. biasa dia tu.. Saja kan nak buat spekulasi itu ini macam la mummy tak tawww. No no no tak baik tau. If you hurt me, I dont mind. Tapi jaga ya kata-kata masing-masing jangan sampai jatuh syirik. Yelah, like mengaitkan punca cleft ni dengan perbuatan-perbuatan ibu ayah sepanjang kehamilan tu kan. Kenan kata orang.

Cerita dongengnya, ibu tak boleh menjahit la, ayah tak boleh memancing la, dan macam-macam lagi perbuatan yang perlu dielakkan supaya tidak kenan. Ya, mummy ada menjahit masa mengandung. Tapi ada je mommies lain yang menjahit masa mengandung baby diorang molek je kan. Dedi Ahmad takde pulak pergi memancing setahu mummy. Memancing gadis-gadis mungkin la kot.. bahahahaha ok tak klaka :p

Ni ada hadis ni riwayat Abdullah bin Masud رضي الله عنه, ia berkata:
"Ketika turun ayat: Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), para sahabat Rasulullah صلی الله عليه وسلم merasa sedih. Kata mereka: Siapakah di antara kita yang tidak menganiaya dirinya? Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Maksudnya bukan seperti yang kalian duga, tetapi seperti yang dikatakan Lukman kepada anaknya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" (sahih muslim)

So please jangan buat spekulasi bukan-bukan ye. Tak pasal-pasal Ahmad kecik-kecik lagi dilanda gosip. Busuk bro... Jangan juga dipersoalkan kenapa ya. Sebagai ibu, buatlah yang terbaik sepanjang hamil. Mummy pun sepanjang hamil selalu berdoa supaya dikurniakan anak yang sihat sempurna. Tapi apabila Allah tidak kabulkan permintaan kita bukanlah bermakna dia tidak menyayangi kita. Apa yang terjadi ini adalah dugaanNya. Dugaan pun tanda Allah sayang kita juga, sebab kita dipilih untuk merasa nikmatnya menempuh dugaan itu. Tapi nikmat itu cuma akan dapat apabila kita redha ya :)

Bagi mummy ini cuma dugaan kecil saja. Mummy bersyukur sebab memilih untuk bersalin di hospital kerajaan. Ada banyak kisah masyarakat yang mummy dapat lihat di sana. Kalau kata kesian pada mummy dan Ahmad, ada ibu dan bayi yang lebih kesian daripada kami. Kalau mummy bersalin di hospital swasta mungkin mummy cuma terperap dalam bilik, tak tahu pun kisah orang lain. Tetapi masa ditahan di wad kerajaan tempoh hari, mummy bergaul dengan other mommies dari wad kelas dua dan tiga. Macam-macam kisah..

Lepas bersalin mummy duduk di wad kelas satu. Tapi oleh kerana Ahmad ditahan di wad SCN, mummy dapat melihat ada ramai lagi bayi-bayi bermasalah yang lain. Itu baru kat SCN kan. Kalau jenguk ke NICU laaagi la merasa diri kita ini jauh lebih beruntung daripada orang-orang yang lebih hebat dugaannya.

Selagi diizinkan Allah, mummy dan dedi akan buat yang terbaik untuk Ahmad. Anak cuma pinjaman. Pinjaman yang menjadi amanah. Mungkin jika mereka panjang umur mereka akan mendoakan apabila kita telah tiada. Tapi jika ditakdirkan hanya kita yang mendoakan mereka pun tak mengapa. Yang penting kita semua redha dengan ketentuanNya supaya kita dapat sama-sama mengejar syurga..


Sunday 11 November 2012

Layan Picca Dulu Eh~

So sad. Mummy takde gambar Ahmad masa keluar fresh from oven macam orang lain. Gambar umur satu hari pun takde. Biasa la, prosedur hospital kerajaan. So layan dulu gambar Ahmad bermula masa umur dia lima hari after dia discharge ward, dan masih berambut lebat. "macam rambut pemain bola sepak!" kata doktor gigi dia. :D

Umur lima hari. Calar balar mukanya, duduk dalam ward tak pakai sarung tangan.

Ahmad dah kenyang



Setakat ni hobi Ahmad adalah tido

Hobi kedua, menyusu. Hobi mummy, buat fesyen rambut kat anak. Hihhi.

Fesyen rambut cacak-cacak


Fesyen rambut skema untuk tema sleep like a boss!

Muka cheeky time tengah menyusu

Oh mummy rindu Ahmad kecik ni. Masa belum banyak kerenah. heh.

Sleep well my dear darling~

Saturday 10 November 2012

Cleft Palate dan Pierre Robin Syndrome

Wah. Nama sindrome nak glamer jerrr... huhu. Pada awal kelahiran Ahmad dulu, inilah yang didiagnose oleh doktor dan dikhabarkan kepada mummy dan dedi. Lepas mummy discharge tu balik rumah terus mummy google dua benda ni. Jadi untuk entri kali ini cuma nak bercerita tentang cleft palate dan PRS jerr..

'Cleft' atau dalam bahasa melayunya sumbing ada banyak jenis. Secara asasnya sumbing terbahagi kepada dua iaitu sumbing bibir dan sumbing lelangit. Ada bayi yang dilahirkan dengan salah satu daripada masalah ini, tetapi ada juga yang dilahirkan dengan kedua-dua jenis sumbing ini. Bolehlah dikatakan ia adalah masalah kecacatan mulut sejak lahir lagi. *tak suka la kata cacat tu kan..* Birth defect kata omputihnyer.. 

Kat bawah ni contoh cleft lips atau sumbing bibir. Gambar dicuri dari wikipedia..huhu.. Baby dengan masalah cleft lips akan menjalani pembedahan membetulkan semula bentuk bibir pada usia sekurang-kurangnya 4 bulan atau apabila berat badannya cukup stabil untuk menghadapi pembedahan tersebut..


Okeh. Kat bawah ni pulak ialah contoh cleft palate atau sumbing lelangit. Yang Ahmad punya ialah incomplete cleft palate, yang hanya melibatkan soft palate sahaja. Sama ada cleft lips atau cleft palate, dua-dua pun tak best. I mean, tak best tu adalah apabila membandingkan kedua-dua jenis cleft ini. Ada yang kata Ahmad beruntung sebab sumbingnya tak nampak kat luar, jadi Ahmad still nampak encem gitu.. Tapi dari segi penjagaannya lebih rumit sebenarnya.

Untuk bayi yang bermasalah cleft palate, pembedahan hanya akan dibuat paling awal ketika bayi berusia lapan bulan, bergantung kepada jenis cleft dan kesihatan bayi. Luka pembedahan cleft palate akan mengambil lebih banyak masa untuk pulih, sekurang-kurangnya sebulan. Bayi dengan masalah ini juga biasanya akan menghadapi jangkitan telinga sebab air mudah terperangkap di dalam salur telinganya. Kalau terjadi jangkitan, bedah lagi la jawabnyerrr..hmm.. minor surgery la tapi tetap bedahlah hoi memang tak best kan. Hehe..

Nanti bila Ahmad nak bedah nanti kita cerita panjang lagi pasal ini ye. Lepas pembedahan selesai pesakit akan mengikuti beberapa jenis terapi seperti terapi pendengaran dan percakapan. InsyaAllah, later later later kita akan cerita perkembangan Ahmad tentang ini ya.. :)

Cleft palate dan Pierre Robin Syndrome selalunya berkait rapat antara satu sama lain. Setakat kefahaman mummy, bayi yang ada cleft palate tak semestinya ada PRS. Tetapi bayi dengan PRS selalunya akan mengalami masalah cleft juga. Jadi Ahmad ada *mungkin* ada kedua-duanya sekali. Mummy kata mungkin sebab doktor pun belum mengesahkan lagi PRS tu, cuma berdasarkan kepada bentuk dagu Ahmad yang kecil saja.

Kalau google Pierre Robin Syndrome, mesti rasa sedih tengok wajah bayi-bayi tu semua. Hampir kesemua penghidapnya akan memiliki dagu yang kecil, atau lebih tepat lagi rahang bawah yang kecil. Bayi dengan masalah PRS kebiasaanya akan menghadapi masalah pernafasan dan penyusuan/pemakanan. Ini kerana rahang bawah yang kecil tidak bersesuaian dengan saiz lidah yang normal. Secara ilusinya akan nampak macam lidah bayi tu besar. Apabila bayi tidur secara terlentang, lidahnya akan cenderung ke bawah dan menghalang pernafasan bayi tu. Cian kan.. Bayi PRS juga sukar menelan kerana mekanisma lidah dan rahang yang tidak sepadan.

Kalau tengok Ahmad, mummy tak rasa Ahmad ada masalah PRS ni tapi itu perasaan mummy jelah kan.. hihi.. Sebab PRS ni ada banyak type jugak, ada yang very mild, ada yang teruk.. Untuk mild case selalunya tak melibatkan pembedahan. Rahang akan membesar seiring dengan tumbesaran bayi itu sendiri. Untuk kes yang lebih teruk mungkin akan memerlukan pembedahan membetulkan rahang kalau tak nanti susah baby nak makan solid food.

Mummy takmo letak gamba2 baby PRS ni sebab nanti rasa sedih. Syukurlah Ahmad boleh bernafas dan menyusu dengan baik. Tak sempurna tak apa, tapi tak menyusahkan Ahmad mummy memang dah cukup bersyukur. Mummy kurang pasti kalau PRS ni akan memberi kesan dari segi perkembangan mental. Tapi mummy harap semoga dipermudahkan semuanya untuk Ahmad. Amin..

Next entry kita cerita tentang satu lagi diagnosa doktor terhadap Ahmad. Dua minggu jugak mummy nak terima diagnose tu dan betul-betul redha. Huhu.. Now mummy dah okey boleh la nak cerita-cerita kan.. :)

C.I.N.T.A


Mummy Akan Sentiasa Bersamamu :)

Sejujurnya mummy rasa berdosa kerana tidak pernah rasa excited sepanjang mengandungkan Ahmad. Excited yang maksudnya seperti ibu-ibu lain yang membuat persiapan menyambut bayi seawal mungkin, ada yang buat pregnancy photoshoot dan juga scan lebih awal untuk mengetahui jantina baby. Heh, boleh kira dengan jari je berapa keping gambar masa tengah pregnant yang mummy ada. Yang pasti sepanjang pregnant mummy memang tak suka bershopping, bergambar apatah lagi. Mungkinlah faktor yang ketika itu mummy sedang final year di UTM, jadi memang fokus utama pada pelajaran sajalah..hmm..

Apa yang mummy boleh katakan, mengandungkan Ahmad sangat mudah. Sepanjang checkup di klinik kesihatan mummy tak pernah berdepan dengan masalah. Mummy juga lasak, banyak berjalan, dan ketika tengah sarat lapan bulan pun mummy sempat berjalan ke Bukit Tinggi, Bentong *dedi sentap sbb dia memang tak setuju tapi orang mengandung tengah mengidam mana bole tolak. hihi. luv u dedi*

Saat-saat kelahiran Ahmad pun begitu, tak banyak masalah. Mummy admitted hari Rabu 19 Sept 2012, tak sakit pun sepanjang kena tahan kat wad. Rasa sakit cuma datang bila doktor dah masukkan drip untuk paksa Ahmad keluar. Masa tu pukul 8.30mlm. Sakit membawa sampai ke paginya. Pukul 4.12pagi hari Jumaat, Ahmad selamat dilahirkan. Dedi ada bersama sepanjang mummy berkeluh kesah menahan sakit tu. Alhamdulillah, lega sangat rasanya :)

Tapi.. siapalah kita untuk memilih takdir sendiri. Allah sebaik-baik perancang dan penentu segalanya. Ahmad secara lahiriahnya memang cukup sifat. You look wonderful, great.. Selepas melahirkan Ahmad, dan mendengar diagnosa doktor terhadap Ahmad, mummy tergamam juga. Tapi cepat-cepat mummy pujuk hati untuk redha. Ya Allah, petunjuk apa yang sedang kau berikan ya Allah. Ampunkanlah dosaku ya Allah..

Ketika mummy keluar wad, Ahmad masih ditahan di wad SCN untuk pemantauan doktor. Ahmad dilahirkan dengan cleft palate atau rekah lelangit. Senang cite, sumbing lelangit..huhu.. Alhamdulillah, lelangit yang merekah itu adalah pada bahagian lelangit lembut (soft palate) jadi Ahamad tak menghadapi kesukaran yang lebih teruk seperti bayi-bayi yang mengalami rekah di lelangit keras (hard palate). Kalau intai dalam mulut Ahmad, boleh nampak anak tekak Ahmad terbelah dua. Uuuu.. scary ok. Scary lebih-lebih lagi bab menyusukan Ahmad.

Kerana masalah itu, Ahmad tak dapat menyusu seperti bayi-bayi normal yang lain. Kata doktor, hisapan Ahmad sangat lemah. Mula-mula mummy jumpa Ahmad kat wad, ada feeding tube kat hidung Ahmad. Nurse suruh mummy cuba susukan Ahmad. Its hard. Mummy menangis. Masa tu breast mummy belum ada susu, dan Ahmad tak pandai menyusu. Mummy kesian anak mummy minum susu formula. The next day, ada perkembangan Ahmad dah tak minum susu melalui feeding tube. Ahmad dah boleh menghisap guna orthodontic teat. Great, Alhamdulillah..

Mummy have to take extra care on your feeding. Badan Ahmad perlu dicondongkan. Satu sesi penyusuan memakan masa yang amat lama memang rasa penat dan nak nangis je awal-awal tu. Menunggu Ahmad sedawa pun terlalu lama. Lepas menyusu perlu perhatikan Ahmad, sebab sometimes susu akan keluar melalui hidung semula. Mummy belajar, belajar dan belajar.. and i manage to handle it :)

Selain masalah cleft, doktor turut men'diagnose' Ahmad dengan Pierre Robin Syndrome. Apabenda la pulak ni.. nangis lagi tau mummy..huhu.. Yep, physically dapat tengok dagu Ahmad yang kecil tu selalunya adalah tanda-tanda sindrom tu la. Masalah dengan baby PRS ni adalah pernafasan dan penyusuan. Tapi mummy bersyukur sangat-sangat sebab setakat ni mummy belum hadapi masalah berkenaan pernafasan dan penyusuan Ahmad. You are doing great. However, untuk pencegahan awal mummy jaga Ahmad sepertimana penjagaan untuk baby PRS. Yeah, people can talk..kenapa tidurkan Ahmad mengiring, kenapa begitu, kenapa begini, kenapa tak directfeed dia.. hmm.. Takpelah.

Mummy ambil masa 3 hari untuk benar-benar redha atas ketentuan ini. Tapi siapa sangka, selepas tiga hari ada berita lain yang meluluhkan hati mummy dan dedi. Ahmad memang benar-benar istimewa :)

Will update more, soon.. :)

Anugerah

Mummy fikir lama untuk buat blog ini. Mummy abadikan blog ini untuk tatapan kita sekeluarga suatu hari nanti, apabila pelangi telah menjelma. Semoga kita tidak pernah lupa. Semoga kita tidak pernah leka. Alhamdulillah atas anugerah yang mengajar sebenar-benarnya erti hidup. Anugerah yang membawa mummy dan dedi kembali meletakkan hati kami dekat kepadaNya. Terima kasih atas pinjaman yang mengajar dan menguji ini. Terima kasih ya Allah. Terima kasih Ahmad :)