Wednesday 19 December 2012

Eksperimen Mummy : Scalded Milk

I am exclusive pumping mother, Ahmad is special needs and I have lipase. Hohhohoii cabaran barganda~

Seperti yang telah mummy cerita dalam entry ini, Ahmad memang totally reject frozen milk mummy. Sedih tak sedih, letih tak letih, mummy perlu mencari cara supaya Ahmad tetap mempunyai bekalan susu pada waktu-waktu terdesak ataupun ketika mummy pergi outstation contohnya. Setelah di google google kat website dan forum, mummy decide untuk cuba scalding technique untuk meneutralkan enzim lipase yang menyebabkan susu berbau metalic dan berubah rasa sabun. Serius, i've tasted it, memang rasa sabun. Kalau rasa masam tu maknanya susu basi atau tercemar tapi ini rasa sabun ok. Kelassss tak susu mummy? Serupa sabun shokobutsu.. haha tak kelakar :p

Mummy buat eksperimen ini sebagai rujukan diri sendiri dan juga mommies out there yang mempunyai masalah sama macam mummy. Jadi jangan mengalah bila anak reject susu kita dan terus la bagi formula milk pada anak. Kalau kasih, kasihankanlah anak itu. Cuba yang terbaik.. kalau gagal pun kita gagal bermaruah kannn.. Sekurang-kurangnya kita target 6 bulan untuk exclusive breastfeed ni iaitu sehingga perut dan usus anak betul-betul matang sebelum terima benda-benda lain selain susu ibu.

Ok here, mempersembahkan teknik scalding. Oh ya, mummy tak pasti frozen scalded milk tahan berapa lama dalam freezer, tapi mummy target paling lama dua minggu jelah. Memang dah kurang khasiat pun susu ni tapi still better than formula milk.

Alatan yang diperlukan adalah alatan mengepam susu, botol plastik atau kaca, warmer dan juga air sejuk atau ais. Actually jika tak ada warmer boleh masak susu atas stove sahaja cuma renyah aihh setakat 3oz nak masak atas stove. hihi.. Mummy prefer botol kaca sebab kita akan panaskan susu sehingga 80-90 darjah Celsius, kalau guna plastik kerap-kerap kali botol tu dipanaskan nanti tak elok keluar chemical apanama mummy pon tak tau malas nak google tapi tak elok la kan. Hee..


dari kiri: breastpump, botol kaca, warmer dan air sejuk. abaikan sterilizer dan kettle kat belakang tuh. huhu..
Mula-mula of course la kena pam susu dulu. Langkah seterusnya lepas pam susu, masukkan susu ke dalam botol kaca cepat-cepat macam kat gambar bawah ni. Untuk ibu-ibu bekerja, yes anda masih boleh simpan dulu susu dalam cooler bag dan scald susu tu kat rumah. Tapi tak advisable ye sebab nanti susu berubah suhu banyak-banyak kali tak bagus. Sebaik-baiknya lepas pam terus scald.

susu telah bersedia di dalam botol kaca sebelum masuk ke dalam warmer
Susu yang sedia di dalam botol kemudian dimasukkan ke dalam warmer. Mummy pakai warmer little bean je, mudah sebab kita boleh setkan suhu ikut kesesuaian dan best sebab boleh pakai di rumah dan juga dalam kereta. Untuk teknik scalding, setkan kepanasan pada suhu 80-90 darjah Celsius. Pakai warmer ni senang, bila dah capai suhu yang disetkan tu nanti lampu oren tu terpadam sendiri.

Kalau nak scald susu atas stove, boleh guna teknik double boiler. Untuk memastikan dapat suhu yang betul terpaksa la guna termometer atau kalau takde termometer boleh berpandukan apabila air sudah mula merenih dan mengeluarkan buih-buih kecil, api boleh la dipadamkan. Teknik scalding ini biasa digunakan untuk membuat kek dan resepi-resepi lain. Tapi untuk scald susu bagi anak minum, sila jangan guna microwave ye..

susu sedang dipanaskan pada suhu 80-90 darjah Celsius
Selepas dipanaskan, letakkan segera susu ke dalam air sejuk ataupun ais. Botol kaca yang mummy guna adalah tahan pada perubahan suhu. Kalau tak yakin, transfer dulu susu daripada botol kaca ke botol plastik untuk disejukkan.

sejukkan susu jap

Selepas susu menjadi suam, bolehlah masukkan ke dalam plastik atau bekas bersesuaian untuk disejukbekukan. Mudah tak mudah sangat, renyah tak renyah sangat..kan?

dah ready nak masuk dalam peti sejuk. yeay!
Bagaimana hasilnya? Cubaan pertama mummy tak sempat nak guna haha.. sebab adik ipar mummy rembat bagi anak dia minum. Cubaan kedua mula-mula mummy thaw dulu scalded frozen milk tu. Pastu try cium-cium bau-bau..wow.. macam fresh jeh. Then bagi Ahmad minum, Alhamdulillah dia tak reject dah.

So now gigih la mummy buat projek ni hari-hari untuk bekalan Ahmad time-time terdesak. Bagus ko nak, kejap mummy berangan jadi doktor, kejap mummy berangan jadi saintis, kejap mummy berangan jadi penyanyi masa nak dodoikan Ahmad. Hahaha.. Takleh blah~

Ok peeps. Happy breastfeeding!

5 comments:

  1. wah..ade teknik mcm ni ea. aku tatau plak. tq for d info :) (wlaupun aku tak bf lagi dah)

    ReplyDelete
  2. ini sudah seperti pempasteuran.. hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaha.. terasa seperti melembukan diri sendiri :D

      Delete
  3. wah.rajinnya mummy ni buat kajian tapi bagus.worth reading.
    anak no 3 aku tu masa aku masuk keje after pantang dia reject susu frozen tu la yg terus dia nk fm.lepas tu terus taknak bf dah.sampai sekarang susu still ada walaupun sikit.perah pn anak aku dah taknak.terus ibu dia lupakan semua bab bf.
    *sentap juga*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ah. kena try rasa susu tu..hukhuk.. xpe, nnt next baby tgk camne. ada baby yg bole tolerate. eh, ada next baby ke? heee...

      Delete