Hari ni nak bebel-bebel je.. pasal tekanan. Bila baca pasal kisah akak Lola tu, ada yang kaitkan ibu tu jadi begitu mungkin disebabkan tekanan. Lain orang, lain tahap tekanannya. Malah, cara mengatasi tekanan pun berbeza-beza. Ada orang boleh memujuk hati, bersikap rasional dan menghadapi tekanan dengan mudah. Tapi, ada sesetengah orang, sampai satu masa akan rasa helpless. Rasa tak mampu. Seriously, tak mampu.
Mummy bukan nak defend Kak Lola tu. Apa yang dibuatnya memang terang-terang tak dapat diterima akal manusia. Memang tak berhati perut, tak berperikemanusiaan. Apatah lagi bila kita bandingkan dengan ibu-ibu yang ada masalah yang sama, ada anak OKU, gaji kecil, suami kurang bertanggungjawab, tetapi masih mampu menguruskan anak dan keluarga dengan baik.
Tapi sejujurnya bagi mummy, perbandingan itu tidak adil. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bila Kak Lola cakap dia tak mampu, orang terus ambil tahu pasal gaji dia. Mungkin sebenarnya apa yang dia tak mampu adalah untuk menanggung tekanan perasaan, bukan tekanan kewangan. Tapi, ikut logik akal memang susah kita nak faham. Kalau dia dikatakan ada masalah mental pun nanti for sure masyarakat tak akan berhenti mencemuh dia.
Pelik kan, sebab anaknya yang seorang lagi nampak terjaga. Diri dia sendiri nampak terjaga. So people tend to judge, dan tak boleh nak faham. Tak boleh nak faham sebab Kak Lola tu seolah-olah hilang perikemanusiaan pada anak OKU dia. Kesian, kan?
Manusia ni sebenarnya hidup dengan banyak watak. Di rumah, perwatakan kita lain. Di depan anak, kita menjadi ibu. Di pejabat, kita berpewatakan sebagai pekerja. Dengan kawan-kawan, berbeza perwatakan kita. Boleh jadi lebih periang, boleh jadi lebih pendiam. Watak dalam blog, dalam FB, kadang-kadang tak seserupa perwatakan kita secara realitinya. Kalau boleh maintan satu watak untuk semua situasi, anda memang sejujur-jujur manusia. Tapi kita hidup dengan banyak watak ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Mummy tak mahu ulas panjang-panjang pasal Akak Lola. InsyaAllah kebenarannya akan teserlah. Apa yang penting adalah kebajikan anak-anak Kak Lola tu.
Mummy nak cerita sikit pasal tekanan mummy menguruskan Ahmad awal-awal dulu. Tipulah kalau kata takde tekanan. Tipu sangat kalau mummy happy-happy je. Memang happy depan keluarga, depan kawan-kawan. Tapi dalam bilik air, hari-hari nangis. Dalam bilik tidur, ada sikit tak kena je nangis.
Pam susu je nangis, lagi-lagi bila tengah pam susu and at the same time nak kena attend Ahmad. Rasa nak marah sebab perasaan masa tu adalah rasa semua orang tak memahami kita. Rasa nak marah sebab suami kerja jauh. Suami tak balik, kena uruskan anak sendirian. Sampai satu tahap, anak kecil yang tak tahu apa-apa tu dipukul dicubit, di luar kesedaran mummy. Bukan membuka pekung sendiri, tapi memang tertekan sangat-sangat rasanya masa tu.
Kadang-kadang pam susu sambil pangku Ahmad yang tengah menangis. Baby menangis bukan nak duk diam kan.. tangan kaki dia kemain lagi tendang sini sana. Pup!! tertendang susu dalam botol. Habis tumpah. Habis kena tilam. Sudah la nak kumpulkan 1oz tu punya la azab kan. Marah tak terkata. Pukul anak.
Tapi lepas tu mesti menyesal. Peluk cium dia, minta maaf.
Apabila kita marah, kita akan berada di luar kewarasan. Apabila kita di luar kewarasan, kadang-kadang kita buat sesuatu yang diluar jangkaan akal fikiran. Sokongan suami dan keluarga sangat penting dalam hal ini. Tapi kalau suami, keluarga dan kawan-kawan pun jadi faktor yang menyumbang kepada tekanan? Macam mana?
Tak semua orang kuat iman. Kan?
kan?
ReplyDeleteaku pun bukan nak backup kak lola,tapi masing masing punya kewarasan mmg tak terjangka.tak boleh cakap kat orang,kita sendiri belum tentu sempurna jaga anak anak.
Sokongan suami dan keluarga sangat penting dalam hal ini. Tapi kalau suami, keluarga dan kawan-kawan pun jadi faktor yang menyumbang kepada tekanan?
ReplyDeletepatut x payah ada suami..keluarga dan kawan2...kalau diorg cuma menambah tekanan...