Tuesday, 12 February 2013

Pertama Kali Demam

Amboi.. pertama kali demam pun nak cerita kann... sooo mengada hahaha.. Nanti adik-adik Ahmad pertama kali demam memang tak kuasa mummy nak cerita. Bertuah la anak sulung, semua tumpuan pun pada dia kan.. yeah i knew that *cough2*

Alkisah kan hari dedi Ahmad kena kayap yang menyiksa jiwa raga tu kan.. katanya lebih sakit daripada sakit slip disc. Woo..cakitnyerr. Jadi atas nasihat doktor dedi mesti menjauhkan dirinya daripada Ahmad. Kayap ni berkongsi virus yang sama dengan chickenpox. Jadi kalau berjangkit pada baby, baby tu akan kena chickenpox la.
.
Kira-kira hampir seminggu dedi balik jb, suatu hari tu iaitu pada 30 januari khamis lepas mummy bangun tidur tengok badan Ahmad naik bintik-bintik merah. Tapi Ahmad tak demam. Mummy pun terus tak pergi kerja amik emergency leave. Mummy dah takut Ahmad kena chickenpox so tengah hari tu mummy bawa Ahmad jumpa doktor. Badan Ahmad dah start panas-panas tapi on and off gitu la.. So doktor amik suhu badan dia memang tinggi sikit tapi belum consider demam kot. Doktor just bagi ubat sapu untuk ruam kat pipi dan badan je. Petang tu baru la suhu badan Ahmad naik tinggi uhuhu..

1st day : ruam-ruam merah kat badan
kat leher punn ada jugak
yang kat muka tu memang existing. kurap susu kot?

melepeks je.. suhu dah tinggi so lets ke hospital
Pegi hospital swasta, maka bersedia la poket tebal bertukar nipis sebab Ahmad takde insurans cover kan. Takpe, small matter.. hehe.. Sampai je hospital register apa yang patut dan tunggu pun tak lama terus dapat jumpa doktor. Dr.Abdullah ni memang pakar kanak-kanak kat KMC. Consultation dia sangat bagus dan jelas like mummy rasa nakkkkk je refer penyakit-penyakit Ahmad yang lain tu ke sini, takmo buat kat HTAA dah sebab asyik bertukar doktor kat sana. Eh tapi sedar kan ongkosnya lazattt maka lets stay kat HTAA je plus HTAA pediatricians pun bagus-bagus juga.. I love them!! Dr. Abdullah sekali tengok Ahmad pun dah tau condition dia. Eventhough I came to see him sebab nak check pasal demam je but dia tanya mummy pasal masalah cleft, pierre robin syndrome and umbilical hernia tu.

Pasal cyst tu of course dia tak tahu sebab tak nampak kan but i did mention to him. Mummy memang rasa tersedih sikit bila Dr. Abdullah intai mulut Ahmad masa dia menangis, and continue dengan pertanyaan dulu Ahmad lahir kat mana dan  tentang cleft dia. Sedih sebab that means memang Ahmad ada syndrome tu, mummy je yang selalu rasa Ahmad ok. Eh tapi Ahmad ok whatttt.. :D

Dr. Abdullah : Telinga dia tak well developed, dagu dia pun tak well developed, puan tahu kan?
Mummy : Yes. Yes. They did mention to me. Its pierre robin syndrome.
Dr. Abdullah : Feeding dia macam mana? Ok tak?Ada tersedak ke?
Mummy : So far ok. Masa lahir hari tu pun doktor cakap dia ada subependymal cyst.
Dr. Abdullah : Oh. So memang rujuk HTAA je sampai sekarang?
Mummy : A'ah..
Dr. Abdullah : Ni pusat dia tak nak buat ke? Boleh buang ni, kesian dia..
Mummy : Tu la. Hari tu dah refer HTAA tapi doktor cuma bagi next appointment je takde bagi ubat pun
Dr. Abdullah : Kalau nak buat ni mungkin kena laser. Nanti refer pada pediatrician surgery, diorang akan check masalah ni ada kena mengena dengan dalam perut ke tak.

Ok. Mummy korek-korek tabung. Hahahah.. Nak buat kat hospital ni ke? Jap, balik umah fikir dulu plus tengok buku bank. Huhu... Sepanjang jumpa doktor tu budak Ahmad ni asyik wawawawa... je. Haihh la anak. Bukan dia takut doktor tu pun tapi dia nak peluk-peluk mummy je, taknak baring atas katil tu. Time nak amik darah lagi la Dr. Abdullah tu kena wrestling dengan Ahmad. Haha. Syabas doktor!

Lepas dah amik darah lama jugak nak tunggu result sebab ramai patient hari tu. Tapi Alhamdulillah, result ok. Bukan campak, bukan chikenpox or denggi. Just demam biasa yang keluar ruam. Lega hati mummy.. Baliklah kami dengan ubat demam dan antibiotik je. Tapi total cost dia..hmm.. mari swipe credit card. hahaha..

Balik rumah wrestling lagi setiap kali nak makan ubat. Heh..menangis ok, siap terkuar-kuar kat idung. Cian Ahmad.. Tapi now Ahmad dah sihat. Eh tapi kena selsema dan batuk pulak. Huhu.. Takpela, he's doing okay and I'm just a happy mom, always.. :)

result blood test.. takde apa2 pun cuma infection
lepas makan ubat ceria sikit
pose idung kembang. tak elok sungguh :D

No comments:

Post a Comment