Wednesday 19 March 2014

From HKL to HTAA dan Pakej Demam

Last week 14/03/14 Ahmad ada follow up kat HKL. Follow up dengan doktor plastic surgery untuk palate repair dia. Macam biasa la soalan-soalan doktor tetaplah soalan-soalan yang berulang, tidur berdengkur tak, makan dan susu ok tak.. huhu.. Menunggu tak lama dan jumpa doktor pun tak lama kali ni. Doktor pun dah tengok report pakar bius dan puas hati, terus bagi tarikh untuk operation. Vavava sangatlah berdebar nak buat persediaan mental ni.

Sebabnya? Sebabnya operation kat HKL ya Allah.. bersusunnnnnn kau. Mula-mula doktor letak bulan Mei. Tetiba ada pulak doktor tak bagi letak date bulan Mei tu. Last-last dapatlah tarikh awal bulan Julai. Insya Allah Ahmad akan admit 7 Julai dan kalau kesihatan dia memuaskan, doktor akan proceed terus dengan surgery.

Oh. Bulan Julai tu bulan puasa okkkk... Cemana tu.. mencabar pulak rasanya. Lepas tu raya pulak. Time raya tu Ahmad still kena berpantang. Harap-harap semuanya ok la.. Harap-harap Ahmad sihat dan fit untuk operation tu nanti.

Balik dari KL, Ahmad demam la pulakk.. Ye la, KL tengah kemarau dan berjerebu. Mummy pun sakit tekak dibuatnya. Kali ni dia Ahmad demam tak la melepek lembik tu tapi still manja. Tapi dia dah suka makan ubat, so tak susah dah bab makan ubat ni. Tapi dia dok tunjuk-tunjuk dagu dia.. Alamak tak faham la.. maybe sakit kat situ kot.. Bila periksa takde apa-apa pun. Kesian anak mummy. Makan tak mau, minum susu dalam botol pun tak mau. Nasib baik Ahmad nak minum susu kotak. Agaknya sedut guna straw tu less pain kot. Hmm.. mula la mummy rasa macam nak stop kan susu botol dia tu. Tapi yang susahnya malam-malam dia still nak susu sebab tak cukup intake waktu siang. Makan pun tak berapa sangat dah kebelakangan ni. Macam mana tu... huu..

Kat KL haritu sempat la bawak jalan-jalan KLCC, pegi Aquaria je pun.. Berlari-lari la Ahmad kat dalam tu sebab excited dan nak lawan rasa mengantuk dia. Dia memang macam tu, lagi mengantuk lagi aktif jadinya.. Dah tu dia lebih excited tengok air daripada tengok ikan. Sabar je la..

Today 19/03/14 Ahmad ada follow up dengan pakar pediatrik HTAA pulak. Follow up biasa je nak tengok perkembangan dia. So far doktor puas hati dan diorang decide untuk jumpa semula lepas operation nanti.. Baiklah doktor..

Masa kat HTAA tadi mummy berkesempatan bertemu dengan ibu yang ada anak Pierre Robin jugak. Mula-mula tak perasan. Anak dia aktif ya Rabbi.. berlari-lariiii je. Tak lama tu baru perasan and mummy try tegur ibu tu. Tapi tak dapat borak lama sebab nama Ahmad dah kena panggil. Anak dia nama apa pun tak sempat tanya, tapi umurnya dah 5 tahun. Dagunya kecik, lebih kecik dan ke dalam daripada dagu Ahmad. Tapi dia takde cleft palate pun. Haa.. ini first time mummy jumpa yang macam ni. Selalunya PRS mesti pakej dengan cleft kan?

Masalah anak dia lebih kepada masalah pernafasan. Tidur berdengkur. Makan pun limited choices la. Tadi budak tu makan roti, nampak ok je. Pertuturan dia mummy tak perasan pulak sebab masa mummy dengar dia bercakap tu mulut penuh dengan roti. Comel betul la budak ni.

Sebab terjumpa ibu ni la mummy tergerak nak buat group kat facebook tu. Mommies out there with same problems boleh request untuk join group http://www.facebook.com/groups/pierrerobinmalaysia/ ni ye.. nanti mummy approve.

Ok guys. Got to go. Thanks for reading.. Layan pics Ahmad kat KLCC hari tu ya! Daa..

gi KLCC naik lrt je. sibuk dia nak jadik pilot..




gigih betul pilot kecik ni. nangis tu nak jugak duduk kat depan ni




tu sibuk nak celup tangan dalam air.. haishhh..




with dedi depan KLCC

















nak lepas bebas je.. cuaca tak elok sangat kat KL. ni baru lepas hujan so kita chill la kat luar

sejak jadi toddler ni tak mesra camera dah.. mummy je yg lebih2. hukhuk.. T_T

2 comments:

  1. 14/3/14 ank sy pun iman mahirah pum ada tjanji kt hkl....x bjodoh kt kan...mungkin sy lmbt...jam 11bru sy smpai d hkl...iman x dpt trikh lg sbb msalah dagu dialah...x pelah lmbt pun jji dia shat....slpas repair lip ari tu iman jranng skit lg..
    Allahamdulilah

    ReplyDelete
  2. ala ye ke.. lenkali if kebetulan terjumpa tegur2 la eh.. iman umur berapa tu? memang lewat nk dpt tarikh kat hkl ni.. kalau kat swasta mungkin tak lama sgt kot. huhu.. jemput join group k. bole sharing2 cerita :)

    ReplyDelete