Banyak entry dalam draft. Taip sikit, lepas tu dah malas. Malas nak transfer gambar, malas nak cerita. Idea cuma berlegar-legar dalam kepala je. Apa nak jadi la. Hihi. Salahkan pembawakan budak. Hahahaha.. Yaa... Ahmad akan jadi abang, soon insyaAllah.
Today mummy cuma nak beri kata-kata semangat kepada kawan-kawan senasib, terutamanya ibu-ibu baru yang melalui cerita yang sama dengan mummy *mode pakar motivasi* Mummy tau, ramai yang search tentang pierre robin akan jumpa blog ni. Mummy pun ibu baru juga. Baru setahun lebih bersama Ahmad. Ahmad belum melalui fasa pembedahan lagi. Ahmad masih ada banyak appointment di sini sana.
Tekadkan dalam hati, kita BOLEH melalui semua ini. Carilah kekuatan untuk melaluinya. Sibukkan diri, jauhkan daripada berfikir yang bukan-bukan. Memang, bercakap macam mudah je. Orang yang tak melalui tak akan memahami. Tetapi mummy bercakap kerana mummy telah melaluinya. Mummy mahu ibu-ibu semua boleh melaluinya.
Kawan-kawan yang join grup fb pierre robin, memang grup tu tak aktif langsung. Hahaha. Tapi grup itu menghimpunkan ibu-ibu yang mempunyai pengalaman yang sama. Boleh click, add friend mereka semua dan tanyalah apa-apa. Apa yang termampu, kita tolong. Ada ibu yang berpengalaman lebih lama handle anak pierre robin. Ada ibu anaknya lebih serius tahap masalahnya, ada yang kurang. Sama-sama la kita bertukar fikiran ye.
Tempoh yang paling kritikal adalah semasa berpantang. Mummy tau tu. Bayangkan, kita masih sakit, masih lemah. Masa mummy dulu, dedi pulak jauh. Tapi mujur ada family yang bantu sikit-sikit. Mummy berpantang seorang diri. Tokwan Ahmad masih bekerja waktu tu. Sebelum pergi kerja tokwan siap-siapkan memasak. Tengah hari tokwan balik awal, mandikan Ahmad. Selepas dua minggu mummy mandikan Ahmad sendiri, uruskan Ahmad sendiri semuanya.
Ahmad lepas lahir, 5 hari dalam wad SCN. Sepanjang waktu tu mummy ulang alik ke hospital, tak berurut, berbengkung berpantang macam orang lain. Minggu kedua, Ahmad ada banyak appointment. Minggu ketiga, barulah mummy berurut. Ah, nak kenang semula memang perit sangat. Tapi seriously mummy dah lupa perasaan keperitan tu, sebab apa yang mummy rasa sekarang adalah sangat bahagia dengan Ahmad walaupun kehidupan kami ada terkurang di sana sini.
Apabila suami tak ada di sisi, kita mudah rasa lemah semangat. Tetapi, yakinkan diri bahawa kita dipilih untuk menjadi pejuang. Pertama-tamanya, ingatlah kita ada Allah. Mengadu kepadaNya, berdoalah kepada Dia. Kedua, lihat wajah anak. Cekalkan hati demi anak. Lawan perasaan yang bukan-bukan tu. Mummy tau, dalam tempoh berpantang ni memang emosi kita tak stabil. Kadang-kadang kawan beri kata-kata semangat, tapi kita rasa nak marah dengar kata-kata dia sebab kita tau dia takkan faham apa yang kita rasa.
Mummy cuma beritahu tentang kelahiran Ahmad kepada orang lain termasuk kawan-kawan terdekat selepas sebulan Ahmad lahir. Mummy tahu, mummy memang taknak dengar kata-kata semangat. Sebab bagi mummy, simpati itu melemahkan kita. Itu mummy laaa... orang lain mungkin lain caranya. Selepas sebulan tu, kita pun dah habis pantang, dah boleh telan hakikat. Mummy rasa bangga bercerita tentang anak mummy, my little survivor.
Ketiga, eh tiba-tiba ketiga.. hehe.. sambung yang tadi ye. Ketiga, lihatlah orang yang lebih susah daripada kita. Tak payah jauh, masa kat hospital time appointment anak dengan pakar pediatrik tu, macam-macam kes kita boleh tengok. Tak tertumpah rasa simpati pada diri sendiri, malah rasa bersyukur sebab anak kita jauhhh lebih bertuah. Carilah kelebihan-kelebihan sendiri supaya kita dapat bersyukur. Jangan pandang kekurangan diri je, memang kita akan rasa kurang dan lemah.
Ingat ye pesan mummy:
Pertama; ingat Allah
Kedua; lihat muka anak
Ketiga; lihat orang yang lebih susah
InsyaAllah ibu-ibu semua boleh melaluinya. Jangan paksa diri untuk jadi yang terbaik kerana manusia ada limitation. Mummy tau memang banyak benda kita fikir, pasal breastfeed la, pasal perancangan tergendala, terkejar-kejar appointment la, pasal keluarga tak memahami, eh banyak la kalau nak senarai kan? Cuma buat sehabis baik untuk anak, dan berserahlah kepada Allah. Fahami dengan betul konsep redha, insyaAllah hati akan tenang untuk melalui ujian-ujian kecil ini.
rabu baru ni nampak ko.laju nak balik turun dari opis.hehe :)
ReplyDeleteko memang kuatlah.
OMG so mmg ko la dlm kete jkr tu yeh? aku nmpk sipi2 je tapi terpikir kan ke ko da tukar jps? haha.. eh ke aku salah tengok? hahaha
Deleteaah laa..lupa aku naik kereta jkr.haha.sebab masa tu aku ikut husband aku buat gtl.
ReplyDeleteyela,aku la tu.aku tengokkan ko je berjalan laju laju.