Friday, 12 July 2013

Ahmad dan Makanan

I want to left the story about breastfeeding. Bukan give up, masih berusaha. Ada rezeki, adalah.. kalau dah tertulis setakat itu sahaja rezeki Ahmad, alhamdulillah.. mummy sudah cukup berpuas hati. Target mummy masih mahu terus memberi susu ibu untuk Ahmad sehingga usianya setahun.

Memetik pandangan  LC Puan Kamariah, Founder susuibu.com:

"Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. 

Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu. "

I really think i am doing the right thing. 
Mungkin sudah tidak begitu penting apabila dah kenalkan makanan pelengkap untuk Ahmad. 
Tapi mummy rasa Ahmad masih perlukan susu ibu, 
terutamanya untuk masalah penghadamannya.. 
selain untuk reduce demam, selsema and ear infection. 

Alhamdulillah, Ahmad jarang demam tapi lately kerap juga selsema. 
Doktor cakap cleft baby memang kena extra care sebab sangat mudah berlaku jangkitan pada tekak, hidung, telinga dan paru-paru.

Oh. Paling best kalau minum susu ibu berak cantik je. Haha. 
Kalau minum susu formula kureng sikit, kena topup dengan air masak banyak-banyak-banyak tapi dia tak suka air masak. Baru-baru ni je dia start minum air masak. 
Eh tapi memilih.. nak minum air sejuk je. Atau kena letak anggur or apple bagi ada rasa sikit. 
Ngade tak? 

Masalah penghadaman ni mummy memang jaga, sebab umbilical hernia Ahmad masih belum pulih. Mummy tak mahu Ahmad muntah-muntah, perut keras, dan usus tersumbat dalam hernia tu.

Okey. Panjang mukadimahnya. Hari ini buat research fasal pemakanan untuk bayi cleft, 
khususnya cleft palate. 
Bayi cleft lip biasanya akan buat lip repair kira-kira usianya 3 bulan 
dan tak banyak masalah untuk feeding. 
Tetapi bayi cleft palate memang akan menghadapi masalah feeding sejak awal lagi. 
Mereka memerlukan bantuan untuk menyusu dengan menggunakan botol dan puting yang betul, serta teknik yang betul supaya mereka dapat minum dengan baik, dan mengurangkan risiko tersedak serta penggunaan tenaga berlebihan ketika aktiviti menyusu.

Ok. Itu cerita feeding susu. Now Ahmad dah 3 bulan with solid food. 
So far so good. 
Tapi berat Ahmad masih belum cantik lagi, 
but takdelah di tahap kurang berat badan yang membimbangkan. 
His pediatricians okay jer tapi nurses kat klinik kesihatan biasa la bebel-bebel. Kihkih. 
Doktor bagi je dia makan nestum tapi nurse tak bagi sebab nestum ada gula. 

Mummy? 
Mummy belasah je.. hahaha..

Awal-awal bagi solid food kat Ahmad masa umur dia 6 bulan. 
6 bulan dia dah start tumbuh gigi pun. 
Mummy start with puree betik. Ahmad ni awal-awal dulu jenis tak heran pun tengok makanan. 
Kalau baby lain tu masuk 6 bulan je dah terkumat kamit mulut tu macamkan teringin nak makan jugak. Masa bagi makanan pun dia tak excited sangat pun.

Mummy bagi Ahmad puree. Tapi since tokwan jaga dia, tokwan bagi cereal beras tu je. Haha. Lagipun masa tu makan tak banyak pun. Dia lagi suka menyusu. 
Masuk 7 bulan mummy try bagi bubur nasi tapi kesian pulak dia sembelit. 
 Tapi nurse suruh bagi bubur nasi untuk tambah berat badan dia. 
Doktor dah suruh campur dengan ikan sayur semua tu. 
Nurse suruh bagi minum jus buah untuk kurangkan sembelit tu.

Tapi still kitorang bagi dia makan cereal with puree. Lepas tu baru bagi bubur nasi. 
Then umur 8 bulan gigi dah banyak baru la budak ni menggila makan. 

Now bila makan dah tak menyempat-nyempat. Mummy asyik kena marah je. 
"Urgh..urghh.." katanya. Suruh cepat suapkan la tu. 
Grrr... 

Dia suka makan bubur nasi dan buah-buah manis. Buah masam tak suka sangat. 
Oh, baru tadi google. Now I know why Ahmad tak suka masam-masam.. 
sebab it would irritate the nasal passages rupanya. 

Patutlah.. menangis-nangis dia bila kena yang masam. 
Oh now I know too why he reject my EBM yang ada excessive lipase tu. Hurmm..

Masa awal-awal bagi makanan cecair, Ahmad memang ada masalah sikit nak menelan. Sama ada terkeluar balik dari mulut, atau tersedak keluar ikut hidung. Waktu makan kena baringkan macam posisi menyusu jugak, 45 degree. 

Sekarang Ahmad dah boleh duduk. So much more better la. 
Tapi dia tak reti sangat nak telan makanan yang terlalu cair, sup atau bagi minum air guna sudu. 
Dia lebih ok dengan makanan yang slightly likat. Benda ni depends la.. 
Ramai doktor would suggest makanan cair untuk cleft babies, tapi since Ahmad doing well with heavier texture then mummy proceed je.

Looking forward to increase his weight. Hopefully cepat sikit bambam ye Ahmad :)


Ni konon2 bagi minum la. Dah bising sgt kacau mummy.. Of course la bukan reti sedut pon..haha..

tapi gigih jugak mencuba tu.. macam real je Ahmad~ :p



 

No comments:

Post a Comment