Alamakkk.. wad sangat padat okay. Ramainya budak-budak sakit. Kesian diorang ni. Mak ayah pulak muka tabah je. Tapi mummy muka risau, sebab Ahmad tak sakit tapi kena masuk wad bercampur dengan budak-budak sakit. Hurm.. tak best feeling waktu tu sebab terdetik dalam hati takut Ahmad berjangkit. harap-harapnya taklah.
Well, kat luar wad tu ada stated yang bayi dan kanak-kanak tak dibenarkan melawat kan.. Tapi anak aku yang tak sakit ni kenapa la diberi katil surrounded by budak-budak yang sakit? Tak boleh asing ke? Mummy malas nak cakap banyak, kang kata kita demand pulak, ngade-ngade. Lagipun wad sangat sesak, mustahil ada katil terpencil semata-mata untuk oximeter test ni. Wad kanak-kanak kat HTAA ni setahu mummy takde kelas satu dua tiga camtu. Satu malam je pun kan.. mummy pun pasrah je la..
ini la pulse oximeter untuk bacaan oksigen. info lanjut silalah ke wikipedia. heh. malas. |
Tapi budak ni tido ya Allah lasaknya. Mummy terjaga dua tiga kali kena betulkan benda tu, nanti bacaan tak cantik. So far memang ok la oksigen level dia, 90 above.
orang lain sakit melepek je tapi dia tak sakit lasak bergolek |
Oleh kerana Ahmad lahir dengan diagnosis yang 'cantik' hehe jadi banyak la doktor-doktor ni tanya pasal Ahmad. Padahal Ahmad bukan sakit pun. Antara soalan yang ditanya ialah mummy kawen sepupu ke.. maybe diorang nak tahu either condition Ahmad ni disebabkan genetic ke ape. Then tanya mummy on medication ke masa pregnant, ada masalah ke masa pregnant.. huhu.. takde takde.. semuanya kuasa Allah ye :)
Lepas keluar wad, zupp terus ke Kuantan Medical Center untuk dressing pusat Ahmad yang ada umbilical polyp tu. Hari selasa mummy tak perasan Ahmad demam tapi tokki kata dia macam meragam sikit. Hari rabu badan dia rasa dedar macam nak demam tu, kebetulan ada check up kat klinik kesihatan. Nurse check temperature 38 darjah C. Hurm.. then bermula la episod demam Ahmad.. :(
Kesian Ahmad. Takpe la. Ape-ape pun inilah pengalaman.. Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment