Tuesday, 3 September 2013

Sama Macam Dedi

Sejujurnya mummy tak pernah suka binatang. Tak suka bukan bermakna benci tau.. tapi hee.. takut sebenarnya. Hahaha. Contohnya, takut kucing sebab dia ada kuku tajam. Takut anjing sebab nanti dia kejar. Binatang besar lain lagilah takut. Macam ayam tu takut kena patuk sebab kecik-kecik dulu pernah kena okeyy.. Apa yang tak pernah kena? Kucing cakar, ayam patuk, itik sudu, haishhh..

Tapi budak Ahmad ni memang awesome! Agaknya sama macam dedi sebab dedi Ahmad adalah pencinta binatang sejati. Kalau duduk serumah ni mesti mummy kalah sebab majoriti umat suka dan nak bela binatang.

Mummy okey je. Tapiiiiiiiiiiiii... taik dia, kencing dia, muntah dia, makanan dia, bersihkan tempat dia, SILA BUAT SENDIRI. Jangan suruh mummy okey! Dannnn.. kena pastikan rumah sentiasa berbau wangi. Tak suka ada bau kencing la, berak la.. lepas tu ada bulu2 kat sofa, kat dapur, itu memang kepantangan mummy. So ingat tu Ahmad... Ah, Ahmad besar pun sekali. Ingat tu.

Mummy ada bawak Ahmad ke Bukit Tinggi, Bentong last time.. saja nak tengok keberanian dia dengan binatang. Boleh tahan.. Next time boleh pergi lagi tapi kena make sure dedi ikut sekalilah sebab mummy memang tak reti dengan binatang-binatang ni. Hahaha.

So jom layan gambar ;)

mula-mula sampai tengok guinea pig dalam sangkar
hee.. suka sampai meleleh air liur pun tak sedar
try bagi makan.. wah berani...
sepanjang masa dedi je la yang layan dia kat sini..huhu..
seronok betul.. binatang pun jinak-jinak
binatang ni pun suka kat Ahmad.. hihi..
ok now jom tengok rabbit pulak.. excited!
boleh pegang-pegang bagi makan.. jinak pulak tu..
Ahmad jangan pijak rabbit tu!!
so cute, kan? tapi ampun la mummy takottt..
bagi makan rabbit pulak
ok mummy cuba dekat tapi Ahmad jadi perisai.. hahahaha..
suka pic ni :)
tengok la dedinya melayan anak rusa ni..
garu-garukan kepala.. bagi makan.. haishh..
"aku tumbuk muka ko kang" hahaha
manja... nak makanan manja la. bila makanan abes terus buat tak layan~
pegi kat dongkey pulak.. terus nak pegang
heishh.. seram mummy
tapi Ahmad tak takut pun.. nak cucuk mata donkey tu pulak..
donkey pulak baik je...
pasrah je muka donkey tu kan?
comel :)










Thursday, 15 August 2013

Ahmad Beraya

Alhamdulillah, 1 Syawal berlalu dengan sempurna untuk keluarga kecil Ahmad. Walaupun semua masih dalam mood raya, mummy dah takde mood dah sebab dedi Ahmad dah balik JB.. sob..sob..

Hari raya pertama kami di Kuantan. After solat raya, makan-makan sikit then terus shoot ke Kuala Terengganu, kampung tok wan. First time Ahmad dan dedi balik Terengganu. Seronok duduk di kampung, kenal ayam, burung, ikan.. yelah, selama ni tengok dalam buku je kan.

Di Terengganu beraya ke rumah saudara mara. Then malam raya kedua on the way nak balik Kuantan tu sempat singgah Chendering, beraya di rumah Rayyan, dua pupu Ahmad, dan rumah uncle Remy, kawan dedi dan mummy masa kat UTM dulu.

Sampai Kuantan pukul 2 pagi. Pukul 6 pagi dah gerak ke Seri Iskandar, Perak pulak untuk attend family day sebelah keluarga opah Ahmad. Then raya ke-5 kami ke Taiping rumah Auntie Rozek kawan dedi n mummy jugak, then terus balik ke Selayang. Sempat la Ahmad pergi beraya ke rumah Uncle Hazel pulak.. senior dedi n mummy. Then balik Kuantan la.. spend little time kat sini sebelum dedi balik JB.

Huahua.. Ahmad memang seronok sangat. Selain seronok bermain dengan dedi sebab dedinya rajin melayan, Ahmad memang enjoy beraya sebab dia dapat makan. Asyik makan je kerjanya. Debabnya tak jugak.. Haishh..

Layan la gambar sikit sebab mummy malas dah nak cerita. Selain malas nak cerita, malas jugak nak amik gambar time raya tu sebab tu gambar sikit. Apekena malas sangat mummy ni tak tau la.. Hoho..


first day raya. kenapa Ahmad menangis? sebab dia nak cabut kopiah tu.. grr..

dah berjaya cabut. legaaa... terus senyum :)

Ahmad with dedi

nape Ahmad?

Ahmad with tokki. Tengok la si perut bulat. Pusat pun takmo duduk dalam perut.

Our family. Pak ngah's family takde balik Johor. Abaikan background.. malas nak crop :p

sayang mummy ni tak suka bergambar sebenarnya

our little family. ko tengok Ahmad tu.. dia mengamuk sebenarnya tu tapi tokwan distract dengan belon kat depan

Ahmad nak..nak.. ketuk kang dengan tripod ni..

sibuk nak panjat orang

dalam kereta beraya di Terengganu

our big family di Terengganu. Dua family takde. Yang tengah mengamuk tu anak saya :D

with uncle Remy n baby Hikmah

with Auntie Rozek kat Taiping

kat Teluk Cempedak. dia tengah tunjuk makanan tu.. hahaha

muka tak sabar.. Ahmad.. Ahmad..

nomnomnom..

gigih tu dedi.. mummy tak kuasa nak layan Ahmad

tak kuasa nak layan pun kena layan jugak..

kalau tak layan takde la pic mummy nanti.. hihi..

smile!! :D

cak-cak dedi!!

my happy baby :)

Monday, 5 August 2013

Check Up Pediatrik Lagi

Kali ini ke pediatrik lagi, 17 julai kot? huhu lupa tarikh sudah.. Kali ni sebab Dr. Fadzil pakar paru-paru kanak-kanak nak jumpa Ahmad lagi untuk tahu respond dari HKL dan nak tengok perkembangan Ahmad. Kali ini dedi tak ikut sekali. Tokki hantarkan ke HTAA je, tak tunggu sekali. Agak mencabar jugaklah nak jaga Ahmad sorang-sorang kat ruang menunggu tu. Sebab orang adalah super ramai dan bising. Dah namanya klinik pediatrik, boleh bayangkan la segala macam ragam budak-budak kat situ.

Alhamdulillah Ahmad behave sangat. Dan mummy berjaya dengar bila nurse panggil nama HAHAHA.. yes i'm pekak like that and gelabah everytime tunggu turn panggil nama tu. Kalau sistem nombor ting-ting-ting tu mummy boleh survive lagi tapi kalau nak kena guna deria pendengaran ni alahaiiii lemahhhh.. :D

Kebetulan masa tunggu turn tu terjumpa pulak kawan mummy masa sekolah menengah dulu. Dia baru lahirkan baby dia soooo cute alamak rindu la bau baby kecik. Ahmad dah tak baby dah, dah masam bau toddler. hahaha.. Mula-mula tak perasan kawan tu, Hanim nama dia. Muka macam dia tapi lagi kurus dari zaman sekolah dulu. Hihi. Hai Hanim!! *lambai2*

Then lepas dah tunggu tu sampai turn Ahmad jumpa Dr. Fadzil. Mummy pun cerita la respond HKL, yang diorang nak postpone lagi maknanya kami masih belum dapat tarikh operation. Doktor HKL nak tengok jaw Ahmad betul-betul dah develop untuk kurangkan komplikasi pernafasan. Dr. Fadzil pun setuju. Tapi dia nak suruh Ahmad buat lagi airway assessment tu. huaaaa.. i is don't like it :(

The thing is, last time lepas buat tu Ahmad demam kemungkinan besar sebab berjangkit dengan budak-budak kat dalam tu la. You know, pediatric ward is super padat dan Ahmad ditempatkan dengan budak2 sakit padahal dia tak sakit. So next assessment will be on October. Mummy harap kali ni Ahmad ok, dan bacaan oksigen pun ok so that pakar boleh proceed dengan tarikh pembedahan.

Ok lah itu je nak cerita. haha pemalas betul. Yelah, dah mood raya kan.. ok Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin :)