Wednesday, 10 July 2013

Pengalaman Dengan Lactation Caunselor (part 2)

Tiba-tiba ada part2. Hahaha. Takpelah, nak simpan ini sebagai pengalaman. Semoga Allah ampunkan saya jika saya terkasar bahasa dan menyakiti hati orang lain. Jika saya berburuk sangka dan tidak memahami situasi orang lain. Ini adalah perbualan di facebook semalam dan pagi tadi. You can judge me as you like. Saya mungkin hilang pertimbangan untuk bertimbang rasa. Ya, mungkin semuanya dari kesilapan saya :)

  • Conversation started today
  • Aizura Zulkifli

    Salam Puan.
    Saya Aizura, dari Taman Mahkota Aman, Kuantan. Saya berjaya menyusukan anak saya secara esklusif sehingga 6 bulan. Sekarang anak saya sudah berusia 9 bulan dan minum susu formula + susu ibu.

    Buat pengetahuan puan, anak saya tidak pernah direct breastfeed kerana dia mempunyai cleft palate dan pierre robin syndrome. Dagunya kecil dan dia tidak boleh latch dengan baik, serta daya sucking yang lemah.

    Saya berhasrat untuk relaktasi. Tiga bulan lalu penghasilan susu saya adalah 24oz sehari. Kemudian ada satu masa suami dan anak saya keluar masuk hospital menyebabkan jadual mengepam saya menjadi tidak konsisten. Akibatnya susu drop kepada 16oz sehari dan sekarang 4oz sehari.

    Saya tidak nafikan, antara punca susu menjadi kurang adalah faktor kurang mengepam dan stress. Suami saya tinggal di Johor, jadi pada kebanyakan masa saya menguruskan anak sendirian. Saya sering terkejar-kejar waktu mengepam, dan menguruskan anak.

    Saya memerlukan bantuan untuk relaktasi. Saya sedang cuba kerapkan waktu mengepam di pejabat dan rumah, serta power pumping pada waktu malam. Saya hampir putus asa sekarang. Bulan ramadhan telah tiba dan saya semakin tidak yakin. Saya boleh bersabar apabila susu tidak banyak, tetapi saya tidak dapat bertahan kerana puting payudaya dah luka-luka.
    Saya harap puan dapat membantu. Terima kasih.

    Noor Aizura Zulkifli
    017-91xxxx9

  • Aizura Zulkifli

    kalau mcm inilah cara puan bagi kaunseling, its ok. terima kasih banyak2.. sgt2 terima kasih.
    (masa ni tengah emosi..hukhuk..)

  • Puan Yang Berbahagia

    Saya baru je baca PM ni
    Moga Allah ampunkan semua dosa kita
    (mudahnya orang membuat kesimpulan kan?) <--apesal nak mention lagi pasal ni? :(
    Selamat berpuasa


  • Aizura Zulkifli

    people always judge. but we ourself have to evaluate our own self. kelemahan saya mungkin sebab emosional dan terlalu berharap pd puan yg berilmu dan berpengalaman.

    tahniah sbb puan berjaya dan dikenali, bnyk membantu kami semua. teruskan usaha puan. semoga Allah merahmati.

    mungkin tak ada rezeki untuk saya mohon bantuan puan. apapun, terima kasih untuk panduan yang puan beri.

    slmt berpuasa.

  • Today
  • Puan Yang Berbahagia

    Sejujurnya seharian saya menangis di dalam hati. Saya jawab panggilan Puan semalam dalam keadaan sangat cepat. Sebab saya banyak kerja nak buat, nak masak, nak siap2 untuk terawih dan anak sedang tidur. Jadi saya kena buat kerja dengan cepat sebab bila anak dah bangun, lambat sikit lah kerja-kerja nya.

    Mungkin Puan tak faham sebab anak kecil lagi. Anak saya dah 3 orang....
    Mudah sangat Puan buat kesimpulan terhadap saya. Sedangkan saya dah berusaha jawab panggilan Puan. Saya WAHM (work at home mom). Tidak punya waktu kerja formal seperti mereka yang bekerja di pejabat. Terima kasih


    Moga Allah memadamkan kenangan ini dalam kepala saya dan tidak membuat saya berputus asa untuk membantu ibu menyusu.

    Siapa yang ingin dikenali? Lebih baik saya jadi surirumah, uruskan keluarga dan anak-anak. Daripada saya memberi kaunseling susu ibu, kemudian saya yang dimarahi?
    Allah... Berilah kekuatan kepadaku.

  • Puan Yang Berbahagia

    Saya cadangkan, Puan pergilah ke HTAA, ke Farabi dan berjumpa dengan Kaunselor Laktasi berbayar, yang punya waktu istimewa untuk melayan ibu-ibu menyusu.

    Dan bukannya bertanya pada saya yang bekerja dari rumah dan sibuk dengan anak-anak di rumah.

    (untuk makluman Puan, saya juga menjemput ibu-ibu menyusu ke rumah saya untuk kaunseling penyusuan, dengan kerjasama suami untuk balik awal dari tempat kerja dan menjaga anak-anak. Saya berharap moga Allah padam kenangan ini dan tidak memutuskan semangat saya).

  • Aizura Zulkifli

    Puan yg dirahmati. Saya faham, jika puan sibuk, puan boleh minta saya call kemudian atau apa sahaja. Saya lebih prefer untuk berjumpa, tapi cara puan menjawab panggilan semalam, mungkin tidak seperti yang saya harapkan. Saya tidak menyalahkan puan dan saya tidak mahu mencari kesilapan puan, kerana saya beranggapan ia adalah atas kelemahan saya. Ibu mana yg tidak sibuk, sama ada bekerja atau tidak, tugas ibu tidak bernah terhenti.

    Puan, saya call sebab di facebook sendiri puan tulis puan prefer kami call berbanding msg. Puan tulis pegalaman puan, menyusukan 3 anak dan lain2 pengalaman lain yang sangat memberangsangkan. Saya tidak tahu ke mana harus saya minta bantuan sebab itu saya bertanya kepada puan. Puan boleh memberi nombor atau orang lain untuk saya hubungi jika puan tidak dapat membantu. Saya faham puan sibuk.

    Puan. Jangan kerana apa yg terjadi puan patah semangat sebab kami yang tidak berilmu ini banyak belajar dari puan, indirectly menerusi internet. Saya masih menghormati puan sebagai orang berilmu dan berpengalaman.

    Saya tidak buat apa2 kesimpulan tentang puan. Saya cuma terasa dengan perkataan "buang susu formula", dan selepas puan jelaskan, saya faham sepenuhnya maksud puan. Apabila puan bertanya kenapa saya mahu teruskan penyusuan saya sedangkan apa yg saya pam seharian, amaun itu sebenarnya sudah cukup untuk keperluan bayi saya, saya jadi tidak pasti untuk menjawab apa. Saya mahu teruskan atas sebab tersendiri, yang tidak perlu saya nyatakan.

    Sesungguhnya intention saya cuma hanya ingin bertanya, how would i increase my milk production during ramadhan, kerana saya sedang berusaha untuk itu. Kesilapan saya kerana tidak terus bertanya kepada soalan utama, tetapi bercerita yang remeh temeh tentang latar belakang penyusuan saya.

    Ketika itu saya pun rasa terdesak dan sedih, jadi saya mohon maaf sekiranya apa yang saya luahkan menyakiti hati puan.

    Semoga Allah ampunkan saya, dan saya mohon ampun dari puan juga atas apa yang terjadi. Saya doakan puan dilimpahi rahmat dan keberkatanNya. Terima kasih atas masa yang diluangkan. Saya mohon maaf sekali lagi sekiranya ada perkataan dan bahasa yang tidak menyenangkan.

    Allah jua yang mengetahui. Terima kasih.

3 comments:

  1. salam zura.

    aku dari semalam teringin nak komen masa baca entry first.aku cuma bingung,blur dan tak puas hati.

    dia seorang kaunselor,bagi nasihat dan pndangan untuk orang lain tapi bila aku imagine cara dia layan ko,aku rasa dia ni macam tak sama dan sepadan dengan nama seorang kaunselor or consultant.cara dia emosi,cara dia macam carik salah orang lain dan carik alasan.aku jugak mother of three.anak kecik-kecik.aku rasa kalau aku tak mampu nak layan karenah anak-anak sendiri,baik aku tak payah jadi kaunselor.macam tu la perasaan aku masa judge dia.

    bak kata ko la, people always judge.bukan maksud aku nak judge sangat dia,tapi kita boleh nampak.jelas sangat.

    anyway zura.tabahkan hati.ko boleh handle semua ni dengan baik.Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala babe. btw aku rasa bersalah gak, ganggu dia. aku harap cara penceritaan aku tak biased la. i mean, dua2 ada salah. cuma antara sedar atau tak je la salah masing2 tu. dia ada text aku lagi kat fb, tp aku rasa cukup2lah.. haha

      konsepnya begini, tak kira kita salah atau betul, tak rugi pun minta maaf. dan tak kira kita berbudi atau tidak, tak rugi pun berterima kasih.

      aku simpan sebagai pengalaman manis jadi emak jelah. awal2 memang simpan dalam hati, tapi now dah sejuk aku maafkan jelah mana2 yang aku terasa tu.

      thanks babe. anak baru sorang ni. waa..mencabar betol jadik emak rupanya :D

      Delete
  2. agreed.bagi aku,aku cukup mudah lembut hati kalau dengar "maaf" dengan "terima kasih".

    yela.at least ko dh cuba carik tmpt utk bertanya.banyak ikhtiar tu..

    part mencabar jadi emak tu memang ye.aku pun ingatkan senang.haha!..tapi jangan serik untuk beranak lagi la ye.haha..

    ReplyDelete