Thursday, 16 October 2014

Follow Up SOPD: Umbilical Hernia dan Preauricular Cyst

Semalam Ahmad ada appointment dengan pakar surgical kat HTAA. Tujuannya untuk follow up luka bisul dia hari tu dan dapatkan tarikh baru untuk operation umbilical hernia dan buang sac bisul kat telinga tu.

Alhamdulillah Ahmad goodboy sangat hari ni. Bagus je dia masa jumpa Dr. Samuel tu. Takde apa sangat la cuma doktor tengok luka bisul tu and tanya-tanya sikit fasal umbilical hernia dia. Then doktor bagi tarikh untuk follow up which is bulan 1 nanti. Bagus la bagi aku beranak dulu. Tarikh operation akan dapat time follow up tu.. bermakna memang lambat lagi la tu...

Ok nak cite sikit pasal bisul tu. Dalam bahasa doktornya diorang sebut preauricular cyst. Pehal la nak cyst2 plak namanyerrr... Mummy sebenarnya dah sedar lama dah kelainan telinga dia tu macam ada lubang kecik macam tu. Masa umur 8 bulan ada keluar discharge dari lubang tu but I thought it just like a pore je. Kenapalah tak tergerak hati nak tanya doktor. hmmm...

Until umur dia setahun lebih then sekali tu jadi bisul besar bernanah kat tepi telinga. Lepas tu bisul tu jadi secara berulang-ulang kat tempat yang sama. My kakak ipar yang doktor tu pernah cakap suruh buat check up sebab maybe kena buang sac kat tepi telinga tu. Tapi tak tergerak la lagi nak jumpa doktor untuk masalah ni. Kebetulan masa hari nak bedah tu bisul tu naik, terus la rujuk pada doktor pakar.

Mummy dah buat research sket fasal preauricular cyst ni tapi later la mummy share ye. Aku nak translate dulu bagi senang faham. Entry kali ni tak de gambarlah ye. Hehe. Ok korang, bye!

Wednesday, 15 October 2014

BOOKU untuk Ahmad

Dalam membesarkan anak-anak, bagi mummy parents bertanggungjawab membantu meningkatkan perkembangan mereka. Ada banyak cara, terpulang kepada kaedah parenting yang kita selesa.

Ada parents suka anak-anak be free and explore their environtment. Ada yang banyak bergantung kepada flashcard, early development toys, atau menggalakkan outdoor activities, dan nak mudah, tak berkecah serta simple- ipad ;)

Tak kira kaedah apa pun, semuaaanya bagus. Tapi, ada tapinya. Penglibatan parents itu perlu. Bagilah dia mainan mahal or buku mahal sebanyak mana pun, without our presence it means nothing. Silap-silap anak buat hal nak dapatkan perhatian kita. Sebagai contoh, tengah-tengah main tiba-tiba dia campak permainan tu. Tu dah boring la tu main sorang-sorang. Ko bayangkan dia main kinetic sand lepas tu campak atas karpet. Nak salahkan dia ke nak salahkan diri sendiri sebab tak pantau dia main?

I am not a good mother either. Ada masanya letih, terlepas cakap, tapi kita cuba la nak jadi yang terbaik. Sebab tu la mummy malas nak nasihat orang. Anak baru satu je kottt... bukan banyak sangat pengalaman pun. Tapi mummy belajar benda baru setiap hari. Seronok ada anak, kan?

Macam Ahmad, sebab dia lahir dengan birth defect maka mummy memang extra care tentang development dia. Makna kata if ada sign of delay tu kita dah boleh detect awal-awal. Alhamdulillah semuanya normal.

Tak ramai yang tahu that mummy ada online business yang sendu iaitu BOOKU.. hahaha.. sendu sebab mummy tak dapat bagi komitmen sepenuhnya dan tak banyak modal untuk marketing. I keep holding all the planning tapi alhamdulillah BOOKU masih survive sehingga hari ini. Bermula dengan jadi ejen dropship je then mummy start amik barang secara wholesale. Sales tak banyak pun sebab mummy memang tak boleh bagi komitmen tapi mummy buat apa yang mummy suka jadi mummy rasa gembira. I am happy to share with others what makes my son happy.

BOOKU ni bermula atas minat mummy kepada perkembangan awal kanak-kanak. Asalnya mummy nak buat buku untuk budak-budak. Tulis dan lukis. Draft dah ada tapi masyaAllah malasnyaaaa la nak melukis tu. Then mummy daftar bisnes ni dengan SSM. Langkah mendaftar ni ialah supaya ko jadi serius sikit. hahaha... Dalam kepala ni nak buat board book la, softbook la, ebook la, macam-macam. Tapi tu la planning tak bergerak hahaha. Terfikir jugak nak publish sendiri memang kena ada modal then nak buat marketing lagi. Nak duduk under label publisher lain kena la rajin mencari peluang. Lagipun ini buku kanak-kanak, berbeza sikit kaedahnya.

Dalam pada mengumpul idea tu mummy rajin beli buku untuk Ahmad sebagai rujukan untuk mummy. Sambil-sambil membeli tu akhirnya menjual maka lahirlah BOOKU seperti hari ini. Ada buku kanak-kanak, softbook and development toys. Tapi masih sedikit. Harap dapat tambah produk lagi dan di masa akan datang harap BOOKU dapat kembali ke track sebenar dia nak buat buku tu. hehehhh... takpe, slow-slow kayuh.

Orang kata dalam bisnes ni kita jangan bertangguh. Rugi. Tapi pendekatan mummy buat masa ini ialah jangan gopoh. huhu.. Keutamaan tetap pada Ahmad dan adik Ahmad yang bakal lahir ni. Kita kumpul ilmu parenting banyak-banyak.

Alhamdulillah BOOKU berkembang seiring dengan Ahmad membesar. Ahmad jugak la yang untung sebab apa yang mummy jual semua dia boleh rasa dan main. Boleh tengok kat facebook BOOKU ada macam-macam benda kat sana. Kat sidebar blog ni ada fb BOOKU so sila like ye kawan-kawan ;)

Thanks untuk semua yang menyokong dari awal lagi. Ini gambar-gambar Ahmad bersama some of barang yang terjual di BOOKU. Last but not least, Ahmad love u all :D

Tuesday, 14 October 2014

Postpone Operation (Lagi)

Last time sepatutnya operation umbilical hernia Ahmad adalah pada 6/9 tapi atas request pakar bius, Ahmad dijadual semula untuk operate pada 30/9. Pakar bius mintak Ahmad bermalam di wad sehari sebelum operation untuk pemantauan.

Selain masalah Pierre Robin Syndrome, Ahmad juga baru-baru ni dah on ubat pencegah asthma untuk tempoh dua bulan tu kan.. so pakar bius nak kena pantau keadaan dia. Dua minggu sebelum tu pulak Ahmad kena selsema. Ingatkan memang tak dapat la operate kali ni sebab selsema tu.. tapi rupanya benda lain yang jadi penyebab.

Sebenarnya mummy letih sangat.. Mummy dah pregnant 7 bulan dan fasiliti dan wad memang tak membantu keadaan mummy. Mujur la nurse dan ibu-ibu kat wad memahami keadaan mummy. Ahmad pun boleh tahan lasak kat wad. Gile ah rasa nak nangis.. Dengan dedi Ahmad yang masih sakit tak dapat balik dan terikat dengan kerja. Mummy cuba faham dan telan hakikat berkeluarga dengan cara yang macam ni, mungkin ada hikmahnya. Nak kata kuat tu sebenarnya memang tak kuat tapi mummy takde pilihan. Nak merungut? Meratap? Takde sape nak dengar dan takkan boleh selesaikan masalah pun.

Satu-satunya pendorong adalah Ahmad sendiri. Sebab mummy nak tengok dia sihat. Mummy nak dia membesar macam orang lain. Mummy anggap waktu di wad tu sebagai peluang untuk spend time dengan Ahmad. Tapi kesian jugak pada dia sebab kudrat mummy sangat limited. Dia main lari-lari memang takde makna la mummy nak kejar.. hahaha..

29/9 kami admit di wad pembedahan kanak-kanak HTAA. Macam biasa lepas masuk wad akan ada doktor datang interview dan nurse ambil tekanan darah, bacaan oksigen dan suhu badan. Lepas tu kena pasang line la untuk masuk ubat or drip. Time nak pasang line tu ya ampunnnn doktor.. nape la sampai bengkak-bengkak tangan anak aku. Ibu bapa disuruh tunggu kat luar, tapi mummy jenguk-jenguk juga tengok Ahmad. Memang dia menangis mula dari mummy tinggalkan dia sampailah proses tu selesai. Mummy tau kudrat dia meronta-ronta tu memang kuat. Doktor cari urat tak jumpa kot.. dua-dua tangan ada bekas jarum.. ambil masa hampir 30 minit. Ahmad bukan sekali dua masuk wad. So mummy tau urat dia bukan jenis susah nak jumpa. Doktor atau nurse yang cekap memang takde masalah untuk pasang line pada dia. Takpelah.. bersangka baik yang itu adalah process of learning untuk doktor tu.

Petang tu pulak datang doktor bius tanya-tanya fasal Ahmad lagi. Tanya soalan yang sama tanpa baca report yang doktor sebelum tu dah buat. Lepas tu marah plak aku tak cerita Ahmad ada Pierre Robin Syndrome. Ah letih la nak layan korang ni... Baca la.. Semua maklumat ada dalam rekod tu. Urghhh... akukah yang tidak memahami tugas doktor?

Dah la takde sape inform apa treatment diorang nak bagi pada Ahmad. Tiba-tiba malam tu kena on nebuliser.. amik salbutamol. Ada kahak ke? Tadi doktor cakap clear.. or just sebagai pencegahan? Nurse blurrr je nak jawab.
Mummy rasa makin lengang sesebuah wad tu makin sambil lewa diorang ni buat kerja. Kalau kat wad pediatrik yang busy tu nurse-nursenya lebih cekap dan pantas.

Kebetulan ada bisul tengah naik kat tepi telinga Ahmad tapi kali ni dia takde demam. But still, doktor concern pasal bisul ni. Malam tu start pukul 2 Ahmad dah kena puasa. Pagi esoknya kena masuk drip untuk elakkan dehydrate. Ahmad patient ke 3 kot masuk dewan bedah.. lupa dah..

Pagi tu mula-mula doktor inform akan bedah pusat dia and buang nanah kat telinga. But then bila pakar datang, diorang decide untuk buang nanah je sebab nak elak jangkitan pada pusat. Next time diorang plan bagi tarikh baru untuk operate pusat dan buang sekali kantung bisul kat telinga tu. Sebabnya dah banyak kali juga jadi bisul kat tempat yang sama tu. Maybe liang peluh kat situ terlebih aktif kot. Selalu terjadi bila naik bisul tu Ahmad demam so elok la buang.

Oleh kerana operation tu dah bertukar tajuk maka proses yang perlu dilalui cuma membuang nanah je la. Tapi, nak buang nanah pun kena bius satu badan ok. Bius ni risiko sebenarnya. Sekejap je prosesnya pun.. Eh tapi geram sebab line yang buat semalam kat tangan kanan diorang tak guna sebab Ahmad cakap sakit. Diorang buat line baru kat tangan kiri lepas tu tak cabut pun line kat tangan kanan tu. Hoihhhh.. geram. Mummy teman Ahmad masuk dewan bedah sampailah doktor selesai bagi ubat bius dan Ahmad dah tido then mummy pon keluar. Tak sampai 15 minit mummy dah dipanggil semula sebab Ahmad dah ada kat recovery bay. Dia mamai-mamai je. Dah sedar dan ulang-ulang cakap mummy ada.. mummy ada... hihi. Pakar bius pun lebih confident bila dah tengok respond Ahmad dengan ubat bius tu.

Petang tu kitorang dah dibenarkan discharge. Esoknya kena buat dressing kat luka pembedahan tu. Alahai kecik je pun luka macam tak berbaloi bius satu badan. Dia tiga hari lepas tu bisul tu naik balik walaupun tengah on antibiotik.. grrr... stress pulak mummy. Last-last bisul tu pecah sendiri and mummy la yang jadi doktor keluarkan nanah-nanah tu. Menggelupur la Ahmad.. sorry takde ubat bius ok. Lepas tu baru la ok.

Rabu ni 15/10 Ahmad ada follow up. InsyaAllah akan dapat date baru untuk operation. Tapi rasanya mummy dah sarat benar nak menjaga dia kat wad. Kalo mintak tarikh lepad dah bersalin nanti ada baby kecik la pulak. So harapnya kali ni Ahmad tak perlu bermalam kat wad, masuk daycare je bole tak pleaseeee...

Mummy tak boleh nak harapkan dedi Ahmad lagi. Selain dia tak cukup fit nak jaga budak lasak ni, jadual kerja dia pun memang tak menentu so mummy tak nak menyusahkan dedi Ahmad dah.. Daripada janji tinggal janji lebih baik mummy pikul tanggungjawab ni sepenuhnya. Maka marilah kita menjadi supermom. huahahahahhh.. Ok, jom layan gambar ;)

Sunday, 7 September 2014

Postpone Operation

Sepatutnya Ahmad perlu dibedah untuk masalah umbilical hernia dia pada 6/9/14 baru-baru ni. Sebenarnya pembedahan ni dikira minor sahaja, pagi masuk wad-operation-petang dah boleh discharge. Pembedahan ni akan dibuat under SOPD HTAA.. so diorang yang tetapkan date 6hb tu..
Pada 26/8/14 kami telah dijadualkan untuk bertemu dengan pakar bius. So kami pun pegi je la jumpa.. Lepas pakar bius review Ahmad, diorang cakap tak dapat proceed dengan tarikh 6/9 tu sebab Ahmad perlu warded sehari sebelum pembedahan untuk pemantauan mereka.
Ahmad perlu warded sehari awal sebab masalah Pierre Robin Syndrome dia tu.. which is memang menjadi kegerunan pakar bius kot. huhu... Walaupun pembedahan palate kat HKL dulu berjalan lancar, pakar bius HTAA masih menganggap keadaan Ahmad dalam kategori berisiko. Lagipun peralatan yang ada di HTAA tidaklah selengkap di HKL.
Oleh itu pembedahan Ahmad telah ditetapkan pada 30/9 dan perlu warded sehari awal iaitu pada 29/9.
Walaupun rasa ralat tapi bagi mummy ada hikmahnya operation ni kena postpone. Ditakdirkan dedi Ahmad sekali lagi kena slipped disc attacked. Now warded di DMMC Kuantan. Nanti ada masa mummy cerita pasal dedi Ahmad ni ye. I am super sad u know.. Doakan semuanya lancar untuk kami sekeluarga. Amin...

Friday, 22 August 2014

Asthma Kah?

Dalam hati mummy memang cuba menidakkan. Tapi separuh dari akal fikiran tu ada juga tertanya-tanya apakah Ahmad ada asthma. Bila Dr. Tham kat KPJ Puteri JB tengok haritu, dia cuma suspect Ahmad mungkin ada masalah antibodi dan suggest kami buat immunoglobulin assay untuk confirmkan tahap antibodi dia. Tapi mummy tak rasa Ahmad ada masalah antibodi tu. Tapi kalau ada memang Ahmad akan bergantung dengan ubat sepanjang hidup dia. Dr. Tham tak rasa Ahmad ada asthma sebab dalam family kitorang memang tak ada sejarah asthma, baik family mummy or family dedi.

20/8 baru-baru ni Ahmad ada check up di klinik perdiatrik HTAA, jumpa Dr. Fadzil macam biasa. Mummy berikan surat daripada Dr. Tham dan mintak second opinion daripada Dr. Fadzil pulak. Daripada history Ahmad yang kerap warded atas masalah bronchopneumonia tu, doktor suggest Ahmad untuk on medication selama dua bulan, buat monitoring dulu.

Doktor sendiri tak boleh nak confirm sama ada Ahmad ada asthma atau tak, oleh itu monitoring tu penting untuk diorang kaji pattern keadaan Ahmad. Dari situ baru diorang boleh buat conclusion sama ada Ahmad ada asthma atau tak ada. Ahmad perlu start ventolin dan gunakan aerochamber selama dua bulan. Dalam tempoh itu mummy perlu lengkapkan asthma chart yang doktor dah beri. Tapi masa jumpa doktor tu mummy tak bawak cash, so tangguh dulu beli aerochamber dan ubat. Next week 27/8 akan jumpa semula doktor untuk diajar cara guna benda-benda tu.

Apa yang mummy perasan, Ahmad ni mudah berjangkit kalau ada budak-budak atau orang lain yang tengah demam, batuk dan selsema. Selalunya, bila dia dah start selsema, akan melarat jadi batuk dan demam dan akhirnya warded. Huhu.. Mummy perasan Ahmad tak boleh tolerate sangat dengan benda-benda sejuk macam udara malam, air sejuk dan aiskrim. Ada beberapa kali jugak terjadi mummy bawak Ahmad keluar malam, atau pagi yang sejuk, dan lepas tu Ahmad selsema. Ada sekali tu bawak pegi pantai waktu petang, malamnya dia nafas laju dan esoknya terus warded.

Last time before admit kat HSA pun, mummy bagi dia makan aiskrim. Masa tu Ahmad tengah selsema. Bagi makan aiskrim masa tu pun yang dah dicairkan, sebab nak sejukkan palate dia yang baru repair tu kan. Tapi lain pulak jadinya. Dia batuk-batuk lepas makan aiskrim, dan malamnya terus demam.

So buat masa sekarang mummy akan pantau Ahmad dulu. Harap-harap bukan masalah asthma la. Entahlah. Separuh fikiran mummy sebenarnya dah mula risau dah :(

Ya Allah Kau peliharalah kesihatan anakku Ya Allah..

Thursday, 21 August 2014

Cerita Syawal Ahmad

Dah nak penghujung syawal baru nak cerita pasal raya. Haha.. Hari raya tahun ni mummy berendam air mata. Bukan sebab menginsafi diri wahahaha tapi sebab sedih anak tak sihat. Lebih kurang 2 minggu selepas palate repair, iaitu kira-kira seminggu sebelum raya, Ahmad kena selsema, jangkit dengan cousins dia. Ahmad berpantang di Selayang. Lepastu sambung berpantang kat rumah dedi dia pulak kat Skudai.

Elok dua tiga hari kat Skudai, Ahmad start demam dan batuk. Dia ni bila batuk mulalah.. nafas laju. Tengok macam tak best je, pukul 4 pagi tu kami rush ke Hospital Sultanah Aminah. Ingatkan nak amik nebulizer je, tapi kena warded la pulakkk. Aduhhh.. lagi berapa hari je nak raya. Masa warded tu hari rabu pagi.

Warded satu malam je. Khamis tengah hari kami dah dibenarkan discharge. Ahmad memang nampak sihat, aktif tapi dia masih batuk-batuk. Masa tu dos salbutamol adalah 4 jam sekali. Macam tak logik je boleh discharge. Doktor just bagi ubat demam dan antibiotik. Sebelum-sebelum ni kalau warded tu mesti sebab pneumonia. Tapi kali ni penyebabnya adalah bronchiolitis.

Lepas discharge, petang tu Ahmad demam semula. Kemudian malamnya dia batuk-batuk dan nafas laju. Kitorang dah buntu nak pegi hospital balik ke? Kami decide untuk observe je dulu dan bawa Ahmad ke klinik biasa untuk ambil neb. Malam tu lepas neb nampak dia lega la sikit.

Pagi jumaat, demam Ahmad masih belum kebah. Suhu tinggi. Langsung dia tak aktif, asyik tidur je. Oleh kerana Ahmad masih berpantang, dia pun tak berapa lalu nak makan dan minum. Kami dah berkira-kira nak bawak semula ke hospital tapi keliru nak kembali ke HSA atau pergi ke specialist.

Akhirnya kami ke KPJ Puteri Specialist. Jumpa Doktor Tham. Doktor treat as bronchiolitis with secondary pneumonia. Dapat bermacam-macam ubat.. dua jenis antibiotik dan Singulair untuk kuatkan paru-paru dia. Hari sabtu kami balik ke Selayang sebab hari isnin dah nak raya. Masa tu serius rasa tak mahu balik raya. Ahmad masih tak sihat, tak aktif langsung.

Ahad malam, dari Selayang kami bertolak ke Seri Iskandar, Perak. Perjalanan masa tu dah 1 pagi. Sampai Seri Iskandar pun dah hampir pukul 5 pagi. Pukul 4 pagi mummy perasan Ahmad dah batuk-batuk makin kerap. Tak lena tidur.

Pagi raya tu, lepas je solat raya, kami decide untuk cari klinik sebab Ahmad nafas masih laju. Kat Seri Iskandar semua klinik tutup. Yelah, raya kannn.. Ahmad baring je.. lemah je.. Kencing pun berpasir sebab kurang minum air. Masa tu patutnya dia belum habis pantang. Tapi mummy terpaksa juga bagi dia minum botol berputing, nak galakkan dia minum susu. Sejak berpantang dia tak mahu minum susu dalam cawan. Dia suka milo je. Kalau nak bagi susu or air masak, kami bagi ikut syringe. Tapi ye la, budak dah besar.. mencabar jugak nak bagi minum guna syringe tu, takut dia tersedak. Sampai satu masa tu mummy paksa dia minum.. dia minum sambil menangis, dengan mummy sekali menangis.. haishhh haru betul...

Dari Seri Iskandar kami ke Batu Gajah, masih lagi mencari klinik. Alhamdulillah ada jumpa dua buah klinik yang bukak. Jumpa doktor dan doktor bagi neb. Doktor bagi pilihan sama ada nak warded atau cuba ubat klinik dia dulu. Oleh sebab kami kat Perak tu, berat hati pulak rasanya nak warded. Kalau tengok keadaan Ahmad pun, memang elok warded dan kena drip sebab dia dah tak mahu makan minum. Tapi kami paksakan jugak.

Kami pilih untuk bertahan. Ahmad rehat je, kami tak pergi beraya pun. Selama empat hari dari hari isnin hingga khamis kami di Perak tu, hari Rabu tu barulah nampak perubahan. Walaupun Ahmad masih tak aktif, tapi akhirnya dia senyum pada mummy. Bayangkan selama dia sakit tu dia memang dah tak senyum langsung. Sedih betul hati mummy. Alhamdulillah hari khamis tu Ahmad dah mahu berjalan sendiri dan bermain walaupun dia masih lemah.

Itu je la cerita raya Ahmad. Tak enjoy pun hahaha tapi tetap membawa kenangan yang tersendiri pada kami. Doakan Ahmad terus sihat, insyaAllah :)

hari rabu 23/7 warded di HSA

amik neb

aktiviti di wad. buhsannyaa... tengah hari tu dah boleh discharge. dia pun nampak aktif je

balik rumah demam semula.. haishhh

sesekali dia nak juga bangun, tapi kebanyakan masa dia cuma tidur je..

hari raya pertama, orang lain makan kuih raya, Ahmad sibuk amik neb kat klinik

sempat raya satu rumah lepas balik klinik, itupun dia sangat lemah

tidur jelah kerjanya.. tidur pun nak atas mummy or dedi je

hari ketiga nampak dah mula pulih. bawak dia pegi tesco untuk bagi dia terangsang supaya dia aktif balik. alhamdulillah dia dah mula nak bermain. apa-apa pun tetap kena berpantang ais dan benda-benda sejuk..

Tuesday, 12 August 2014

Gambar-gambar Ahmad Kat HKL

Baru nak letak gambar. Tapi sebenarnya tak banyak amik gambar pun. Lagi-lagi lepas operation tu.. Mula-mula ada la dedi Ahmad snap gambar dia yang masa tengah menderita darah-darah tu. Tapi lepas tu dia padam. Tak simpan pun. Mummy lagi la takde amik gambar time darah-darah tu. Entahlah. Rasanya biarlah takde dalam simpanan gambar yang macam tu. Cukuplah dalam ingatan je. Hihi.. Ngade sangat kan?

Oklah.. jom layan je gambar mana yang ada ok.

baru admit wad.. boleh makan macam biasa. masa ni rasa nak nangis sebab Ahmad lapar tapi diorang tak provide lunch dah. nak keluar gi beli makanan jauh la pulak. dedinya balik rumah terus masa tu. nasib baik ada nurse baik hati bagi roti..

selfie ibu dan anak. hee..

tak tau sape yang sakit ni. tu anaknya nampak kaki je pakai seluar merah. haha

kat wad Ahmad main dengan kakak. ni time before operation memang riuh la wad dengan suara budak-budak ni. lepas operate masing-masing terlantar. hahaha. kakak tu operate lutut..

tengok dia gosok gigi before tido malam. style nak orang kaya je.. hehe.. ini malam yang dia kena puasa tu.. esok nak operate

menunggu masa nak masuk bilik bedah. dia dah lembik tak boleh makan dan minum. tido je la baru dia diam..

on the way ke bilik bedah. mummy dah sebak-sebak time ni. lepas tu dah takde mood nak amik gambar..


pic dari henpon dedi. Alhamdulillah.. dah habis operation. masa ni kat recovery bay. Ahmad asyik mengerang je la.. sedar dari kesan bius terus sebut nama mummy. so mummy masuk temankan dia, ganti dedi yang dah kesejukan..


lepas operate dan dah tanggal benang kat lidah. masa ni dia demam sikit. apa-apa pun alhamdulillah semuanya dah berakhir :)


Thursday, 7 August 2014

Cerita Operation Cleft Palate Ahmad

Assalamualaikum semua. Rasanya belum terlewat lagi nak ucapkan selamat hari raya. Selama sebulan lebih tak update blog ni memang macam-macam cerita yang jadi pada Ahmad. Sebenarnya mummy teringin sangat nak update tapi selain masa tak mengizinkan, internet takde pulak. Nak update via phone tak syiok ah kan.. hehe..

Straight to the story, alhamdulillah pada 9hb Julai yang lalu Ahmad telah selamat menjalani pembedahan pembetulan sumbing pada lelangitnya. How the doctors did that, I don't know hahaha yang penting anak mummy sihat dan selamat. Oklah mummy cerita dari awal masuk hospital lah ye..

Kalau ada yang memang mengikuti blog ni dari awal, mungkin tahu selama ni Ahmad follow up untuk masalah cleft dia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu di bawah seliaan Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif. Setelah ding dong ding dong selama setahun sepuluh bulan, akhirnya doktor berpuas hati dengan keadaan Ahmad dan mengaturkan tarikh pembedahan pada 9 Julai 2014.

Untuk masalah cleft palate, selalunya baby boleh operate seawal 9 bulan. Tetapi oleh kerana Ahmad ni ada pakej Pierre Robin Syndrome, doktor mintak tunggu lagi sehingga mereka betul-betul puas hati dengan perkembangan rahang bawah Ahmad yang boleh memberi kesan kepada laluan pernafasan semasa operation nanti.

Kami admit pada 7 Julai untuk pemeriksaan awal sebelum dibedah. Itupun doktor tak memberi harapan sebab untuk kes Ahmad, mereka perlu sediakan katil di wad PICU untuk sebarang kemungkinan semasa atau selepas pembedahan. Risiko paling besar bagi kes Ahmad adalah masalah dengan ubat bius dan pernafasannya ketika pembedahan. Oleh itu kalau takde katil kat PICU, memang mereka tak akan teruskan pembedahan. Kadang-kadang kita tak boleh jangka, sebab walaupun pihak hospital dah booked awal-awal katil di PICU, tapi kalau ada kecemasan yang lebih memerlukan maka mereka akan mendahului kes kecemasan tersebut.

Mummy ingin mengingatkan parents semua supaya bersabarlah menghadapi kerenah pihak hospital. Yakin dan percaya bahawa mereka juga ingin melakukan yang terbaik untuk semua pesakit. Kita cubalah memahami situasi dan keadaan mereka. Rasanya bersikap tenang lebih membantu daripada menjadi ibu bapa yang fussy dan kuat merungut, kan?

Mummy bersyukur sebab Allah permudahkan semuanya. Ahmad walaupun dua minggu sebelum tu terlantar di wad pediatrik HTAA sebab jangkitan paru-paru, tapi Allah takdirkan dia sihat sepenuhnya dan boleh dibedah. Mummy bersyukur juga sebab kami tak perlu menunda hari pembedahan sebab katil PICU takde. Semuanya dipermudahkan..

Sebelum masuk wad pada 7 Julai, kami ke Klinik Plastik dulu untuk pemeriksaan doktor. Kemudian, baru kami dibenarkan daftar masuk ke wad. Bangunan Klinik Plastik dan wad terletak di bangunan yang berbeza. Wad untuk pesakit-pesakit di bawah seliaan Klinik Plastik terletak di Bangunan Kaji Saraf, HKL. Selepas daftar masuk (daftar masuk wad kat bangunan lain ye.. kat area kecemasan tu), barulah kami pergi ke wad.

Wad Plastik ni menempatkan pesakit secara bercampur iaitu kanak-kanak dan dewasa lelaki dan perempuan. Pesakit-pesakit ini dipisahkan oleh bay. Bay di hadapan sekali menempatkan pesakit kanak-kanak. Kat wad ni cuma ada dua bilik first class. Walaupun Ahmad layak dapat first class tapi bilik penuh so kami stay kat wad 3rd class je la.

Kat wad ni, Ahmad dapat katil babycot. Parents yang menunggu anak memang takde pilihan, kena tidur kat kerusi je. Hehehh.. Perit ok sebab mummy tengah pregnant ni. Tapi pihak hospital ada sediakan kerusi malas. Selalunya malam before nak tidur kita rebut-rebut amik kerusi malas tu. Siapa cepat dia dapatlah. Hee.. Siang hari kerusi malas tu kena simpan baliklah. Kalau nak baring-baring sila baring dengan anak dalam babycot. Hee.. Untuk makluman, hanya seorang penjaga dibenarkan menjaga anak. Tapi kalau anak lepas operate tu biasanya diorang faham je kalau ibu dan ayah dua-dua nak stay kat wad. Itu atas budi bicara pihak hospital la.

Pada mulanya operation kami dijadualkan pada 8 Julai, tapi kemudian kembali pada tarikh asal iaitu 9 Julai. On 9 Julai tu, Ahmad dijadualkan sebagai patient pertama dibedah iaitu pada pukul 8 pagi. Tetapi atas sebab-sebab katil di PICU belum disediakan, Ahmad hanya dibawa ke bilik bedah pada pukul 12 tengah hari. Sebelum tu pada malamnya pukul 2 pagi Ahmad dah start berpuasa daripada makan dan minum susu. Selepas pukul 6 pagi hanya cecair jernih je dibenarkan.

Malam sebelum operation tu, memang mummy bagi Ahmad makan kenyang-kenyang. Minum susu puas-puas. Tapi budak ni still lapar dahaga. Hoihhh.. Kitorang memang berdoa je cepat la sikit masuk bilik bedah. Tak larat dengar dia berzikir nak air.. nak air.. nak air.. Hahaha. Lepas tu dalan pukul 11 lebih tu nurse suruh siap-siap untuk masuk bilik bedah. Bilik bedah tu nanti sejuk, so make sure anak pakai baju lengan panjang dan seluar panjang. Lepas bedah kena stay kat recovery bay yang sejukkkk jugak dalam 1-2 jam camtu.

Lepas dah siap-siap, Ahmad disorong atas troli untuk ke bilik bedah. Dalam hati mummy ni memang takde la nak steady-steady tapi buat muka cool je la. Bilik bedah terletak kat bangunan utama so jauh la jugak nak berjalan. Kalau nurse tu tanya larat tak nak dukung anak, ko jawab je tak larat. Jauh ok.. nak-nak kalau anak tu dah 11 kg mcm Ahmad... takde makna aku nak menapak dukung budak tu. hihi..

Ibu bapa akan berpisah dengan anak di bilik persediaan. Kat situ sebelum masuk ke dewan bedah, kita dimestikan memakai pakaian yang telah dikhaskan. Nanti kita kena tandatangan beberapa dokumen kat situ sebelum anak disorong ke bilik bedah. Seorang penjaga dibenarkan masuk bersama untuk menemani anak masa proses bius. Ok, time kat bilik persediaan tu mummy yang sign dokumen. Masa tu dah mengalir air mata dah. Arghh.. memang confirm la mummy tak teman Ahmad ye. hehe.. Sebabnya mummy fikir gini, kena bagi semangat kat anak. Kalau dia tengok kita nangis nanti dia pun jadi tak keruan. And I know my son very well, he can read me!! So better dedinya aje yang masuk temankan masa bius tu.

So di bilik persediaan tu la kami berpisah. Mummy cakap mummy nak pegi work, salam dan cium dahi Ahmad. K, bye. Dedinya masuk temankan dia, borak-borak and distract dia supaya Ahmad tetap tenang je dalam tu. Amazing jugak sebab he is such a good boy. Tak meragam pun walaupun memang tengah lapar tu. Lepas doktor bius bagi gas, Ahmad terus tidur. Dedi Ahmad dibenarkan menunggu di bilik menunggu. Mummy kena tunggu kat luar. Hanya seorang penjaga dibenarkan tunggu di bilik menunggu tu.

Bilik menunggu tu sejuk, so make sure bawak sweater siap-siap kalau tak tahan sejuk. Kata dedi, kat bilik menunggu tu semua perempuan, dia je lelaki. Hahahah. Sebelum tu pun akak-akak kat dewan bedah tu tanya, kenapa bukan emaknya yang masuk meneman.. hihi...

Mummy jenguk-jenguk dari luar je. Sebelum masuk kat bilik persediaan tadi, kita akan lalu kat ruang lobi. Kat situ ada kaunter dan board yang menempatkan nama pesakit dengan progress diorang sama ada masih under operation, recover, atau lain-lain lagi. Kat ruang lobi tu kita tak boleh tunggu jugak, kena tunggu kat luar. Tapi boleh masuk la ke ruang lobi tu untuk tengok progress anak. Ahmad under operation selama 3 jam. Bila mummy tengok kat board tu stated recover je.. alhamdulillah.. lega sangat-sangat perasaan mummy ni.

Ahmad ditempatkan di recovery bay untuk dipantau keadaannya sebelum dibenarkan kembali ke wad. Mummy lega sangat Ahmad tak perlu masuk PICU. Kat recovery bay tu, Ahmad tengah lalok-lalok lagi kesan ubat bius. Sesekali dia mengerang, then ngantuk-ngantuk tapi mummy tau dia memang separuh sedar. Dedinya dah tak larat nak temankan, terus mintak mummy tukar syif, temankan Ahmad kat dalam recovery bay tu. Ahmad pun dah sebut mummy.. mummy.. so marilah mummy masuk temankan.

Masuk je tengok Ahmad terbaring dengan topeng oksigen kat mulut. Darah keep keluar dari mulut bercampur air liur. Adoi sakitnya bila teringat balik. Mummy usap-usap Ahmad untuk tenangkan dia. Alahai memang kena kuat semangat ok. Tapi Alhamdulillah Ahmad tak menangis, meraung, meragam macam budak-budak lain. Kami tunggu troli sampai dari wad. Agak lama jugak la dalam dua jam macam tu baru troli sampai. So mak ayah semua, make sure dah solat siap-siap sebab tak boleh nak jangka masa di bilik bedah dan di recovery bay tu..

Okeylah.. nanti mummy sambung cerita lagi keadaan Ahmad lepas operation pulak ye. Gambar mummy letak kat next post sebab mummy dah letih ni menaip hahahaha padahal malas dah. K bye see u in next post :p


Friday, 4 July 2014

Takaful Untuk Anak Klef? Tipis Ok..

Dulu mummy pernah cerita tentang permohonan takaful Ahmad yang tidak berjaya. Masa tu permohonan Ahmad ditolak sebab dalam discharge note lepas lahir tu tertera Ahmad didiagnos dengan brain cyst. Memang kalau ada cyst permohonan terus akan ditolak. Okeylah. Takpe. Mummy dinasihatkan untuk cuba memohon semula after a year. Tengok perkembangan Ahmad macam mana sebab doktor cakap cyst ni akan dissolve. Alhamdulillah perkembangan Ahmad normal.

Baru-baru ni mummy ada cuba memohon semula. Walau bagaimanapun permohonan mummy sekali lagi ditolak atas alasan Ahmad ada cleft palate pulak. Nyampah pulak rasanya dengan ejen dulu tu. Berkali-kali dah tanya boleh ke cleft baby dapat coverage, dia cakap takde masalah. La ni terang-terang kena reject.

Mummy ada bertanya pada kawan-kawan yang ada anak dengan masalah yang sama. Surprisingly ada di antara mereka dapat perlindungan insurans atau takaful. Tetapi mostly memang permohonan ditolak juga. Untuk baby cleft lip sahaja mungkin lebih mudah dapat perlindungan but still kena la rujuk pada pihak yang lebih tahu.

Kecewa? Tak kecewa pun sebab memang dah boleh agak. Ah malas dah la nak fikir. InsyaAllah ada rezeki Ahmad kat lain. Apa-apa pun Allah jua yang memberi perlindungan terbaik pada kita.

Kesimpulannya, baby with cleft palate memang tak dapat perlindungan insurans atau takaful. Mungkin ada syarikat insurans yang beri perlindungan tetapi anda kena fightlah. Mummy dah malas. However, anda masih boleh buat insurans pendidikan untuk anak. Health insurans and medical card memang tak lepas.

p/s: sekarang ni memang menyampah tengok orang yang sembang kencang bab insurans. haha. sembang relax2 je sudah la.. hee..

Thursday, 3 July 2014

Seminggu Lagi

InsyaAllah lagi seminggu Ahmad akan menjalani pembedahan membetulkan sumbing lelangitnya. 7/7 Ahmad akan admit dan 9/7 operation akan dijalankan sekiranya doktor berpuas hati dengan kesihatan Ahmad.

Pada masa sekarang ni mummy ada sikit fobia kalau Ahmad demam, selsema atau batuk. Memang mummy elakkan menyapu di depan dia, takut kena debu kang selsema pulak. Bedak pun diharamkan padahal dia bukan ada asthma pon.. hehe.. Lepas tu kalau dia bersin je mulalah risau padahal normal la dia bersin sebab makanan selalu tersangkut naik ke hidung. Malam-malam tak pasang kipas. Aircond pasang 28 deg ke 30 deg je. Ntah apa-apa je mak dia ni fobia.

Selain itu kesihatan sendiri pon kena jaga. Takut kalau tak sihat nanti jangkit pada Ahmad pulak. Mummy memang elakkan bawa Ahmad keluar ke crowd dan juga elak bawa dia kerap travel jauh. Punyalah takut. Ye la.. antibodi rendah memang tak boleh nak jangka. Tapi all in all semuanya bergantung pada ketentuan Allah akhirnya. Redha.

Kesihatan Ahmad walau bagaimanapun buat masa ini semakin baik, alhamdulillah..

Now mummy sibuk cari resepi untuk feeding Ahmad after operate. Selain susu, bubur lembut, jus, ingat nak bagi juga Ahmad makan puding ke..yang lembut-lembut. Telut boleh makan ke? Kang tak elok pulak untuk luka bedah tu kan. Untuk minggu pertama selepas bedah cuma boleh minum susu, jus dan aiskrim. Nanti kita tunggu nasihat doktor ye.. Sebab sebenarnya bergantung pada keadaan anak juga.

Puting dan botol memang diharamkan tapi sippy cup mummy tak sure. Tapi Ahmad dah boleh minum guna cawan so mummy tak risau sangat. Guna sudu pun ok. Cuma risau bab susu tengah malam je la srbab dia masih bangun dua tiga kali untuk minum susu. Tak tahulah dia ok tak kalau menyusu malam-malam pakai cawan. hukhuk.. kalau boleh guna sippycup lega sikit kot.

Plan nak gerak ke KL lebih awal sebab mummy dah start cuti pun. Tapi dedi Ahmad pulak masih ada kerja. Ermm.. tengok je la macam mana.

Sebenarnya tak sangka mummy akan melalui semua ni dalam hidup. Sebab selama ni hidup mummy smooth je. Tak pernah rasa susah. Mudah je semuanya. Dari zaman belajar semuanya senang. Habis susah pun lepas diploma tu nak dapat tempat semula nak sambung belajar tu je yang payah sikit. Tapi end up dapat je further study.

Sekarang ni memang terpaksa korbankan kerjaya. Sedih sebenarnya bila kawan-kawan semuanya maju dalam kerjaya masing-masing. Bukanlah tak redha tapi mummy memang jenis yang ada perancangan dan matlamat.

Namun sebaik-baik perancang tetaplah Allah taala.. Mummy terpaksa lupakan plan asal dan ubah plan ikut kesesuaian. hehe.. Matlamat hidup pun dah berubah bila kahwin kan.. Mestilah keluarga akan jadi priority. Omg.. tua sangat rasanya bila cakap macam ni. hehe..

Apapun mummy bersyukur kerana berpeluang merasai cabaran ini. Bukan semua orang dapat mengalaminya. Syukur Allah menguji sekadar dalam kemampuan mummy. Alhamdulillah..

Doakan semuanya dipermudahkan untuk Ahmad. Amin~

Thursday, 26 June 2014

Tekanan

Hari ni nak bebel-bebel je.. pasal tekanan. Bila baca pasal kisah akak Lola tu, ada yang kaitkan ibu tu jadi begitu mungkin disebabkan tekanan. Lain orang, lain tahap tekanannya. Malah, cara mengatasi tekanan pun berbeza-beza. Ada orang boleh memujuk hati, bersikap rasional dan menghadapi tekanan dengan mudah. Tapi, ada sesetengah orang, sampai satu masa akan rasa helpless. Rasa tak mampu. Seriously, tak mampu.

Mummy bukan nak defend Kak Lola tu. Apa yang dibuatnya memang terang-terang tak dapat diterima akal manusia. Memang tak berhati perut, tak berperikemanusiaan. Apatah lagi bila kita bandingkan dengan ibu-ibu yang ada masalah yang sama, ada anak OKU, gaji kecil, suami kurang bertanggungjawab, tetapi masih mampu menguruskan anak dan keluarga dengan baik.

Tapi sejujurnya bagi mummy, perbandingan itu tidak adil. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bila Kak Lola cakap dia tak mampu, orang terus ambil tahu pasal gaji dia. Mungkin sebenarnya apa yang dia tak mampu adalah untuk menanggung tekanan perasaan, bukan tekanan kewangan. Tapi, ikut logik akal memang susah kita nak faham. Kalau dia dikatakan ada masalah mental pun nanti for sure masyarakat tak akan berhenti mencemuh dia.

Pelik kan, sebab anaknya yang seorang lagi nampak terjaga. Diri dia sendiri nampak terjaga. So people tend to judge, dan tak boleh nak faham. Tak boleh nak faham sebab Kak Lola tu seolah-olah hilang perikemanusiaan pada anak OKU dia. Kesian, kan?

Manusia ni sebenarnya hidup dengan banyak watak. Di rumah, perwatakan kita lain. Di depan anak, kita menjadi ibu. Di pejabat, kita berpewatakan sebagai pekerja. Dengan kawan-kawan, berbeza perwatakan kita. Boleh jadi lebih periang, boleh jadi lebih pendiam. Watak dalam blog, dalam FB, kadang-kadang tak seserupa perwatakan kita secara realitinya. Kalau boleh maintan satu watak untuk semua situasi, anda memang sejujur-jujur manusia. Tapi kita hidup dengan banyak watak ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Mummy tak mahu ulas panjang-panjang pasal Akak Lola. InsyaAllah kebenarannya akan teserlah. Apa yang penting adalah kebajikan anak-anak Kak Lola tu.

Mummy nak cerita sikit pasal tekanan mummy menguruskan Ahmad awal-awal dulu. Tipulah kalau kata takde tekanan. Tipu sangat kalau mummy happy-happy je. Memang happy depan keluarga, depan kawan-kawan. Tapi dalam bilik air, hari-hari nangis. Dalam bilik tidur, ada sikit tak kena je nangis.

Pam susu je nangis, lagi-lagi bila tengah pam susu and at the same time nak kena attend Ahmad. Rasa nak marah sebab perasaan masa tu adalah rasa semua orang tak memahami kita. Rasa nak marah sebab suami kerja jauh. Suami tak balik, kena uruskan anak sendirian. Sampai satu tahap, anak kecil yang tak tahu apa-apa tu dipukul dicubit, di luar kesedaran mummy. Bukan membuka pekung sendiri, tapi memang tertekan sangat-sangat rasanya masa tu.

Kadang-kadang pam susu sambil pangku Ahmad yang tengah menangis. Baby menangis bukan nak duk diam kan.. tangan kaki dia kemain lagi tendang sini sana. Pup!! tertendang susu dalam botol. Habis tumpah. Habis kena tilam. Sudah la nak kumpulkan 1oz tu punya la azab kan. Marah tak terkata. Pukul anak.

Tapi lepas tu mesti menyesal. Peluk cium dia, minta maaf.

Apabila kita marah, kita akan berada di luar kewarasan. Apabila kita di luar kewarasan, kadang-kadang kita buat sesuatu yang diluar jangkaan akal fikiran.  Sokongan suami dan keluarga sangat penting dalam hal ini. Tapi kalau suami, keluarga dan kawan-kawan pun jadi faktor yang menyumbang kepada tekanan? Macam mana?

Tak semua orang kuat iman. Kan?


Wednesday, 25 June 2014

Batuk Sebulan.. Warded Jua Akhirnya

Jumaat lepas 20/6 Ahmad ada appointment kat Klinik Kesihatan Jaya Gading. Biasa la.. checkup biasa budak-budak untuk umur dia 21 bulan. OMG da besar anak mummy!

So masa jumpa nurse tu mummy cakap la Ahmad dah sebulan batuk. Lepas dia kena bisul bulan lepas, dia berjangkit selsema batuk dari mummy. 24/5 Ahmad ada amik neb kat Klinik 1 Malaysia. Lepas tu batuk dia dah kurang dah.

Awal bulan Jun, Ahmad selsema batuk lagi.. masa ni kitorang just ke Klinik Hidayah kat perumahan ni. Kena neb lagi sekali. Then batuk berkurang.. Next weeknya tu, sepupu-sepupu dia datang pulak. Biasa la budak-budak berdemam, selsema. Then jangkit la kat Ahmad. Merasa la demam 3 hari. Mummy bawak ke Klinik Hidayah semula, amik ubat demam and antibiotik. Doktor tak bagi neb sebab dengar paru-paru dia ok. Kali ni demam Ahmad ada dua tiga kali muntah. Sebelum ni Ahmad memang jenis tak muntah. betul, seumur hidup dia tak pernah muntah. Ini la first time. Muntah sebab dia asyik batuk-batuk. Tapi lepas antibiotik habis, batuk-batuk makin teruk..

Mummy decide tunggu je sampai 20/6. Alang-alang ada checkup kat KK, kita mintak refer nak jumpa doktor terus. Nurse kata ok, gi jumpa doktor. Masa tunggu giliran tu, mummy dah nampak buku biru Ahmad dah dibawa masuk ke bilik doktor ibu dan anak. Ok takpe.. layan je Ahmad main keluar masuk klinik, berlari-lari, nampak dia aktif je macam biasa.

Eh tetiba nama Ahmad kena panggil, tapi bukan ke bilik doktor ibu dan anak tu. Ahmad terus gi jumpa doktor yang standby untuk emergency case. Doktor periksa Ahmad and tanya-tanya history dia. Paru-paru ada jangkitan, kata doktor. Then dia amik pulse oximeter, nak tengok bacaan oksigen Ahmad. Tak cantik.. 88 je. Bacaan cantik adalah 95 ke atas. Doktor cakap kalau bacaan ok, dia boleh bagi ubat je. Tapi memandangkan bacaan tak cantik, marilah kita warded.

Warded?

Seriously kitorang memang tak ready pun untuk warded (walaupun dalam hati mummy ada sikit syukur sebab yakin Ahmad akan dapat best treatment bila warded. huhu..). Memang dedi Ahmad ada sama hari tu, sebab kitorang plan nak balik Selayang malam tu. Opah n atuk Ahmad dah rindu sangat lama tak jumpa.. Maka, tak jadi la balik Selayang. Marilah kita enjoy penginapan 3 hari 2 malam di HTAA. *stress*

Mummy memang tak standby barang Ahmad. Susu pun tak bawa. Ambulans pulak ikut prosedur memang perlu terus ke hospital so takleh singgah mana-mana walaupun rumah bukan jauh pun. Ahmad kena naik ambulans sebab doktor terus suruh pasang tiub oksigen kat hidung dia. Mula-mula tu Ahmad nak nangis.. tapi mummy cakap, Ahmad kita dalam ambulans ni.. terus dia jadi seronok. Hahaha. Kelakar betul. Hidung kembang-kembang bangga sebab dapat naik ambulans. Tapi ambulans tak pasang siren sebab bukan emergency sangat kan. Kalau pasang siren mesti lagi excited budak tu. Ahmad ni memang obses dengan kenderaan. Ahahaha..

Sampai hospital terus ke emergency and then kena x-ray. Lepas tu tak tunggu lama pun, terus dapat masuk wad. Mula-mula Ahmad cranky jugak sebab dia ngantuk dan rimas kena ambil bacaan oksigen, suhu badan dan tekanan darah. Lepas-lepas tu dah okey.

Dekat wad Ahmad diberi nebulizer 4 jam sekali dan oral antibiotik 2 kali sehari. Tapi salur darah kat tangan tetap kena cucuk jarum, tapi tak guna pon.. haisshhh.. Tiub oksigen perlu sentiasa dipasang tapi Ahmad mengelat, sesekali ada peluang dia cabut sendiri dan ajak kitorang pergi berjalan kat koridor wad. Sabar je la.

So far so good. Kali ni amik neb pun tak nangis dah. Siap boleh senyum dan gelak-gelak. Hari ketiga dah boleh discharge dan cuma perlu continue antibiotik di rumah je. Sebelum balik, boleh Ahmad teringin nak neb lagi sebab dia tengok budak seberang katil tengah amik neb. Ko dah ketagih neb ke hape ni nak oii..

Alhamdulillah. Everything went well. Doakan Ahmad pulih sepenuhnya dan dapat proceed dengan operation dia 7/7 ni. Kalau tak sihat jugak kena postpone. Huhu.. Harap dipermudahkanNya. Amin~

time ni kat emergency. *muka stress*

naik wad, dapat neb terus senyum2

main cak-cak. layankan je la..

2nd day.. menghabiskan masa kat wad dgn membaca. kau mampoo??

perangai dia sekarang sejak mummy peknen, nak tido atas perut jerrr..

Thursday, 5 June 2014

Artikel: Adakah Pembedahan Untuk Anak Saya Berisiko?

Q: Salam doktor…anak lelaki saya disahkan menghidapi inguinal hernia pada right groin ketika berumur 30hari. Doktor telah menasihati agar anak lelaki kami menjalani pembedahan secepat yang mungkin. Saya ingin mengetahui apakah risiko yg mungkin dihadapi sekiranya pembedahan ini dijalankan? (Iby)

Anak saya ada masalah jantung dan perlu menjalankan pembedahan sekali lagi. Adakah pembedahan bagi penyakit seperti itu mempunyai risiko? (Kathleen)


A:  Puan Kathleen dan Puan Iby, apabila seseorang akan menjalani pembedahan, kita tentu akan rasa khuatir dan takut. Sekiranya, ia melibatkan anak sendiri, maka kerisauan itu memanglah akan berlipat ganda.

Persoalan akan timbul tentang sama ada pembedahan itu selamat atau berisiko tinggi dan sama ada cara lain untuk merawatnya.

Keputusan untuk menjalankan pembedahan tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya tetapi adalah berdasarkan pertimbangan yang berhati-hati antara risiko pembedahan dan kesan-kesan buruk akibat masalah itu sekiranya tidak dirawat. Jika seseorang pesakit itu akan berkemungkinan besar berada dalam keadaan yang kritikal dan bahaya, maka sangat wajar untuk menjalankan pembedahan.

Untuk artikel ini, saya berharap dapat berkongsi maklumat mengenai risiko pembedahan supaya puan-puan boleh lebih faham dan bersedia menghadapi pembedahan untuk anak anda.

Semua pembedahan mempunyai risiko. Adalah tidak benar jika saya kata ada jenis pembedahan yang ‘guarantee’ selamat. Namun harus diingat rawatan dengan ubat juga ada risikonya. Banyak perkara yang kami lakukan pun ada risiko, seperti melintas jalan raya, naik kapal terbang, naik bus di lebuhraya dan sebagainya. Yang penting ialah doktor sedar tentang risikonya dan telah terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman untuk menghadapinya supaya pembedahan yang dijalankan adalah berjaya dan selamat.

Staf hospital yang terlibat seperti pakar bedah, pakar bius dan jururawat yang terlibat dalam proses ini adalah terlatih dan mengamalkan prosedur yang rapi dan mementingkan keselamatan.


Apakah risiko yang dihadapi ?

1) Risiko dalam perubatan bius (anaesthesia). Kanak-kanak perlu diberi ubat bius supaya tidur dan tidak bergerak untuk pembedahan dijalankan dengan selamat dan berjaya. Ubat bius juga mengelakkan pesakit daripada rasa kesakitan.

Dalam perubatan moden, ubat bius adalah jauh lebih selamat daripada zaman dahulu. Risiko komplikasi yang serius seperti alahan teruk kepada ubat bius, kecederaan pada saluran pernafasan dan paru-paru sangat jarang berlaku. Pakar bius adalah terlatih untuk menghadapi kemungkinan ini.

Statistik ada menunjukkan bahawa kebarangkalian berlaku komplikasi yang serius adalah kurang daripada 1 dalam 20 000 kes. Di Amerika Syarikat, risiko seseorang meninggal akibat daripda komplikasi perawatan bius adalah lebih kecil daripada risiko meninggal akibat kemalangan jalan raya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah jantung, paru-paru dan penyakit kronik akan mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Biasanya, pesakit mungkin dapat rasa kesan sampingan daripada bius yang singkat dan tidak bahaya seperti rasa loya, muntah, sakit kepala dan sakit tekak.

Untuk mengurangkan risiko perubatan bius, harus berkomunikasi dengan pakar bius dengan baik supaya sejarah perubatan pesakit diketahui dengan tepat, dan arahan seperti puasa sebelum pembedahan sangat penting untuk diikuti.
 
2.  Risiko pendarahan. Semua pembedahan melibatkan pendarahan kerana tisu badan terpaksa dicederakan. Tahap risiko pendarahan yang dihadapi bergantung kepada kawasan yang perlu dibedah.

Pembedahan yang melibatkan salur darah utama yang besar akan membawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan pembedahan pada kulit sahaja. Untuk kebanyakan pembedahan yang terancang, risiko pendarahan yang berlebihan adalah kurang daripada 1%. Pendarahan kecil selepas pembedahan adalah biasa, ini termasuklah procedure seperti sunat.

Walau bagaimanapun, pakar bedah dan pakar bius adalah terlatih untuk menghadapi situasi pendarahan yang berlebihan.

3. Risiko kecederaan organ/tisu yang berdekatan kawasan pembedahan. Ini bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan. Pakar bedah melakukan pembedahan dengan berhati-hati untuk mengurangkan risiko ini, dan mereka terlatih dan berpengalaman untuk menghadapi situasi sebegini.

4. Risiko parut. Kanak-kanak secara umumnya akan sembuh baik daripada luka pembedahan dan mendapat parut yang normal. Terdapat segelintir kecil pesakit yang akan mendapat parut yang abnormal iaitu terlalu tebal (hypertrophic scar/keloid). Ini adalah ciri badan pesakit yang mempunyai tindakbalas sembuh daripada luka yang keterlaluan. Terdapat rawatan untuk masalah ini.

5. Risiko jangkitan kuman. Selepas pembedahan telah selesai dilakukan dengan selamat dan jayanya, luka pembedahan boleh dijangkiti kuman. Penjagaan kebersihan luka adalah sangat penting dan ini melibatkan bukan sahaja doktor dan jururawat tetapi juga kerjasama daripada ibubapa.

6. Risiko usus kecil tersumbat. Ini adalah akibat daripada parut dan lekatan tisu pada usus kecil yang menyebabkan usus terbelit dan jadi tersumbat. Ini mungkin akan berlaku pada masa hadapan selepas pembedahan yang melibatkan abdomen seperti pembedahan membuang apendiks.

7. Risiko masalah berulang. Masalah seperti undescended testis( telur testis belum turun), inguinal hernia( angin pasang ) mempunyai kebarangkalian kecil yang ia akan jadi semula. Sangat kecil tetapi bukan sifar. Kebarangkalian lebih kurang 0.5 – 0.8% peratus hernia(angin pasang) boleh jadi kembali.


Apa perlu saya buat ?

Sebagai ibubapa kepada kanak-kanak yang akan menghadapi pembedahan, anda dinasihatkan untuk berkomunikasi dengan anak anda tentang pembedahan ini. Dengan perlahan dan bahasa yang biasa difahami oleh anak, terangkan kepada dia tentang apa yang akan berlaku dan sebabnya. Tidak baik untuk sembunyikan daripada pengetahuannya sampai saat-saat terakhir. Ini akan mengurangkan rasa ketakutan dan trauma kepadanya.

Setiap pembedahan adalah unik kerana melibatkan individu yang berlainan. Apa yang dibincangkan di artikel ini adalah secara umum sahaja. Ibu-bapa digalakkan untuk berterus-terang dengan doktor yang merawatnya ( pakar bedah, pakar bius dan pakar kanak-kanak, pakar jantung, pakar usus dan sebagainya) tentang segala perkara-perkara yang menimbulkan rasa khuatir dan kurang pasti.

Jika masih rasa sangsi, ibubapa digalakkan minta jumpa doktor lagi untuk sesi perbincangan sekali lagi. Hanya melalui komunikasi yang baik, kita boleh memahami keadaan dengan mendalam supaya boleh mengikis kerisauan yang berlebihan, memberikan keyakinan kepada anda untuk menghadapi pembedahan ini.

Matlamat ibubapa dan doktor anda adalah sama iaitu kesihatan dan keselamatan anak anda. 


( answered by Dr Foo Chee Hoe )

Disclaimer: This article is meant for general education and explanation in very general terms. We do not claim to speak for surgeons and anaesthetists. They are the best source for information regarding risks of surgery and anaesthesia. We advise you to consult them if you have any doubts.

 http://doktorbudak.com

Sunday, 1 June 2014

Artikel : Bahaya Mengurut Hernia


HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.

Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.

Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.

Punca

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.

Pakar bedah kanak-kanak di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin berkata, sesetengah bayi memang dilahirkan dengan beberapa bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya.

Tetapi pada sesetengah kes, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan tisu-tisu berhampiran menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia.

Kata beliau, hernia kanak-kanak lazimnya berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya.

“Hernia jenis ini boleh ditutup dan selalunya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Cuma kadangkala, tisu-tisu boleh terjerut di dalam bukaan dan tidak boleh ditarik semula kepada kedudukannya yang asal.

“Ia terjadi apabila sebahagian daripada organ badan tertentu seperti gelungan usus menonjol keluar dari dinding otot yang lemah atau terbuka.

“Ia juga boleh jadi membran abdomen atau lain-lain tisu yang menolak dinding otot sehingga menyebabkannya menjulur ke dalam ruang yang tidak sepatutnya. Penonjolan inilah yang dipanggil sebagai hernia, yang kelihatan seperti bengkak atau bonjolan yang keluar dari kaviti tubuh,’’ kata Dr. Ahmad Zuilkiflee.

Terdapat dua jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak, iaitu hernia umbilikal pada bahagian pusat dan hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha di mana abdomen bertemu bahagian atas paha.

Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit, yang mana sesetengah membran abdomen atau usus kecil menjulur keluar melaluinya.

Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.

Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen atau ovari atau salur falopian bagi kanak-kanak perempuan, melalui pembukaan masuk ke bahagian groin.

Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.

“Bagi kanak-kanak lelaki dianggarkan seorang bayi daripada 40 kelahiran mengalami hernia jenis ini,’’ ujarnya.

Tambahnya, terdapat pelbagai komplikasi hernia antaranya Irreducible Hernia, di mana hernia tidak dapat dikembalikan ke tapak normal.

Hernia inkarserat (Obstructed Hernia) pula berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan. Contohnya, gelungan usus yang terperangkap dan menekan masuk pembukaan berupa kantung di dalam kawasan groin akan menyekat makanan daripada memasuki sistem pencernaan.

“Jika tisu-tisu yang terperangkap itu tidak dapat dikeluarkan, hernia tidak boleh dikurangkan dan memerlukan pembedahan segera,’’ kata Dr. Ahmad Zulkiflee.

Komplikasi hernia yang paling bahaya terhadap kanak-kanak adalah hernia tercekik atau terjerut (Strangulated Hernia) di mana ia boleh menyebabkan kematian.

Sementara itu, hernia diaphragma iaitu satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan), menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.

Menurut Dr. Ahmad Zulkiflee, dianggarkan seorang daripada 5,000 kelahiran mengalami hernia jenis ini.

Pembedahan

Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.

Bayi tersebut mungkin perlu dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.

“Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin bayi. Jadi, pembedahan adalah lebih baik,” katanya.

Hernia pusat yang terjadi kepada bayi jarang menyekat atau menjerut, tidak seperti orang dewasa.

Kebanyakan hernia pusat, sekalipun yang besar akan tertutup sendiri apabila usia kanak-kanak mencecah dua tahun. Doktor biasanya akan menasihatkan ibu bapa supaya tunggu dan lihat sahaja dulu, daripada terus membedahnya.

“Pembedahan hanya akan di jalankan jika saiz hernia mencecah dua sentimeter,” ujarnya.

Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jari, bagi memastikan sama ada ia boleh dimasukkan semula ke dalam perut atau sebaliknya.

Rawatan yang akan dilakukan bergantung kepada pemeriksaan tersebut. Kebiasaannya doktor akan mengambil masa sejam bagi mengesan penyakit tersebut dan pembedahan kecemasan akan dijalankan jika perlu.

Pembedahan juga tidak mengambil masa lama iaitu kira-kira 15 minit sekiranya hernia tersebut tidak berada di tahap risiko yang tinggi.

“Pembedahan segera perlu dilakukan jika ia hernia inkarserat dan terjerut kerana bahagian tersebut membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian.

“Dalam pembedahan tersebut, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan,’’ jelas Dr. Ahmad Zulkiflee lagi.

Kesimpulannya kata beliau, kanak-kanak perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi dan jangan mengurut hernia kerana ia adalah sangat berbahaya.

“Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut,’’ tegasnya.

Saturday, 31 May 2014

Artikel : Otot Lemah Punca Hernia

Oleh NORAINON OTHMAN
HERNIA atau angin pasang sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki walaupun perempuan turut mengalaminya. Penyakit itu berlaku pada individu di semua peringkat umur akibat kelemahan otot tubuh yang menyebabkan kandungan dalam badan membonjol keluar.
Kandungan itu biasanya ialah usus atau tisu lemak abdomen yang menembusi dinding abdomen yang kurang tebal membentuk kantung.

Hernia berlaku akibat kecacatan otot di badan sejak lahir yang dikenali sebagai kongenital, manakala jenis lain berpunca daripada kerosakan otot badan disebabkan kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan meningkat akibat batuk berulang kali, mengangkat objek berat, meneran, sembelit yang teruk dan sukar kencing.
Jenis hernia yang biasa ialah epigastric, umbilical, inguinal dan femoral.

Ramai lelaki mengalami hernia inguinal disebabkan proses perkembangan alat reproduksi mereka yang berbeza daripada wanita.

Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
Lubang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, kawasan itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Ada hernia yang pasang surut, tidak surut dan hernia jerutan. Hernia pasang surut boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain.
Pesakit merasa sedikit senak, tetapi lazimnya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit.

Bonjolan akan timbul atau saiznya bertambah apabila pesakit berdiri atau berlaku peningkatan tekanan dalam abdomen, misalnya disebabkan batuk.

Hernia tidak surut ialah bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, tetapi kemudian tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan.

Sebahagiannya mungkin kronik iaitu dialami dalam jangka waktu lama tetapi disebabkan tidak sakit, pesakit tidak mendapatkan rawatan.

Hernia jerutan bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudian mengalami jerutan pada bukaan hernia, menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah.

Pesakit merasa sakit jika bonjolan ditekan. Antara tanda usus tersumbat ialah loya, muntah dan perut kembung, malah pesakit boleh demam dan kelihatan tenat.

Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan.

Untuk mendiagnosis hernia, doktor akan meminta pesakit batuk, mengemut atau berdiri untuk pemeriksaan badan. Bahagian terbonjol boleh ditekan masuk dengan tangan.

Semua jenis hernia patut dibedah. Ini kerana usus yang tertonjol keluar menerusi lubang hernia menyebabkannya tersumbat, seterusnya mengakibatkan pengaliran darah ke bahagian itu terganggu dan akhirnya bocor.

Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan, termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak.

Menurutnya, jenis pembedahan yang biasa dilakukan ialah menggunakan jaring untuk menampal lubang hernia.

Pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi dilakukan iaitu dengan penggunaan kamera dan peralatan bagi menebuk bahagian tubuh yang mengalami hernia.

Tampalan jaring di bahagian berlubang boleh mengelak hernia berulang. Jaring untuk menampal bahagian berlubang diperbuat daripada sejenis plastik dan ia tidak mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alahan atau penolakan pada tolakan.

Jangkitan kuman jarang berlaku pada jaring tampalan. Bagaimanapun, jika terjadi, komplikasi boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.

“Hernia seperti inguinal, umbilical, femoral, incisional atau epigastric hernia boleh dibedah secara harian iaitu pesakit datang ke hospital untuk membuat pembedahan dan pulang ke rumah pada hari sama.

“Bagaimanapun, hernia besar atau ada komplikasi perlu menjalani prosedur lebih rumit, menyebabkan tidak boleh dibedah secara harian. Hernia kecil boleh dibedah dengan bius setempat,” katanya.

Menurutnya, pesakit hernia yang mempunyai penyakit lain seperti lemah jantung, diabetes atau tekanan darah tinggi yang terkawal masih boleh menjalani pembedahan dengan selamat.

Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan dibenarkan.

“Selepas menjalani pembedahan, pesakit sembuh dengan cepat dan boleh melakukan tugasnya tanpa gangguan dan selamat. Kerja di pejabat boleh diteruskan seperti biasa dua atau tiga hari selepas pembedahan.

“Pesakit boleh memandu sendiri kereta ke pejabat manakala kerja ringan boleh dilakukan selepas 10 hingga 14 hari berikutnya. Kerja berat pula boleh dilakukan selepas tiga hingga empat minggu pesakit berehat,” katanya.

Dr Chan berkata, pesakit yang menjalani pembedahan juga tiada halangan untuk kembali aktif bersukan. Selepas tiga atau empat hari, pesakit boleh berjalan kaki, berenang atau joging, antara lima hingga tujuh hari boleh bermain golf, bowling, bermain ski, papan luncur atau mendaki gunung.

Selepas 10 hingga 12 hari menjalani pembedahan, pesakit boleh bermain tenis atau berbasikal manakala dua minggu selepas itu, tiada sekatan untuk mereka membabitkan diri dengan sukan lebih lasak seperti bola lisut, bola sepak atau hoki.