Semalam dan hari ini, buat mummy termenung. Antara sedih dan bersyukur, masih berpeluang bersama Ahmad, masih mampu memberi rawatan terbaik untuk Ahmad. Kenapa mummy cakap begini? Sebab semalam dan hari ini mummy terbaca kisah ibu-ibu yang kehilangan anak akibat jangkitan paru-paru. Ahmad baru saja recover dari jangkitan paru-paru, Alhamdulillah.. Ahmad, sejak hari pertama keluar dari perut mummy memang sentiasa berulang ke hospital. Memang dia jarang sakit, tapi oleh kerana kami kerap ke hospital untuk bermacam-macam urusan, mummy jadi lebih menghargai kesihatan dan kesempatan bersama Ahmad. Apabila ke hospital, bermacam-macam kisah masyarakat dapat mummy tahu. Sebab itulah mummy jadi lebih menghargai dan bersyukur.
Cerita semalam. Terbaca dalam paper Sinar. Boleh tengok kat link ini (click). Ibu dan anak ini katil mereka di hadapan katil kami masa kena warded di HTAA tempoh hari untuk airway assessment. I don't know what really happened. Masa kami discharge 22 haribulan, diorang pun discharge juga, walaupun masa tu mummy tengok anak dia belum betul-betul sihat. Kitorang tak berbual sangat dengan dia. Patutlah pun, rupanya ibu bayi tu asal dari China, tak fasih pun bahasa melayu. Anak dia kecik je, tak macam umur 14 bulan. Apa yang terkesan di hati mummy adalah apabila melihat kasih ibu tu. Sayang dia pada anaknya. Siapa sangka akhirnya si anak ditakdirkan pergi jua..
Memang sedih apabila membaca kisahnya, sebab dah lama demam, HTAA tak dapat kesan apa-apa. Then diorang ke specialist, doktor kata ada jangkitan paru-paru. Then sebab tak mampu continue di specialist, diorang pergi balik ke HTAA. Kemudian, yeah.. end of story :( Personally untuk menyalahkan doktor-doktor di HTAA 100%, mummy agak kurang setuju. Mungkin masalahnya lebih kepada komunikasi. Apa yang berlaku antara keluarga itu dan doktor-doktor di HTAA, itu mereka lebih maklum. Tapi menilai dari mata seorang pesakit, mummy rasa team paediatric ketika itu bekerja sehabis baik, dan sedaya upaya mereka. Mungkin mereka patut bekerja dengan lebih baik supaya dapat memberi perkhidmatan setanding dengan hospital swasta. Tidaklah hospital swasta itu terlalu bagus pun, tapi iya.. secara psikologinya terasa lebih secure di hospital swasta. Mana-mana tempat pun ada kelebihan dan kekurangan, ada flaw. So we can't simply judge.
Cerita hari ini, terbaca link yang dikongsi oleh kawan di facebook. Kisah ibu ini (click) sangat menyentuh hati mummy. Apa yang dilaluinya, sama seperti apa yang mummy lalui semasa Ahmad demam. Tinggal lagi Ahmad beransur pulih selepas warded di specialist, tetapi ibu itu diduga dengan kesihatan anaknya yang semakin merosot. Sehinggalah akhirnya bayi tersebut pergi jua, antara sebabnya adalah jangkitan paru-paru. Diagnosis doktor mendapati anaknya menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat.. Semoga Erina tetap tabah, insyaAllah..
Apabila Ahmad demam, mummy paling takut jika Ahmad diserang sawan. Sebab mummy sedia maklum Ahmad ada cyst kat otak dia kan.. Jadi mummy memang berjaga-jaga. Suhu naik sikit mula la mummy risau. Tapi tu la, kadang-kadang terbabas juga masa sponging dia, akibat tertidur la.. ish..ish.. Sekarang baru mummy tahu, jangkitan paru-paru juga mungkin boleh menjadi jangkitan yang lebih serius hingga membawa kepada kematian. Doktor pesan untuk sentiasa jaga kebersihan supaya bila sakit dapat elakkan jangkitan. Benda paling mudah tercemar adalah seperti puting dan mainan-mainan. Kan baby selalu masuk mulut mainan-mainan dia. Tangan kita pun boleh jadi pembawa bakteria. Bila dah terjadi jangkitan biasanya doktor akan bagi antibiotik untuk lawan bakteria tu semua. Jadi sebagai ibu dan bapa, kita jangan ambil mudah soal kebersihan, soal kesihatan anak. Nak dapat tu bukan senang kan..
Semoga ibu-ibu yang diuji terus tabah. Dan kita yang melihat ini dapat belajar sesuatu daripada pengalaman orang lain. Bersyukurlah~
No comments:
Post a Comment