Mummy perasan Ahmad selalu tak lena tidur malam, garu-garu telinga dia. Mummy ingatkan sebab ruam dia gatal-gatal. Sekarang ni kan musin panas, memang badan dia habis naik ruam-ruam. Lepas dah perasan ada lelehan tu baru sedar agaknya dia tak selesa telinga dia sakit kot.. Alaa.. kesiannya anak mummy sebab mummy pernah marah dia suruh tidur je, ape la yang susah sangat kannn.. Hukhukhuk rupa-rupanya dia tak selesa sakit telinga.
Mummy dah bawak jumpa doktor. Doktor klinik biasa je, dia cuma bagi ubat selsema dan antibiotik untuk keringkan telinga Ahmad. Masa doktor teropong telinga tu dia kata nampak kaler hijau. Lepas tu mummy bawa Ahmad ke klinik kesihatan pulak minta doktor kat situ tengokkan. Dia just suruh continue antibiotik dan belum perlu rujuk ENT lagi. Nanti kat HKL plastic surgeon team akan take over masalah ni. Lepas tu baru refer ke ENT HTAA jika perlu untuk further follow up.
Masalah jangkitan telinga memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak lebih-lebih lagi kanak-kanak yang ada sumbing lelangit. Ini kerana air sangat mudah berkumpul di belakang telinga kanak-kanak dengan masalah sumbing lelangit. Biasanya jika terdapat air berkumpul, mereka akan dirawat dengan pemasangan grommet tube bagi mengeringkan kawasan dalam telinga.
Masa mummy form 4, mummy sendiri pernah melalui prosedur pemasangan grommet tube tu. Bukan sebab ada masalah sumbing la, tapi mungkin sebab selsema ke ape ke entah mummy memang kurang pendengaran sikit. Hihuuu.. Mummy perasan sejak darjah 6 pendengaran mummy macam berkurangan. Sehinggalah mummy masuk asrama masa form 4 and i feel sangat susah untuk catch dan dengar ketika sesi pembelajaran di kelas. Jadi mummy decide untuk buat pemeriksaan dan hasilnya ada air berkumpul di belakang telinga. Mummy buat prosedur tu di HTAA, masa tu under Dr. Ailin Razali. She's a very nice doctor, dan rupa-rupanya my super-super senior di SEMSAS.
Let me story sikit pasal pemasangan grommet tube tu yeah.. Setelah mendapati condition pesakit stabil, prosedur pemasangan boleh dijalankan. Ia sebenarnya bukan pembedahan besar, cuma minor surgery sahaja. Kalau bagi bayi mungkin agak rumit la kot. So mummy di bawa masuk ke tempat rawatan dan kena baring mengiring atas katil. Masa tu telinga kiri yang kena. Mula-mula doktor akan bius di kawasan bedah sahaja jadi mummy sedar sepanjang prosedur dijalankan.
Selepas bius dah berkesan, doktor akan melakukan tebukan pada gegendang telinga. Bunyi dia macam masa kita tampal gigi tu. Huhu.. Sakit? Personally mummy rasa tak sakit, siap Dr. Ailin puji-puji lagi hahaha. Lepas doktor berpuas hati dengan saiz lubang yang dah di buat, dia akan sedut segala air-air yang terperangkap dalam telinga tu. Sedut guna alat apenamantahtaktau.. Lepas dia dah sedut tu.. tadaaaa!!! wah, dah boleh dengar dengan jelas!! :D
Lepas telinga dah kering, baru la grommet tube dipasang pada gegendang tu. Biasanya ia akan gugur sendiri selepas 6 bulan. Masa tu kena la jaga telinga, tak boleh bagi masuk air, tak boleh swimming, ikut je cakap doktor. Grommet tube tu kecik je lebih kurang 1.5mm. Masa doktor pasang tu, hmm.. sakit ok!! hukhuk.. Lepas dah pasang biasanya lelehan akan terus keluar sampailah telinga tu betul-betul kering. Agak tak selesa juga la. Lepas dah baik, boleh teruskan dengan exercise telinga yang doktor akan ajar untuk make sure tekanan dalam telinga tu stabil. Ala, exercise nafas tutup idung macam naik kapal terbang or naik bukit tinggi tu.
pemasangan grommet tube |
Itu pengalaman mummy la. Kalau prosedur pada bayi dan kanak-kanak mungkin berbeza sikit. Tapi pemasangannya lebih kurang juga.
Kat bawah ni mummy copy paste artikel berkenaan jangkitan telinga untuk panduan ibu-ibu, tak semestinya untuk ibu-ibu dengan cleft baby saja sebab jangkitan boleh berlaku pada semua kanak-kanak. Artikel di copy dari sini ye.. :) Perkataan yang mummy kaler merah tu berkenaan dengan condition Ahmad sekarang.
Jangkitan Telinga
Pengenalan
Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.
Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?
- Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
- Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?
- Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
- Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
- Bayi yang diberi susu botol.
- Terdedah kepada asap rokok.
- Pembesaran adenoids.
- Sumbing lelangit
- Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?
Tanda-tanda biasa ialah:
- Kesakitan dalam telinga.
- Resah dan mudah meradang.
- Tidur yang selalu terganggu.
- Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
- Nanah keluar daripada telinga.
- Kurang selera makan.
- Lelehan hidung.
- Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
- Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.
Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?
- Telinga bernanah yang kronik.
- Kurang pendengaran.
- Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?
Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:
- Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
- Ubat demam.
- Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
- Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
- Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.
- Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
- Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
- Susukan bayi anda dengan susu ibu.
- Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
- Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
- Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
-
Elak:-
- Terdedah kepada asap rokok.
- Penggunaan puting.
- Penyusuan susu botol semasa baring.
- Alahan yang diketahui.
Apakah kesan dalam jangka masa panjang?
No comments:
Post a Comment