Wednesday, 19 March 2014

Pierre Robin Sequence Malaysia

Salam kawan-kawan.. Mummy tau blog ni tak aktif sangat. Huhu.. Tapi sepanjang buat blog Cerita Tentang Ahmad ni, ada ramai ibu-ibu yang approach mummy untuk bertanyakan tentang Pierre Robin ni, which is, ape la sangat pengalaman dan ilmu yang mummy ada pon.. hukhuk..

Setelah berfikir semasak-masaknya, mummy decide untuk buat grup kat facebook so that mummy-mummy semua bolehlah bertukar-tukar fikiran dan pengalaman tentang anak-anak masing-masing. Mummy faham teramatlah susahnya nak cari info yang senang difahami tentang sindrom ni, berbeza dengan sindrom-sindrom lain yang kita dah biasa dengar, kan?

Dulu awal-awal dapat Ahmad memang la ada terasa nak buat group ni tapi macam syok sendiri sangat hahaha.. Since dah ada blog ni dan ada yang bertanya, rasanya mummy tak keseorangan ada anak Pierre Robin. So marilah kita buat group, boleh support each other.. ye dok? Takpe la kita tak ramai pun. Kuantiti tak penting, yang penting kualiti.. kan?

Mummy minta maaf sebab ada yang tinggalkan message kat blog ni mahupun kat facebook mummy yang mummy terlepas pandang. Dah tu ada message tapi takde contact or email so tak dapat la mummy nak follow up semula.

So jom mummy-mummy or daddy-daddy join group http://www.facebook.com/groups/pierrerobinmalaysia/ Ini close group tau.. just ask to join je nanti mummy approve ok!

Selamat berkongsi ilmu!

No comments:

Post a Comment