Saturday, 31 May 2014

Artikel : Otot Lemah Punca Hernia

Oleh NORAINON OTHMAN
HERNIA atau angin pasang sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki walaupun perempuan turut mengalaminya. Penyakit itu berlaku pada individu di semua peringkat umur akibat kelemahan otot tubuh yang menyebabkan kandungan dalam badan membonjol keluar.
Kandungan itu biasanya ialah usus atau tisu lemak abdomen yang menembusi dinding abdomen yang kurang tebal membentuk kantung.

Hernia berlaku akibat kecacatan otot di badan sejak lahir yang dikenali sebagai kongenital, manakala jenis lain berpunca daripada kerosakan otot badan disebabkan kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan meningkat akibat batuk berulang kali, mengangkat objek berat, meneran, sembelit yang teruk dan sukar kencing.
Jenis hernia yang biasa ialah epigastric, umbilical, inguinal dan femoral.

Ramai lelaki mengalami hernia inguinal disebabkan proses perkembangan alat reproduksi mereka yang berbeza daripada wanita.

Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
Lubang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, kawasan itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Ada hernia yang pasang surut, tidak surut dan hernia jerutan. Hernia pasang surut boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain.
Pesakit merasa sedikit senak, tetapi lazimnya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit.

Bonjolan akan timbul atau saiznya bertambah apabila pesakit berdiri atau berlaku peningkatan tekanan dalam abdomen, misalnya disebabkan batuk.

Hernia tidak surut ialah bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, tetapi kemudian tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan.

Sebahagiannya mungkin kronik iaitu dialami dalam jangka waktu lama tetapi disebabkan tidak sakit, pesakit tidak mendapatkan rawatan.

Hernia jerutan bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudian mengalami jerutan pada bukaan hernia, menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah.

Pesakit merasa sakit jika bonjolan ditekan. Antara tanda usus tersumbat ialah loya, muntah dan perut kembung, malah pesakit boleh demam dan kelihatan tenat.

Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan.

Untuk mendiagnosis hernia, doktor akan meminta pesakit batuk, mengemut atau berdiri untuk pemeriksaan badan. Bahagian terbonjol boleh ditekan masuk dengan tangan.

Semua jenis hernia patut dibedah. Ini kerana usus yang tertonjol keluar menerusi lubang hernia menyebabkannya tersumbat, seterusnya mengakibatkan pengaliran darah ke bahagian itu terganggu dan akhirnya bocor.

Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan, termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak.

Menurutnya, jenis pembedahan yang biasa dilakukan ialah menggunakan jaring untuk menampal lubang hernia.

Pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi dilakukan iaitu dengan penggunaan kamera dan peralatan bagi menebuk bahagian tubuh yang mengalami hernia.

Tampalan jaring di bahagian berlubang boleh mengelak hernia berulang. Jaring untuk menampal bahagian berlubang diperbuat daripada sejenis plastik dan ia tidak mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alahan atau penolakan pada tolakan.

Jangkitan kuman jarang berlaku pada jaring tampalan. Bagaimanapun, jika terjadi, komplikasi boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.

“Hernia seperti inguinal, umbilical, femoral, incisional atau epigastric hernia boleh dibedah secara harian iaitu pesakit datang ke hospital untuk membuat pembedahan dan pulang ke rumah pada hari sama.

“Bagaimanapun, hernia besar atau ada komplikasi perlu menjalani prosedur lebih rumit, menyebabkan tidak boleh dibedah secara harian. Hernia kecil boleh dibedah dengan bius setempat,” katanya.

Menurutnya, pesakit hernia yang mempunyai penyakit lain seperti lemah jantung, diabetes atau tekanan darah tinggi yang terkawal masih boleh menjalani pembedahan dengan selamat.

Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan dibenarkan.

“Selepas menjalani pembedahan, pesakit sembuh dengan cepat dan boleh melakukan tugasnya tanpa gangguan dan selamat. Kerja di pejabat boleh diteruskan seperti biasa dua atau tiga hari selepas pembedahan.

“Pesakit boleh memandu sendiri kereta ke pejabat manakala kerja ringan boleh dilakukan selepas 10 hingga 14 hari berikutnya. Kerja berat pula boleh dilakukan selepas tiga hingga empat minggu pesakit berehat,” katanya.

Dr Chan berkata, pesakit yang menjalani pembedahan juga tiada halangan untuk kembali aktif bersukan. Selepas tiga atau empat hari, pesakit boleh berjalan kaki, berenang atau joging, antara lima hingga tujuh hari boleh bermain golf, bowling, bermain ski, papan luncur atau mendaki gunung.

Selepas 10 hingga 12 hari menjalani pembedahan, pesakit boleh bermain tenis atau berbasikal manakala dua minggu selepas itu, tiada sekatan untuk mereka membabitkan diri dengan sukan lebih lasak seperti bola lisut, bola sepak atau hoki.
 

Friday, 30 May 2014

Follow Up Klinik SOPD : Umbilical Hernia

Semalam kitorang pegi HTAA. Ahmad ada follow up kat Klinik SOPD (Klinik Pembedahan). Ini adalah untuk masalah umbilical hernia dia. Setelah menanti hampir setahun selepas last follow up dia which is last year, hernia Ahmad masih tidak tenggelam.

Pada kebiasaannya, hernia pusat ada kemungkinan untuk pulih dengan sendiri iaitu apabila otot perut semakin kuat maka lubang akan tertutup dengan sendiri. Oleh kerana pusat Ahmad takde perubahan, dan lubang tu pun dalam anggaran 2-3cm, then terpaksalah kena operate. Huwaaaa.. Operation lagi~

Mula-mula doktor nak bagi tarikh operate bulan 8, tapi hampir sangat dengan operation cleft tu. Mummy mintak tangguh operate bulan 9. Operation ni dikira minor la tapi Ahmad still akan dibius penuh. Pagi admit, petang dah boleh balik.

Ok nanti mummy akan share sikit info pasal umbilical hernia repair ni ye. Tunggu dah free sikit nanti mummy publish. Bye!

p/s: eh kejap. Sebelum tu mummy nak bebel dulu.  Masa mummy google artikel pasal hernia ni, biasanya kat ruangan komen tu akan ada banyak soalan-soalan daripada penderita hernia, atau mak ayah baby yang ada hernia. Ada yg tanya kat blog doktor. Secara logiknya, macam mana doktor tu nak bagi pendapat tanpa melihat keadaan pesakit? Lepas tu nak expect doktor tu reply segera.. Ya Allah, tolonglah ye pencari info sekalian.. tolonglah jangan takut untuk dapatkan rawatan di hospital. Bagi yang dah berusaha cara tradisional tapi tak berjaya tu, sila consider untuk dapatkan rawatan dengan doktor yang betul. Tapi bagi mummy sendiri, mummy lebih suka jumpa doktor dulu sebab rawatan akan dibuat berdasarkan maklumat dan fakta. Bukan doktor suka-suka je nak belah perut orang ye. 

Pegi klinik, dapatkan pengesahan penyakit dan mintak refer letter doktor kat klinik tu untuk dirujuk kepada pakar sama ada kat hospital kerajaan atau swasta, terpulanglah.. Ye mummy tahu, ada yang risau pasal kos rawatan. Ada yang tak percaya pada hospital kerajaan, atau tak mampu tunggu giliran so nak tahu kos di hospital swasta. Kalau nak tahu kos, kena dapatkan rawatan dulu then doktor akan beritahu kos. Sebab lain pesakit, lain keadaannya. (Pasal kos mummy cerita kat entry lain ok!) Kita ikhtiar dan janganlah takut sebab kita ada Allah. Tawakal dan redha. (panjang lak bebel) Peace!*





Thursday, 29 May 2014

Susu Miqalicious Untuk Ahmad

Hari ni Ahmad ada appointment klinik SOPD kat HTAA. So mummy buat scheduled entry je. Saja nak bercerita sikit pasal susu formula Ahmad. Baru-baru ni tukar susu lagi. Hehe.

Ahmad minum susu ibu secara esklusif cuma sampai 6 bulan je. Lepas tu dia dah start campur dengan formula sampai umur dia 10 bulan. Masa tu mummy bagi dia minum susu kambing Karihome step 2. Alhamdulillah memang serasi dengan dia susu kambing tu. Yang penting takde muntah, takde cirit, takde sembelit. Ini memang mummy jaga sebab Ahmad ada umbilical hernia. Tapi Karihome mahal. hukhuk. Lepas 10 bulan Ahmad consume Karihome sepenuhnya.

Tapi.. langit tak selalunya cerah. hahaha.. padahal mummy ko yang kena berjimat. Mummy decide untuk tukar susu lepas Ahmad masuk umur setahun. Ahmad start minum susu S26. Salah satu reason tukar susu ni sebenarnya nak tambah berat badan Ahmad. Sebab banyak feedback susu S26 boleh naikkan berat badan. Masa umur setahun berat Ahmad masih tak cantik. Bising je nurse kat klinik tu.

Pergi farmasi, ahli farmasi situ pun suggest S26 jugak. Mummy amik yang murah je, S26 progress.. yang gold mahal sikit. hehe.. Ahmad ok jugak minum S26. Berat pun naik cantik je. Dah tak kurang berat badan dah. Legaa...

But being a crazy mom, mummy decide untuk tukar susu lagi selepas dua bulan. Tukar susu Halib's pulak dengan pemakanan sunnah. Tapi Ahmad macam kureng dengan susu ni. Mungkin sebab waktu tu dia tak sihat kot, jadi dia tak berapa nak minum sangat. Dan mummy sendiri tak suka tengok susu tu jelas sangat butir-butir gulanya. Hahaha.. drama betul mak ko ni. Ngade! Eh tapi ramai bagi feedback bagus untuk susu ni. Selsema batuk anak, athsma, alergik, jadi better. Bolehlah if ada sape-sape nak cuba.

Mummy ngade gi tukar susu lagi. Kali ni nak yang murah. Beli Dugro pulak. Dugro yang ada sayur dan buah tu. Tapi tak serasi dengan Ahmad. Demam dan cirit. Panas kot. Minum 3 hari je lepas tu terus tukar balik S26 progress sammmmpailah sekarang.

Tapi mummy perasan, sejak Ahmad umur setahun dia memang kerap demam, selsema dan batuk. Rasa sedih pulak tak dapat breastfeed dia lama-lama. Oleh kerana lagi sebulan je Ahmad akan operate, mummy decide nak cuba tukar susu (lagi). Hahaha. Kali ni sengaja google susu kambing sebab terpengaruh katanya elok untuk build up antibodi. Lagipun masa consume Karihome tu memang elok serasi dengan Ahmad.

Tapi untuk beli Karihome lagi.. ohhh tidak. Sebab makin mahal weyyy. hahaha. Ada la dua tiga pilihan lain susu kambing buatan Malaysia ni. Mostly dengan makanan sunnah la. Tapi mummy tertarik dengan Susu Miqalicious. Ada ekstrak kurma, kismis, delima, habbatussauda,  buah tiin, buah zaitun, madu, za'faran, manna dan avocado. Amboi-amboi banyaknyaaaa...

Ada dua perisa. Perisa asli dan coklat. Mummy beli yang asli untuk Ahmad. Alhamdulillah, elok je dia minum. Poo poo pun ok. Yang paling best batuk selsema kali ni cepat je elok. Kalau tengok keadaan dia masa batuk tu.. haishhh.. siap bernafas laju tu memang ada harapan kena warded. Mujur je masa tu tak demam. Selalunya bila selsema batuk memang akan datang dengan pakej demam dan masuk wad. Huuu..

Mummy pun tumpang sekaki beli susu kambing Mummylicious. Sedap wehhh.. tak tipu. Hahaha. Aku tengah mengandung ni tekak memang ngade-ngade la, semua benda tak sedap. Tapi susu ni sedap. Nak nangis tu masa minum. Hihi.

Ok la. Sape-sape nak cuba susu Miqalicious tu bolehlah cuba. Walaupun mahal sikit dari segi harga berbanding susu S26 tapi dari segi penggunaannya lebih menjimatkan sebab scoop kecik je. Anak pun minum sampai habis. Heh, memang puas hatilah! :)



Wednesday, 28 May 2014

Bisul Tepi Telinga, Kahak Dalam Paru-paru. Macam-macamlah Ko Ni Ahmad...

Last entry ada cerita sikit pasal Ahmad kena bisul kan? Ni nak cerita lagi pasal bisul dia tu. Huhu. Macam mana boleh kena bisul? Biasanya bisul ni akan terjadi kat tempat-tempat yang mudah berpeluh, maksudnya ada liang aktif la kat situ. Mummy tak pernah kena bisul. Huhu..

Kat tepi telinga Ahmad ada macam liang jerawat. Dari semasa ke semasa, kadang-kadang keluar cairan nanah kat liang tu. Ala.. macam nanah jerawat tu. Kadang-kadang mummy geram so sengaja picit, which is, sepatutnya jangan picit ye tuan puan.. Jerawat kan tak elok picit, nanti ada jangkitan. haa.. camtu la konsepnya. Kadang-kadang Ahmad garu-garu pun terkeluar jugak nanah tu. Dia tak sakit pun.

Lepas dia dah baik demam tu, barulah nampak tepi telinga tu membengkak. Zass.. terus mummy bawak Ahmad gi Klinik Hidayah depan rumah. Dapat antibiotik kena consume selama 5 hari. Dah habis antibiotik, bengkak tepi telinga tu surut sikit tapi mata bisul tak keluar-keluar lagi. Mummy just bagi ubat surut bengkak, untuk kurangkan radang bisul tu. Alhamdulillah, Ahmad masih aktif walaupun kadang-kadang datang mengadu sakit.

Dalam masa yang sama, mummy tak sihat.. selsema batuk teruk dan ada sikit bleeding (huwaaa.. pehal la asyik bleeding je). Kebetulan mummy ada check up monthly kat klinik kesihatan, terus mengadu kat doktor dan mintak cuti sehari. Tapi doktor baik, bagi 2 hari. yahoo!!

Tapi tak yahoo sangatlah sebenarnya. Sebab 2 hari MC duduk rumah, Ahmad terus kena jangkit batuk selsema. Huwaaa.. Sian anak mummy. Ahmad ni mummy paling takut bila dia batuk selsema sebab kemungkinan untuk masuk wad tu ada. Memang cuak la.. dengan aku tengah tak sihat ni kalau warded rasanya memang mummy menangis. Hari jumaat tu batuk selsema Ahmad makin teruk. Mak dia ni pulak bajet anaknya dah dewasa sangat, gi bagi makan aiskrim. Ko dah kenapa Zura??? Bijak sangat ni kenapa??? Siapa ajar batuk selsema bagi makan aiskrim? Kalau tonsil lainlah citerr..

Lepas tu, Jumaat malam tu, Ahmad tido dengan batuk-batuk. Sebenarnya dia tak tidur pun. Bergolek-golek dengan mata terpejam je. Subuh tu mummy tengok nafas dia laju. Ini memang tak best. Hukhuk. Klinik dekat-dekat rumah semua bukak malam je on saturday. Mummy google2, mana klinik yang ok. Nak gi pakar kanak-kanak kat Beserah tu macam malas. So decide nak pergi Klinik 1 Malaysia UTC je. Hee..

Tapi tokki Ahmad tak bagi pergi berdua je dengan Ahmad. Tokki cakap dia nak join temankan. Ok bagus.. Tapi UTC tu macam jauh jugak, nak kena masuk bandar. So takpe, pegi klinik 24jam Putramedic kat Indera Mahkota. Hampeh la 24 jam nyerr.. hari sabtu kitorang pegi tu dia bukak pukul 6 petang. So, pegi Klinik 1 Malaysia kat Jln Sg. Lembing. Kat situ pun takleh dapat rawatan sebab dia tak open untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun yang batuk selsema. Sebabnya kat situ tak ada doktor, cuma ada MA je so diorang tak boleh rawat pesakit bawah 6 tahun. Acaneh tu??

Tukar plan, jom ikut plan asal gi UTC. Waktu tu dah pukul 12 dah. Untuk pengetahuan, klinik kat UTC ni akan lunch break pukul 1-2 ptg. Kitorang gamble je pergi sebab jauh jugak la dari Jln Sg. Lembing tu. Dalam pukul 12.20 kami sampai UTC, mummy terus bawak Ahmad gi register. Naseb kaunter blom tutup. Tunggu turn pun tak lama.. ada dua doktor hari tu. Masuk bilik doktor, Ahmad kena check then terus doktor suruh amik nebulizer untuk cairkan kahak kat paru-paru sebab dah penuh sangat pun. Tu yang nafas laju tu.

Alhamdulillah, kali ni amik nebulizer sangat smooth sebab Ahmad bagi kerjasama dengan baik. Kalau tak memang mengamuk la budak ni. Elok je Ahmad pegang neb tu. Cuma sesekali dia bukak sebab nak tengok asap keluar. Mak ko ni tahan muntah je bau asap. Huhu. Lepas tu jumpa doktor balik, check paru-paru dah agak ok dah. Doktor bagi ubat salbutamol untuk relief kahak kat paru-paru tu. Sebbaik tak demam.. kalau demam tu memang warded la jawabnya takut ada jangkitan kat paru-paru. Lepas tu dapat ubat sapu sekali untuk bisul kat telinga Ahmad tu.

Lain kali rasanya boleh consider Klinik 1 Malaysia UTC ni. Agak bagus service and environment kat sini. Satu sebab mummy prefer klinik ni sebab doktor-doktor dia adalah doktor yang practise kat GH jugak. Kalau doktor swasta ni, ada yang masih beri ubat batuk dan selsema kepada budak bawah 2 tahun. Ikut rules kementerian, memang dua ubat ni tak diberi kepada patient bawah 2 tahun. Lepas tu, mummy senang sikit kalau doktor gomen ni, senang apa-apa hal kalau kena refer ke hospital. So mummy tetap suka gi klinik kesihatan atau klinik gomen walaupun orang lain tak suka. Haha. Sebab Ahmad memang ada rekod kat HTAA, so senang..

Lepas sapu ubat bisul tu, baru la nanah dia membuak-buak membesar. Bengkak yang dah surut tu kembali membengkak dengan dipenuhi nanah. Seminggu jugak la tunggu lepas sapu ubat tu. Tapi mata bisul masih tak ada. Sedar-sedar je dah merening bengkak tu dan kuar nanah sikit. Nak pecahkan sendiri takut, so bawak gi klinik. Dua klinik, dua-dua doktor tak boleh nak buat. Diorang suruh pegi hospital. Masa pegi klinik tu hari Isnin malam. Ah leceh gile nak gi hospital, kena gi kat kecemasan la pulak malam-malam ni. Nak pecahkan bisul je punnnn..

Seriously, untuk budak kecik kalau nak pecahkan bisul, berbeza kaedahnya berbanding orang dewasa. Kami decide untuk pegi esoknya jelah. Tapi malam tu, bisul tu dah pecah naturally. Nanah tu keluar sikit-sikit sampailah bisul jadi kecut. Dah kecut tu, tak pergilah hospital dah. Sebab 29hb ni Ahmad memang ada appointment kat HTAA, nanti follow up sekaligus untuk luka bisul tu terus. Harap-harap dah keluar habis la nanah tu.

Camtu la ceritanya panjang lebar.. Hehe. Sian anak mummy. Mummy pun stress tapi takpelah, inilah pengalaman namanya.

masa baru baik demam.. baru nak ada selera makan. bengkak bisul tak timbul lagi..

muka belah kanan dah start bengkak. style gosok gigi skrg kena baring. ngade!

kat klinik UTC sebelum amik neb

tengok bisul kat telinga tu. sakit2 pun solat tetap wajib ditunaikan

dah besar habis dah.. ada nanah.. huuu serammm

kat klinik nak pecahkan nanah. hampeh doktor tak bole buat

dia pedulik hape sakit pun. tetap nak main susun-susun bangku tu

nanah keluar sikit-sikit. sakittt...

esoknya Ahmad dah cergas dah. main masak-mask :)




Monday, 19 May 2014

Less Than 50 Days

Kurang 50 hari lagi Ahmad akan menyerah diri ke HKL untuk cleft repair. Mummy is takut. Perasaan mummy macam nak pergi interview Arkitek J41 hari tu. Bila terfikir je rasa seram sejuk. Hukhuk. Tapi dalam hati ada perasaan excited! Excited sebab dah lama mummy nantikan saat-saat ini.

Memang ada rasa berbelah bagi pun. Tipulah kalau kata tak ada. Kadang-kadang tu ternangis jugak. Kalau dedi Ahmad ada dan nampak mummy menangis, nanti dia tanya kenapa menangis? sambil buat muka kurang senang. Yeah i know i know dia memang tak suka bila mummy cengeng. Nak cerita salah, tak cerita pun salah. Sebab kita tau kita nangis atas benda yang remeh temeh. Tapi itulah ibu. Perasaannya halus. Dalam pada nak menahan air mata, sesekali tertumpah juga.

Mummy menangis bukan sebab takut atau risau. Semua tu mummy dah redha. Mummy ready je sebab lepas Ahmad lahir pun memang dah tahu yang dia perlu buat cleft repair ni. Jadi mummy dah ada masa bersedia selama 1 tahun 8 bulan dah selama ini. Cumanya, ada rasa belas pada anak. Rasa kesian sebab dia perlu laui semua ni. Budak tu kan kecik lagi, takde dosa, suci, tapi dah diduga macam ni.

Tapi jauh di sudut hati, rasa yakin Ahmad boleh lalui semua ni. Sebabnya? Sebab I read about others. Kalau anak-anak PRS lain mampu melaluinya, Ahmad pun mesti boleh. Itukan doa kita sebagai ibu. Mestilah doakan yang baik-baik untuk anak.

Alhamdulillah, perkembangan pertuturan Ahmad agak baik. Boleh sebut nama-nama benda, boleh bertutur walaupun pelat. Cuma baru-baru ni mummy dapat detect bunyi sengau dia. Ada la kat certain-certain huruf. Hukhuk.. sedih jugak tapi kita memang akan rasa sedih bila kita asyik fikirkan yang kurang je. Kalau fikir kelebihan dia, terus rasa gembira dan bersemangat. Anak mummy ni not bad juga (puji dalam hati). hehe..

Ahmad sekarang tengah kena bisul kat telinga. Patutlah dia demam sebelum ni. Demam tanpa punca. I mean, kitorang tak keluar pergi mana-mana pun, macam mana boleh demam? Jangkit dari mana? Oh rupanya ada jangkitan kuman, kena bisul. baru perasan telinga dia bengkak tu. Kat luar telinga. Kalau dalam telinga, gelabah jugak.. risau.. Demam dia dah pulih, tapi bisul masih belum masak. Kesian Ahmad, sakit.. sakit.. ubat.. ubat.. pandai pulak tu mintak ubat. Hihi.

Harap-harap menjelang hari pembedahan ni Ahmad sihatlah hendaknya. Serba salah juga nak bawak dia berjalan jauh, pergi ke kawasan yang crowded dan bercampur dengan budak-budak yang tengah tak sihat. Sebagai langkah awal, mummy cuba tukar susu dan bagi makan madu. Nak tengok boleh improve antibodi dia tak.

Doakan Ahmad sihat-sihat je dan boleh dibedah mengikut tarikh. Tak sanggup nak tunggu lama lagi. Lagi dia dah besar, lagi rasa kesian. Dah la pulak maknya ni pun tengah peknen. Huhu. Doakan ya!

Thursday, 15 May 2014

Home Schooling?? Hmm..

Kebelakangan ni mummy tertarik dengan blog ibu-ibu yang amalkan home schooling untuk anak-anak. Lepas tu mula la nak berangan home schooling jugak kan.. hahahh.. Tapi mummy keje, rasanya masa untuk mengajar anak tu terhad sangat-sangat. Tapi, ada je ibu yang bekerja tetapi berjaya home schooling anak-anak diorang. So maknanya tak mustahil la kan? Sebab home schooling ni bukanlah macam kita mengajar secara formal, dan perkara-perkara yang diajar pun bukan semata-mata ABC, 123 atau subjek-subjek seperti pelajaran formal di sekolah.

Untuk Ahmad, tak ada paksaan untuk dia belajar. Mummy pun jenis simple-simple je. Mummy tak macam orang lain yang boleh komited untuk ajar anak (atau perkataan sebenarnya mummy ni ada penyakit M) hahaha.. Ya, ada masa cuma temankan Ahmad je, takdelah melayan dia sangat pun. Waktu-waktu mummy malas layan tu biasanya Ahmad akan explore sendiri permainan dia. Time ni boleh la nak lipat kain ke (which is sangat jarang sebab malas.. urghh) atau buat benda-benda lain.

Tetapi, ada masanya Ahmad akan minta dilayan, terutamanya bab membaca buku, atau tengok youtube atau video kat komputer. Kalau dia minta layan, kenalah layan. Itu maksudnya dia betul-betul nak fokus buat benda tu dan perlukan sokongan dan pertolongan mummy.

Mummy bersyukur sebab Ahmad sangat sukakan buku. Ini memang mummy pupuk sejak dia kecil lagi, sejak mata Ahmad dah boleh fokus. Pun, mummy tak lakukan dengan paksaan. Mummy start dengan softbook. Tunjukkan gambar binatang dan buat bunyi. Masa tu Ahmad dalam dua, tiga bulan. Oleh kerana dia didiagnose dengan Subependymal Cyst, jadi mummy memang risau pada perkembangan dia.

Masa Ahmad mula-mula belajar fokus, mummy gunakan baby rattle yang ada biji-biji kecil warna warni kat dalam tu. Mummy uji pendengaran dia dulu. Bunyikan rattle di telinga kiri atau kanan, dan tengok respon dia sama ada dia dengar tak. Lepas tu mummy uji penglihatan dia. Bila tengok mata
dia boleh ikut pergerakan rattle ke kiri dan ke kanan, mummy dekatkan rattle tu pada mata dia untuk dia fokus pada pergerakan biji-biji warna warni dalam rattle tu. Amazing sangat bila tengok respond dia.

Lepas tu barulah mummy guna softbook. Alah, softbook 6 muka surat je pon. Ajarkan dia binatang-binatang mudah. Dah lama-lama tu mummy ulang baca tapi dah tak tunjuk pada gambar binatang tu, tapi bila sebut, mata dia automatik akan terarah pada binatang yang dimaksudkan.

Ahmad ada banyak jenis buku. Dalam hal ni, ibu-ibu kena pandai tengok potensi anak. Sebab anak-anak ni akan ada kegemaran pada kebiasaannya. Macam Ahmad, dia suka buku transport dan binatang. Mummy tak guna flash card, sebab flash card biasanya ada satu gambar dan kita kena sebut. Buat aktiviti tu berulang-ulang. Bukan Ahmad yang tak suka, tapi mummy yang boring. Hahahaha..hampehh.. Lagipun tau la budak-budak, bukannya nak fokus lama-lama pun.

Kalau buku ABC, 123, memang boringlah.. sebab konsepnya macam flashcard jugak. A for apple, B for bus, C for car. That's booooringggg.... (teruknya mak ko ni Ahmad). Huhu..

Apa yang mummy buat ialah, beli terus buku cerita. Hahahaha. Mari sini Ahmad, mak ko memang suka bercerita-cerita ni. Merepek-merepek, buat lagu entah apa-apa memang kegemaran mummy. Hihi. Tapi, belikan buku cerita yang tak serabut dengan banyak grafik, which is memang agak susah nak cari. Terima kasih kepada Big Bad Wolf. Ada banyak pilihan hoyeahhh..

So masa sesi membaca, sebenarnya mummy tak ikut skrip atau ayat buku tu pun. Mummy bercerita ikut tahap kefahaman anak pada masa tu. Tunjukkan gambar watak-watak dalam cerita tu dan sebutkan. Dah lama-lama tu nanti anak pulak yang bercerita untuk mummy. Hehehh..

So macam tu je la macam mana bermulanya minat Ahmad pada buku. Tapi apa-apa pun, on top of that, Ahmad lebih gemar aktiviti outdoor. Cuma tu lah, kesihatan dia pun tak berapa elok sangat jadi memang mummy kurangkan aktiviti outdoor. Setiap hari memang ada aktiviti membaca. Sama ada mummy yang tanya nak baca buku tak, atau Ahmad sendiri yang datang dengan buku dan mintak mummy bacakan. Bila ada dedi Ahmad, dedi lah yang kena bacakan. Hahaha..

Sekarang baru nak mulakan aktiviti lain. Main pompom balls, ice cream sticks, colourful stones main gam-gam, lukis-lukis, warna-warna and others. Dia memang suka la.. Haritu pergi rumah kawan mummy, kebetulan ada kinetic sand so Ahmad join la anak kawan tu main. Eh seronok je dia main, berkawan pulak tu. Ada je kinetic sand kat rumah ni, ye laa.. mummy memang jual pun hehe tapi tak buka lagi untuk Ahmad sebab takut sepah (alasan malas nak kemas la tu). Haha. Then, aktiviti tengok youtube. Biasanya pasang video binatang la. Sambil tu bercerita la kat dia pasal binatang tu.

So itu jelah home schooling nya pun. Home schooling la sangattt tapi OK whattt.. Hee.. Tengoklah, buat apa yang termampu untuk ajar anak. Yang penting masa berkualiti yang kita luangkan dengan dia. Dan make sure dia gembira :)















Sunday, 11 May 2014

Kelahiran Yang Membuka Mata

Yes I am pregnant again. Almost 11 weeks already. Pregnancy kali ini dihadapi dengan rasa yang bercampur baur. I don't want to expect anything, berserah sepenuhnya kepada Dia.

Semasa mengandungkan Ahmad dulu, pada first trimester mummy ada perasaan yang tak best. Maksud mummy, mummy sedang mengandungkan Ahmad dalam environment yang kurang baik. Mummy masih struggle nak habiskan study, sentiasa stress, makan tidur yang tak menentu, dikelilingi perokok, dan mummy memang tak gembira dengan environment mummy masa tu. Masa third trimester, mummy dah kembali bekerja. I am happy, dan sangat bersedia dengan kelahiran Ahmad. Ada seorang bidan bertanya ketika mummy tengah sarat, mummy takut tak? apa perasaan mummy? Jawapan mummy masa tu, mummy ok :)

Tapi yelah. End up lepas Ahmad keluar, memang kejutan sangat rasanya. Hahaha.

And now, if ada siapa-siapa tanya lagi mummy takut tak? Urm.. how would I say? Ya, ada sekelumit perasaan risau. Tapi mummy sangat yakin, seluruh jiwa raga mummy telah meletakkan redha untuk setiap ketentuanNya. Eh, ada cerita sikit. Last time masa scan at 8weeks, doktor tak nampak jantung baby. So now tengah tunggu next scan on 12weeks. Awal-awal hari tu mmg ada bleeding sikit. Doktor cakap maybe implantation bleeding or tanda awal miscarriage. Alhamdulillah until now, semua ok. Bleeding pun dah takde. Tapi tak berani nak letak harapan tinggi sebab kandungan masih awal kan. The thing is, mummy bukan takut pada berita buruk (miscarriage) tapi kalau ditakdir la gugur, mummy takut kena D&C. haha.. boleh tak? Apa-apa pun please doakan kandungan mummy selamat, sihat dan sempurna, ya?

Tak ada apa nak cerita sebenarnya. Check up Ahmad 29 Mei ni dengan SOPD untuk masalah umbilical hernia dia. For the time being, Ahmad membesar dengan baik, normal, cheeky dan suka bergurau. I am such a happy mother. So kita mengimbau kenangan je la ye. Orang pregnant gini la, ada masa suka layan emosi. Hikhik. Perkembangan Ahmad kita cerita lepas check up nanti ya?

Mummy rasa ada pernah cerita sebelum-sebelum ni, tapi takpelah, saja nak cerita lagi. hehe.. Sebelum Ahmad lahir dulu, lepas air ketuban pecah (pagi), mummy terus kena warded. Masa kat wad tu, mummy berkenalan dengan bakal ibu yang menanti kelahiran anak sulungnya, setelah beberapa tahun menanti. Ada harapan pada wajah ibu tu. Tapi dia ramah je bercerita, kandungan dia bermasalah sikit (tak ingat apa. sama ada dia cerita tak detail, atau mummy tak dengar dengan teliti. huhhu..) Malam tu, ibu tu dah masuk labour room dah. Lewat tengah malam, mak mertua kepada ibu tu datang kemas barang-barang menantu dia. Mummy terbangun masa tu, dan tanya dia," baby dah lahir?". Tenang je dia jawab," dah. tapi baby tak dapat selamat."

Mummy speechless. Sambung tidur dan esoknya bercerita pada dedi Ahmad. Kami berbincang tentang redha. Ya, hari itu mummy cuma belajar teori tentang redha. Esoknya selepas Ahmad lahir, mummy rupanya ditakdirkan belajar praktikal pula tentang redha. Berapa lama ambil masa untuk redha? Tak semudah kita memperkatakannya secara teori. *smile*

Berpeluang untuk menghabiskan masa di hospital, ada banyak benda yang mummy belajar. Konsep redha, konsep bersyukur. Kelahiran Ahmad betul-betul membuka mata supaya mummy melihat dan berfikir di luar kotak. Mummy menjinakkan diri bersosial dengan ibu-ibu yang mempunyai anak dengan masalah yang sama. Sangat tak pernah terlintas di fikiran. Actually, mummy bukan orang yang ramai dan gemar berkawan ye.
Mummy membaca kisah-kisah ibu dengan anak-anak yang lebih bermasalah; autisme, cerebral palsy, sakit jantung, leukimia dan lain-lain, which is selama ni I never bother pun.

Setiap kali ke hospital sebab Ahmad admit, atau follow up dengan pakar, mummy belajar benda baru daripada ibu-ibu lain di situ. Dan perkara yang paling berharga yang mummy belajar daripada semua ibu-ibu itu ialah tentang HARAPAN DAN KEYAKINAN.

Harapan itu doa sebenarnya. Mana-mana ibu sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya, betul tak? Duduk di wad pediatrik tu, macam-macam latarbelakang pesakit kita boleh jumpa. Paling mummy ingat masa beberapa kali warded; ibu Melayu dengan anak bermasalah hydrocephalus, ibu keturunan India-Muslim dengan anak bermasalah cerebral palsy, dan ibu India dengan anak bermasalah epilepsi kronik. Ibu-ibu ini mummy sempat borak-borak dan perhatikan layanan mereka pada anak masing-masing.

Semua ibu-ibu itu tidak pernah putus harapan. Semua ibu-ibu itu penuh cinta pada anak masing-masing. Mereka menguruskan anak-anak dengan cinta. Memandikan anak, membedakkan anak, menyanyi dan bercakap untuk anak seolah-olah anak mereka faham, mencium dan membelai. Mummy sendiri akhirnya terfikir, setabah itukan aku? Kerdil sangat rasanya. Ibu-ibu itu tidak lokek bercerita tentang perkembangan anak-anak mereka. Tak malu. Mereka memuji anak-anak. Mereka terima kata-kata negatif doktor, tetapi masih berharap keajaiban berlaku pada anak masing-masing. Secara nyatanya, anak-anak mereka memang lemah dan terlantar je. Tapi sangat hebat harapan ibu-ibu itu. Mereka yakin anak-anak mereka bijak dengan cara tersendiri dan mereka bercerita kehebatan anak-anak mereka. Kagum! Tetapi mummy tidak hairan, sebab kunci utamanya mereka semua kembali pada Tuhan. Mereka percaya kuasa Tuhan melebihi segala-galanya. Amazing right?

Eh, tapi tipu la kalau kata mummy tak jumpa ibu yang negatif. Ada tu memang ada tapi entah la, I always see things in positive way. Yelah, bukan semua orang menerima ujian yang sama. So I dont want to judge them. I pray they will get hidayah and layan anak diorang baik-baik. Harta akhirat tu...

Itulah pelajaran besar yang mummy belajar daripada kelahiran Ahmad. I really learn a lots! Lantas, nikmat mana lagi yang hendak kudustakan?

Mummy redha dan bersyukur kerana dengan ujian kecil ini, mummy berpeluang belajar perkara yang sangat besar dan berharga. Cantik kan aturan Allah? :)

Friday, 9 May 2014

Facebook Group Pierre Robin Msia

Salam semua. How la mummy boleh tak perasan dah ada fb group Pierre Robin Msia ni. Dah lama dah pun. So oleh kerana group Pierre Robin Sequence Malaysia yg mummy setup tu hampeh takde update hahaha, mummy dah invite all the grup member ke group Pierre Robin Msia ye.. kat situ meriah sikit!

So new reader yg mempunyai anak dengan masalah yang sama, jemput ke group Pierre Robin Msia ye :)