Tuesday, 16 July 2013

Ahmad Potong Rambut

Memang genetiklah, rambut Ahmad memang lebat gilerr. 
Tengok family mummy (sebelah tokki) and family dedi (sebelah atok), 
orang boleh agaklah kenapa rambut Ahmad lebat sangat. 
Sebab kita ada Indian blood *proud* 
Hehe.. 
Oh, cakap pasal Indian blood ni, nak tergelak mummy...
Sebelum Ahmad lahir dulu ramai yang teka Ahmad akan ensem macam hindustan. 
Hihi.. nan ado. Sekali keluar muka K-pop. hahaha.. 
K-pop pun k-pop la, tetap ensem anak mummy :p

Oleh kerana berambut lebat, memang boleh kata setiap bulan akan potong rambut dia ni. 
Kalau baby lain pakai trimmer mata 1, dah nampak botak kan? 
tapi Ahmad still nampak hitam kepalanya..

Masalahnya budak ni tak suka potong rambut.
Setiap kali potong rambut memang menangis je la.
Awal-awal dulu mungkin menangis sebab takut bunyi trimmer tu.
Now rasanya menangis sebab tak boleh bergerak dan rimas..
Nasib la Ahmad...
Bak kata tokki, Ahmad kena menghadapi benda ni seumur hidup. Hahahaha..

kesian anak mummy. masa ni dah halfway dah.. sepanjang acara dia menangis. hahaha..

mintak tolong takde sape nak tolong.. hihi

please tokki. help me please.. :D


tengok tu kain alas pun basah. berpeluh-peluh menangis tapi tak keluar air mata pun

muka pasrah..

sambung nangis lagi

huuuuuwaaaaaa...

apesal la lama sangat ni tak siap2.. stress gilerr :D
 
pakteh n izzah setia bagi sokongan. hihi..

Friday, 12 July 2013

Ahmad dan Makanan

I want to left the story about breastfeeding. Bukan give up, masih berusaha. Ada rezeki, adalah.. kalau dah tertulis setakat itu sahaja rezeki Ahmad, alhamdulillah.. mummy sudah cukup berpuas hati. Target mummy masih mahu terus memberi susu ibu untuk Ahmad sehingga usianya setahun.

Memetik pandangan  LC Puan Kamariah, Founder susuibu.com:

"Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. 

Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu. "

I really think i am doing the right thing. 
Mungkin sudah tidak begitu penting apabila dah kenalkan makanan pelengkap untuk Ahmad. 
Tapi mummy rasa Ahmad masih perlukan susu ibu, 
terutamanya untuk masalah penghadamannya.. 
selain untuk reduce demam, selsema and ear infection. 

Alhamdulillah, Ahmad jarang demam tapi lately kerap juga selsema. 
Doktor cakap cleft baby memang kena extra care sebab sangat mudah berlaku jangkitan pada tekak, hidung, telinga dan paru-paru.

Oh. Paling best kalau minum susu ibu berak cantik je. Haha. 
Kalau minum susu formula kureng sikit, kena topup dengan air masak banyak-banyak-banyak tapi dia tak suka air masak. Baru-baru ni je dia start minum air masak. 
Eh tapi memilih.. nak minum air sejuk je. Atau kena letak anggur or apple bagi ada rasa sikit. 
Ngade tak? 

Masalah penghadaman ni mummy memang jaga, sebab umbilical hernia Ahmad masih belum pulih. Mummy tak mahu Ahmad muntah-muntah, perut keras, dan usus tersumbat dalam hernia tu.

Okey. Panjang mukadimahnya. Hari ini buat research fasal pemakanan untuk bayi cleft, 
khususnya cleft palate. 
Bayi cleft lip biasanya akan buat lip repair kira-kira usianya 3 bulan 
dan tak banyak masalah untuk feeding. 
Tetapi bayi cleft palate memang akan menghadapi masalah feeding sejak awal lagi. 
Mereka memerlukan bantuan untuk menyusu dengan menggunakan botol dan puting yang betul, serta teknik yang betul supaya mereka dapat minum dengan baik, dan mengurangkan risiko tersedak serta penggunaan tenaga berlebihan ketika aktiviti menyusu.

Ok. Itu cerita feeding susu. Now Ahmad dah 3 bulan with solid food. 
So far so good. 
Tapi berat Ahmad masih belum cantik lagi, 
but takdelah di tahap kurang berat badan yang membimbangkan. 
His pediatricians okay jer tapi nurses kat klinik kesihatan biasa la bebel-bebel. Kihkih. 
Doktor bagi je dia makan nestum tapi nurse tak bagi sebab nestum ada gula. 

Mummy? 
Mummy belasah je.. hahaha..

Awal-awal bagi solid food kat Ahmad masa umur dia 6 bulan. 
6 bulan dia dah start tumbuh gigi pun. 
Mummy start with puree betik. Ahmad ni awal-awal dulu jenis tak heran pun tengok makanan. 
Kalau baby lain tu masuk 6 bulan je dah terkumat kamit mulut tu macamkan teringin nak makan jugak. Masa bagi makanan pun dia tak excited sangat pun.

Mummy bagi Ahmad puree. Tapi since tokwan jaga dia, tokwan bagi cereal beras tu je. Haha. Lagipun masa tu makan tak banyak pun. Dia lagi suka menyusu. 
Masuk 7 bulan mummy try bagi bubur nasi tapi kesian pulak dia sembelit. 
 Tapi nurse suruh bagi bubur nasi untuk tambah berat badan dia. 
Doktor dah suruh campur dengan ikan sayur semua tu. 
Nurse suruh bagi minum jus buah untuk kurangkan sembelit tu.

Tapi still kitorang bagi dia makan cereal with puree. Lepas tu baru bagi bubur nasi. 
Then umur 8 bulan gigi dah banyak baru la budak ni menggila makan. 

Now bila makan dah tak menyempat-nyempat. Mummy asyik kena marah je. 
"Urgh..urghh.." katanya. Suruh cepat suapkan la tu. 
Grrr... 

Dia suka makan bubur nasi dan buah-buah manis. Buah masam tak suka sangat. 
Oh, baru tadi google. Now I know why Ahmad tak suka masam-masam.. 
sebab it would irritate the nasal passages rupanya. 

Patutlah.. menangis-nangis dia bila kena yang masam. 
Oh now I know too why he reject my EBM yang ada excessive lipase tu. Hurmm..

Masa awal-awal bagi makanan cecair, Ahmad memang ada masalah sikit nak menelan. Sama ada terkeluar balik dari mulut, atau tersedak keluar ikut hidung. Waktu makan kena baringkan macam posisi menyusu jugak, 45 degree. 

Sekarang Ahmad dah boleh duduk. So much more better la. 
Tapi dia tak reti sangat nak telan makanan yang terlalu cair, sup atau bagi minum air guna sudu. 
Dia lebih ok dengan makanan yang slightly likat. Benda ni depends la.. 
Ramai doktor would suggest makanan cair untuk cleft babies, tapi since Ahmad doing well with heavier texture then mummy proceed je.

Looking forward to increase his weight. Hopefully cepat sikit bambam ye Ahmad :)


Ni konon2 bagi minum la. Dah bising sgt kacau mummy.. Of course la bukan reti sedut pon..haha..

tapi gigih jugak mencuba tu.. macam real je Ahmad~ :p



 

Thursday, 11 July 2013

Berbaju Melayu

Haritu mummy belikan Ahmad tiga pasang baju melayu kain t-shirt. Aishhh.. cemana pulak tak muat kepala dia nak masuk. Ukuran badan dan seluar memang dah ngam-ngam dah. Tok wan cakap sebab ukuran kepala tu salah. Bila buat baju melayu budak tak boleh ikut nisbah ukuran macam jahit baju orang dewasa. Kepala budak memang besar sikit. Tok wan cakap tu ikut pengalaman dialah, sebab dia pernah jahit. Huhu.. Mummy ingatkan kepala Ahmad terlebih besar. Hahaha..

This pics untuk dedi.

sekarang ni dah susah nak capture pic tak gegar. ada je gerakan2 budak nih

playing with octopus. kejap je main, pastu campak ke lantai

nak suruh tidur ni.. nah susu..

gelak2 time minum.. memang takde maknalah dia nak tidur tu kan

sambung main balik.. arghh..

cak-cak mummy!

tetap tahan mata mengantuk tu. good job sangat tu anak!

amik buku pulak. pastu tak berjaya bukak, campak ke lantai

amik balik octopus tadi. urgh. tak bole jadi nak dekat pukul 12 dah.. hmm..

Kacak tak anak kita berbaju melayu? Yang ini tok wan yang jahitkan, pakai lebih-lebih kain baju melayu tokki kot. Panas sikitlah bila berpeluh. Tapi masa tidur sejukkk je kot. Pic malam tadi ni. Dia tidur nak dekat pukul 12 dah. Bagus anak. Lepas tu masa mummy bangun sahur Ahmad still tidur. Elok lepas sahur baru dia bangun mintak susu. Lepas minum susu terus segar bugar, sambung main. Takpe, asalkan Ahmad tak kacau mummy pump susu.


jangan kacau mummy pump susu ok?

ok dia buat kerja lain.. memunggah..

main makan2 ubat. kalau ada ubat cukup fobia dia nak masukkan syringe tu dalam mulut (abaikan bilik sepah plss)

tekun sangat tu. berangan jadi doktor ke anak?

my happy baby :)



Wednesday, 10 July 2013

Pengalaman Dengan Lactation Caunselor (part 2)

Tiba-tiba ada part2. Hahaha. Takpelah, nak simpan ini sebagai pengalaman. Semoga Allah ampunkan saya jika saya terkasar bahasa dan menyakiti hati orang lain. Jika saya berburuk sangka dan tidak memahami situasi orang lain. Ini adalah perbualan di facebook semalam dan pagi tadi. You can judge me as you like. Saya mungkin hilang pertimbangan untuk bertimbang rasa. Ya, mungkin semuanya dari kesilapan saya :)

  • Conversation started today
  • Aizura Zulkifli

    Salam Puan.
    Saya Aizura, dari Taman Mahkota Aman, Kuantan. Saya berjaya menyusukan anak saya secara esklusif sehingga 6 bulan. Sekarang anak saya sudah berusia 9 bulan dan minum susu formula + susu ibu.

    Buat pengetahuan puan, anak saya tidak pernah direct breastfeed kerana dia mempunyai cleft palate dan pierre robin syndrome. Dagunya kecil dan dia tidak boleh latch dengan baik, serta daya sucking yang lemah.

    Saya berhasrat untuk relaktasi. Tiga bulan lalu penghasilan susu saya adalah 24oz sehari. Kemudian ada satu masa suami dan anak saya keluar masuk hospital menyebabkan jadual mengepam saya menjadi tidak konsisten. Akibatnya susu drop kepada 16oz sehari dan sekarang 4oz sehari.

    Saya tidak nafikan, antara punca susu menjadi kurang adalah faktor kurang mengepam dan stress. Suami saya tinggal di Johor, jadi pada kebanyakan masa saya menguruskan anak sendirian. Saya sering terkejar-kejar waktu mengepam, dan menguruskan anak.

    Saya memerlukan bantuan untuk relaktasi. Saya sedang cuba kerapkan waktu mengepam di pejabat dan rumah, serta power pumping pada waktu malam. Saya hampir putus asa sekarang. Bulan ramadhan telah tiba dan saya semakin tidak yakin. Saya boleh bersabar apabila susu tidak banyak, tetapi saya tidak dapat bertahan kerana puting payudaya dah luka-luka.
    Saya harap puan dapat membantu. Terima kasih.

    Noor Aizura Zulkifli
    017-91xxxx9

  • Aizura Zulkifli

    kalau mcm inilah cara puan bagi kaunseling, its ok. terima kasih banyak2.. sgt2 terima kasih.
    (masa ni tengah emosi..hukhuk..)

  • Puan Yang Berbahagia

    Saya baru je baca PM ni
    Moga Allah ampunkan semua dosa kita
    (mudahnya orang membuat kesimpulan kan?) <--apesal nak mention lagi pasal ni? :(
    Selamat berpuasa


  • Aizura Zulkifli

    people always judge. but we ourself have to evaluate our own self. kelemahan saya mungkin sebab emosional dan terlalu berharap pd puan yg berilmu dan berpengalaman.

    tahniah sbb puan berjaya dan dikenali, bnyk membantu kami semua. teruskan usaha puan. semoga Allah merahmati.

    mungkin tak ada rezeki untuk saya mohon bantuan puan. apapun, terima kasih untuk panduan yang puan beri.

    slmt berpuasa.

  • Today
  • Puan Yang Berbahagia

    Sejujurnya seharian saya menangis di dalam hati. Saya jawab panggilan Puan semalam dalam keadaan sangat cepat. Sebab saya banyak kerja nak buat, nak masak, nak siap2 untuk terawih dan anak sedang tidur. Jadi saya kena buat kerja dengan cepat sebab bila anak dah bangun, lambat sikit lah kerja-kerja nya.

    Mungkin Puan tak faham sebab anak kecil lagi. Anak saya dah 3 orang....
    Mudah sangat Puan buat kesimpulan terhadap saya. Sedangkan saya dah berusaha jawab panggilan Puan. Saya WAHM (work at home mom). Tidak punya waktu kerja formal seperti mereka yang bekerja di pejabat. Terima kasih


    Moga Allah memadamkan kenangan ini dalam kepala saya dan tidak membuat saya berputus asa untuk membantu ibu menyusu.

    Siapa yang ingin dikenali? Lebih baik saya jadi surirumah, uruskan keluarga dan anak-anak. Daripada saya memberi kaunseling susu ibu, kemudian saya yang dimarahi?
    Allah... Berilah kekuatan kepadaku.

  • Puan Yang Berbahagia

    Saya cadangkan, Puan pergilah ke HTAA, ke Farabi dan berjumpa dengan Kaunselor Laktasi berbayar, yang punya waktu istimewa untuk melayan ibu-ibu menyusu.

    Dan bukannya bertanya pada saya yang bekerja dari rumah dan sibuk dengan anak-anak di rumah.

    (untuk makluman Puan, saya juga menjemput ibu-ibu menyusu ke rumah saya untuk kaunseling penyusuan, dengan kerjasama suami untuk balik awal dari tempat kerja dan menjaga anak-anak. Saya berharap moga Allah padam kenangan ini dan tidak memutuskan semangat saya).

  • Aizura Zulkifli

    Puan yg dirahmati. Saya faham, jika puan sibuk, puan boleh minta saya call kemudian atau apa sahaja. Saya lebih prefer untuk berjumpa, tapi cara puan menjawab panggilan semalam, mungkin tidak seperti yang saya harapkan. Saya tidak menyalahkan puan dan saya tidak mahu mencari kesilapan puan, kerana saya beranggapan ia adalah atas kelemahan saya. Ibu mana yg tidak sibuk, sama ada bekerja atau tidak, tugas ibu tidak bernah terhenti.

    Puan, saya call sebab di facebook sendiri puan tulis puan prefer kami call berbanding msg. Puan tulis pegalaman puan, menyusukan 3 anak dan lain2 pengalaman lain yang sangat memberangsangkan. Saya tidak tahu ke mana harus saya minta bantuan sebab itu saya bertanya kepada puan. Puan boleh memberi nombor atau orang lain untuk saya hubungi jika puan tidak dapat membantu. Saya faham puan sibuk.

    Puan. Jangan kerana apa yg terjadi puan patah semangat sebab kami yang tidak berilmu ini banyak belajar dari puan, indirectly menerusi internet. Saya masih menghormati puan sebagai orang berilmu dan berpengalaman.

    Saya tidak buat apa2 kesimpulan tentang puan. Saya cuma terasa dengan perkataan "buang susu formula", dan selepas puan jelaskan, saya faham sepenuhnya maksud puan. Apabila puan bertanya kenapa saya mahu teruskan penyusuan saya sedangkan apa yg saya pam seharian, amaun itu sebenarnya sudah cukup untuk keperluan bayi saya, saya jadi tidak pasti untuk menjawab apa. Saya mahu teruskan atas sebab tersendiri, yang tidak perlu saya nyatakan.

    Sesungguhnya intention saya cuma hanya ingin bertanya, how would i increase my milk production during ramadhan, kerana saya sedang berusaha untuk itu. Kesilapan saya kerana tidak terus bertanya kepada soalan utama, tetapi bercerita yang remeh temeh tentang latar belakang penyusuan saya.

    Ketika itu saya pun rasa terdesak dan sedih, jadi saya mohon maaf sekiranya apa yang saya luahkan menyakiti hati puan.

    Semoga Allah ampunkan saya, dan saya mohon ampun dari puan juga atas apa yang terjadi. Saya doakan puan dilimpahi rahmat dan keberkatanNya. Terima kasih atas masa yang diluangkan. Saya mohon maaf sekali lagi sekiranya ada perkataan dan bahasa yang tidak menyenangkan.

    Allah jua yang mengetahui. Terima kasih.

Pengalaman Dengan Lactation Caunselor

Hari ini nak update pasal mummy je. Pasal mummy dan hatinya yang kecil. Hukhuk. Maaf ye Ahmad, mummy nak interframe kejap.

Mummy ni mungkin, eh memang.. mudah kecik hatinya. Cuma tak tunjuklah depan orang. Buat muka cool je bila kecik ati. Atau kadang-kadang buat muka takde perasaan. Kali ini sakit hatinya adalah lebih sakit daripada kena tembak masa presentation di universiti dulu. Dulu bila lecturer reject dan kutuk design, tahan air mata, pastu pegi belakang, nanges.. hahaha.. Ingat lagi time kena tembak dengan Ar. Marzuki time portfolio day. Tak pasal-pasal nangis..

Tapi kali ini, sakit sangat rasanya mungkin disebabkan anak. Bila bersangkut paut dengan anak, tak sangka yang hatiku rupanya fragile gilerrr.. Hahaha. I'm not the type yang tak sedar diri manusia ada limit. Saya sedar itu. Kadang-kadang cita-cita kita tinggi tapi kita kena redha bila Allah tentukan tahap mana je kita boleh berada. Tapi secara peribadi, saya jenis yang akan berusaha sampai saya puas hati. Kalaupun saya gagal, saya akan usaha lagi sampailah saya rasa it's time to stop dreaming and you have to move on. Gitu..

Dulu masa awal-awal lahirkan Ahmad, mummy memang berazam nak susukan Ahmad selama mungkin. Apabila Ahmad tak direct feeding because of his cleft palate n Pierre Robin Syndrome, I'm a bit down sebab penyusuan secara direct adalah ransangan terbaik untuk terus menghasilkan susu. Ok takpe. Ada je ibu yang exclusive pumping dan berjaya susukan anak hingga dua tahun. Ok, saya mahu cuba. Tapi saya letak target untuk Ahmad hingga 6 bulan dulu, as suggested by Kementerian Kesihatan la kan. Takmo pressure2. Alhamdulillah, mummy berjaya beri Ahmad susu ibu hampir 6 bulan. Then his demand makin tinggi, I start mix with formula milk.

Until now, Ahmad masih consume susu ibu, tapi tak sebanyak dulu. Because my production suddenly dropped. Salah satu sebabnya kurang mengepam dan stress. I think if I continue mengepam macam dulu mungkin amount susu yang terhasil sehari tidak sekurang ini. Sekarang ni amount terkumpul untuk sehari cuma 4oz.

So, setelah mencuba mengikut teori sendiri hahaha ye la of course la aku rujuk internet je, agak kurang berjaya. So I decide to seek for help. Lama fikir ni. Ok. Marilah kita call Lactation Counselor atau Kaunselor Laktasi katanya.

Saya tak pasti adakah tindakan saya betul. Tapi saya benar-benar mahu minta bantuan. Terlebih dahulu, apa yang terjadi ini, sehingga saya menangis, mungkin atas kekurangan dan kelemahan saya sendiri. I write this because I want to keep this as my journey. Semoga di masa akan datang saya tidak membuat kesilapan yang sama, semoga saya dapat memperbaiki kelemahan saya. Semoga saya dapat menjadi ibu yang lebih baik. Amin.

Sebelum merujuk kepada kaunselor, saya buat sedikit kajian, kepada siapa yang harus saya hubungi. Saya decide untuk call kaunselor di sekitar Kuantan, kalau perlu mungkin kita boleh berjumpa face to face. Saya call kaunselor ini, seorang yang agak terkenal dalam penyusuan susu ibu dan berpengalaman luas. Saya perlukan kaunselor yang berpengalaman luas kerana situasi saya tidak sama seperti ibu-ibu lain. Anak saya special needs, tidak direct feeding, jadi saya memikir dan mengharapkan kaunselor ini akan memberi panduan yang saya perlukan.

Walau bagaimanapun kawan-kawan, benar, apabila kita mahu bertanya kita perlukan ilmu. Walaupun sepatutnya orang yang bertanya itu sememangnya bertanya kerana dia tidak berilmu. Saya kurang ilmu penyusuan, mungkin kelemahan ini yang menyebabkan salah faham berlaku apabila saya menghubungi kaunselor tersebut.

Saya gelarkan dia Puan Yang Berbahagia. Kerana jasa baktinya membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Dalam satu laman facebook dia menulis tentang dirinya;

Kepakaran saya ialah memberi sokongan dalam penyusuan susu ibu agar ibu berjaya menyusu sehingga dua tahun dengan menyediakan kelengkapan penyusuan susu ibu serta khidmat kaunseling penyusuan.

Masalahnya ialah, ramai ibu menyusu yang tidak mendapat ilmu yang tepat dan sokongan dalam meneruskan penyusuan susu ibu.

Pengalaman menyusu saya untuk 3 orang anak:

1. -nama anaknya- (lahir pada ----- 2008)
2.
-nama anaknya- (lahir pada ----- 2010)
3.
-nama anaknya- (lahir pada ----- 2012)

Saya berpengalaman dalam:

1. Menyusu secara terus (direct feeding)
2. Mengepam bila berjauhan dengan anak
3. Menyusu semasa mengandung
4. Penyusuan berganda / tandem nursing (menyusu dua anak berlainan umur serentak).
5. Menyusu anak lebih 2 tahun


Sangat convincing sekiranya ini adalah CV. Hehe. Maka saya decide untuk call dia. Tapi sebelum tu saya dah PM dia di facebook, then saya call sebab dia prefer kita call supaya mudah untuk dia consult kita. Baiklah. Marilah call.


Kesilapan pertama saya, mungkin ketika saya menghubungi dia tidak kena pada waktunya. Mungkin dia sibuk, atau apa saja. Tapi dia tetap melayani panggilan saya. Saya ceritakan masalah saya sebagaimana yang saya PM dia di facebook. Kemudian dia bertanya usia anak saya. Sembilan bulan usianya sekarang.


Kesilapan kedua saya, apabila saya menggunakan perkataan relaktasi. Saya tidak sepenuhnya faham perkataan itu. Rupanya relaktasi itu adalah ibu yang telah berhenti menyusukan anak untuk sekian tempoh, dan berhasrat menyusukan semula anaknya. Dalam kes saya, Ahmad masih consume susu ibu walaupun hanya 4oz sehari. Puan Yang Berbahagia ini meninggi suara (mungkin pitch dia memang tinggi) apabila bertanya kenapa saya mahu relaktasi.


Puan Yang Berbahagia: Saya tak faham kenapa nak relaktasi. Relaktasi ni bla-bla-bla.. (dia bagi penerangan)

Mummy Comel: Oh sorry, jadi saya salah faham maksud relaktasi. So sekarang ni saya nak tingkatkan semula production susu saya.

Puan Yang Berbahagia: Anak awak dah 9 bulan kan? Berapa yang awak pump sehari yang itulah sepatutnya amount yang dia minum. 

Mummy Comel: Tapi sekarang dia minum susu formula juga

Puan Yang Berbahagia: Jadi sekarang apa masalah awak? Kenapa masih nak bagi susu ibu, anak dah makan macam-macam, berapa yang awak dapat sehari tu dah cukup untuk dia.

Mummy Comel: Kalau boleh saya nak kurangkan susu formula tu. (sebenarnya aku nak jawab sebab saya sayang anak saya.. time ni dah sebak pun)

Puan Yang Berbahagia: Apa susah, awak BUANG susu formula tu. Lepas tu kerapkan mengepam. Awak dah cuba power pumping?

 Mummy Comel: Dah.. em -terus letak telefon- wahahahahahah. 


Give up betul sebab down. Terus menangis. Saya tak ingat sangatlah secara detail perbualan kami. Tapi nada suara Puan Yang Berbahagia agak tinggi. Mungkin memang begitu nada suaranya, orang biasa bagi talk kan.. Saya sejujurnya tidak gembira dan berpuas hati dengan cara dia.


Dia orang berilmu dan berpengalaman. Dia mungkin kawan atau saudara kepada anda yang membaca blog ini, jadi saya tidak mahu memburukkan dia. Kerana dia mungkin orang baik-baik berlemah lembut sebenarnya tetapi saya tidak dapat merasakan daya simpati dan empati penuh keibuan sepanjang perbualan saya dengan dia.


Saya merasakan dia tidak berhak bertanya mengapa saya mahu susukan anak saya seperti yang saya mahu. Saya mahu minta tolong dia beri panduan untuk meningkatkan pengeluaran susu, apatah lagi sekarang sudah mula ramadhan. Tapi kenapa dia mempersoalkan tentang feeding anak saya?


Saya akui saya kurang ilmu. Anak saya sudah sembilan bulan. Tidak minum susu ibu pun tidak mengapa sebab dia dah makan macam-macam. Perbualan saya dengan ibu-ibu yang lebih berpengalaman mengatakan penyusuan selepas umur 6 bulan lebih kepada bonding untuk anak dan ibu. Saya kurang pasti tentang pembinaan antibodi bayi selepas 6 bulan, mungkin tidak dipengaruhi lagi dengan susu ibu, betul ke?


Anak saya cleft palate. Saya perlu memastikan dia sentiasa sihat dan bersedia untuk pembedahannya kelak. Saya perlu memastikan dia tidak selsema dan mengalami ear infection. Sepanjang pembacaan saya, susu ibu dapat mengelakkan ear infection. Tak tahulah kalau lepas 9 bulan dah tak bagi kesan pun susu ibu tu. Saya tak perlu menerangkan panjang lebar kenapa saya mahu meneruskan penyusuan untuk anak saya. Saya tak perlu berteriak kepada dunia yang saya sangat sayangkan anak saya dan saya merasa bersalah apabila dia dilahirkan begitu.


Selepas perbualan telefon tu, sambung pulak ke msg.. hehe..


Puan Yang Berbahagia: Maaf, terputus2 callnya. Jangan risau sgt ye. Bertenang. Istighfar bnyk2. Teruskan power pumping. Elakkan stress. Bila stress, susu tak keluar


Mummy Comel: Maaf ya. Sy rs puan ckp agak kasar td. Sy call dgn harapan, kalau boleh jumpa, dan sy sanggup bayar. Tp sy kecik ati betul. Maaf la sbb emosional.Sy nk upkan susu n now dah ramadhan sbb tu nk tny how. Xpe la puan, terima kasih atas ilmu yg diberi.


Puan Yang Berbahagia: Allahuakbar, puan, mungkin dengar kasar sbb saya cakap kuat, line tak berapa ok. Tgk la puan call pun terputus2. (padahal aku letak telefon haha..) Moga Allah ampunkan dosa sy jika sy berkasar dgn puan. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jika puan dah tenang dan nak call semula, feel free to contact me. TQ (ah aku da merajuk. hahaha.. takde pulak nak minta maaf dengan aku. takpelah, dia minta ampun dgn Allah dah)

Puan Yang Berbahagia: Maaf puan. Ayat puan "saya kecik ati betul" membuatkan saya menangis. Siapalah sy. Hamba Allah yg hina. Terima kasih. Moga Allah mudahkan semua urusan puan.


Mummy Comel: Puan suruh sy buang susu formula mcm itu bkn rezeki. Anak sy x direct feed dah cukup sedihkan sy. Bila sy nk bg yg terbaik utk dia at least puan bg smgt utk sy. Trima kasih puan utk pengajaran hari ini.

Puan Yang Berbahagia: :-). Jangan buat kesimpulan begitu. maksud sy, jangan sediakan susu formula di rumah. (i think she better in msg compared when she talk.. btw, jika dia tak maksudkan begitu, janganlah cakap begitu, kan?)

Mummy Comel: Semoga Allah berkati puan dan usaha baik puan.

Puan Yang Berbahagia: terpulanglah pada puan nak terima apa yg sy cakap mcm mana. Sy serahkan pada Allah. Terima kasih ;-)

Mummy Comel: Puan, puan kaunselor. Kami yg dtg mengadu ni ada masalah. Kalau boleh puan faham yg kami x gembira dgn situasi kami sbb tu mintak tolong. Kalau puan dpt lebih berhalus mungkin lebih molek. terima kasih puan sbb bnyk bantu indirectly through internet.

Mummy Comel: Kalau buang formula anak sy nk minum apa. Tq puan. Ya sy serah pd Allah juga :)

Mummy Comel: Maaf buat puan menangis. Sy pun menangis dgr kata2 puan td. Kalau semua ni berlaku atas emosi sy dan kekhilafan sy, sy minta maaf. terima kasih sudi jwb call sy tadi. 
(tiga msg berturut2. bhahahah.. emosinya cik puan comel ni..)

Puan Yang Berbahagia: Lokasi puan di mana? Sy hubungkan terus ke kaunselor yang berdekatan untuk puan jumpa face to face. Maaf sbb sy sibuk. Tapi saya cuba jwb call puan. Saya WAHM, work at home mom. Bekerja dgn anak2. TQ (motif nak cerita dia WAHM? aku da emosi tak pepasal nih. I know every mom is busy. Mom never stop working. Habis aku ni tak busy ke?)

Puan Yang Berbahagia: Ini cadangan sy supaya anak puan boleh minum air lain selain susu formula. Puan boleh beri fresh milk, jus buah2an, air masak. Tambahkan kalsium dll dalam makanan pejal. Banyak sgt pilihan lain. Sebab tu sy cakap tak perlu sediakan susu formula. Sebab bila dah ada susu formula kat rumah, kita sendiri bagi pilihan untuk anak kita minum. (mcm keluar topik je.. aku tanya how to increase production during ramadhan. i don't need this advice, but anyway, thank you)

Puan Yang Berbahagia: Minum susu formula tak salah pun. Sy hormati semua keputusan ibu. Situasi semua ibu tak sama. Jika itu sahaja pilihan yg ada. Sy cuma beri cadangan kerana puan beritahu yg puan nak menyusu sahaja, tanpa susu formula. (i said i want to reduce earlier, but yes.. she sounds better in sms, right?)

Mummy Comel: Terima kasih. Moga Allah merahmati puan..

Puan Yang Berbahagia: Sama-sama. Maaf atas salah faham yang berlaku.

I am not against formula milk. Saya mahu menyusukan Ahmad dengan susu ibu bukan kerana saya tidak suka dengan susu formula. Saya pernah baca nasihat yang lebih lembut bunyinya. "Sementara anak puan minum susu formula, cuba tingkatkan pengeluaran susu dengan kerapkan mengepam dll. Kurangkan susu formula apabila production semakin meningkat" ah, whatever nice words would be fine.

Saya tertanya-tanya apa sebenarnya tugas seorang kaunselor laktasi ini sebenarnya. Adakah dengan hadir gathering dan bagi talk sahaja. Adakah kita boleh request untuk berjumpa dan dapat consultation one to one. I know some of them mengenakan bayaran, itu memang patut la kan. Saya mengharapkan pada awal perbualan telefon tadi puan yang berbahagia memberi saya orang rujukan yang lebih tepat, atau mencadangkan saya berjumpa dengan sesiapa yang boleh membantu saya. Saya mengharapkan panduan mengepam yang betul, bila waktu yang sesuai untuk saya buat power pumping, malam atau siang, cara power pumping yang bagaimana (ada banyak cara.. just google), cara buat jadual mengepam, atau apa saja ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Tapi saya silap. Sebab saya berharap pada manusia. Dan kerana dia manusia, dia ada kelemahan juga. Saya boleh menyatakan kelemahan-kelemahan dia di sini, tapi apa gunanya mencari silap orang lain jika kita tidak memperbaiki kesilapan sendiri.

Pengajarannya?

Pengajarannya.. jangan call lactation counselor during office hour. Bila termenangis kan dah semua orang tahu. Malu! Hahaha.. Btw, thanks untuk kawan-kawan yang bagi pandangan dan semangat. Untuk some officemate who offer words, advices,and hugs, thank you very much. I appreciate it so much. Oh ya, dan selamat berpuasa :)


mummy jgn stress k ;)

Tuesday, 9 July 2013

Check Up Dental 4/7/13

Hari tu Dental HTAA ada call untuk tukar tarikh appointment. Should be pada 11/7 tapi tukar pulak pada 4/7. Okay.. pegi je lah. Kali ni tukar doktor pulak, doktor lain pulak yang check Ahmad.

So macam biasa doktor tanya fasal feeding dia ok ke tak, dan tarikh surgery. Mummy ceritalah feedback dari HKL tu, kena tunggu lagilah sampai jaw Ahmad molek sikit baru doktor bagi tarikh. Dengan pakar bius pun belum rujuk lagi pun, so agaknya lambat lagilah nak kena bedah tu.

Lepas tu doktor check gigi Ahmad. Oh. Ahmad dah ada enam batang gigi. Gigi bawah ada dua batang dan gigi atas ada empat batang. Ahmad kuat makan, agaknya sebab tu gigi cepat tumbuh. Tapi budak ni bagus, tak reti guna gigi sebagai senjata.. means dia tak gigit orang hahaha.. Eh tiba-tiba terfikir mommies yang direct feed tu bila anak menyusu nenen kena gigit. Ouchh ngeriiii.. :D

Doktor pun beri la nasihat fasal penjagaan gigi. Doktor suruh stop guna botol susu by the time umur dia setahun. Gigi kena gosok, bersihkan lidah semua tu la, sebab taknak gigi cepat rosak. Bakteria di dalam mulut lebih aktif di waktu malam katanya. Haishhh.. Ahmad tidur malam pun masih bangun tiga kali untuk menyusu. Lepas menyusu doktor suruh bilas minum air masak pulak. Ahah, iyelah tu budak ni nak minum air masak.. sudahnya dia campak je botol air masak tu.

Entahlah nak buat macam mana. Nantilah mummy figure out.

Okeylah. Update ringkas je ni. layan la pics ni. Anak mummy dah besarrrr kan?









Friday, 5 July 2013

I Am Not A Superwoman. The Only Power That I Have Is LOVE

That sounds more than super, isn't it? I don't know, I feel just to write this :) Yeah, I do feel like I want to silent for a while, but I need to update about Ahmad so that I will never forget what have we went so far. I hope that everything will be end as soon as possible. But, it is not like what I have imagined. Allah has a better plan for us, definitely.

Sometimes I feel like to cry. I am not that strong woman as I always appear. I do have heart and feeling. I do have needs and desires. But I have to face this fate, like a superwoman. If God don't grant me a feeling to love, I might be a loser as well. But I stand up and fight. Mummy want Ahmad to know that mummy love you so much. Some other days maybe mummy have been not-a-very-good-and-garang mummy, but deep down please always remember me as a lovely loving mom. Ok son?

I think I was struggled lately. When Ahmad growing up to be a very healthy and active baby, I feel blessed and thankful. But I can't manage to be a good mom for Ahmad. I had to put myself as single parent since my husband and I is in long distance relationship. I am glad that I stay with my parents and they help me a lot to look after Ahmad when I'm at work. After work, I am back as a mother at home, pure mother. I look after him on my own. While Ahmad is busy exploring everything, I really mean every-things around him, I have to prepare for his feeding. I have to keep pumping milk for Ahmad. I can choose to stop but I don't know why it is so hard to do it, as hard as to pump as well. My breast sore, my nipple crack just like I'm just giving birth and breastfeeding a new baby. The worst part is my production dropped to 1/3 from its usual amount. This is really make me super stress. I am really lost my patience about this but I lost control how to handle this.

I hope I could put a blame on someone but at the end I blame myself. I know it is not bad if I giving up to pump, but I have to consider a lot of things before I really put down my weapon (breastpump tu la..haha).

Ah, why must I tell this. I never want this blog to be my personal sentimental blog hahahaha.. Nevermind. I just feel that I need some support from you guys. So please say something nice and encouraging! I need positive words to stay strong! :D

Okay. Sekarang baru nak cerita pasal Ahmad. Hahahaha.

Last week on 28 June 2013, we went to HKL for follow up. I really hope this time the doctors manage to give a date for operation because Ahmad had turned 9 months old already. I got a friend whom her daughter had same case as Ahmad. In fact, I personally think Ahmad is better because he never fed on tube. However, this girl manage to go under surgery right after she turns 9 months. They did the surgery at Pantai Hospital.

In Ahmad case, the doctors want to wait until his jaw develops better. For now they thinks his jaw is still small that it could make the airway smaller if they proceed with the operation now. It would effect his condition after operation that he might have to stay in ICU with tracheostomy tube. I really don't want that. Huhhh.. :(

However, we need to wait for 6 month for his next follow up, and maybe another-I-don't-know-how-many-month we have to wait for the date of surgery. I really want it to happen as soon as possible but yeah, I am not a doctor. The thing that keep disturbing me is, Ahmad will grow older. By the time he was fit for the surgery, he might turns 1 or 2 years old already. I know that I don't have to think what will happen because it is in Allah's plan, right? But I am a mother and I can't stop thinking about my son. Are you guys will think like what I think if we are in the same shoes?

Ahmad will be more active. He will be walking, running and climbing. Ahmad will eat like other toddlers too. Ahmad might be able to say one or two words, or more. And, Ahmad definitely will be heavier than now. Waaaaa.. This is a big challenge for me. How could I say that? Because, it will give a different impact after the operation. Ahmad has a lots to face. He has to consume only liquid instead of nasi bubur and everything he likes to eat as a toddler. Ahmad has to be extra careful not so lasak, especially on anything he would like to put inside his mouth. He won't be allow to stick with his bottle and teat anymore ( i can imagine his tantrum waaaarghhh..). Ahmad will cry because of hungry and we need to calm him by holding him all the time and this is the time where I will broke my arms holding a heavy toddler for 24 hour. Hahahaha.

Paranoid like stupid. 

I hope if Ahmad can talk before the surgery, he will not face a lot of difficulty to pronounce. Please no sengau please. Or if it happens I hope people won't notice and make fun of it. I hope after the surgery, Ahmad could sit for speech therapy as soon as possible and manage to talk with good pronounciation (did i spell it right?). 

But, on a good side, I will think like this: He might be active, but he knows how to behave. He would have no problem on feeding because he prefer liquid since he got sore mouth. He is heavier, its ok because he prefer laying and playing on bed, or better, he prefer dedi than mummy hahaha so I can focus on pumping milk and other thing that a mother should do. Escapism betul.

Please God, Allah my Lord give me strength to face this. I put everything on Him, I will just go through it with the only power that I have, LOVE.

p/s: sorry English darjah 2. hahaha.. lama tak speaking pun.. adaakukisah :p