Monday 13 May 2013

Warded Pulak Empat Malam Sebab Demam :(

Entry sebelum ni cerita Ahmad kena masuk wad HTAA untuk airway assessment kan.. Dia kan tak sakit tapi kena duduk bersama-sama budak-budak lain yang sakit kan.. Agaknya mungkin berjangkit daripada budak katil sebelah yang demam tu kot, Ahmad pun akhirnya demam la jugakkk.. Takkan mummy nak halang budak tu main dengan Ahmad kan. Diorang main pegang-pegang tangan, pastu Ahmad pulak masukkan tangan dalam mulut. Ha kalau dah macam tu memang mudahlah kena jangkit. Takpe lah.. dah nak sakit nak buat macam mana. Cuma tak sangka lama sakitnya sampai kena warded.

Ahmad start demam hari rabu 24 April. Pukul 4.00am masa bagi dia susu dah rasa badan dia panas lain macam. Pagi tu memang kena bawak dia ke Klinik Kesihatan untuk check up 7 bulan. Badan still panas. Mengadu pada nurse tu then dia amik temperature 38 darjah Celcius. Huuu.. Terus kena masuk ubat bontot. Klinik kesihatan bagi paracetamol syrup jugak. Tiga hari kalau tak baik jugak doktor suruh datang balik.

Dah tiga hari masih demam jugak. Every night suhu tinggi 38-39 darjah Celcius. Bawak ke Klinik Al-Farabi. This time doktor masuk ubat bontot lagi. Dapat paracetamol syrup dan antibiotik. Punnnn tak baik-baik jugak. Kesian Ahmad malam-malam badan panas dia jadi lemah sangat. Mummy ni bukan boleh harap sangat. Kejap kang tertido tak kawal suhu badan anak. Bila tersedar baru la terhegeh-hegeh sponging. Huuu.. Dedi pun dah risau la Ahmad demam lama sangat. Mummy perasan kat tekak Ahmad ada putih-putih. Anak tekak Ahmad kan terbelah dua, dua-dua merah.. I thought it was tonsil. Hm.

Ahad malam, Ahmad dah almost flat. Panas tak turun-turun. Lepas sponging turun kejap tak sampai setengah jam dah panas balik. Elok dedi sampai dari KL around 10 malam, kitorang terus bawak Ahmad pegi specialist. Tokki, atuk, opah n paksu Ahmad semua ikut sekali. Kesian diorang tak rehat datang dari KL. Tapi tu la malam-malam bukan ada pakar pun kan. Jumpa doktor, doktor amik suhu then bagi ubat je. Putih-putih tu dia kata kahak. Dia suruh datang esoknya jumpa doktor pakar. So kami balik la semula ke rumah malam tu. Penat kemas-kemas before pegi tu, ingatkan warded. Huhuhu.. Kalau hospital kerajaan tu rasanya terus warded je kalau suhu tinggi sangat.

ni kat umah.. melepek je dia :(

da sponging suhu turun dia senyum la sikit
Esoknya mummy, dedi n tokki bawak semula Ahmad ke specialist, jumpa Dr. Abdullah. Masa ni Ahmad dah terus tak nak makan dan minum. Dok nak peluk mummy je. Semua orang pun dia tak mau. Hari yang sama juga kena jumpa Dr. Kannan untuk check polip dia tu. Nasib baik kat specialist yang sama so senang la. Jumpa Dr. Abdullah dulu.. dia check apa yang patut. Yang putih-putih kat tekak tu kahak. Tapi Ahmad tak mahu makan n minum sebab dalam tekak dah ada ulser. Doktor cadangkan Ahmad warded, kitorang ok je sebab dia dah tahap taknak makan minum kan..

akhirnya warded jugakkk.. hmm..
malam pertama warded. mummy so sleepy..
So doktor pasang jarum kat tangan, amik contoh darah dan hingus (hingus ke? haha).. and then masukkan antibiotik. Kitorang balik rumah dulu sebab wad belum ready. Lepas maghrib baru pergi semula serah diri masuk wad. Empat malam jugak la kena wad. Tak buat apa pun, makan, minum, baring, main game, bagi Ahmad ubat, tengok tv. Agak bosan la aktivitinya tapi yang bestnya dapat spent time satu family lama-lamaaaaa :D

kena drip sebab tak nak makan n minum pon
Agaknya itulah ubatnya. Ahmad lepas masuk wad getting better. Ada mummy and dedi layan dia. Sama-sama bersilat bagi Ahmad makan ubat. Budak ni tak suka makan ubat okeyyy. Grr.. Terkemut-kemut mulut dia. Tapi biasa la mummy kan lagi ganas tetapppp jugak dia kena telan walaupun tak suka. Hahaha. Ni ada video dia makan ubat masa kat rumah. Menangis je. Tengok la kaki mummy kena tahan tangan dia. Huduh betul. Hahahaha..


Ahmad demam lama sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Kat tekak ada kahak, ulser dan fungus. Ulser tu sebab badan panas sangat. Fungus kata doktor mungkin berpunca daripada puting atau mainan-mainan dia. Sebabkan Ahmad refuse susu, so kena la drip. Tekak ada ulser mesti sakit nak menelan kan? Doktor bagi ubat sembur dalam mulut untuk kurangkan sakit. Lepas tu baru la Ahmad nak minum susu. Lepas dia dah ada selera semula tu dah tak payah drip dah.

ini je la kejenye kat wad.. main dengan dedi
dah puas main nangis pulak. dedi stress.. hihihi..
asyik nak masuk mulut je.. grr..
ini pulak keje mummy..heee..
mainan yang setia menemani ke mana saja
mainan baru hadiah masuk hospital dari dedi.. hahaha
Walaupun dah tak drip, kat tangan masih ada jarum untuk masukkan antibiotik. Wah mentang-mentang dah baik demam bukan main lasak lagi dia berguling. Jarum kat tangan pun bengkok! Hahahaha. Hey geram budak ni tauuu~

Tapi bagus jugak jarum tu bengkok. Terus nurse cabut dan tak perlu masuk antibiotik dah. Tukar antibiotik jenis makan je. Jadi bolehlah discharge awal. Horeyyy!! Kopak ok nak duduk lama-lama kat hospital tu. Ye la.. Ahmad mana ada amik takaful pun kan :)

Alhamdulillah.. Dah balik rumah, Ahmad semakin cergas dan aktif semula. Yeay!

2 comments:


  1. Artikel yang menarik mengenai demam. Memang demam harus diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan. Syukur Ahmad dah pulih.

    ReplyDelete

  2. Artikel yang menarik mengenai demam. Memang demam harus diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan. Syukur Ahmad dah pulih.

    ReplyDelete