Tuesday, 12 February 2013

Anak-anak Syurga

Mummy jarang-jarang bukak blog. Jadi jarang-jarang juga membaca cerita-cerita terkini blog lain yang mummy letak kat sidebar mummy. Jadi tadi mummy terperasankan blog Dr. Marhamah ada updates. Allahuakbar, rupa-rupanya anakanda Muhammad telah kembali menemui penciptaNya akhir Januari yang lepas. Innalillahiwainna ilaihirojiunn..

Muhammad adalah bayi premature dengan pelbagai masalah kesihatan sejak lahir. Mummy accidently bumped into Dr. Marhamah's blog semasa mencari info tentang cleft palate. Kebetulan Muhammad turut mempunyai masalah cleft palate seperti Ahmad. Walaupun kondisi kesihatan  Muhammad sejak lahir ada ups and down, ajaibnya he survived until usia dia 9 bulan, namun akhirnya pergi jua kerana jangkitan paru-paru. Semoga ibu Muhammad terus tabah. InsyaAllah bakal bertemu kembali Muhammad di syurga abadi.

Takziah juga untuk ibu bapa baby Ahmad Adam yang telah kembali ke rahmatullah. Banyak updates di facebook tentang baby Ahmad Adam. Sesungguhnya bayi-bayi syurga ini hanyalah sekadar amanah yang dipinjamkan, untuk kita teladani dan menyedari tentang hakikat kehidupan dan kematian, hakikat syurga dan janji Tuhan.

Sejak mummy mengandungkan Ahmad lagi mummy memang sentiasa membaca cerita-cerita tentang bayi dan anak-anak kecil yang sakit. It's not that I like to read tapi I choose not to skip setiap kali membaca cerita-cerita macam tu. You know, ada orang cakap jangan baca, jangan tengok yadda yadda nanti takut kenan la whatever benda merepeks la kan. But somehow mummy sangat mengagumi parents yang mempunyai anak-anak bermasalah dari segi kesihatan mereka, bahawa hanya kekuatan mental dan semangat sahaja mereka mampu mengharungi segala kepayahan membesarkan anak-anak syurga ini.

Jadi bila Allah kurniakan Ahmad, walaupun pada awalnya mummy menangis tetapi mummy sangat bersyukur kerana mummy sedar bahawa ujian mummy sebenarnya sangat kecil jika nak dibandingkan dengan orang lain. Mummy mendapat kekuatan tersendiri dengan membaca cerita-cerita ibu bapa anak-anak syurga ini sama ada melalui blog atau majalah. Mummy bersyukur Allah melorongkan hati mummy untuk membacanya supaya belajar untuk terima dengan redha amanah yang dipinjamkan ini.

Semoga ibu bapa anak-anak syurga ini terus tabah semuanya. Yakinlah Allah tidak mengurniakan kesusahan untuk melemahkan kita, tetapi untuk kita menyedari kekuatan sebenar yang ada pada kita selagi kita bergantung kepadaNya.

No comments:

Post a Comment