Thursday, 9 May 2013

Macam-macam April

Dah masuk bulan Mei dah pun. Dah selesai kemeriahan musim mengundi. Tampuk pemerintahan kembali kepada yang asal. Kehidupan tetap perlu diteruskan, kembali ke meja pejabat sebagai penggerak mewakili kerajaan menunaikan janji. Lama mummy tak masuk office. Kejap masuk awal, kejap masuk lewat, kejap keluar awal, kejap balik lewat, kejap kang lari kejap balik rumah, kejap EL, kejap MC..pheww.. I don't like it. Dari segi integriti kerja memang agak gagal di situ. But what to do. My son needs me more than everyone.

Hectic April. Yes, mummy telah melalui bulan April yang sangat super duper busy. Busy uruskan Ahmad la, sebab kat pejabat projek banyak tak gerak. Ni dah habis election maybe projek JKR akan rancak kembali, insyaAllah..untuk rakyat jugak kan.. ;) Ada dua tiga kisah tentang Ahmad nak diceritakan. Tapi tak tahu nak start dari mana. Nak lambakkan semua cerita dalam satu entry macam tak best pulak. So mummy buat beberapa entrylah ye. Senang nak label entry jugak kan.

Last haritu daddy masuk hospital kan? Then lepas daddy dah discharge, Ahmad pulak kena warded satu malam untuk airway assessment. Sementara tu dah dua minggu jugak Ahmad berulang alik ke unit surgery KMC untuk rawatan umbilical polip dia. Masa warded untuk airway assessment tu pusat Ahmad masih belum fully recover. Masih berbalut, susah nak mandikan dia. Right after keluar hospital, Ahmad demam pulak. Demam maybe berjangkit masa kena warded tu la sebab bercampur dengan budak-budak sakit dengan bermacam-macam virus kan. Lama Ahmad demam, sebab lama sangat mummy bawak ke KMC, terus warded empat hari. Huhuhuuuuu.. Ibaratnya bulan April ni macam mummy tak masuk kerja sangat. Pergi vacation, tapi kat ward la. hahaha..

Ok click below for detail entry. Enjoy!

Umbilical Polyp Nama Diberi
Warded Satu Malam Untuk Airway Assessment
Warded Pulak Empat Malam Sebab Demam :(


Oh. And ada video Ahmad 7 bulan jugak here :D

video

No comments:

Post a Comment