Thursday, 22 November 2012

Kisah Umbilical Hernia La Pulakkkk

Betul, anak selsema pun kita dah cukup sedih dan kesian kan.. apatah lagi bila dikesan dengan abnormaliti yang lain. Mummy and dedi are both new parents. Baru first time dapat anak. Tukar pampers baby pun terkial-kial..lagi pulak nak menghadapi macam-macam benda yang tak ada pada baby biasa. Awal-awal dulu mummy sangat tertekan. Mujur jugak tinggal dengan parents jadi mummy bolehlah kawal perasaan tu. Nangis masa time sorang-sorang je sebab malu nangis depan orang. hikhik..

Umbilical hernia adalah masalah biasa ye di kalangan bayi baru lahir, biasanya ia tak kritikal.. tapi boleh menjadi gangguan. Apa-apa pun, mestilah sebagai ibu mummy akan gelabah tengok anak sendiri tak serupa orang lain. Hernia tu kita selalu kaitkan dengan angin pasang kan? Sebenarnya hernia tu ada banyak jenis. Umbilical hernia tu dalam bahasa melayunya ialah hernia pusat.

Masa Ahmad mula-mula lahir dulu, mummy memang tak perasan keadaan pusat Ahmad yang berbeza tu. Dalam dua minggu tali pusat Ahmad masih belum tertanggal dan kelihatan sedikit kembung. Selepas tali pusat Ahmad tertanggal, keadaan pusatnya masih basah dan mummy perasan pusatnya semakin tersembul terutamanya semasa dia menangis, menggeliat dan meneran. Masa checkup Ahmad satu bulan haritu mummy ajukan masalah ni pada doktor. Doktor klinik kesihatan tu rujuk masalah Ahmad ke Unit Pembedahan HTAA.

camgini la pusat Ahmad tapi kecik sket hernianya.. gambar nak mat saleh jerr kihkih

Daripada hasil pembacaan mummy dan penerangan doktor, masalah hernia ini terjadi akibat kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Semalam mummy dan dedi telahpun membawa Ahmad berjumpa dengan pakar di unit surgery. Mula-mula ada masalah sikit pasal appointment tu. Grr.. Mungkin masalah komunikasi antara klinik kesihatan yang merujuk masalah ini kepada hospital, temujanji Ahmad tiada dalam rekod hospital. Mummy ni dah la penat mula la nak menyinga. Mujur dedi Ahmad cool-cool je. hehe.. Kami datang semula pada waktu petang untuk berjumpa doktor.

Menurut doktor, hernia ini tidaklah menyakitkan bayi. Menurut doktor lagi, kebiasaannya 90 peratus kes hernia pusat tidak memerlukan rawatan dan pembedahan. Keadaan Ahmad akan dipantau sehingga usianya dua tahun untuk memastikan hernia itu pulih dengan sendirinya. Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya keadaan pusat itu masih tersembul keluar dan tidak dapat ditolak masuk ke dalam dinding otot kembali.

umbilical hernia.. usus memasuki ruang di antara otot abdomen yang lemah menyebabkan pusat tersembul

Doktor menyarankan beberapa langkah penjagaan. Selain daripada memastikan keadaan pusat sentiasa bersih untuk mengelak jangkitan kuman, pastikan juga hernia tidak membesar dan menjadi keras. Pastikan juga hernia dapat dimasukkan semula selepas ditekan. Sekiranya anak sakit perut dan muntah-muntah berterusan dengan keadaan pusatnya tetap tersembul walaupun setelah ditekan, rujuk doktor dengan segera. Ini kerana kemungkinan usus terperangkap dan tersepit dalam hernia dan keadaan begini akan memerlukan pembetulan melalui pembedahan.

So far, Ahmad nampak ok. Cuma sekali haritu hernia dia berdarah dan mummy bawa ke klinik tapi doktor cuma bagi ubat cuci sahaja. Semalam mummy lupa pulak nak cerita pada doktor pakar yang hernia tu pernah sekali berdarah. Yela, dalam mindset asyik kata my son is ok..my son is ok.. so terlupa anak ada masalah. Doktor pun kata keadaan Ahmad ok saja dan tak bagi apa-apa ubat. Dalam masa enam bulan lagi doktor mahu melihat perkembangan Ahmad semula.

Mummy cuba juga google petua-petua untuk mengubati masalah hernia ni. Ada yang suruh tuam dengan tungku bayi berisi jintan dan lada hitam. Tak kurang juga yang suruh letakkan duit syiling pada pusat dan selotapekan untuk mengelakkan hernia tu daripada tersembul keluar. Dua-dua pun mummy pernah cuba. Tapi bila dah tahu punca sebenar masalah tu, mummy tak rasa dengan cara menuam dan menekan dengan syiling tu akan menguatkan otot perut bayi kan..secara logiknya lah kan.. hehe.. Lagipun pusat yang tersembul tu bukan disebabkan angin, tapi usus yang memasuki ruang hernia tu. Cuma kalau rasa seram nak tengok pusat tu tersembul dan bergesel dengan pampers mungkin boleh barutkan je la kot.

Apapun, Alhamdulillah Ahmad ok-ok saja. Dia pun sekarang dah pandai tersenyum dan menegur orang. Semalam elok pulak dia well behave masa jumpa doktor, siap tersenyum-senyum dan beri respon bila diagah. Oh ye, semalam juga genaplah umur anak mummy ini dua bulan. Nurse di hospital kata dia besar, hehehhh.. Mummy harap Ahmad baik-baik saja dan semoga otot perut Ahmad cepat kuat dan hernia Ahmad akan pulih :)

mak dan anak took an afternoon nap sementara tunggu pegi hospital semula, huhu,,penatttt~





23 comments:

  1. salam..

    saya ada anak buah yg kena macam Ahmad..saya nk tahu mcm mn dgn hernia pusat Ahmad sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. maaf lambat reply.. tak perasan msg ni. hernia Ahmad masih belum tenggelam lagi. mcm mana anak buah awak sekarang?

      Delete
  2. Bby sy sebulan..kn hernia jg..mcm mn ahmad skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hernia Ahmad masih belum tenggelam. bulan 5 ni dia ada follow up dengan doktor. mungkin doktor akan proceed dengan pembedahan, atau teruskan observe je dulu.

      hopefully hernia baby awak akan tenggelam cepat n tak perlu pembedahan. insyaAllah..

      Delete
  3. Salam.bby sy sebuln lbh nk msk 2 bln...br smlm th die kena hernia pusat...nk th last solution doc bg kt ank awk

    ReplyDelete
  4. Salam.bby sy sebuln lbh nk msk 2 bln...br smlm th die kena hernia pusat...nk th last solution doc bg kt ank awk

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, baby saya pun baru berusia 2 bulan..juga baru tahu dia ada hernia pusat..doctor akan refer pakar nanti akan diberi tarikh temujanji..

      Delete
  5. Baby saya pon.baru nak referhospital kajang kjp lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum,
      baby awak berapa bulan sekarang?

      Delete
  6. Baby saya pon.baru nak referhospital kajang kjp lagi

    ReplyDelete
  7. terima kasih sudi berkongsi kisah hernia pusat ni..selama ni tak ambil tahu kerana anak2 sebelum ni tak kena..
    anak ketiga kena, barulah sibuk nak google cari info.. ;-)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah anak sy pusatnye dah cantik...sib baik sikit je die kena hernia pusat tu...3 bln br baik sepenuhnya pusat die...cume nangisnye je belum hilang sepenuhnya....

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah anak sy pusatnye dah cantik...sib baik sikit je die kena hernia pusat tu...3 bln br baik sepenuhnya pusat die...cume nangisnye je belum hilang sepenuhnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis shida guna ape ye.. pusat dah sembuh? anak kite 1 bulan lebih dan ade hernia pusat ni. masih mau masuk dalam balik tapi tulah, risau sbb masih timbul. dan kalau dimasukkan pusatnya tu, ada dengar mcm bunyi air

      Delete
    2. hi mommies.. actually bila otot perut anak dah kuat, hernia tu akan pulih sendiri. sebab tu dlm sesetengah kes boleh sembuh tanpa pembedahan. Ahmad dah buat pembedahan last year. Unfortunately hernia dia jadi balik.. so now kami tgh tunggu keputusan doktor sama ada perlukan pembedahan semula atau tak.

      Delete
    3. Her life story...sy sapu dgn minyak penawa hitam....bidan tempat sy ada jual...sapukan je minyk tu kat sekeliling dan dlm pusat...lm2 dlm 2 minggu elok pusatnye...yg bile picit bunyi mcm air tu bukannye air..kata bidan sy bunyi angin...sbb biasanye bile ada hernia pusat angin mudah masuk...

      Delete
  10. Shida, blh saya tau cmner nk dptkan minyak tu

    ReplyDelete
  11. Shida, blh saya tau cmner nk dptkan minyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. 0177659615...ni no sy... sy bole tlng belikn dgn bidn sy

      Delete
    3. Shida.. boleh sy nk dptkn minyak tu jgk tak? Tq

      Delete
    4. Shida,boleh sembuh sepenuhnya kh kalau sapu minyak tu

      Delete
  12. Ank sy dh 1tahun hernia dia xmasuk lg huhu masih follow up dgn doc lg

    ReplyDelete