Saturday, 13 April 2013

Temujanji Klinik Paediatrik Kali ke 3

Cerita dua minggu lepas..huhu.. Temujanji pada hari rabu 3 april, sehari sebelum dedi kena slipped disc attacked dan masuk ward. Temujanji kali ini adalah kali ke 3, jumpa doktor lain pulak tapi sebab dia pakar paediatrik so mummy ok je. Bukan tak suka jumpa doktor muda-muda ni tapi kadang-kadang kita boleh tengok level of confidence diorang tu. So far mummy puas hati je. Nasihat mummy kepada mak ayah yang perlu bawa anak-anak jumpa doktor tak kira penyakit apa sekalipun, do some research pasal penyakit yang ingin dirujuk kepada doktor sebagai back up. Memang kadang-kadang kita tak faham apa doktor cakap. Tapi bila kita dah buat homework, bila doktor bagi penerangan secara tak langsung kita tahu apa yang patut kita tanya. Takde la blur dan confuse je kan..

Last time masa temujanji di HKL, pakar dari sana beri surat kepada paediatrik HTAA bertanyakan tentang kesesuaian ubat bius. Of course la sepatutnya pakar anestetik yang jawab kan.. but still they need some opinion from paediatrician. So pakar paediatrik yang mummy jumpa hari tu memang bersetuju yang pembedahan untuk bayi pierre robin sememangnya berisiko, sama seperti yang dah dinyatakan oleh pakar di HKL tempoh hari. Tak ada apa yang boleh dibantu oleh pakar paediatrik, semuanya bergantung kepada kebijaksanaan dan keyakinan pakar bius serta pakar pembedahan cleft nanti.

Walaupun tidak banyak yang dapat dibantu, pakar paediatrik tu sangat bertanggungjawab dengan mendapatkan pandangan pakar paru-paru berkenaan masalah Ahmad. Beruntungnya mummy sebab kebetulan pakar paru-paru bertugas di klinik paediatrik pada hari itu jadi kami dapat berjumpa dengan dia tanpa membuat temujanji lain. Alhamdulillah..

Sebelum jumpa pakar paru-paru, seperti biasa Ahmad melalui prosedur biasa timbang berat, ukur ketinggian serta ukur lilit kepala. Selepas itu sesi konsultansi dengan pakar paediatrik, kami berbincang tentang risiko pembedahan cleft tadi serta masalah subependymal cyst Ahmad tu. Tentang masalah cyst tu, kata pakar belum ada keperluan untuk melakukan MRI sebab dia puas hati dengan perkembangan Ahmad. Doktor pakar melakukan beberapa pemeriksaan untuk melihat perkembangan fizikal dan mental Ahmad. Secara keseluruhannya dia berpuas hati dengan perkembangan Ahmad. Selepas itu dia melakukan oxygen level test menggunakan pulse fingertip oximeter sebelum merujuk Ahmad kepada pakar paru-paru.

Lepas tu kami jumpa pakar paru-paru yang garang tu. Haha. Ye la..dah nama pun pakar kan, memang busy la orangnya. Mula-mula kami yang tunggu dia sebab dia tengah ada hal. Yela kitorang pun bukan ada temujanji pun pun tiba-tiba je rujuk kat dia. Dah lama sangat tunggu mummy tak tahan nak gi pam susu. Tengah-tengah pam susu tiba-tiba pakar tu datang. Tak pasal-pasal dedi kena marah sebab lambat tunggu mummy punya pasal. Bukan pakar tu yang marah tapi doktor muda yang follow dia tu. Ah pedulik.

Jumpa pakar tu dia buat pemeriksaan dan tanya latar belakang kesihatan Ahmad. Then dia mintak arrange for chest x-ray and another test untuk tahu oxygen level waktu malam. Lepas dah jumpa doktor semua kami ke unit diagnostik jap buat chest x-ray. Alolo comel je rangka Ahmad kecik je.. Dah settle semua baru balik umah..tak gi mana2 pun sebab mummy kena balik office. So this coming sunday Ahmad kena warded satu malam untuk oxygen test tu. Tak tahu la mummy adakah ia satu keperluan tapi layankan je la demi kesihatan Ahmad.. hehe..

Ala tapi mummy la leceh nak kena stay kat ward. Nak layan Ahmad, nak pam susu, nak tido.. aaaa... Takpe la..semoga semua berjalan lancar. Nanti mummy cerita lagi ok. Oh ye esok mummy akan cerita pasal masalah umbilical hernia Ahmad tu. Sape-sape ada masalah yang sama boleh la ambil panduan ye. Stay tune ;)

No comments:

Post a Comment