Monday, 24 March 2014

Penjagaan Gigi Anak Pierre Robin

Today mummy nak beri khidmat pesanan masyarakat sikit. Hihi. Mommies with PRS baby, please jaga gigi anak anda elok-elok ya. Mommies without PRS baby pun sama jugak, lagi la takde alasan untuk jaga gigi anak tu.

PRS baby ni memang kena extra care la bab penjagaan gigi. Sebabnya? Sebabnya rahang anak kita kecil so kalau ada masalah gigi nanti memang susah la rawatannya nanti. Nanti nak bukak mulut susah. Kalau gigi dah teruk kena cabut semua tapi kalau anak PRS dengan masalah pernafasan memang leceh nak kena bius habis satu badan, maknanya sangat berisiko untuk dia. Masa mummy bawak Ahmad jumpa dentist hari tu memang kena nasihat cukup-cukup (ke bebel?). Hahaha.. Puncanya sebab Ahmad masih minum guna botol dan diorang dah advise lamaaaa dah suruh berhenti. Hukhuk..

I'm not sure bagaimana keadaannya kalau PRS baby yang cup feeding or spoon feed. Sebab Ahmad alhamdulillah sejak lahir boleh menghisap cuma daya hisapan dia tak kuat la macam baby normal. Direct breastfeed memang tak boleh la sebab dagu kecik tak boleh nak latch elok-elok. Dan Ahmad guna orthodontic teat untuk hisap susu.

Masalah anak yang minum susu bottle feed ni ialah diorang akan attach dengan botol dan kita as a parents tend to rely on bottle and nipple to calm them down. Tidur pun berbotol.. sangatlah tidak bagusnya sebab gula dalam susu akan menyaluti gigi anak seterusnya terjadilah karies gigi. Oleh itu my advise here, elakkan anak tertidur dengan botol susu (ada gaya macam doktor gigi tak?) Hehe.

Mommies dengan anak Pierre Robin yang terlalu kecil rahangnya, dapatkan pandangan doktor gigi berkenaan hal penjagaan gigi anak. Sebab dikhuatiri juga anak akan mengalami masalah pertumbuhan gigi terutamanya pada rahang bawah. Kemungkinan gigi akan tumbuh berlapis dan tidak teratur. Please consult dengan yang lebih pakar ya. Sebab untuk Ahmad ni mummy rasa masalah rahang bawah dia tidak terlalu ketara.

Bila anak dah mula tumbuh gigi, sentiasa bersihkan gigi anak setiap kali selepas minum susu atau makan. Berus gigi dua kali sehari. Alhamdulillah Ahmad takde masalah bab berus gigi walaupun bergelut jugak waktu memberus tu.. sebab dia nak berus sendiri, boleh? Sabar je la..

Selain berjumpa doktor gigi di Klinik Bedah Mulut HTAA, Ahmad ada jumpa doktor gigi di klinik kesihatan juga. Nasihat doktor:

- jangan bagi makanan manis seperti coklat dan gula-gula
- berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- jangan lupa berus lidah anak juga
- kalau anak attached dengan botol susu, kurangkan amout susu (cairkan susu)
- galakkan anak minum susu dalam cawan
- secara berperingkat, hentikan botol susu apabila usianya dua tahun.
- anak yang attached dengan botol semasa waktu tidur, gantikan dengan air masak (selepas berjaya cairkan susu dilakukan secara berperingkat)

Okay mommies. Jaga gigi anak tau! Sama-sama kita cuba ok!

tak mahu tunjuk gigi. nak tunjuk lidah je ;)



No comments:

Post a Comment