Kali ini ke pediatrik lagi, 17 julai kot? huhu lupa tarikh sudah.. Kali ni sebab Dr. Fadzil pakar paru-paru kanak-kanak nak jumpa Ahmad lagi untuk tahu respond dari HKL dan nak tengok perkembangan Ahmad. Kali ini dedi tak ikut sekali. Tokki hantarkan ke HTAA je, tak tunggu sekali. Agak mencabar jugaklah nak jaga Ahmad sorang-sorang kat ruang menunggu tu. Sebab orang adalah super ramai dan bising. Dah namanya klinik pediatrik, boleh bayangkan la segala macam ragam budak-budak kat situ.
Alhamdulillah Ahmad behave sangat. Dan mummy berjaya dengar bila nurse panggil nama HAHAHA.. yes i'm pekak like that and gelabah everytime tunggu turn panggil nama tu. Kalau sistem nombor ting-ting-ting tu mummy boleh survive lagi tapi kalau nak kena guna deria pendengaran ni alahaiiii lemahhhh.. :D
Kebetulan masa tunggu turn tu terjumpa pulak kawan mummy masa sekolah menengah dulu. Dia baru lahirkan baby dia soooo cute alamak rindu la bau baby kecik. Ahmad dah tak baby dah, dah masam bau toddler. hahaha.. Mula-mula tak perasan kawan tu, Hanim nama dia. Muka macam dia tapi lagi kurus dari zaman sekolah dulu. Hihi. Hai Hanim!! *lambai2*
Then lepas dah tunggu tu sampai turn Ahmad jumpa Dr. Fadzil. Mummy pun cerita la respond HKL, yang diorang nak postpone lagi maknanya kami masih belum dapat tarikh operation. Doktor HKL nak tengok jaw Ahmad betul-betul dah develop untuk kurangkan komplikasi pernafasan. Dr. Fadzil pun setuju. Tapi dia nak suruh Ahmad buat lagi airway assessment tu. huaaaa.. i is don't like it :(
The thing is, last time lepas buat tu Ahmad demam kemungkinan besar sebab berjangkit dengan budak-budak kat dalam tu la. You know, pediatric ward is super padat dan Ahmad ditempatkan dengan budak2 sakit padahal dia tak sakit. So next assessment will be on October. Mummy harap kali ni Ahmad ok, dan bacaan oksigen pun ok so that pakar boleh proceed dengan tarikh pembedahan.
Ok lah itu je nak cerita. haha pemalas betul. Yelah, dah mood raya kan.. ok Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin :)
No comments:
Post a Comment