Yes. Dedi Ahmad is at home! Kali ini dedi spend time lama
sikit untuk mummy dan Ahmad. Terima kasih dedi! Mummy pasti Ahmad merasa sangat
gembira bila dedi ada dekat dengan Ahmad. Sebab selama ni hanya mummy je yang
melayan kerenah Ahmad kan, but bila dedi ada mummy perasan Ahmad macam lain
sikit.. tak macam selalu-selalu macam bila dengan mummy je.
Dedi balik kali ni adalah untuk menemani checkup Ahmad yang
seterusnya. Itu kita cerita di lain entry ye. Memang bulan ini boleh kata
tiap-tiap minggu Ahmad ada checkup. Lepas checkup dengan dental, Ahmad ada
temujanji dengan paed. Lepas tu dengan unit surgery pula. Lepas tu checkup
biasa di klinik kesihatan, lepas tu ada lagi checkup dengan dental lagi tapi di
HKL pulak. Wahhh, tiap-tiap minggu ada appointment. Kecik-kecik dah busy..
Mummy kena jadi escort, dedi kena jadi driver. Bukan main lagi tuan kecik kita
ni.
Seriously mummy tak boleh handle sorang-sorang untuk hadir
di setiap temujanji Ahmad ni. Yelah, mana nak pegang Ahmad, mana nak pegang
barang-barang lagi, nak pump susu, nak bagi susu... Bolehlah berdikari kalau
dah terdesak sangat kan. Tapi bila dedi Ahmad ada, the situation will be much better.
Paling penting adalah sokongan moral dan emosi. Bila ada dedi, mummy akan rasa
lebih kuat semangat bila doctor menyampaikan berita-berita atau
kemungkinan-kemungkinan yang tak best.
Okey. Dedi dah pun ada di rumah. Mummy perasan Ahmad ni
mungkin anak dedi. Kalau mummy yang dodoikan dia memang ada sesi mengamuk dulu
sebelum dia betul-betul tidur. Wah, dengan dedi mudah je dia lelap..jelesnya
mummy!!! Nampaknya kat rumah ni ada dua orang je yang boleh buat Ahmad tenang
iaitu tokwan dan dedi. Hee..makin geram mummy kat Ahmad ni.
Dedi pandai dodoikan dan pujuk-pujuk Ahmad. Kalau dengan
dedi, Ahmad sangat mudah tersenyum dan ketawa. Yela, dedi rajin buat lawak
dengan dia. Mummy pun rasa senang hati je bila dedi ada kat rumah. Lepas tu,
Ahmad kalau tengok dedi, renungan dia tu macam penuh perasaan adore pada
dedinya. Like.. my daddy is my hero lah! Kalau Ahmad renung mummy pulak,
renungannya penuh manja atau sometimes merenung sebab pelik. Hehe.. yela, sebab
mummy memang suka buli Ahmad. Geram!! Masa dedi ada juga Ahmad lebih rajin
bercakap dan tunjuk respon bila bermain.. bercakap bahasa baby la~
Apapun, terima kasih dedi sebab ada di samping kami. Menjadi
kekuatan untuk Ahmad dan mummy setiap hari terutamanya masa ada appointment doctor..hehe..
Ahmad mesti rindukan lullaby dedi. Lullaby mummy tak best kot, mesti dia cranky
before sleep. Semoga suatu hari nanti kami akan dapat bersama sebagai sebuah
keluarga yang normal. Sekarang perlu berjauhan dulu.. its ok. Apa-apa pun hati
mesti kuat!
*sweet* |
*esok ada checkup dengan unit surgery. doakan Ahmad!*
salam kak us..
ReplyDeletelepas aku baca entry ni ..and tgk gmbr Ahmad dgn dedi dia.,, baru aku tau kau kawin dengan ary.. MasyaAllah..camne la aku boleh miss info ni..
anyway buat both mummy & dedi Ahmad..Semoga korang sentiasa tabah..& buat little baby Ahmad.. Semoga cepat2 sembuh ye nak.. Membesar dengan sihat..
Sampai kan salam aku kat dedi Ahmad.. Semoga Allah SWT merahmati kalian. Hugs!