Thursday, 9 May 2013

Umbilical Polyp Nama Diberi

Last time mummy ada buat entry ini menceritakan kisah umbilical hernia Ahmad. Tapi mummy lupa pulak nak mention yang selain umbilical hernia, pusat Ahmad juga ada umbilical polyp. Maaflah, untuk kedua-dua masalah ni, mummy takde ambil gambar pusat Ahmad tu. Sebabnya hoi budak ni tengah lasak betul. Lagi-lagi masa tukar pampers.. itu je la masa dia terbogel pun kan nak ambil gambar pusat, tapi ya Allah lasaknya anak ini. Kuat betul tenaga dia.

Doktor di sopd HTAA kata diorang just nak monitor je dulu masalah hernia tu kan. Diorang pun nampak polip tu tapi takde pulak cakap apa-apa. Mummy pulak lupa nak mention polip tu kerap berair dan kadang-kadang berdarah. Last time masa pergi SOPD tu umur Ahmad lebih kurang dua bulan kalau tak silap. Ini next 30 Mei ni baru ada follow-up check up  di HTAA semula. Dalam masa nak menunggu follow-up ni dah beberapa kali berdarah polip tu. Lepas tu nampak macam makin besar pulak. Haihh tak boleh jadi. Rimas tengok cadar penuh darah-darah. Huu..

Usaha. Usaha untuk mengatasi masalah ni dah lama. Yang tradisional macam-macam la usahanya guna air sirih la, letak syiling la, hampeh tak berkesan. Yela, macam mana hernia tu nak elok selagi polip tu masih ada kat pusat. Eh japlah mummy google gambar polip eh. Tak best cerita takde gambar.

               ah.. camni la pusat Ahmad. ni masa tengah kempis, dan yang merah tu la polipnyer..              sumber:http://cai.md.chula.ac.th/lesson/atlas/F/ImgBig/IMG0072.jpg
Lepas tu ada jugak usaha pegi homopati. Diorang bagi ubat titis dalam mulut. Tapi tu la tak istiqamah kan..agak-agak ada perubahan tak? Mestilah takde perubahan pun..haha.. Membazir RM25. Last skali ok lah, mari kita ke Kuantan Medical Center (KMC). Kita dengar pulak pendapat specialist. Dan ya, bersedia merabakkan poket juga. haha. Tak kisahlah rabak, janji Ahmad ok.

So hari Sabtu 13 April mummy bawak Ahmad jumpa Dr. Kannan, specialist di KMC tu. Tokki dan tokwan ada temankan sekali. Dr. Kannan cakap, polip ni takde kena mengena dengan kesilapan masa potong tali pusat ke ape. Tali pusat tu tali pusat la, kalau salah potong cuma akan jadi jangkitan kuman. Tapi polip ni memang dah ada kat pusat tu. So eventhough tali pusat dah kering dan tercabut, the polyp will stay there. Memang kena buang la. Biasanya ada dua kaedah, guna laser atau guna serbuk copper nitrate.

Dr. Kannan decide untuk guna serbuk copper nitrate tu. Copper nitrate ni sifat dia membakar, so ia akan menghanguskan polip tu sampai kecut. Untuk masalah hernia, Dr. Kannan suruh hold dulu and just monitor, sama macam pakar di HTAA cakap. Nanti kalau Ahmad dah besar tapi tak elok-elok jugak baru bedah. Hari kami jumpa doktor tu jugak terus buat treatment. Simple je, doktor just letak serbuk biru tu kat pusat Ahmad, balut dengan kapas then done! Selang sehari kena jumpa doktor untuk dressing balutan. Ada jugak 8 kali Ahmad jumpa doktor sebab polip dia agak besar, so susah nak kecut. Setiap kali jumpa doktor akan buka balutan, cuci pusat dan letak lagi serbuk copper nitrate tu sampai la polip tu kecut habis.

Sepanjang rawatan tu Ahmad relax je. Mummy ingat benda tu menyakitkan sebab selalu berdarah tapi budak ni cool je. Tak sakit kot. And Ahmad steady je masa doktor rawat dia. takde pulak nak berguling sini sana macam masa pakai pampers. Doktor pun tertanya-tanya dia tak sakit ke? haha. Kuat anak mummy ni. Personally mummy puas hati dengan service Dr. Kannan, sangat membantu dan gentle dengan pesakit :)

Total cost? First time jumpa Dr. Kannan kami kena kos consultation, rawatan dan ubat, around RM100. Then every follow up kena bayar untuk consultation dan rawatan sahaja, lebih kurang RM70. Jadi total around RM 600 camtu la.. Bagi mummy memang berbaloi, polip tu hilang terus, dan pusat takde berair ke, kesan luka ke, memang tak ada. Cantik hasil kerja doktor.

takde dah polip. yeay!!
Nasihat mummy, jika baby ada masalah umbilical polyp ni, cepat-cepat bawak jumpa doktor bagi mengelakkan benda ni kena jangkitan sebab ia memang selalu berair dan kena jaga betul-betul. Rawatan awal digalakkan, seawal umur 2 bulan baby dah boleh buat treatment ni sebenarnya. Ye la, dah umur macam Ahmad ni dah lasak boleh meniarap susah nak control balutan tu. Baby tak akan sakit, sebab polip tu takde saraf, cuma bila bergeser memang akan berdarah. Oh, umbilical polyp dan umbilical hernia takde kena mengena antara satu sama lain. Macam Ahmad, dia dapat pakej dua-dua sekali huhu.. Baby lain mungkin ada hernia je, dan mungkin ada polip sahaja tanpa hernia. So memang takde kaitan.

Kalau prefer rawatan di hospital kerajaan, first visit tu make sure anda tanya doktor tentang kaedah rawatan guna laser atau serbuk copper nitrate ni. Bila anda tanya menunjukkan anda tahu dan ingin tahu lebih lagi. Dan silalah paksa diorang buat treatment ni awal-awal. Kesian budak dah meniarap pusat berbalut, nak mandikan pun leceh. Tak mandi kang busuk pulak dia dah kuat berpeluh.

Maaflah takde gambar maybe susah nak bayangkan rawatan yang Ahmad dah lalui. Ni ada satu blogger buat entry untuk masalah yang sama, anak dia pun ada polip. Siapa-siapa yang ada masalah yang sama mungkin boleh share pengetahuan yang ada, nak bertanya apa-apa pun boleh, mummy akan jawab dengan pengetahuan yang mummy ada. Thanks :)


No comments:

Post a Comment