Friday, 28 December 2012

Check Up 3 Bulan dan Perkembangan Si Budak Kurus

Alhamdulillah, Ahmad dah tiga bulan dan perkembangannya bagi mummy amat memuaskan kecuali bab ini ; berat badan!! Nampaknya misi mummy telah gagal. Belum lagi kategori underweight tapi BMI Ahmad kembali turun. Last time berat dia 4.6kg dengan tinggi 57cm. Now berat baru 4.8kg dan tinggi 61cm. Kurusnya anakkkk...

Sedihlah mummy. Of course la anak kurus mummy yang akan disalahkan, sebab mummy yang jaga makan minum Ahmad kan?  Doktor pulak nak tengok berat Ahmad naik untuk next check up nanti. Ah, stress betul mummy. Stress sebab nak menurunkan berat badan sendiri dan stress nak menaikkan berat badan Ahmad, boleh gitu? Orang lain mungkin tak kisah sangat anak gemuk ke kurus kan, janji sihat. Tapi bagi mummy bab berat badan Ahmad adalah isu penting sebab menentukan tarikh pembetulan cleft Ahmad di HKL nanti. Kalau boleh biarlah pembedahan tu dibuat sebelum Ahmad boleh bercakap. Sebab kalau buat lewat-lewat nanti Ahmad terbiasa dengan pertuturan yang kurang jelas akibat masalah cleft dia tu. *mummy nak Ahmad jadik arkitek, so presentation kena jelas dan bagus. ini adalah paksaan ye Ahmad :p*

Kali ini pergi check up without dedi. Tokki drop mummy kat klinik dan bertapa la mummy dengan Ahmad tunggu giliran kat klinik tu. Betul-betul rasa macam supermom sebab berdua je dan boleh handle Ahmad dengan baik. Bawak Ahmad dalam carrier kat depan, beg galas kat belakang, botol susu kat tepi and guess what, mummy berdiri je sepanjang menunggu sebab Ahmad rasa tak selesa sepanjang duduk dalam carrier tu. Bagus anak, bagi mummy peluang untuk kurus sobsob.. Masa kena inject nangis kejap je, sumbat susu terus diam sambung tido. Tapi check up kali ni mummy letih sikit sebab lama, lepas jumpa nurse, doktor pulak nak jumpa lepas tu jumpa nurse balik. Hujan pulak tu kesian anak mummy sejuk. Masa tengah tunggu jumpa doktor, ada sorang nenek ni ajak mummy borak. Biasa la nenek-nenek ni mesti la cerita pasal anak dia kan.. dapat rezeki itu la ini la ada orang dengki la ah stress mummy sebab mummy tak dapat dengar pun apa nenek tu cerita tahap membisik-bisik. Klinik tu dah la bising, bunyi hujan lagi, mummy plak ada masalah pendengaran. Last-last mummy a'ah kan aje apa nenek tu cakap..huhu.. tak reti nak respon macam mana sebab tak dengar. hahaha. Eh, sebenarnya nak cerita perkembangan Ahmad, merepek sudaaa..

Perkembangan lain memang memuaskan. Ahmad dah boleh meniarap tapi punya lah malas nak angkat kepala dia tu. Mungkin kepala dia berat kot dan tangan kurus dia tu tak kuat nak bertahan. Pastu tak larat angkat kepala, dia pegi angkat bontot pulak.. Salah konsep betul la budak nih~ Ahmad dah mula nak pegang botol susu sendiri tapi cengkaman jari dia tak lama so selalu terlepas je apa-apa yang dia pegang. Tapi kalo pegang jari orang lain memang kuat dan kejap. Ahmad suka duduk sekarang ni, tapi duduk atas riba mummy SAHAJA. Orang lain kalo nak pegang dia kena dukung. Hahahaha.

Penglihatan dan pendengaran juga bagus buat masa ni. Cuma mummy memang bimbang pada pendengaran dia sebab kebiasaannya anak-anak yang ada cleft palate akan menghadapi masalah pendengaran later. Tapi boleh diperbaiki masalah tu. No worries. Dulu-dulu pun mummy pernah buat minor surgery untuk masalah pendengaran mummy. Sama je surgery tu if Ahmad ada masalah pendengaran jugak. Masalah tu berlaku sebab takungan air pada telinga tengah dia, jadi doktor akan masukkan tiub untuk memastikan telinga tengah tu kering. Sakit tak? Time tebuk gegendang ko tu tak sakit, tapi time dia rodok tiub tu dalam telinga wahhhhh sakit ok. Hukhuk. Ah, tapi sekarang mummy tak berapa dengar balik. Ahmad sila jangan jadi macam mummy ye.. hihi.. nanti dedi yang sakit ati nak bercakap kuat-kuat.. hoho..

Sejak pakar bedah plastik dia tu suggest untuk minum guna botol softplus bersudu tu, Ahmad jadi malas nak hisap puting pulak.. Apa yang mummy buat mula-mula ialah bergilir-gilir gunakan sudu dan puting. So that Ahmad dapat minum amount yang sepatutnya dan dalam masa yang sama dia still guna puting untuk latih otot-otot mulut dia. Tapi lama-lama daya sucking Ahmad makin lemah pulak. Geram jugak hati mummy, 1oz susu satu jam baru habis. Membazir tenaga betul anak ni, lagi la kamu makin kurus sayanggg..

So now mummy hentikan dulu penggunaan sudu. Buat masa ini keutamaan mummy ialah naikkan berat badan Ahmad dulu. Nanti bila Ahmad dah start makanan pejal baru mummy latih semula penggunaan sudu sepenuhnya. Jadi apa yang mummy buat sekarang ialah guna botol softplus tu tapi tak pakai sudu, mummy ganti dengan puting orthodontik. Hasilnya, yeahhh.. 3oz susu alhamdulillah habis dalam masa 30 minit, dan daya sucking Ahmad juga semakin baik. Sambil Ahmad hisap, mummy akan picit botol untuk bantu aliran susu yang dihisap keluar lebih banyak. Nanti bila jumpa pediatrician Ahmad mummy nak tanya dulu pendapat dia. Kalau berat Ahmad ok, baru mummy tukar modus operandi iaitu susukan pakai botol pada waktu siang, dan malam berlatih pakai sudu. Lagipun pakai botol mungkin lebih mudah untuk sesiapa yang jaga Ahmad bila mummy dah start kerja nanti.

Ah. Sebut pasal start kerja. Yes 2 Januari ni mummy kembali bekerja dan hoihhhhh mummy tengah pening ni sape la nak jaga Ahmad yang special ni. Takut orang tak sanggup je melayan feeding dia. Rasanya yang lain-lain tak ada masalah, cuma feeding kena betul-betul jaga dan after feed tu kena perhatikan takut susu keluar ikut hidung. Oh, kadang-kadang dia kumpul air liur dalam mulut jugak pastu lost control terkeluar ikut hidung, melalak sebab pedih ke sesak nafas ke mummy pun tak tau. Sian betul anak mummy ni..

Takpelah. Sekarang ni berdoa je, usaha mencari pengasuh belum start lagi pun hahaha. Risau. Risau. Semoga Ahmad dapat pengasuh yang penyayang, cekap dan teliti mengendalikan special needs child macam Ahmad. Mummy and dedi always love you sayang~ muah muah muah masamnya..


Wednesday, 19 December 2012

Eksperimen Mummy : Scalded Milk

I am exclusive pumping mother, Ahmad is special needs and I have lipase. Hohhohoii cabaran barganda~

Seperti yang telah mummy cerita dalam entry ini, Ahmad memang totally reject frozen milk mummy. Sedih tak sedih, letih tak letih, mummy perlu mencari cara supaya Ahmad tetap mempunyai bekalan susu pada waktu-waktu terdesak ataupun ketika mummy pergi outstation contohnya. Setelah di google google kat website dan forum, mummy decide untuk cuba scalding technique untuk meneutralkan enzim lipase yang menyebabkan susu berbau metalic dan berubah rasa sabun. Serius, i've tasted it, memang rasa sabun. Kalau rasa masam tu maknanya susu basi atau tercemar tapi ini rasa sabun ok. Kelassss tak susu mummy? Serupa sabun shokobutsu.. haha tak kelakar :p

Mummy buat eksperimen ini sebagai rujukan diri sendiri dan juga mommies out there yang mempunyai masalah sama macam mummy. Jadi jangan mengalah bila anak reject susu kita dan terus la bagi formula milk pada anak. Kalau kasih, kasihankanlah anak itu. Cuba yang terbaik.. kalau gagal pun kita gagal bermaruah kannn.. Sekurang-kurangnya kita target 6 bulan untuk exclusive breastfeed ni iaitu sehingga perut dan usus anak betul-betul matang sebelum terima benda-benda lain selain susu ibu.

Ok here, mempersembahkan teknik scalding. Oh ya, mummy tak pasti frozen scalded milk tahan berapa lama dalam freezer, tapi mummy target paling lama dua minggu jelah. Memang dah kurang khasiat pun susu ni tapi still better than formula milk.

Alatan yang diperlukan adalah alatan mengepam susu, botol plastik atau kaca, warmer dan juga air sejuk atau ais. Actually jika tak ada warmer boleh masak susu atas stove sahaja cuma renyah aihh setakat 3oz nak masak atas stove. hihi.. Mummy prefer botol kaca sebab kita akan panaskan susu sehingga 80-90 darjah Celsius, kalau guna plastik kerap-kerap kali botol tu dipanaskan nanti tak elok keluar chemical apanama mummy pon tak tau malas nak google tapi tak elok la kan. Hee..


dari kiri: breastpump, botol kaca, warmer dan air sejuk. abaikan sterilizer dan kettle kat belakang tuh. huhu..
Mula-mula of course la kena pam susu dulu. Langkah seterusnya lepas pam susu, masukkan susu ke dalam botol kaca cepat-cepat macam kat gambar bawah ni. Untuk ibu-ibu bekerja, yes anda masih boleh simpan dulu susu dalam cooler bag dan scald susu tu kat rumah. Tapi tak advisable ye sebab nanti susu berubah suhu banyak-banyak kali tak bagus. Sebaik-baiknya lepas pam terus scald.

susu telah bersedia di dalam botol kaca sebelum masuk ke dalam warmer
Susu yang sedia di dalam botol kemudian dimasukkan ke dalam warmer. Mummy pakai warmer little bean je, mudah sebab kita boleh setkan suhu ikut kesesuaian dan best sebab boleh pakai di rumah dan juga dalam kereta. Untuk teknik scalding, setkan kepanasan pada suhu 80-90 darjah Celsius. Pakai warmer ni senang, bila dah capai suhu yang disetkan tu nanti lampu oren tu terpadam sendiri.

Kalau nak scald susu atas stove, boleh guna teknik double boiler. Untuk memastikan dapat suhu yang betul terpaksa la guna termometer atau kalau takde termometer boleh berpandukan apabila air sudah mula merenih dan mengeluarkan buih-buih kecil, api boleh la dipadamkan. Teknik scalding ini biasa digunakan untuk membuat kek dan resepi-resepi lain. Tapi untuk scald susu bagi anak minum, sila jangan guna microwave ye..

susu sedang dipanaskan pada suhu 80-90 darjah Celsius
Selepas dipanaskan, letakkan segera susu ke dalam air sejuk ataupun ais. Botol kaca yang mummy guna adalah tahan pada perubahan suhu. Kalau tak yakin, transfer dulu susu daripada botol kaca ke botol plastik untuk disejukkan.

sejukkan susu jap

Selepas susu menjadi suam, bolehlah masukkan ke dalam plastik atau bekas bersesuaian untuk disejukbekukan. Mudah tak mudah sangat, renyah tak renyah sangat..kan?

dah ready nak masuk dalam peti sejuk. yeay!
Bagaimana hasilnya? Cubaan pertama mummy tak sempat nak guna haha.. sebab adik ipar mummy rembat bagi anak dia minum. Cubaan kedua mula-mula mummy thaw dulu scalded frozen milk tu. Pastu try cium-cium bau-bau..wow.. macam fresh jeh. Then bagi Ahmad minum, Alhamdulillah dia tak reject dah.

So now gigih la mummy buat projek ni hari-hari untuk bekalan Ahmad time-time terdesak. Bagus ko nak, kejap mummy berangan jadi doktor, kejap mummy berangan jadi saintis, kejap mummy berangan jadi penyanyi masa nak dodoikan Ahmad. Hahaha.. Takleh blah~

Ok peeps. Happy breastfeeding!

Saturday, 15 December 2012

Perkongsian Sabtu: Keratan Akhbar



p/s: keratan akhbar taken from blog orang lain but i lost the link. sorry tuan punya blog. later if jumpa balik i letak credit k ;)

Friday, 14 December 2012

Tiada Perlindungan Takaful Tapi Ada Perlindungan Allah

What else to say. Yeah it is disappointing when you have planned and prepared to get takaful or insurance coverage before your baby is born, but yet you have been rejected prior to his birth defect. Of course i'm aware in his condition memang susah mana-mana company insurans nak bagi perlindungan. However, after a deep breath i rethink about it and, nevermind.. takaful tu for me is just permainan dunia. The most important is mummy percaya Ahmad akan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah.

Untuk sementara mummy akan lupakan dulu cita-cita mummy untuk quit kerja government ni muahaha..  tipu sangat kan cita-cita tu. Eh tapi serius mummy memang pernah terfikir begitu dulu, konon nak set up firm la, bisnes la, pegi travel la.. ah..it just an old days dream.. :) I think Allah have planned the best for us. Mummy bersyukur kerja dalam bidang sekarang ni dan terpilih menjadi sebahagian daripada penjawat awam. Walaupun hidup sebagai penjawat awam ni memang tak merasa la luxurious life tapi inilah takdir yang harus disyukuri. Sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan rawatan Ahmad di hospital kerajaan tidaklah terlalu membebankan bila menjadi penjawat awam ni kan.

Menurut ejen takaful mummy tu, berkenaan diagnosis cleft palate dan pierre robin syndrome pihak takaful tak ada masalah untuk terima permohonan. Tapi masalah cyst Ahmad tu menyebabkan permohonan terpaksa di'hold'kan dulu. Mungkin after 1 year, bergantung kepada perkembangan Ahmad, mummy bole cuba apply semula. Doktor pun masih monitor perkembangan Ahmad berkenaan masalah ini jadi memang tak adil sekiranya Ahmad terus di reject bulat-bulat seumur hidupnya.

Mummy baca blog Mama Ilhanz which her insurance application have been decline semata-mata kerana anaknya mempunyai cleft lip adalah sangat mengecewakan. Tidak sepatutnya terdapat masalah di situ sebab cleft lip bukan penyakit kronik and won't lead to any risk of health issue. Adalah lebih baik syarikat pengendali insurans tersebut membuat siasatan yang lebih teliti bagi menjaga kredibiliti dan profesionalisme mereka. Berbeza dengan kes mummy ni, mummy memang awal-awal dah aware dan penerangan daripada ejen takaful pun memang memuaskan hati mummy. So mummy tak ambil hati eventhough permohonan takaful untuk Ahmad tidak dapat diteruskan.

Mummy dan dedi tetap akan cuba buat yang terbaik untuk Ahmad. Tak dapat cara A, kita cuba cara B, dan seterusnya. Okeh, mari menabung sungguh-sungguh untuk masa depan Ahmad! We are not afraid because yes, Allah will always be with us :)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.,

“Telah berfirman Allah Subhanahu wa ta'ala : 'Aku adalah sebagaimana prasangka hambaku kepadaku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingatku, dan jika hambaku mengingatku dalam sendirian,maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku sendiri, dan jika dia mengingatku di dalam sebuah kelompok/jama'ah, (maka) Aku mengingatny
a dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok tersebut.


Dan jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta, dan jika dia mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya satu depa, dan jika dia mendatangiku dengan berjalan, Aku mendatanginya dengan berjalan cepat."
 
Hadits diriwayatkan oleh Imam Bukhari, begitu juga oleh Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah.


Thursday, 13 December 2012

Bilateral Subependymal Cyst With Ventriculomegaly

Ok now, cepat pegi google apekejadahnya medical terms kat tajuk tu. hahaha.. Itupun mummy tak tau ejaan tu betul ke tidak. hihi.. Almaklumlah baca tulisan doktor kan. Mana nak paham. Setakat yang mummy google dan baca, nan ado mummy nak paham pasal benda ni. Tapi senang cakap, setakat yang mummy faham dari penerangan doktor ialah terdapat cyst di dalam subependymal layer di dalam otak Ahmad. Inilah satu lagi diagnosis doktor pada Ahmad macam yang mummy beritahu dalam entry ini.

Kalau belajar biology mungkin biasa dengar dan tahu bahagian otak lateral ventrical kan. Terdapat membrane yang dipanggil ependyma kat area situ kan. Manakala cyst ni terlatak di lapisan subependymal iaitu di bawah ependymal cell tu. Wah, aku cakap gaya hebakkkk je. Ntah betul ntah tidak. Mihmihmih~    Correct me if I'm wrong ya kawan-kawan doktor saya di luar sana jika ada membaca entry ini. hee... :) Manakala ventriculomegaly pula adalah keadaan tidak normal pada bahagian lateral ventrical itu sendiri yang menjadi luas luar biasa iaitu apabila kawasan tengah atau atrium pada lateral ventrical berukuran lebih daripada 10mm. *jom rujuk wikipedia*. Untuk rekod, ventrical kanan Ahmad berukuran 3.4mm dan ventrical kiri 1.6mm.

Masa mula-mula doktor sampaikan berita ini, I was like.. "huh? apa ni" serius mummy rasa terawang-awang kejap. Memang masa tu mummy rasa nak pitam. Mummy dah la baru lagi dalam pantang kan..huhu... Bayangkan, lepas dapat tahu tentang masalah cleft dia, bila mummy dah boleh accept, datang pulak berita yang sebegini. Doktor tak beritahu medical terms dia pun, ye la..layman macam kita ni of course la bukan boleh faham pun. hihi. Doktor ambil satu kertas, dia lukis keratan rentas top view bahagian otak. Kemudian, doktor lukis tiny dot di sebelah kiri, dan a larger dot di sebelah kanan otak tu.

Itulah cyst yang berada di dalam otak Ahmad. Ada di kedua-dua bahagian otak. Yang sebelah kiri berukuran normal 2x2mm dan di sebelah kanan ukurannya agak besar 6x7mm. Mummy dan dedi tak boleh fikir apa nak tanya doktor masa tu sebab entah la, terkejut dan we are totally blank. Yang kami tahu, bila melibatkan benda-benda kat bahagian otak ni mesti la bahaya, ye dak? Dah la nama diagnosis tu cukup panjang, macam menyeramkan je T_T" Duh, memang menyeramkan punnn~

Oleh kerana cyst tu terletak berhampiran dengan bahagian ependyma yang produce cerebrospinal fluid atau senang cite bendalir otak, ada possibility ia akan block air di dalam otak dan menyebabkan saiz kepala semakin membesar  *nauzubillah. jauhkanlah anakku dari penderitaan sebarang penyakit ya Allah* Tapi tapi tapi tapi... insyaAllah selalunya cyst tu akan remain begitu saja, atau mungkin hilang terus bergantung kepada perkembangan tumbesaran bayi. Lagi sekali, aku cite macam memang tahu je apekebenda kegiatan dalam otak tu. Muahaha. Perasan doktor..dulu takmo belaja sungguh-sungguh :D

How come doktor boleh kesan benda ni? Kewujudan cyst ini sebenarnya biasa di kalangan bayi-bayi tetapi saiznya adalah kecil dan normal. Oleh kerana Ahmad telah dikesan mempunyai cleft, adalah prosedur biasa satu sesi scanning di keseluruhan kepala dilakukan untuk mengesan sebarang abnormaliti lain. Walaupun pahit untuk ditelan, tetapi mummy tetap bersyukur. Apa yang boleh mummy katakan ialah we hope for the best, and ready for the worst.

Sehingga sekarang mummy masih belum putus-putus berdoa. Awal-awal dulu mummy selalu bercakap dengan Ahmad, "jangan tinggalkan mummy. not now, not even later. I'm not ready yet." Mummy mintak Ahmad kuatkan semangat, Ahmad mesti jadi anak sabar, jadi anak baik, cool masa jumpa doktor, minum susu banyak-banyak dan temankan mummy sebab dedi tak ada bersama dengan kita. Hee.. Tapi sekarang mummy dah tukar dialog. Mummy cakap, " Ahmad good boy, anak cergas dan cerdas.. cepat besar mummy bawak Ahmad pergi playground, pergi zoo. Kita main buai, tengok bear.." hehe..mesti Ahmad teruja kan? *over sangat imaginasi mak kau ni ha*

Ok. Kalau nak fahamkan lebih lagi tentang subependymal cyst ni, mungkin boleh refer kat sini ok :) Tapi haram mummy bukan paham ponnn. Hahahahahhh.. *pitam* Setakat ini Ahmad telah menjalani dua kali ultrasound follow up untuk tengok perkembangan cyst tu. Alhamdulillah, cyst tu masih ada tetapi tak mengganggu fungsi, insyaAllah. Next appointment dengan pediatrik adalah 2 Januari dan appointment untuk detail scan pada otak pada 15 Januari. Debor wohh.. Mummy berdoa semoga semuanya akan baik-baik saja.. in syaAllah.. Tolong doa sama-sama dengan mummy yeh!

Wednesday, 12 December 2012

Misi Menggemukkan Ahmad!!

Bagi mummy misi ini agak mencabar. Alih-alih sekarang ni mummy pulak yang gemuk sebab makan banyak nak bagi susu lebih berkhasiat.. tak relevan langsung kot padahal.. huuu... stresssss.. :p

Haritukan kami satu family iaitu mummy, dedi and Ahmad travel ke Kuala Lumpur untuk checkup di HKL. Lepas habis checkup di HKL, on the next day we continue our journey to Seremban and Johor Bahru. Hampir seminggu jugak la menjadi nomad. Hukhuk.. Hasilnya, bila balik Kuantan, Ahmad telah menjadi kurus! Mummy perasan masa pakaikan pampers Ahmad, pinggang dia macam longgar. Tokwan Ahmad pun tegur jugak badan Ahmad kurus. Alaa...sedihnya mummy.

Ahmad masa travel minum ikut time macam biasa cuma dia banyak tidur. Tapi mummy perasan poo poo nya berubah jadik kaler hijau, lebih cair dan tak macam biasa la. Mummy syak Ahmad cirit birit or mungkin tak cukup minum kot. Yela, bila travel mummy pun tak berapa jaga makan jugak. Stress dibuatnya. Masa kat Johor boleh pulak air susu kurang. Siap mummy suruh dedi belikan formula milk sebab mummy memang dah tahap putus asa. Tapi bila dedi dah beli, mummy tak jadi nak bancuh sebab terpengaruh baca forum yang ada baby tak sedar lepas mak dia first time bagi formula milk sebab anak dia ada alahan. Sebabkan kami masih dalam perjalanan, mummy tak bersedia nak hadapi situasi anak sakit ni.. so mummy gagahkan juga perah susu walaupun dapat sikit jer. Huhu.. syabas mummy!! clap2

So sekarang mummy sedang berusaha untuk stabilkan berat Ahmad. Last checkup di Klinik Kesihatan masa Ahmad dua bulan beratnya 4.6kg. Mummy harap at least masa checkup 3 bulan nanti berat Ahmad will be increase at least above 5kg la InSyaAllah.. Penting sebenarnya untuk Ahmad mempunyai berat badan yang ideal sebab akan mempengaruhi bila dia akan dibedah nanti. Normally baby with cleft palate will go under surgery after umurnya 9 bulan but still depends on his development including his body weight.

Masa temujanji kami di HKL tempoh hari Ahmad dirujuk ke Jabatan Bedah Plastik dan Rekonstruktif. Doktor pakar dah minta kami latih Ahmad feeding menggunakan special bottle untuk bayi cleft ni. Sebenarnya walaupun sekarang Ahmad boleh feeding very well using orthodontic teat, his slow suction would make him to use more energy. Jadi memang biasa bagi bayi-bayi cleft mempunyai masalah kurang berat badan. Special bottle ni adalah daripada plastik dan boleh dipicit. Penggunaan puting ditukar kepada sudu pada bahagian depannya. Bila guna botol ni Ahmad boleh simpan tenaga dia lebih banyak dan dia juga boleh minum lebih banyak. Lagipun botol ini adalah latihan untuk Ahmad feeding after surgery nanti dah tak boleh guna puting untuk jaga luka pembedahan tu.

ini la bentuk botol tu. image curi kat google jer.. gile renyah nak guna tapi demi anak kena la buat jugak..


Sekarang pun Ahmad dah mula meniarap. Hehe..syabas Ahmad. Cuma berpusing je la..belum boleh  ke mengesot lagi. Of course aksi ini memerlukan banyak tenaga, laaaagi la Ahmad cepat hilang berat badan kalau dia minum sikit je kan.. Ahmad pulak memang rajin dan aktif buat exercise meniarap ni grrr.. seronok betul dia dengan muka senyum-senyum bangga tu bila berjaya meniarap. hehe.. Anak mummy comel, cepat la gemukkk!!

Now dedi dah balik JB semula. Thanks dedi bawak kami jalan-jalan.. harus la mummy yang terlebih excited hehe.. Kesian Ahmad, mesti dia letih sepanjang kami travel tu. Tapi bagi mummy keletihan kami berbaloi sebab dapat bawa Ahmad berjumpa family dedi di KL dan Seremban, serta kawan-kawan mummy dan dedi di JB. Seronok bila tahu yang ramai orang ambil berat tentang Ahmad. Mummy sendiri bila boleh bercerita pada kawan-kawan tentang Ahmad tanpa rasa sedih lagi secara automatik mummy semakin yakin yang mummy telah bersedia untuk cabaran berikutnya dan benar-benar rasa kuat dengan sokongan yang diberikan.

Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang sudi melawat Ahmad sejak Ahmad lahir dulu sampai la sekarang. InSyaAllah semoga kita semua ditemukan semula. Allah saja yang tahu betapa mummy rindu pada semua orang.. Terima kasih sangat-sangat.. Ahmad mesti rajin belajar dan jadi anak baik, balas jasa semua orang yang sayangkan Ahmad :)