Thursday 1 August 2013

Surrender

Genap Ahmad 10 bulan haritu, he had completely stopped consume my breastmilk.. of course tanpa kerelaan mummy. Episod air mata takyah cakaplah.. hahaha.. memang sedih giler. Tapi itu la, thats it. I surrender. Susu tak completely kering pun. I'm sure kalau kerapkan mengepam dan power pumping insyaAllah susu boleh up semula. Sebab ada ibu yang exclusive pumping boleh buat benda ni until anak 2 tahun. Kalau faham konsep demand and supply tu memang insyaAllah susu akan tetap ada untuk anak.

The thing is, this breastfeeding thingy makes me stress, sampai jatuh sakit, sampai tak boleh jaga anak sendiri. Then, lepas dah fikir panjang semasak-masaknya, dengan berat hatinya, mummy ambil keputusan untuk stop. I think Ahmad needs me more than anything. Jadi mummy kena jadi ibu yang kuat, sihat dan fit untuk menjalankan tugas sebagai ibu, since dedi Ahmad pun tak ada di sini.

Kadang-kadang mummy terfikir, if dedi Ahmad ada, everything will be easier. While i do the pumping, dedi boleh tengok-tengokkan Ahmad. Tapi, tentulah ketentuan Allah ini ada hikmahnya.

Hati mummy memang berbelah bagi either nak stopkan susu, atau usahakan kembali susu jadi banyak. Mummy usaha. Tapi mummy tak dapat commit pada waktu mengepam 3 jam sekali. Di pejabat tak ada masalah, selalunya paling kurang mummy dapat pam dua ke tiga kali. Tapi kat rumah, mummy tak boleh nak buat macam tu. Siang hari tokki dan tokwan dah berpenat menjaga Ahmad, mummy tak sampai hati everytime mummy mengepam, diorang kena tengokkan Ahmad. Selalunya waktu malam adalah waktu rehat tokki dan tokwan. Tokki pulak akan pergi mengajar setiap malam isnin hingga khamis.

Ahmad pula dah tak macam dulu, maghrib dah tidur sampai ke subuh. Now dia tidur lewat, seronok bermain, explore sana sini. Mummy fikir, mummy memang gagal uruskan masa mengepam dengan baik. Peristiwa yang membuatkan mummy akhirnya surrender ialah bila mummy jatuh sakit.

Satu pagi tu, mummy pam susu, and i guess i've done it wrong way. Petangnya mummy sakit breast. Then malamnya mummy terus demam, menggigil, tak boleh bangun. Mummy rasa demam urat kot. Breast bengkak, sakit. Mummy menangis. Malam tu memang mummy tak boleh bangun langsung. Nak turun bawah makan ubat pun tak larat. Ahmad main sorang-sorang, while mummy terkedang menggigil atas katil. Then bila Ahmad menangis-nangis nak susu, mummy tak boleh bangun untuk bancuh susu. Mummy cakap pada Ahmad, mummy sakit.. Ahmad letakkan kepala atas perut mummy, berhenti menangis tapi keep merengek. Kesian pulak, mummy pun bangun la jugak. Air panas dah habis. Air suam ada la sikit je. Mummy bancuh sikit susu untuk Ahmad. Malam tu nak bangun mengepam pun tak larat, dengan breast sakit lagi ape. Huhukkk..

Mummy demam tiga hari, then baru pegi jumpa doktor. Dapat la MC sehari. Siang tetap puasa tapi melepek je. Tak jaga Ahmad langsung walaupun time tu weekend. Tokki buat semua, uruskan Ahmad, mandikan dia, bagi susu. Malam lepas berbuka baru mummy makan ubat. Then baru la larat nak tengokkan Ahmad. Sepanjang sakit, sekali je mummy pam susu. Itu pun nangis, sakit sangat.

Mummy fikir, sampai bila nak macam ni. Mummy tak boleh nak stress macam ni. Bila sakit everything jadi worst. Sangat sedih bila tak dapat spend masa dengan anak sebab sakit. Ahmad tak ada dedi kat sini, kalau mummy pun tak ada memang tak adil untuk dia.

Then only i decide to stop. Stop pun bukan senang. Walaupun susu dah kurang, tetap ada masa-masanya breast terasa full. Salah cara boleh demam juga. Tapi okeylah, i think everything went well. Mummy ada masa uruskan Ahmad, main sama-masa, bacakan buku untuk dia, makan sama-sama, i mean, more quality time for him.

Untuk Ahmad, suatu hari nanti kalau Ahmad terbaca ni, mummy nak minta maaf sebab tak dapat buat yang terbaik untuk Ahmad. Bukan mummy tak sayang, tapi mummy tak mampu nak teruskan. Sometimes, bila kita nak sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. Mummy terpaksa berpuas hati dengan usaha mummy. Kita fokus pada benda lain ya. Mummy doakan Ahmad tetap membesar dengan baik macam orang lain, insyaAllah.. :)

1 comment:

  1. Assalam Zura.
    Tahniah atas kecekalan dan semangat awk dlm memberi yg terbaik utk Ahmad..
    Sy pon antara salah sorang Ibu kepada anak PRS.. I gave up breastfeed in my pantang.. huhuhu.. nice to read all your entries.. Salam perkenalan..
    munirah_scorpy86@yahoo.com

    ReplyDelete