Monday, 12 November 2012

Cemana Boleh Sumbing?

Ada jawapan ke untuk soalan tu? Tiada jawapan yang khusus dan pasti pun. Daripada segi perubatan ada beberapa kemungkinan seperti ibu tidak mendapat zat secukupnya ketika hamil, merokok, jangkitan virus rubella dan juga gangguan kromosom yang melibatkan baka ibu dan ayah. Secara spesifiknya apakah yang menyebabkan Ahmad dilahirkan sebagai bayi cleft, tiada siapa yang boleh memberi jawapannya.

Bagi mummy untuk mengetahui tentang punca sudah tidak penting lagi. For sure semua ibu melakukan yang terbaik untuk bayi mereka sepanjang kehamilan yang sembilan bulan itu. Kita makan ubat, supplement, minum susu, berada dalam persekitaran yang bersih serta mengurangkan stress. Tapi kun fayakun, apalah daya kita untuk menolaknya. Yang penting sekarang adalah memberi perubatan dan rawatan terbaik untuk bayi-bayi cleft ini.

Walaupun zaman dah moden, masih ada mulut-mulut nakal yang cuba bermain dengan api. Hehe.. biasa dia tu.. Saja kan nak buat spekulasi itu ini macam la mummy tak tawww. No no no tak baik tau. If you hurt me, I dont mind. Tapi jaga ya kata-kata masing-masing jangan sampai jatuh syirik. Yelah, like mengaitkan punca cleft ni dengan perbuatan-perbuatan ibu ayah sepanjang kehamilan tu kan. Kenan kata orang.

Cerita dongengnya, ibu tak boleh menjahit la, ayah tak boleh memancing la, dan macam-macam lagi perbuatan yang perlu dielakkan supaya tidak kenan. Ya, mummy ada menjahit masa mengandung. Tapi ada je mommies lain yang menjahit masa mengandung baby diorang molek je kan. Dedi Ahmad takde pulak pergi memancing setahu mummy. Memancing gadis-gadis mungkin la kot.. bahahahaha ok tak klaka :p

Ni ada hadis ni riwayat Abdullah bin Masud رضي الله عنه, ia berkata:
"Ketika turun ayat: Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), para sahabat Rasulullah صلی الله عليه وسلم merasa sedih. Kata mereka: Siapakah di antara kita yang tidak menganiaya dirinya? Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Maksudnya bukan seperti yang kalian duga, tetapi seperti yang dikatakan Lukman kepada anaknya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" (sahih muslim)

So please jangan buat spekulasi bukan-bukan ye. Tak pasal-pasal Ahmad kecik-kecik lagi dilanda gosip. Busuk bro... Jangan juga dipersoalkan kenapa ya. Sebagai ibu, buatlah yang terbaik sepanjang hamil. Mummy pun sepanjang hamil selalu berdoa supaya dikurniakan anak yang sihat sempurna. Tapi apabila Allah tidak kabulkan permintaan kita bukanlah bermakna dia tidak menyayangi kita. Apa yang terjadi ini adalah dugaanNya. Dugaan pun tanda Allah sayang kita juga, sebab kita dipilih untuk merasa nikmatnya menempuh dugaan itu. Tapi nikmat itu cuma akan dapat apabila kita redha ya :)

Bagi mummy ini cuma dugaan kecil saja. Mummy bersyukur sebab memilih untuk bersalin di hospital kerajaan. Ada banyak kisah masyarakat yang mummy dapat lihat di sana. Kalau kata kesian pada mummy dan Ahmad, ada ibu dan bayi yang lebih kesian daripada kami. Kalau mummy bersalin di hospital swasta mungkin mummy cuma terperap dalam bilik, tak tahu pun kisah orang lain. Tetapi masa ditahan di wad kerajaan tempoh hari, mummy bergaul dengan other mommies dari wad kelas dua dan tiga. Macam-macam kisah..

Lepas bersalin mummy duduk di wad kelas satu. Tapi oleh kerana Ahmad ditahan di wad SCN, mummy dapat melihat ada ramai lagi bayi-bayi bermasalah yang lain. Itu baru kat SCN kan. Kalau jenguk ke NICU laaagi la merasa diri kita ini jauh lebih beruntung daripada orang-orang yang lebih hebat dugaannya.

Selagi diizinkan Allah, mummy dan dedi akan buat yang terbaik untuk Ahmad. Anak cuma pinjaman. Pinjaman yang menjadi amanah. Mungkin jika mereka panjang umur mereka akan mendoakan apabila kita telah tiada. Tapi jika ditakdirkan hanya kita yang mendoakan mereka pun tak mengapa. Yang penting kita semua redha dengan ketentuanNya supaya kita dapat sama-sama mengejar syurga..


No comments:

Post a Comment