Friday 28 December 2012

Check Up 3 Bulan dan Perkembangan Si Budak Kurus

Alhamdulillah, Ahmad dah tiga bulan dan perkembangannya bagi mummy amat memuaskan kecuali bab ini ; berat badan!! Nampaknya misi mummy telah gagal. Belum lagi kategori underweight tapi BMI Ahmad kembali turun. Last time berat dia 4.6kg dengan tinggi 57cm. Now berat baru 4.8kg dan tinggi 61cm. Kurusnya anakkkk...

Sedihlah mummy. Of course la anak kurus mummy yang akan disalahkan, sebab mummy yang jaga makan minum Ahmad kan?  Doktor pulak nak tengok berat Ahmad naik untuk next check up nanti. Ah, stress betul mummy. Stress sebab nak menurunkan berat badan sendiri dan stress nak menaikkan berat badan Ahmad, boleh gitu? Orang lain mungkin tak kisah sangat anak gemuk ke kurus kan, janji sihat. Tapi bagi mummy bab berat badan Ahmad adalah isu penting sebab menentukan tarikh pembetulan cleft Ahmad di HKL nanti. Kalau boleh biarlah pembedahan tu dibuat sebelum Ahmad boleh bercakap. Sebab kalau buat lewat-lewat nanti Ahmad terbiasa dengan pertuturan yang kurang jelas akibat masalah cleft dia tu. *mummy nak Ahmad jadik arkitek, so presentation kena jelas dan bagus. ini adalah paksaan ye Ahmad :p*

Kali ini pergi check up without dedi. Tokki drop mummy kat klinik dan bertapa la mummy dengan Ahmad tunggu giliran kat klinik tu. Betul-betul rasa macam supermom sebab berdua je dan boleh handle Ahmad dengan baik. Bawak Ahmad dalam carrier kat depan, beg galas kat belakang, botol susu kat tepi and guess what, mummy berdiri je sepanjang menunggu sebab Ahmad rasa tak selesa sepanjang duduk dalam carrier tu. Bagus anak, bagi mummy peluang untuk kurus sobsob.. Masa kena inject nangis kejap je, sumbat susu terus diam sambung tido. Tapi check up kali ni mummy letih sikit sebab lama, lepas jumpa nurse, doktor pulak nak jumpa lepas tu jumpa nurse balik. Hujan pulak tu kesian anak mummy sejuk. Masa tengah tunggu jumpa doktor, ada sorang nenek ni ajak mummy borak. Biasa la nenek-nenek ni mesti la cerita pasal anak dia kan.. dapat rezeki itu la ini la ada orang dengki la ah stress mummy sebab mummy tak dapat dengar pun apa nenek tu cerita tahap membisik-bisik. Klinik tu dah la bising, bunyi hujan lagi, mummy plak ada masalah pendengaran. Last-last mummy a'ah kan aje apa nenek tu cakap..huhu.. tak reti nak respon macam mana sebab tak dengar. hahaha. Eh, sebenarnya nak cerita perkembangan Ahmad, merepek sudaaa..

Perkembangan lain memang memuaskan. Ahmad dah boleh meniarap tapi punya lah malas nak angkat kepala dia tu. Mungkin kepala dia berat kot dan tangan kurus dia tu tak kuat nak bertahan. Pastu tak larat angkat kepala, dia pegi angkat bontot pulak.. Salah konsep betul la budak nih~ Ahmad dah mula nak pegang botol susu sendiri tapi cengkaman jari dia tak lama so selalu terlepas je apa-apa yang dia pegang. Tapi kalo pegang jari orang lain memang kuat dan kejap. Ahmad suka duduk sekarang ni, tapi duduk atas riba mummy SAHAJA. Orang lain kalo nak pegang dia kena dukung. Hahahaha.

Penglihatan dan pendengaran juga bagus buat masa ni. Cuma mummy memang bimbang pada pendengaran dia sebab kebiasaannya anak-anak yang ada cleft palate akan menghadapi masalah pendengaran later. Tapi boleh diperbaiki masalah tu. No worries. Dulu-dulu pun mummy pernah buat minor surgery untuk masalah pendengaran mummy. Sama je surgery tu if Ahmad ada masalah pendengaran jugak. Masalah tu berlaku sebab takungan air pada telinga tengah dia, jadi doktor akan masukkan tiub untuk memastikan telinga tengah tu kering. Sakit tak? Time tebuk gegendang ko tu tak sakit, tapi time dia rodok tiub tu dalam telinga wahhhhh sakit ok. Hukhuk. Ah, tapi sekarang mummy tak berapa dengar balik. Ahmad sila jangan jadi macam mummy ye.. hihi.. nanti dedi yang sakit ati nak bercakap kuat-kuat.. hoho..

Sejak pakar bedah plastik dia tu suggest untuk minum guna botol softplus bersudu tu, Ahmad jadi malas nak hisap puting pulak.. Apa yang mummy buat mula-mula ialah bergilir-gilir gunakan sudu dan puting. So that Ahmad dapat minum amount yang sepatutnya dan dalam masa yang sama dia still guna puting untuk latih otot-otot mulut dia. Tapi lama-lama daya sucking Ahmad makin lemah pulak. Geram jugak hati mummy, 1oz susu satu jam baru habis. Membazir tenaga betul anak ni, lagi la kamu makin kurus sayanggg..

So now mummy hentikan dulu penggunaan sudu. Buat masa ini keutamaan mummy ialah naikkan berat badan Ahmad dulu. Nanti bila Ahmad dah start makanan pejal baru mummy latih semula penggunaan sudu sepenuhnya. Jadi apa yang mummy buat sekarang ialah guna botol softplus tu tapi tak pakai sudu, mummy ganti dengan puting orthodontik. Hasilnya, yeahhh.. 3oz susu alhamdulillah habis dalam masa 30 minit, dan daya sucking Ahmad juga semakin baik. Sambil Ahmad hisap, mummy akan picit botol untuk bantu aliran susu yang dihisap keluar lebih banyak. Nanti bila jumpa pediatrician Ahmad mummy nak tanya dulu pendapat dia. Kalau berat Ahmad ok, baru mummy tukar modus operandi iaitu susukan pakai botol pada waktu siang, dan malam berlatih pakai sudu. Lagipun pakai botol mungkin lebih mudah untuk sesiapa yang jaga Ahmad bila mummy dah start kerja nanti.

Ah. Sebut pasal start kerja. Yes 2 Januari ni mummy kembali bekerja dan hoihhhhh mummy tengah pening ni sape la nak jaga Ahmad yang special ni. Takut orang tak sanggup je melayan feeding dia. Rasanya yang lain-lain tak ada masalah, cuma feeding kena betul-betul jaga dan after feed tu kena perhatikan takut susu keluar ikut hidung. Oh, kadang-kadang dia kumpul air liur dalam mulut jugak pastu lost control terkeluar ikut hidung, melalak sebab pedih ke sesak nafas ke mummy pun tak tau. Sian betul anak mummy ni..

Takpelah. Sekarang ni berdoa je, usaha mencari pengasuh belum start lagi pun hahaha. Risau. Risau. Semoga Ahmad dapat pengasuh yang penyayang, cekap dan teliti mengendalikan special needs child macam Ahmad. Mummy and dedi always love you sayang~ muah muah muah masamnya..


2 comments:

  1. Moga Ahmad cepat mmebesar dan sihat selalu...

    ReplyDelete
  2. semoga ahmad cepat naik berat badan ! :)

    ReplyDelete