Pada firasat mummy sepatutnya Ahmad boleh direct breastfeed. Tapi mummy dah give up nak bersilat dengan Ahmad. Sejak lahir lagi Ahmad dipisahkan dengan mummy masa kat hospital. Lahir-lahir je dia terus kena kuarantin sebab doktor nak tengok cara feeding yang sesuai untuk dia. Mula-mula pakai puting biasa dia tak pandai. So diorang decide pakaikan feeding tube pada dia, minum susu formula pulak tu. Grr.. sian anak mummy. Lepas tu doktor gigi suruh cuba orthodontic teat tu. Eventhough daya hisapan dia sangat lemah tapi itu dah cukup bagus la untuk dia.
Kekurangan Ahmad untuk direct breastfeed adalah kerana dagu dia yang kecil tu menyukarkan dia untuk latching. Breastfeeding sebenarnya memerlukan kemahiran bayi untuk melekapkan mulut pada breast ibu, daya hisapan yang baik serta kawalan pernafasan yang betul. Oleh kerana Ahmad ada cleft, so lagi susah untuk dia sebab daya hisapannya sangat lemah dan dia tak dapat balance pernafasan dengan baik. So, oleh kerana mummy dan Ahmad tak dapat berlatih dengan kerap, dan doktor juga lebih prefer mummy perah susu je maka tak pandailah Ahmad breastfeed sampai sekarang. Lagipun budak ni dah keliru puting dah. Kesian Ahmad, setiap kali masa menyusu mesti dia tercungap-cungap keletihan. Tapi sekarang dah ada improvement la. Satu sesi penyusuan dah tak lama macam awal-awal dulu. Tapi kalau nak lumba dengan baby-baby lain Ahmad still kalah la kan. Takpe, kalah pun mummy sayang je.. hee..
Mummy memang berazam untuk bagi susu ibu kepada Ahmad selama yang mummy mampu. Cabarannya bukan kecil. Mummy kena perah susu siap-siap dan alert dengan stock susu yang ada. Mummy kena sentiasa ready, tak boleh impromptu breastfeed di mana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu, outing dan travelling memang agak payah untuk mummy tapi sebab mummy memang suka jalan-jalan mummy kena la rancang sesi penyusuan dan pengepaman dengan teliti. Haih, banyak barang nak kena bawak.. Sama jugak time tidur, tak dapek la mummy selamba sua bila anak melalak. Jelesnya tengok orang lain boleh bagi susu sambil baring-baring. Mummy kena duduk hokeyyy..
Takpelah.. demi kasih pada anak mummy akan buat selagi mampu. Oleh itu bersyukurlah anda yang mempunyai kelebihan menyusukan anak secara normal. Banyak kelebihan direct breastfeed berbanding yang pumping ni. Bila direct, bayi akan dapat hisapan susu awal dan susu akhir yang berlemak tu. Bonding antara anak dan ibu juga semestinya lebih erat gitu. Tapi walaupun bottlefeed Ahmad, mummy make sure akan belai-belai Ahmad, pandang mata dia dan cium-cium dia. Hehe.. Eh, kalo sambil breastfeed anak boleh cium-cium dia tak? Ke tak sampai? Huhhu..
Ahmad, ketahuilah mummy akan berusaha untuk Ahmad. Susah senang kita akan tetap bersama selamanya cheeewah. Kihkih. Poyo. Okbai~
minum susu pun nak kacak bergaya ;) |
Sgt tabah ko..ada hikmah disetiap yg berlaku...inshaaallah,setiap ibadah krn Allah,pahala ganjarannya..xpe kak us,yg pnting membesar dgn susu ibu xkira pkai btol atau direct..khasiatnya ttp lbh baik dr formula..kalo pam pun,ada susu cair n berlemak tu,cuma bercampur la..sama je ngan time direct..ahmad nak bg mummy pahala lebih tu..
ReplyDelete