Hari ini kita cerita pasal breastfeed lagi..hehhe.. Mummy ingat,
cabaran breastfeeding mummy cuma setakat tak boleh direct breastfeed je.
Rupa-rupanya Ahmad boleh tahan cerewet jugak budaknya. Mummy syak anak mummy ni
terlebih bijak. Cerewet + bijak = mak kau yang pening.
Ceritanya Ahmad
ni rupa-rupanya reject frozen breastmilk. Sekarang mummy bukan setakat pening, tapi
dah menggelabah. Yelah, mummy ni bersemangat la buat stok susu start masa awal
berpantang haritu. Nak kata banyak tak banyak jugaklah.. Ada la dalam 30 paket
kot. 30 paket x 5oz = 150 oz. Oishh.. kenyang tu 150 oz. Tapi budak Ahmad ni
tak mahu pulak susu frozen ni. Menggelabah la mummy, nanti mummy naik kerja
buatnya kena pergi kursus ke, outstation ke, camno Ahmad? Mu nok minung susu
mende?
Mujur jugak la
mummy tak beli deep freezer lagi. Selamat duit mummy hew hew.. Hebat juga Allah
gerakkan hati mummy untuk test frozen milk tu awal-awal. Mummy guna stok yang
paling awal, susu pun yellowish lagi bercampur kolostrum penuh khasiat huhu..
Tapi fuh, Ahmad punya drama serupa mummy bagi anak sendiri makan cili je.
Melalak tak hengat dia. Puas mummy cari apa yang tak kena, rupa-rupanya anak
mummy marah susu tak sedap. Ewah-ewah pandai tu marah mummy.
So mummy cuba la
nak trick Ahmad ni. Bagi susu frozen yang dah dicampur susu chilled. Nisbahnya
1:10 alhamdulillah, dia tak reject. Tapi tak ekonomi la kan buat macam tu. Susu
frozen dah la banyak, mana sempat mummy nak produce freshmilk banyak-banyak. *cis,
produce tu.. tiba-tiba rasa macam diri ini lembu plak*
Mummy pun cuba la
ubah nisbah susu tu 1:2. Mummy ambik stok yang baru-baru sket. Ingatkan waktu
tu Ahmad tak suka stok lama yang yellowish tu. Rupanya takdenye der. Dia
menangis jugak. Memang reject habislah frozen milk tu. Grrr.. kenapanya ni? Nasib
baiklah mummy berkawan rapat dengan pakcik google. Mummy pun cuba la cari sebab
kenapa baby reject susu yang dah dibekukan ni.
Ya, ada bayi
memang cerewet tak mahu susu yang disimpan. Nak yang terbaik dari ladang je.
Aiseh, mummy dah la tak boleh bagi direct, kena perah selalu, tapi tak boleh
simpan lama-lama pulak hasil perahan tu. Melalui pembacaan mummy, fahamlah
mummy susu frozen tu memang ada bau sikit. Sebenarnya bau tu adalah normal
apabila susu yang telah dibekukan dicairkan semula. Untuk sesetengah ibu, bau
susu tersebut mungkin agak kuat malah rasa susu pun berubah.
Keadaan ini
adalah disebabkan kehadiran enzim lipase di dalam susu, yang berfungsi untuk
menceraikan lemak agar mudah dihadamkan bayi. Kadar enzim lipase yang tinggi
boleh menyebabkan susu berbau seperti besi (metalic), malah rasanya juga boleh berubah
masam dan rasa macam sabun (soapy). Tapi tak tergamak la pulak aku nak rasa
susu sendiri. Bau je dah tak selera lagi pulak nak rasa. Patut la Ahmad
reject.. hahaha..
Tapi dalam kes
Ahmad ni, tak tahulah sama ada memang susu mummy ni terlebih enzim lipase atau
Ahmad je yang cerewet susu bau pelik sikit dah tak mahu. Mummy tengok
sepupu-sepupu Ahmad steady je minum frozen milk. Hah, nanti mummy cuba test
guna stok frozen milk sepupu dia. Reject ke tidak.. hehe..
Tapi mummy
fikir-fikir balik, mungkin Allah nak mummy bagi yang terbaik untuk Ahmad. Atau
sekurang-kurangnya berusaha untuk memberi yang terbaik untuk Ahmad. Mummy akan
cuba la beri freshmilk atau chilled milk untuk Ahmad. Yelah, kita pun kalau
bagi lauk yang dah seminggu dalam peti kau panaskan balik, kau lalu nak makan?
Itu seminggu. Cuba kalau sebulan? Tiga bulan? Enam bulan? Kau mampu telan?
Frozen milk ni
kandungan khasiat dia dah kurang berbanding chilled milk atau fresh milk, tapi
still better than formula milk. Untuk kebaikan tumbesaran Ahmad mungkin mummy
kena beralah untuk tidak memaksa dan mengajar Ahmad minum frozen milk. Lagipun
apa lagi nikmat yang dia boleh dapat, nikmat direct breasfeed dah tak dapat..
Nikmat dijaga sepenuh masa pun mummy tak dapat beri bila dah masuk kerja nanti. Tapi mummy terpaksa juga buat stok susu
beku untuk emergency. Mummy dah google dah camane nak hilangkan bau susu tu
iaitu menggunakan teknik scalding.
Nanti mummy buat
eksperimen scalding technic ni, tengok berjaya ke tidak. Wah, macam buat tesis
plak ada kajian-kajian bagai.. Adakah Ahmad akan reject scalded milk mummy?
Sama-sama kita tunggu finding nya pada episod akan datang :p
*next week first time travel jauh untuk checkup Ahmad di HKL. Mummy nervous takut tak cukup susu*