Wednesday 10 July 2013

Pengalaman Dengan Lactation Caunselor

Hari ini nak update pasal mummy je. Pasal mummy dan hatinya yang kecil. Hukhuk. Maaf ye Ahmad, mummy nak interframe kejap.

Mummy ni mungkin, eh memang.. mudah kecik hatinya. Cuma tak tunjuklah depan orang. Buat muka cool je bila kecik ati. Atau kadang-kadang buat muka takde perasaan. Kali ini sakit hatinya adalah lebih sakit daripada kena tembak masa presentation di universiti dulu. Dulu bila lecturer reject dan kutuk design, tahan air mata, pastu pegi belakang, nanges.. hahaha.. Ingat lagi time kena tembak dengan Ar. Marzuki time portfolio day. Tak pasal-pasal nangis..

Tapi kali ini, sakit sangat rasanya mungkin disebabkan anak. Bila bersangkut paut dengan anak, tak sangka yang hatiku rupanya fragile gilerrr.. Hahaha. I'm not the type yang tak sedar diri manusia ada limit. Saya sedar itu. Kadang-kadang cita-cita kita tinggi tapi kita kena redha bila Allah tentukan tahap mana je kita boleh berada. Tapi secara peribadi, saya jenis yang akan berusaha sampai saya puas hati. Kalaupun saya gagal, saya akan usaha lagi sampailah saya rasa it's time to stop dreaming and you have to move on. Gitu..

Dulu masa awal-awal lahirkan Ahmad, mummy memang berazam nak susukan Ahmad selama mungkin. Apabila Ahmad tak direct feeding because of his cleft palate n Pierre Robin Syndrome, I'm a bit down sebab penyusuan secara direct adalah ransangan terbaik untuk terus menghasilkan susu. Ok takpe. Ada je ibu yang exclusive pumping dan berjaya susukan anak hingga dua tahun. Ok, saya mahu cuba. Tapi saya letak target untuk Ahmad hingga 6 bulan dulu, as suggested by Kementerian Kesihatan la kan. Takmo pressure2. Alhamdulillah, mummy berjaya beri Ahmad susu ibu hampir 6 bulan. Then his demand makin tinggi, I start mix with formula milk.

Until now, Ahmad masih consume susu ibu, tapi tak sebanyak dulu. Because my production suddenly dropped. Salah satu sebabnya kurang mengepam dan stress. I think if I continue mengepam macam dulu mungkin amount susu yang terhasil sehari tidak sekurang ini. Sekarang ni amount terkumpul untuk sehari cuma 4oz.

So, setelah mencuba mengikut teori sendiri hahaha ye la of course la aku rujuk internet je, agak kurang berjaya. So I decide to seek for help. Lama fikir ni. Ok. Marilah kita call Lactation Counselor atau Kaunselor Laktasi katanya.

Saya tak pasti adakah tindakan saya betul. Tapi saya benar-benar mahu minta bantuan. Terlebih dahulu, apa yang terjadi ini, sehingga saya menangis, mungkin atas kekurangan dan kelemahan saya sendiri. I write this because I want to keep this as my journey. Semoga di masa akan datang saya tidak membuat kesilapan yang sama, semoga saya dapat memperbaiki kelemahan saya. Semoga saya dapat menjadi ibu yang lebih baik. Amin.

Sebelum merujuk kepada kaunselor, saya buat sedikit kajian, kepada siapa yang harus saya hubungi. Saya decide untuk call kaunselor di sekitar Kuantan, kalau perlu mungkin kita boleh berjumpa face to face. Saya call kaunselor ini, seorang yang agak terkenal dalam penyusuan susu ibu dan berpengalaman luas. Saya perlukan kaunselor yang berpengalaman luas kerana situasi saya tidak sama seperti ibu-ibu lain. Anak saya special needs, tidak direct feeding, jadi saya memikir dan mengharapkan kaunselor ini akan memberi panduan yang saya perlukan.

Walau bagaimanapun kawan-kawan, benar, apabila kita mahu bertanya kita perlukan ilmu. Walaupun sepatutnya orang yang bertanya itu sememangnya bertanya kerana dia tidak berilmu. Saya kurang ilmu penyusuan, mungkin kelemahan ini yang menyebabkan salah faham berlaku apabila saya menghubungi kaunselor tersebut.

Saya gelarkan dia Puan Yang Berbahagia. Kerana jasa baktinya membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Dalam satu laman facebook dia menulis tentang dirinya;

Kepakaran saya ialah memberi sokongan dalam penyusuan susu ibu agar ibu berjaya menyusu sehingga dua tahun dengan menyediakan kelengkapan penyusuan susu ibu serta khidmat kaunseling penyusuan.

Masalahnya ialah, ramai ibu menyusu yang tidak mendapat ilmu yang tepat dan sokongan dalam meneruskan penyusuan susu ibu.

Pengalaman menyusu saya untuk 3 orang anak:

1. -nama anaknya- (lahir pada ----- 2008)
2.
-nama anaknya- (lahir pada ----- 2010)
3.
-nama anaknya- (lahir pada ----- 2012)

Saya berpengalaman dalam:

1. Menyusu secara terus (direct feeding)
2. Mengepam bila berjauhan dengan anak
3. Menyusu semasa mengandung
4. Penyusuan berganda / tandem nursing (menyusu dua anak berlainan umur serentak).
5. Menyusu anak lebih 2 tahun


Sangat convincing sekiranya ini adalah CV. Hehe. Maka saya decide untuk call dia. Tapi sebelum tu saya dah PM dia di facebook, then saya call sebab dia prefer kita call supaya mudah untuk dia consult kita. Baiklah. Marilah call.


Kesilapan pertama saya, mungkin ketika saya menghubungi dia tidak kena pada waktunya. Mungkin dia sibuk, atau apa saja. Tapi dia tetap melayani panggilan saya. Saya ceritakan masalah saya sebagaimana yang saya PM dia di facebook. Kemudian dia bertanya usia anak saya. Sembilan bulan usianya sekarang.


Kesilapan kedua saya, apabila saya menggunakan perkataan relaktasi. Saya tidak sepenuhnya faham perkataan itu. Rupanya relaktasi itu adalah ibu yang telah berhenti menyusukan anak untuk sekian tempoh, dan berhasrat menyusukan semula anaknya. Dalam kes saya, Ahmad masih consume susu ibu walaupun hanya 4oz sehari. Puan Yang Berbahagia ini meninggi suara (mungkin pitch dia memang tinggi) apabila bertanya kenapa saya mahu relaktasi.


Puan Yang Berbahagia: Saya tak faham kenapa nak relaktasi. Relaktasi ni bla-bla-bla.. (dia bagi penerangan)

Mummy Comel: Oh sorry, jadi saya salah faham maksud relaktasi. So sekarang ni saya nak tingkatkan semula production susu saya.

Puan Yang Berbahagia: Anak awak dah 9 bulan kan? Berapa yang awak pump sehari yang itulah sepatutnya amount yang dia minum. 

Mummy Comel: Tapi sekarang dia minum susu formula juga

Puan Yang Berbahagia: Jadi sekarang apa masalah awak? Kenapa masih nak bagi susu ibu, anak dah makan macam-macam, berapa yang awak dapat sehari tu dah cukup untuk dia.

Mummy Comel: Kalau boleh saya nak kurangkan susu formula tu. (sebenarnya aku nak jawab sebab saya sayang anak saya.. time ni dah sebak pun)

Puan Yang Berbahagia: Apa susah, awak BUANG susu formula tu. Lepas tu kerapkan mengepam. Awak dah cuba power pumping?

 Mummy Comel: Dah.. em -terus letak telefon- wahahahahahah. 


Give up betul sebab down. Terus menangis. Saya tak ingat sangatlah secara detail perbualan kami. Tapi nada suara Puan Yang Berbahagia agak tinggi. Mungkin memang begitu nada suaranya, orang biasa bagi talk kan.. Saya sejujurnya tidak gembira dan berpuas hati dengan cara dia.


Dia orang berilmu dan berpengalaman. Dia mungkin kawan atau saudara kepada anda yang membaca blog ini, jadi saya tidak mahu memburukkan dia. Kerana dia mungkin orang baik-baik berlemah lembut sebenarnya tetapi saya tidak dapat merasakan daya simpati dan empati penuh keibuan sepanjang perbualan saya dengan dia.


Saya merasakan dia tidak berhak bertanya mengapa saya mahu susukan anak saya seperti yang saya mahu. Saya mahu minta tolong dia beri panduan untuk meningkatkan pengeluaran susu, apatah lagi sekarang sudah mula ramadhan. Tapi kenapa dia mempersoalkan tentang feeding anak saya?


Saya akui saya kurang ilmu. Anak saya sudah sembilan bulan. Tidak minum susu ibu pun tidak mengapa sebab dia dah makan macam-macam. Perbualan saya dengan ibu-ibu yang lebih berpengalaman mengatakan penyusuan selepas umur 6 bulan lebih kepada bonding untuk anak dan ibu. Saya kurang pasti tentang pembinaan antibodi bayi selepas 6 bulan, mungkin tidak dipengaruhi lagi dengan susu ibu, betul ke?


Anak saya cleft palate. Saya perlu memastikan dia sentiasa sihat dan bersedia untuk pembedahannya kelak. Saya perlu memastikan dia tidak selsema dan mengalami ear infection. Sepanjang pembacaan saya, susu ibu dapat mengelakkan ear infection. Tak tahulah kalau lepas 9 bulan dah tak bagi kesan pun susu ibu tu. Saya tak perlu menerangkan panjang lebar kenapa saya mahu meneruskan penyusuan untuk anak saya. Saya tak perlu berteriak kepada dunia yang saya sangat sayangkan anak saya dan saya merasa bersalah apabila dia dilahirkan begitu.


Selepas perbualan telefon tu, sambung pulak ke msg.. hehe..


Puan Yang Berbahagia: Maaf, terputus2 callnya. Jangan risau sgt ye. Bertenang. Istighfar bnyk2. Teruskan power pumping. Elakkan stress. Bila stress, susu tak keluar


Mummy Comel: Maaf ya. Sy rs puan ckp agak kasar td. Sy call dgn harapan, kalau boleh jumpa, dan sy sanggup bayar. Tp sy kecik ati betul. Maaf la sbb emosional.Sy nk upkan susu n now dah ramadhan sbb tu nk tny how. Xpe la puan, terima kasih atas ilmu yg diberi.


Puan Yang Berbahagia: Allahuakbar, puan, mungkin dengar kasar sbb saya cakap kuat, line tak berapa ok. Tgk la puan call pun terputus2. (padahal aku letak telefon haha..) Moga Allah ampunkan dosa sy jika sy berkasar dgn puan. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jika puan dah tenang dan nak call semula, feel free to contact me. TQ (ah aku da merajuk. hahaha.. takde pulak nak minta maaf dengan aku. takpelah, dia minta ampun dgn Allah dah)

Puan Yang Berbahagia: Maaf puan. Ayat puan "saya kecik ati betul" membuatkan saya menangis. Siapalah sy. Hamba Allah yg hina. Terima kasih. Moga Allah mudahkan semua urusan puan.


Mummy Comel: Puan suruh sy buang susu formula mcm itu bkn rezeki. Anak sy x direct feed dah cukup sedihkan sy. Bila sy nk bg yg terbaik utk dia at least puan bg smgt utk sy. Trima kasih puan utk pengajaran hari ini.

Puan Yang Berbahagia: :-). Jangan buat kesimpulan begitu. maksud sy, jangan sediakan susu formula di rumah. (i think she better in msg compared when she talk.. btw, jika dia tak maksudkan begitu, janganlah cakap begitu, kan?)

Mummy Comel: Semoga Allah berkati puan dan usaha baik puan.

Puan Yang Berbahagia: terpulanglah pada puan nak terima apa yg sy cakap mcm mana. Sy serahkan pada Allah. Terima kasih ;-)

Mummy Comel: Puan, puan kaunselor. Kami yg dtg mengadu ni ada masalah. Kalau boleh puan faham yg kami x gembira dgn situasi kami sbb tu mintak tolong. Kalau puan dpt lebih berhalus mungkin lebih molek. terima kasih puan sbb bnyk bantu indirectly through internet.

Mummy Comel: Kalau buang formula anak sy nk minum apa. Tq puan. Ya sy serah pd Allah juga :)

Mummy Comel: Maaf buat puan menangis. Sy pun menangis dgr kata2 puan td. Kalau semua ni berlaku atas emosi sy dan kekhilafan sy, sy minta maaf. terima kasih sudi jwb call sy tadi. 
(tiga msg berturut2. bhahahah.. emosinya cik puan comel ni..)

Puan Yang Berbahagia: Lokasi puan di mana? Sy hubungkan terus ke kaunselor yang berdekatan untuk puan jumpa face to face. Maaf sbb sy sibuk. Tapi saya cuba jwb call puan. Saya WAHM, work at home mom. Bekerja dgn anak2. TQ (motif nak cerita dia WAHM? aku da emosi tak pepasal nih. I know every mom is busy. Mom never stop working. Habis aku ni tak busy ke?)

Puan Yang Berbahagia: Ini cadangan sy supaya anak puan boleh minum air lain selain susu formula. Puan boleh beri fresh milk, jus buah2an, air masak. Tambahkan kalsium dll dalam makanan pejal. Banyak sgt pilihan lain. Sebab tu sy cakap tak perlu sediakan susu formula. Sebab bila dah ada susu formula kat rumah, kita sendiri bagi pilihan untuk anak kita minum. (mcm keluar topik je.. aku tanya how to increase production during ramadhan. i don't need this advice, but anyway, thank you)

Puan Yang Berbahagia: Minum susu formula tak salah pun. Sy hormati semua keputusan ibu. Situasi semua ibu tak sama. Jika itu sahaja pilihan yg ada. Sy cuma beri cadangan kerana puan beritahu yg puan nak menyusu sahaja, tanpa susu formula. (i said i want to reduce earlier, but yes.. she sounds better in sms, right?)

Mummy Comel: Terima kasih. Moga Allah merahmati puan..

Puan Yang Berbahagia: Sama-sama. Maaf atas salah faham yang berlaku.

I am not against formula milk. Saya mahu menyusukan Ahmad dengan susu ibu bukan kerana saya tidak suka dengan susu formula. Saya pernah baca nasihat yang lebih lembut bunyinya. "Sementara anak puan minum susu formula, cuba tingkatkan pengeluaran susu dengan kerapkan mengepam dll. Kurangkan susu formula apabila production semakin meningkat" ah, whatever nice words would be fine.

Saya tertanya-tanya apa sebenarnya tugas seorang kaunselor laktasi ini sebenarnya. Adakah dengan hadir gathering dan bagi talk sahaja. Adakah kita boleh request untuk berjumpa dan dapat consultation one to one. I know some of them mengenakan bayaran, itu memang patut la kan. Saya mengharapkan pada awal perbualan telefon tadi puan yang berbahagia memberi saya orang rujukan yang lebih tepat, atau mencadangkan saya berjumpa dengan sesiapa yang boleh membantu saya. Saya mengharapkan panduan mengepam yang betul, bila waktu yang sesuai untuk saya buat power pumping, malam atau siang, cara power pumping yang bagaimana (ada banyak cara.. just google), cara buat jadual mengepam, atau apa saja ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Tapi saya silap. Sebab saya berharap pada manusia. Dan kerana dia manusia, dia ada kelemahan juga. Saya boleh menyatakan kelemahan-kelemahan dia di sini, tapi apa gunanya mencari silap orang lain jika kita tidak memperbaiki kesilapan sendiri.

Pengajarannya?

Pengajarannya.. jangan call lactation counselor during office hour. Bila termenangis kan dah semua orang tahu. Malu! Hahaha.. Btw, thanks untuk kawan-kawan yang bagi pandangan dan semangat. Untuk some officemate who offer words, advices,and hugs, thank you very much. I appreciate it so much. Oh ya, dan selamat berpuasa :)


mummy jgn stress k ;)

2 comments:

  1. ahmad x puasa ni...bgtau jaip!

    ReplyDelete
  2. Mummy comel berjaya tak buat relaktsi tu....saya pun sedang bt relaktasi...nk tau jgk penglmn mummy comel camna

    ReplyDelete