Hospital... ye hospital hukhuk..
Ya Allah terima kasih dengan pemberianMu ini. Dengan ujian ini mummy sedar yang Allah mengurniakan kekuatan dan kesabaran untuk mummy menjaga orang-orang tersayang di dalam hidup mummy.
Hari rabu mummy dan dedi bawa Ahmad appointment dengan pakar kanak-kanak. Hari khamis dedi pulak kena masuk wad ortopedik. Pasal appointment Ahmad tu later mummy update k. Nak cerita pasal dedi Ahmad ni dulu.
Right now mummy kat wad jaga dedi. Tapi malam tadi tak tidur kat wad la sebab kena balik bagi susu dan uruskan Ahmad. Kesian dia, mummy terpaksa fokus pada dedi dulu. Tapi Ahmad anak kuat kan, alhamdulillah tak meragam walaupun jumpa mummy beberapa jam je.
Dedi ada di Kuantan sejak hari selasa sebab nak teman mummy bawa Ahmad jumpa pakar kanak-kanak hari rabu. Pagi khamis tu masa mummy sedang siap-siap pergi kerja, dedi macam biasa la bermain dan melayan anak kesayangan dia tu. Entah macam mana mummy pun tak perasan agaknya dedi tersalah teknik angkat Ahmad, tiba-tiba dia mengadu sakit pinggang.
Allahuakbar.. cepat-cepat dedi baring. Dedi memang ada slipped disc, tapi kali ni kena attacked sakit sangat. Mujur tak terlepas Ahmad, sempat dedi letak atas katil semula. Mummy terpaksa tinggalkan dedi, kena masuk office jugak. So dedi rehat dulu..
Masuk office kena pegi site pulak. Hati dah tak tenteram sebab before tinggalkan dedi tu dia tak boleh angkat kaki pun. Rasanya memang kena bawak hospital tapi mummy try to be cool n pergi site dulu. The reason mummy pergi kerja jugak sebab cuti dah tak banyak and prestasi kerja pun macam menurun sebab banyak amik cuti kan
But since until tengah hari dedi tak dapat bangun, mummy rasa tak boleh jadi ni kena balik jugak-jugak. Semalam ada tiga site kena pegi tapi mummy sempat pegi dua je then mintak officemate mummy tolong fetch and bawak balik ke office nak amik barang semua.
Mummu rush balik rumah then tengok keadaan dedi nampaknya terpaksa panggil ambulans sebab memang tak boleh bangun and berjalan, duduk pulak kat bilik tingkat atas. Tak larat la nak papah dia kan. Budak Ahmad lagi la taj boleh nak tolong kecik lagi kan. Nanti Ahmad dah besar Ahmad tolong jaga dedi ye sayang.. :)
So naik ambulans terus masuk kecemasan and buat x-ray. Budak yang incharge x-ray tu hari rabu baru je xray Ahmad, hari khamis x-ray dedi Ahmad pulak. Huhuu.. Dekat ER lama jugak, masuk pain killer pun still takde perubahan so kena warded la. Malam tu masuk wad. Dari pagi dedi tak makan tak kencing haishhh.. sabar je la. Mummy terpaksa balik rumah uruskan Ahmad pulak, biar dedi rehat dulu kat wad. Susahnya la nak pam susu kat wad lelaki.. kena cari surau. Surau pulak kunci after 11 mlm so marilah pulang, pam susu kat rumah je.
Pukul 6.30 pagi tadi mummy dah terpacak kat wad, tolong dedi berwuduk dan solat subuh. Alhamdulillah lepas dah masuk pain killer entah kali ke berapa baru ada perubahan, dah boleh bangun tapi tak boleh berdiri lama dan berjalan.
Since hari khamis tu jadual pam berubah-ubah mummy sempat pam 6 kali je..stress lagi so susu drop sikit. Harap-harap ok la kejap lagi.
Doakan dedi Ahmad ye.. Hari ini akan tengok perkembangan dia dulu before doktor proceed dengan fisioterapi. Ahmad, nanti dah besar tolong jaga dedi ye. Tolong dedi wuduk dan solat. Susah mummy nak tolong dedi wuduk bila dia tak boleh bangun and bend badan. Mummy pulak mana boleh sentuh dedi kan. Ingat ye Ahmad, jadi anak yang berbakti kepada ibu bapa sebab mummy dedi sayang Ahmad sangat-sangat. Lepas ni dedi tak boleh selalu angkat Ahmad dah.. takpe, mummy angkat, ok! ;)
aku tau ko seorang yang kuat aizura.semoga suami ko cepat sembuh.
ReplyDelete