Wednesday, 13 February 2013

Aktiviti Pagi Ahmad

Mummy ni memang tengah gemuk, teringin sangat nak keluar jogging tapi hari-hari biasa memang tak sempat. Lepas kerja terus kena balik ke rumah uruskan Ahmad. Kalau nak diet jaga makan pulak hmm.. memang tak la kan sebab mummy takut sangat susu drop. Tapi salah satu penyebab gemuk ni sebab mummy suka sangat snack. I mean, walaupun tak perlu kadang-kadang mummy makan kacang la, buah la, coklat la, merapu-rapu sangat tapi itu la nak kawal diri bukan senang kan.

Zaman muda-muda dulu lepas balik kerja je mummy terus pergi jogging. How I wish I could do that again, lagi best kalau boleh jog dengan Ahmad, kan? Baru-baru ni cuti panjang sempena tahun baru cina kan, jadi sempat la mummy berjalan-jalan pagi dengan Ahmad sekitar kawasan perumahan ni. Kalau dedi Ahmad ada, mesti mummy ajak dia pergi taman or pantai. Ini yang best duduk Kuantan, banyak tempat rehat-rehat. Hee...

Ahmad dah ready dalam stroller. Ala tapi dia da ngantuk ni.. bangun pukul 5.30pagi tak tido-tido dah
bagi mainan gigit-gigit
Pagi-pagi kat kawasan perumahan ni memang ramai orang jogging. Tapi yang melemahkan mummy adalah anjing. Huhuhu.. walaupun anjing tu tak kacau orang but still, berdebar kotttt... Mummy terfikir kalau anjing tu kejar camne? Mummy memang nak sepak penyek-penyek kalau anjing tu berani gigit Ahmad. Ahahaha..imaginasi terlampau..

orang berjogging.. sebenarnya itu tokki dan tokwan. hehe..
Hee.. sebenarnya mummy dan Ahmad ikut tokki dan tokwan jogging. But for sure diorang berjogging, mummy lenggang kangkung tolak stroller and Ahmad pulak macam raja la dalam dtroller tu kan. Ala kesian tokki dan tokwan, hari biasa tak dapat jogging camni sebab kena jaga cucu. Nanti la Ahmad dah besar sikit mummy hantar taska, dapat la tokki dan tokwan rehat-rehat..

dah start buat perangai.. mengantuk yo!
mummy tukang tolak.. raja kecik relax je dalam tu..
mummy, Ahmad dah boring ni...
lalu beliau pun tertidur
dah sampai rumah pun tidur lagi..
Tapi dah sampai rumah, elok je mummy angkat nak bawak masuk dalam rumah terus segar bijik mata dia. Hee.. Itu je la aktiviti pagi Ahmad. Harap-harap setiap kali cuti boleh spend time dengan Ahmad pagi-pagi macam ni, so takyah la kena layan dukung dia dalam rumah. hehe.. mummy is tak larat okey! Dan kalau ada dedi mesti lagi best kan? :( rindu dedi.. sobs!!

No comments:

Post a Comment